CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Reinaldo

Benda mistik tentang penyakit ku

[Copy link]
Post time 24-12-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mmmm.... frust betol ngn TT niiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2019 04:54 PM | Show all posts
Sambungannya.....

Sebenarnya, sebelum Ustaz F mulakan Ruqyah. Dia ada tanya soalan dibawah.

Ustaz F: Bro, sebelum ni dgn org lain. Diorg ada bagi apa2 ker?
Aku       : (dengan muke selamba)....ada... Ustaz kata pendinding.
Ustaz F: Ya Allah!!! Dier beri apa?
Aku       : (Dengan muka bersalah) Dia jual ada mcm ayat al-quran ditulis atas kulit harimau, al -quran
                  kecil, cincin bertulis arab. Tapi Aku amek yg ayat al-quran ditulis atas kulit harimau.
Ustaz F: Syirik Bro. Bak sni tgk?
Aku       : Dalam wallet. Nah.
Ustaz F: Ermmm....ini bukan ayat alquran pun. Simbol tulisan jawi. Tak bawak maksud. Ini tangkal.
                 Ramai yg terpedaya. Hati-hati bro.

Lepas tue Ustaz F amek tangkal tue masukkan dalam sebuah almari. Dalam almari tue penuh dgn tangkal, azimat dan sebagainya. Kebanyakan UStaz2 Claim skang ni, diorg tak charge service diorg.
Tapi diorg suruh org beli barang2 ni. Mcm biasa kita org Melayu tgk ada tulisan Jawi skit ok....terus beli and pakai.

Sebenarnya sebelum beli Aku tanya Ustaz ni adakah amalan-amalan yg boleh aku amalkan untuk jauhkan gangguan ni. UStaz ni jawab "Mcm mana kalau kau lupa amalan tue? Nanti benda ni dtg balik....susah. Nah ambil benda2 ni pakai atau simpan dalam wallet. Pastikan dekat dgn diri. Insyallah tak ada benda kacau". Sebab ituelah aku beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2019 04:55 PM | Show all posts
suriamir replied at 24-12-2019 12:02 PM
mmmm.... frust betol ngn TT niiiii

Dah ada post baru ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2019 05:12 PM | Show all posts
Oklah Aku sambung lagi....

Lepas semua habis rawatan Aku dengan Ustaz F. Banyaklah yg dier share dgn Aku. Terutamanya pasal perawat-perawat Islam yang suka ambil kesempatan. Katanya kena hati-hati, kadang-kadang dengan lojik pun kita tahu benda nie semua syirik. Lepastu dier skolahkanlah Aku.....hahahaha.

Since mmg dier peruntukan untuk Aku. So, sembang kami lebih skitlah. Aku tanyalah case2 yg berat dier amek. Dier taklah cerita semua, tapi dier btau mmg kalau sekali dtg sometime mmg susah nak baik. Kadang2 2-3 kali baru boleh ok.

Aku nak kongsikan pengalamn dier yang unik skitlah, nak ketawa pun ada.

Before this, semua proses perubatan dier lakukan kat rumah. So, mmg pada waktu2 tertentu ramailah yang berkunjung ke rumah dier. Ada satu case ni, lama dier amek masa nak pulihkan pesakit ni. Jin ni kuat/degil/tak mo dgr kata. Last2 keluar jugak. So, pesakit pun happylah. Lepas tue turn sorang kakak ni dier ada mcm sakalah. Tgh Ustaz F ni borak2, try nak faham kisah saka famili ni. Tetiba adik perempuan kakak ni jerit. (Ustaz F blom start Ruqyah lagi)

Adik Perempuan: Ustaz benda tue ada kat bawah sana?
Ustaz F                  : Benda apa?
Adik PErempuan: Hantu kot....darah2 badan dier kat bawah sinki.
Ustaz F                   : Kau nampak ker?
Adik Perempuan: Ha'ah. Masa saya tunggu turn, saya nampak dier keluar dari badan Abg tadi.
                                    badan luka2....darah.

Lepas tue, Ustaz F pi kat area sinki tue Azan skit. Baca ayat2 yg perlu dibaca. Sampai lah budak tue kata benda tue dah keluar.

Senyum jer Ustaz F sebab dier dah tahu punca penyakit kakak tue. Sebenarnya, adik perempuan tue yg sakit. Saka yg masuk dalam tubuh dier. Kakaknya cuma kena sakat. So, proses tue jadi ringkas lah.

Since peristiwa tue berlaku kat rumah Ustaz F, isteri dier pun dgr. Terus isteri dier request sewa premise sebab takut, kalau ada kes2 serupa.

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 24-12-2019 04:55 PM
Dah ada post baru ek

best citer tt.... nak tau lgiiii smpai abes ye... tq.. tq..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2019 04:04 PM | Show all posts
Sambungannya......

Selepas Aku berubat dengan Ustaz F, sakit Aku beransur baiklah. So, Ustaz ada beri Air untuk minum pastu gosok2 kat tempat sakit sambil baca Bismillah 5. Tapi skit dalam hati Aku ni mcm tak puas hati yang Makcik aku sanggup kenakan Aku mcm ni.

Mak dgn Adik-adik Aku mcm kesallah benda nie terjadi. Tapi perkara ni kami rahsiakan daripada Ayah Aku. Sebab Mak cik ni ....Adik ayah Aku so kami tak mau ada conflict. Lagi satu, Ustaz/Bomoh yang btau, so nak percaya 100% susahkan.

Dalam 2 bulan lepas berubat, aku boleh kata improvelah. Aku sgt happy. Dgn isteri pun Aku jarang nak marah2, semuanya terkawal. Nak dijadikan cerita, adalah satu Event Keluarga. So, Aku dijemput untuk hadir. Event ni kat Kampunglah so adik beradik Aku semua pergi kecuali Abah Aku sebab tak sihat. Masa nak pergi Mak aku pesan....kalau jumpa Makcik tue, buat mcm biasa. Kita tka tahu benda nie btol atau tidak.

Kebetulan kami dtg awal so masa dalam dewan Aku tak ler terjumpa dier. Tetiba masih tgh bersalaman dgn sedara mara, zsstttt!!!!!.....dier depan pintu sengih kat Aku. Mak Aku terus potong jalan, salam dier dulu. Aku knal Mak Aku.....dier ni byk  petua hal2 begini. Lagipun Tok Mak Aku dulu 'bomoh besar', skit lagi nak diwariskan pada Mak Aku tapi dier tolak. Mak Aku jumpa dier dan bersembang. Sampai turn Aku pun salam dier. Bayangkan, Aku jumpa dier selalu masa rayaer jer....setahun sekali. Anak2 dier Aku tak rapat (dier kawen lambat, so anak dier muda remaja sgt).
Sambil bersalaman, dier boleh tanya......"Kaki Ok ker?" ....sambil senyum Aku kata semua ok.

Sampai rumah, Mak Aku kata...kenalah hati2. Kita tak boleh nak tuduh sebarangan. Tapi kuat naluri Mak Aku, rasa ada benda yang tak kena. Sebab ...(cerita ni pun Aku baru tahu)...

Selepas arwah Nenek meninggal. Makcik ni tak putus2 btau nak belajar ilmu2 ghaib ni. Dier punya taksub sampaikan....setiap kali ada duit lebih, dier naik Gunung Ledang anak beranak. Siap tido kat atas sana (salah satu Gua). Apa yg diorg buat Aku tak tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
MENANTI cerita tt lg. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Continue your story bro...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 26-12-2019 04:04 PM
Sambungannya......

Selepas Aku berubat dengan Ustaz F, sakit Aku beransur baiklah. So, Ustaz ada  ...

Berani betul tido kat gunung ledang tu....betul ada nenek kebayan kah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2020 03:32 PM | Show all posts
Sambungan seterusnya.....

Kisah makcik2 dan pakcik2 sedara Aku percaya benda2 ghaib ni mmg pelik. Mereka semua ni dari side my fatherlah. Bapak Aku pun kuat juga kepercayaannya pada benda2 ni. Tapi tak extereme sgt sebab Mak Aku tak layan.

Bayangkan, arwah Atok Aku adalah Imam Mesjid dan Guru mengaji dekat Kampung. Sampai Ustaz (AlHafiz) guru mengaji AKu pun menuntut ilmu agama dari arwah Atok. Aku pun tak tahu cerita ni sampai satu hari masa mengaji Aku beberapa kali sebut tak betul + tajwid kelaut,..Ustaz Aku sepak pipi Aku yg comel ni sambil berkata ..."jgn malukan Atok kau, Imam besar....cucu tak gheti ngaji. Aku ni pun menuntut dari Atok Kamu"...... First n last Aku kena tampar dengan Ustaz Aku.

Betullah org kata, Iman tak diwarisi...... hahahahah

Actually, dengan Ustaz F last Aku berubat. Sampai skang kaki Aku sakit. Weekend haritue mmg parah, sampai bertongkat. Bagi Aku, untuk kita salahkan org lain atas kesakitan itu snang. Tapi hakikatnya, siapa kita untuk menghukum.  

Sekarang ni masa menaip ni pun maseh sakit. Tapi Aku percaya Allah maha adil. Kalau benar sakit ini sebab buatan orang semoga mereka diberikan hidayah. Sekiranya sakit ini mmg betul2 penyakit doakan Aku temui ubatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 24-12-2019 04:54 PM
Sambungannya.....

Sebenarnya, sebelum Ustaz F mulakan Ruqyah. Dia ada tanya soalan dibawah.

Saya memang reject awal2 kalau ada perawat yg bagi barang @ tangkal dan yg seumpamanya. Sebab dah nampak sendiri, beberapa org kenalan terdekat & jiran yg jadi makin teruk bila berubat dgn perawat mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 20-1-2020 03:32 PM
Sambungan seterusnya.....

Kisah makcik2 dan pakcik2 sedara Aku percaya benda2 ghaib ni mmg pelik. ...

Semoga Allah permudahkan urusan tt mencari kesembuhan. Dan semoga dalam proses mencapai kesembuhan tu, tt terpelihara dari perkara2 yg tak elok.
Saya ni pun salah seorang yg diuji dgn gangguan. Masuk ni dah lebih kurang 2 tahun konsisten berubat. Alhamdulillah keadaan sekarang jauh lebih baik berbanding dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 09:45 PM | Show all posts
Reinaldo replied at 20-1-2020 03:32 PM
Sambungan seterusnya.....

Kisah makcik2 dan pakcik2 sedara Aku percaya benda2 ghaib ni mmg pelik. ...

sakit tu...kat kaki je atau sakit tu akan bergerak ke seluruh anggota badan..?

pernah tak rasa kat kerongkong mcm tercekik..?..

kalau tuan nak kuatkan badan...pm tepi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2020 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca kisah ni, teringat adik bongsu aku.. Katanya ada gout.. Bila dtg sakit kadang sampai bertongkat.. P klinik makan ubat pon kdg x jalan.. Ari tu nmpk dia update status, mcm sakit dia tu sebenarnya buatan org. Tp bila Tanya, dia diam jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2020 01:36 PM | Show all posts
Since Aku dah ada cerita kat sni, nak sambung skit citer sebab berkaitan dgn Auntie Aku yg hantar benda dekat Aku.

Dalam 7- 8 bulan lepas, dier ada dtg ziarah Mak dgn Abah aku kat kampung. Time line sama jer, lepas aku pergi berubat dengan Ustaz F. Mcm aku btau, sakit aku maseh sama cuma skang bukan hari Khamis / Jumaatlah - so bolehlah pi semayang Jumaat mcm biasa.

Cuma lepas Auntie Aku dtg rumah, Mak Aku start sakit2 badan + kaki. Mula2 dier ingat sebab dier penat jaga abah Aku (Abah Aku kena potong kaki), x leh nak berjalan-most of the time duk atas kerusi roda. Everytime aku or adik aku dtg rumah, kiteorg akan urutlah kaki Mak. Nasihat dier jgn buat kerja rumah byk sgt. Sampai tahap Aku igt nak upah org dtg jer rumah Mak utk bersihkan - Rumah MAk Aku nie bersih sgt. Tahap2 tiles rumah mcm cermin - boleh tgk masa nak siakt rambut........hahahahaha. Mak Aku yg jenis mengemop + menyapu tiap2 hari + tgk bunga orkid dier tiap2 hari. Kami bawaklah 2-3 clinic, habis ubat kaki still sakit + badan still sakit.

Sampailah bulan lepas, Aku balik kampung. Mak Aku maseh ngadu sakit2 badan + kaki. Mcm biasa Aku ajak pi buat check up dier tolak. Tapi yg pelik Aku tgk kaki Mak Aku bengkak2. Hari Ahad, masa nak balik KL, Mak Aku biasa jer. Elok jer dier ngangis cucu nak balik. Tapi esoknya Aku call, dier demam teruk.

Mlm tue Adik Aku bawak pi klinik, tapi doktor kata tak ada temperature. Tapi doc bagilah ubat semua. Tapi kali ni teruk sgt.....dier terbaring, x nak makan, tido jer. Time2 ni pulak coronovirus aku btau Mak Aku, Aku nak balik bawak dier check up. Dier kata tak per ....esok baiklah. Sampailah dah seminggu, maseh sama. So, aku pun callah Mak Aku btau lunch nanti Aku nak balik bawak dier pi check up....takut sebab mcm2 penyakit lately. Dier dgr Aku nak balik ----terus btau sebenarnya, Mak rasa ada benda lain sebab:-

1. Badan dier lebam2.
2. Ada mimpi bayi...berdarah-darah
3. Mimpi Auntie Aku

Selama ni dier malas nak btau, takut bergaduh ker apa. Lepas Aku explain kat MAk Aku yg bukan pasal Mak Aku atau Aku....cuma Aku tak nak benda ni berpanjangan. Takut effect anak Aku + anak 2 buah Aku. Dalam sebulan dua ni pun....Adik2 Aku ada terasa sesama sendiri. Aku sendiri rasa tak best.

Di pendekkan cerita Adik Aku bawa jumpa seorang pakcik ni. Maka terjadilah sesi.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Good story tt. Teruskan bercerita ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 03:52 PM | Show all posts
bila nak sambung tt...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 03:32 PM | Show all posts
Reinaldo replied at 17-2-2020 05:36 AM
Since Aku dah ada cerita kat sni, nak sambung skit citer sebab berkaitan dgn Auntie Aku yg hantar be ...

hmm. baru baca harini cerita dari awal sampai akhir.ingat dah habis rupanya kena tggu lagi sambungannya......
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 07:10 PM | Show all posts
samb tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 10:35 AM | Show all posts
Ok lah sambungannya.....

Satu malam Adik aku call. Btau nak bawak Mak Aku pi berubat. Sebabnya demam+batuk tak kebah2. Pastue kerap  bermimpi baby + "makcik Aku - yg kami percayai dr cerita yg lepas2 hantar benda dekat Aku. Mlm tue aku call Mak aku btau kita cuma ikhtiar....kalau bteul sakit, kita boleh refer pakar. Kalau bendahalus...guna cara lain. Mak Aku setuju.

Nak jadikan cerita, Mak Aku pun pi lah. Sampai2 rumah Pak cik ni lengang jer, tak ada orang. Tapi isteri Pakcik tue tanya. Dah call ker sebelum datang? Adik Aku btau, maaf makcik saya tak tahu kena call set appointment. Tgh2 bercakap tue....Pakcik tue keluar dari bilik, dier btau tak per. Orang dtg mintak tlg kita cuba tlg. Tapi nasihatnya next time dtg call dulu sebab sometime dier ada kerja lain+jumpa org lain.

So, dier pun tanya lah kenapa. Lepas Mak aku cerita pasal demam + batuk semua, Pakcik ni cakap. Ermmm....snang jer, pi klinik lain, ubat tak serasi kot. Then, baru Mak aku citer pasal....badan lebam2, mimpi bayi + makcik Aku. Pak cik ni senyum jer....pastue dier baca2 ayat alquran. Lepas 5-6 minit, dier pegang ibu jari kaki Mak aku. Mak Aku pun jeritlah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.090917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list