CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 9

   Close [Copy link]
Post time 28-1-2012 07:15 PM | Show all posts
Reply 748# kayla

xpon..x brani kot..sumer ada kat situ rashid,rexy,seu bock sumer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2012 06:25 PM | Show all posts
yg kaki clubbing tu org kata koo kien keat  ... tan boon heong tak tahu la pulak ...
kayla Post at 27-1-2012 21:56

sama aje dua2 kot... kalau tak nak ubah perangai buruk tu, macamana nak success...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 06:26 PM | Show all posts
Reply 756# kayla

lawak lawak... datuk mmg sempoi!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2012 06:27 PM | Show all posts
xpon..x brani kot..sumer ada kat situ rashid,rexy,seu bock sumer
miyoma Post at 28-1-2012 19:15

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 09:00 AM | Show all posts
Rashid optimis

           
GOYAH...prestasi tidak konsisten Kien Keat (depan)-Boon Heong cetus rasa gusar.



      
RASHID Sidek yang juga anggota skuad yang menjuarai Piala Thomas 1992 yakin skuad kali ini mampu melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan berpasukan badminton berprestij itu di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei depan.

   Rashid yang kini ketua jurulatih perseorangan lelaki berkata skuad kali ini biarpun tidak sekuat sebelumnya, tetap ada harapan untuk beraksi di perlawanan akhir pusingan kelayakan.

   “Peluang tetap terbuka dan kita masih ada harapan. Pasukan lain juga bukan bagus sangat,” kata Rashid.

   Beliau yakin pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mampu menghadiahkan satu mata tapi menurut beliau, beregu utama yang diturunkan nanti wajib menghadiahkan satu mata buat pasukan negara.

   “Perseorangan pertama dan beregu pertama mesti menghadiahkan mata buat pasukan. Selepas itu kita harapkan satu lagi mata daripada mana-mana pemain.

   “Saya amat pasti dengan Chong Wei namun prestasi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak menentu ketika ini, mereka tetap wajib menyumbang satu mata.



   “Jika gandingan ini tewas ada kemungkinan kita akan kalah. Begitupun kita tetap harapkan pemain lain untuk menyumbang mata.”    Tambah Rashid lagi, pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkeyakinan tinggi bahawa skuad kelayakan Piala Thomas yang akan beraksi di Macau 13-19 Februari ini mampu melayakkan diri ke pusingan akhir.

   “Yang menjadi sasaran kita adalah layak ke pusingan akhir, tidak kira kita menamatkan saingan di kedudukan ke berapa sekalipun,” kata Rashid.


   Begitupun beliau memberi amaran kepada semua pemain supaya memberi fokus kepada kejohanan itu kerana sebarang kesilapan kecil mampu membuatkan pasukan kecundang terutamanya di tangan pasukan tidak ternama.

   “Ketika ini Jepun berada di kedudukan lebih baik kerana mereka pasukan pilihan tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan cabaran Thailand, Taiwan dan India kerana saya yakin mereka ada potensi untuk melakar kejutan.”    Beliau berkata, meskipun China sudah melayakkan diri ke pusingan akhir selaku juara bertahan, tindakan mereka menghantar pasukan tanpa kelibat Lin Dan dan Fu Haifeng-Cai Yun tetap berbahaya namun pasukan negara Tembok Besar itu tidak akan mencuri satu slot dari empat tempat di kelayakan Zon Asia.

   Malah menurut beliau lagi, tindakan China tidak menurunkan Lin Dan pada saingan kali ini adalah semata-mata membolehkan Chen Long dan Chen Jin memungut semaksimum mungkin mata kelayakan Olimpik.

CREDITS TO HARIAN METRO ONLINE




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 10:33 AM | Show all posts



hari ni draw... neves la plak...



info kat sini  ==>  http://www.thomasuberasia2012.com/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2012 04:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by wawaKKK at 30-1-2012 16:23

draw dah kuar!!!!...


Men's Team

Group A

China
Chinese Taipei
Vietnam


Group B

Indonesia
India
Singapore
Macau


Group C

Japan
Thailand
Sri Lanka
Kazakhstan


Group D

Korea
Malaysia
Hong Kong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 04:27 PM | Show all posts
Women's Team


Group A

China
India
Malaysia


Group B

Chinese Taipei
Sinagpore
Vietnam


Group C

Thailand
Indonesia
Sri Lanka
Kazakhstan


Group D

Japan
Hong Kong
Macau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2012 04:30 PM | Show all posts
schedule of play ada kat sini  ==>  http://www.badmintonasia.org/event_details.aspx?eventID=260
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:25 PM | Show all posts
Women's Team


Group A

China
India
Malaysia


Group B

Chinese Taipei
Sinagpore
Vietn ...
wawaKKK Post at 30-1-2012 16:27


1 group dgn korea ka ? mampoooss


2 MD kompom bungkus


Lee Hyun Ill pun pada prestasi terbaik... Chen Jin pun dia boleh tapau lagi di korea GP gold
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:29 PM | Show all posts
ooo buku tu nak kuar versi BM ke?
kayla Post at 27-1-2012 21:59


tak kompom lagi ada tak versi BM....harap2 ada la
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:31 PM | Show all posts
msia already out....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 30-1-2012 17:35

tetap ke gym pada musim perayaan...


p/s : teringat rungutan rexy pada zakry yang malas ke gym...macam mana nak berjaya kalau tak nak ubah sikap ? [size=14.1667px]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:39 PM | Show all posts
women team pun sah2 la bungkus....duk satu group dgn china
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:44 PM | Show all posts
Razif bidas BAM tidak pilih Zulfadli untuk Piala Thomas29/01/2012 6:42pm


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Bekas ketua jurulatih badminton negara, Razif Sidek membidas keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menyenaraikan juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli di dalam skuad kelayakan Piala Thomas.

Katanya, Zulfadli sepatutnya diberi peluang mewakili negara pada kejohanan kelayakan itu dari 13 hingga 19 Februari ini di Macau.
Razif memberitahu Bernama TV dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa pemain muda itu sepatutnya pergi bersama-sama dengan pasukan Piala Thomas ke Macau supaya dapat menimba pengalaman di kejohanan besar dan berprestij itu.


"Sekurang-kurangnya dia dapat melihat betapa senangnya, betapa sukarnya untuk bermain semasa pertandingan Piala Thomas. Seharusnya diberi peluang.
"Tak kira dia mewakili kelab KLRC ke apa ke, seharusnya BAM membuka pintu, membuka laluan kepada pemain-pemain ini.


“Saya percaya dengan kehadirannya, sekurangnya-kurangnya pada masa hadapan, Zulfadli adalah salah satunya pemain perseorangan kita yang benar-benar berbakat dan boleh menggegarkan dunia di kemudian hari,” katanya.

Zulfadli, yang kini berada di ranking ke-125 dunia dan kedudukan kedua remaja dunia, tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan, sebaliknya BAM memilih Datuk Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Abdul Latiff. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 08:33 PM | Show all posts
Reply  kayla

  Haha kalo due2 out of form, aku kire due2 pon prangai samo
deadpool1119 Post at 27-1-2012 23:18


tp kan tengok dua2 orang ni tan boon heong ngan koo kien keat..dua2 sekarang main cam ape ntah ...
_19788 Post at 28-1-2012 00:51


tah la 2 ketul ni .... harap2 ngan perubahan yg kim her & team buat sekarang ni dapat mengubah dorang .... physical trainer pun dah pakai chongwei punye trainer ....
masalahnye cukup ke 6 bulan tuk buat semua perubahan ni ???
just hope for the best jelaaa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 09:06 PM | Show all posts
draw dah kuar!!!!...  

Men's Team

Group B
Indonesia
India
Singapore
Macau

Group D
Korea
Malaysia
Hong Kong
wawaKKK Post at 30-1-2012 16:18


sebelum kita sibuk bungkus mengbungkus ...baik kita kaji dulu yea ....

ok ... tuk jadi juara group D mmg susah la ....
nak kalahkan korea kena menang ketiga2 single .... 2nd single park sung hwan baru baik dari injury so mungkin belum in form lagi ...
rekod head to head hafiz ngan PSH lak 2-2 ... tapi kalau daren yg lawan PSH aku rasa lagi cerah harapan rasanye ...
tapi masalahnye shon wan ho 3rd single tu pun kuat gak ...  tak rasa arif boleh kalahkan dia ....
kalaula boleh menang satu double .... kkk & tbh perlu dipisahkan dan buat scratch pairs  ....




tapi aku rasa kita takde masalah nak kalahkan hong kong ...
so kita qualify ke quarter final as a 2nd place group stage ....


yg jadi masalahnye skrg ni kat quarter final akan jumpa indonesia (juara group B)
ni draw 2nd stage --> http://www.bwfbadminton.org/file_download.aspx?id=65777&tid=1
jadi kalau nak qualify automotik kena menang kat sini ....  
datuk takde masalah kalahkan simon ...
hafiz tak pernah menang ngan taufik ...
daren yg tak konsisten ada can 50-50 ngan tommy atau hayom yg dua2 tak konsisten gak ....
so kena menang dua2 doubles kat sini ... harap dorang turunkan Goh V shem ....




so kalau kalah ngan Indonesia .....
kena la rebut satu tempat terakhir ngan 3 lagi team yg kalah kat QF .... kemungkinan besar taiwan, india & thai ....


rasanye takde masalah kalahkan india .... both MD dorang tak kuat sgt .... lagi satu mata dari datuk ...


thai .... 2nd MD dorang kuat gak ....
datuk takde masalah ngan boonsak
hafiz pernah kalahkan tanongsak long long long time ago sekali
daren vs suppanyu 50-50 ....
ewwwwww malunye kalau kalah ngan thai ....

taiwan .... 1st MD dorang kuat .... 2nd MD boleh dikalahkan rasanye ...
single dorang biasa je rasenye  ....


so aku rasa harapan qualify to the final round in may agak cerah la .... dalam 80% gitu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 10:12 PM | Show all posts
1 group dgn korea ka ? mampoooss


2 MD kompom bungkus


Lee Hyun Ill pun pada prestasi terbaik... Chen Jin pun dia boleh tapau lagi di korea GP gold
ambok Post at 30-1-2012 17:25

kompem mampooossssss...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 10:16 PM | Show all posts
tetap ke gym pada musim perayaan...


p/s : teringat rungutan rexy pada zakry yang malas ke gym...macam mana nak berjaya kalau tak nak ubah sikap ? [size=14.1667px]
ambok Post at 30-1-2012 17:34

semuanya bermula dari diri sendiri... kalau dah malas, takleh nak wat camane...




pssssstttt... pegi la skodeng fb coach rosman... ade gmbr players dah centralised training... arini gmbr kat gym... ade datuk gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 10:19 PM | Show all posts
Reply 777# kayla
suke sgt baca tulisan ko, kay... rasa macam boleh bagi pengharapan baru utk players kite... harap2 masin la mulut ko pasal 80% tu... {:4_181:}{:4_182:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.099409 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list