|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: CHRISTMAS CHARM
[Copy link]
|
|
Kes pembunuhan Amoy disebut semula 10 Februari 2025
Tertuduh Zakwan Mokhtar diiringi pegawai polis tiba di Kompleks Mahkamah Kuching, pagi tadi.
KUCHING – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan sebutan semula kes ke atas seorang pemandu e-hailing yang membunuh Nurul Asikin Lan atau Amoy pada 10 Februari tahun depan. Keputusan itu dibuat Majistret Sharifah Fatimah Azura Wan Ali selepas Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hweio memohon satu tarikh baharu sementara menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat ke atas mayat Nurul Asikin, 28, yang dijumpai reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Tabuan, di sini pada 15 Disember lalu. Terdahulu, tertuduh Zakwan Mokhtar, 23, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Zakwan didakwa melakukan pembunuhan terhadap Nurul Asikin di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya pada 14 Disember 2024, sekitar pukul 9.10 malam. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Sementara itu, Mahkamah Majistret turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Zakwan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu berhubung kehilangan Nurul Asikin. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/kes-pembunuhan-amoy-disebut-semula-10-februari-2025/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahas ngeri Melaka: Jenazah pemandu bas selamat dikebumi
JENAZAH Allahyarham Noorisnien Khamid, pemandu bas persiaran terlibat kemalangan maut di KM204 Lebuhraya PLUS malam semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Johor, Johor Bahru, di sini.
JOHOR BAHRU – Jenazah pemandu bas persiaran yang maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Melaka malam tadi selamat dikebumikan pada pukul 5.30 petang. Allahyarham Noorisnien Khamid, 56, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya di Kempas Lama, di sini. Terdahulu, solat jenazah Allahyarham disertai oleh kira-kira 100 jemaah selepas solat Asar di Masjid Jamek Al-Falah, Kampung Maju Jaya. Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam itu, tujuh orang termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan. Kenderaan yang terlibat adalah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, treler, lori, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan kereta Perodua Bezza. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/nahas-ngeri-melaka-jenazah-pemandu-bas-selamat-dikebumi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tabika Kemas Autisme pertama dibuka tahun depan di Melaka
Gambar yang dikongsikan Dr Muhamad Akmal (dua kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid, hari ini.
PETALING JAYA – Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) autisme pertama di Malaysia akan dibuka dan dimulakan di Melaka pada tahun hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Tabika Kemas Autisme seterusnya akan dibuka di setiap daerah dan keutamaan akan diberi kepada anak-anak autistik dari golongan B40 terlebih dahulu. Menurut beliau, cadangan perlaksanaan Tabika Kemas Austisme itu diterima dengan baik ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini. “Kerana antara keluhan yang kita dapati adalah dari segi kos untuk kelas terapi di pusat swasta adalah tinggi dan sangat terkesan untuk ibu bapa ini menghantar anak-anak syurga mereka ke pusat terapi. “Kita tidak mahu disebabkan kekangan kewangan anak-anak syurga ini tercicir peluang pelajaran mereka. Kita dengar,kita faham dan kita selesaikan. Terima kasih ayahanda Presiden!,” katanya di Facebook. Mac lalu Kosmo! melaporkan, Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak autistik khusus bagi golongan B40. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, sebelum ini terdapat cadangan untuk mewujudkan pusat pendidikan awal kanak-kanak autistik di setiap zon termasuk di Melaka. Kata beliau, bagaimanapun cadangan tersebut tidak dapat diteruskan susulan berlaku perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan. “Buat masa ini tiada sekolah autisme di bawah naungan kerajaan di Melaka, hanya satu pusat pendidikan dikendalikan pihak swasta di Peringgit dengan yuran kira-kira RM350 untuk seorang pelajar. “Bagaimanapun tidak ramai ibu bapa mampu untuk menghantar anak ke sana, jadi banyak aduan daripada guru berdepan masalah untuk mendidik anak istimewa ini yang dihantar ke taska biasa,” katanya ketika sidang akhbar persidangan DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/tabika-kemas-autisme-pertama-dibuka-tahun-depan-di-melaka/
|
|
|
|
|
|
|
|
Resorts World Genting mohon maaf insiden kereta kabel
Gambar hiasan. IHSAN MEDIA SOSIAL
PETALING JAYA – Pihak Resorts World Genting (RWG) hari ini tampil memohon maaf susulan kejadian beberapa penumpang kereta kabel Sky Way terperangkap lebih dua jam di laluan turun dari Stesen SkyAvenue, Genting Highlands malam tadi. RWG menerusi kenyataannya menegaskan, pihaknya memberi jaminan bahawa keselesaan dan keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan mereka. Oleh kerana itu kata kenyataan sama, tindakan segera diambil dengan melaksanakan pelan luar jangka, termasuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik di Terminal Genting Highlands Premium Outlets dan bayaran balik tiket. “Bagi tetamu yang ingin mendapatkan bayaran balik menerusi (pulangan) tiket kereta kabel yang sah daripada kejadian ini, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami yang bersedia untuk membantu anda. “Anda boleh hubungi kami di [email protected] Kami sangat menghargai sokongan anda dan dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata kenyataan itu. Terdahulu Kosmo! melaporkan, beberapa penumpang kereta kabel Sky Way berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian berkenaan. Menerusi perkongsian beberapa pengguna TikTok yang berada di lokasi kejadian, mereka memaklumkan punca kereta kabel terkandas adalah disebabkan masalah teknikal. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/resorts-world-genting-mohon-maaf-insiden-kereta-kabel/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahas ngeri Melaka: 300 jemaah solat jenazah lima sekeluarga
Jenazah lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka malam tadi, disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!
BANGI – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Melaka malam tadi selesai disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini. Hampir 300 jemaah terdiri daripada kenalan, saudara-mara dan penduduk hadir bersama-sama mengerjakan solat jenazah tersebut. Jenazah lima sekeluarga itu akan dibawa ke Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas untuk dikebumikan. Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isterinya, Fadzlenna Ramli, 32, dan anak pasangan tersebut, Muhammad Umar, 2. Turut terkorban ibu bapa kepada Fadzlenna, Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/nahas-ngeri-melaka-300-jemaah-solat-jenazah-lima-beranak/
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenazah salah seorang mangsa kemalangan ngeri di Alor Gajah, Melaka tiba di Surau Al Ikhlas Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 Tambahan, Bangi hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF
|
|
|
|
|
|
|
|
bwk budak2 pergi bercuti
lama kena tinggal baru ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat sini pun sama
sesak orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahas ngeri Melaka: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas di maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka, disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas malam ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!
BANGI – Suasana pilu pengebumian jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka. Kelima-lima jenazah, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2, serta dua lagi mangsa iaitu ibu bapa Fadzlenna, Ramli Ab. Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas kira-kira pukul 7.30 malam hari ini. Jenazah Fadzlenna dikebumikan bersama anaknya, Muhammad Umar dalam satu kubur. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini serta dihadiri hampir 300 jemaah terdiri daripada kenalan, saudara-mara dan penduduk. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/nahas-ngeri-melaka-jenazah-lima-sekeluarga-selamat-dikebumikan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahas ngeri Melaka: Anak arwah sebak, tidak sempat laksana permintaan bapa
Mohamad Norzuhairi Noorisnien menyiram air di kubur ayah mereka selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Johor, Johor Bahru, hari ini.
JOHOR BAHRU – Anak-anak kepada pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, yang terlibat kemalangan maut di Melaka, malam semalam sebak kerana tidak sempat melaksanakan permintaan terakhir ayah mereka, sejak Oktober lalu.
Siti Norizyan Noorisnien, 30, berkata, arwah ayahnya bersungguh-sungguh meminta agar dia dan adik beradiknya yang lain menguruskan pertukaran nama aset-aset miliknya kepada mereka. “Dia memang bersungguh-sungguh suruh anak-anak ambil kenderaan dan tukar nama, tetapi kami jauh dan masing-masing juga sudah memiliki kenderaan.“Masa itu kami rasa tidak penting tetapi apabila jadi macam ini rasa sebak, kami tidak pernah terfikir benda ini akan berlaku sedangkan dia telah pesan sejak bulan 10 lalu,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya di Kempas Lama, di sini. Tambah Siti Norizyan, dia menerima mesej daripada pelbagai pihak memaklumkan ayahnya terlibat dalam kemalangan maut dan telah meninggal dunia, malam semalam. “Ketika itu masih belum ada pengesahan polis, jadi saya menelefon tiga buah hospital di Melaka dan bertanyakan nama ayah di wad kecemasan namun tidak didaftarkan. “Jadi ketika itu saya telah terfikir mungkin abah berada di unit forensik (telah meninggal dunia),” jelas ibu kepada seorang anak perempuan berusia 4 tahun itu. Sementara itu, anak sulung kepada Allahyarham, Mohamad Norzuhairi Noorisnien, 33, pula memberitahu, ayahnya merupakan seorang lelaki yang pendiam, namun kadangkala kelakar.
Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan bapanya adalah melalui aplikasi WhatsApp, Rabu lalu manakala kali terakhir mereka bertemu pada Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/nahas-ngeri-melaka-anak-arwah-sebak-tidak-sempat-laksana-permintaan-bapa/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahas ngeri Melaka: Dua anak mangsa jalani pembedahan esok
Lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka, disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!
BANGI – Dua beradik yatim piatu yang juga mangsa nahas kemalangan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di Melaka akan menjalani pembedahan di Hospital Melaka esok. Perkara itu dimaklumkan oleh datuk kepada dua beradik tersebut, Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas di sini. “Saya nak ke Melaka ada lagi cucu satu di ICU (unit rawatan rapi) dan satu di wad. Esok dijangka pembedahan. Pembedahan sebab peha patah akibat pelanggaran,” katanya hari ini.Kosmo! hari ini melaporkan seramai tujuh mangsa maut, manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Melaka malam tadi. Nahas tersebut dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut di lorong tengah lebuh raya menyebabkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang dari arah utara ke selatan gagal mengelak dan terbabas masuk ke laluan bertentangan. Mangsa yang maut adalah Khairul Ikhwan dan isteri Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mereka, Muhammad Umar, 2. Dua lagi mangsa adalah ibu bapa kepada Fadzlenna iaitu Ramli dan Fauziah Jaafar, 69. Dua lagi anak Khairul Ikhwan dan Fadzlenna, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/nahas-ngeri-melaka-dua-anak-mangsa-jalani-pembedahan-esok/
|
|
|
|
|
|
|
|
haha
beli jiwa nampaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Tolak tawaran GV sebab suami tak nak saya malukan diri’
Watie menolak pelawaan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bersama kumpulan Elite kerana tidak mendapat izin suami tersayang.
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Watie Sadali terpaksa menolak pelawaan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bersama kumpulan Elite kerana tidak mendapat izin daripada suaminya iaitu Joey Daud. Menurut Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 48, suaminya tidak mahu dia menjadi bahan umpatan jutaan netizen yang menonton. “Memang kawan-kawan dalam kumpulan Elite cuba sedaya upaya untuk pujuk saya terutamanya Azza. Saya tahu dia sentap dengan saya. Tetapi Joey tak izinkan saya ikut serta. Takkan saya nak lawan cakap suami.
“Joey beritahu saya tak perlu nak malukan diri sendri kerana perlu sedar dengan kemampuan diri sebagai penyanyi. Dia cakap dia kenal isteri dia macam mana. Dia takut saya tak boleh berhadapan dengan kritikan serta kecaman,” katanya kepada Kosmo Online.
Tambah Watie lagi, kalau ikutkan hati, memang keinginannya membuak-buak untuk buat ‘comeback’ bersama Elite tetapi dia perlu bersikap rasional. “Kesian juga dengan Elite kerana hanya tiga orang sahaja ketika itu. Tetapi bila difikirkan semula, memang betul apa yang dikatakan oleh suami saya. Berjuta orang yang akan menonton.
“Saya pula seorang yang berjiwa lemah. Kalau orang cakap macam-macam boleh jadi ‘anxiety’. Nak tidur boleh terngiang-ngiang komen-komen juri.
“Saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat dengan menolak tawaran untuk turut serta,” ujarnya. Ujarnya lagi, selepas melihat apa yang dilalui suaminya dalam program Famili Duo musim ke-4 membuatkan dia lebih faham tentang asam garam pertandingan nyanyian
“Saya melihat sendiri apa yang dilalui oleh Joey sepanjang pertandingan. Saya melihat kekecewaan serta kesedihan dia.
“Tapi saya sangat kagum dengan dia kerana dia tidak melenting ataupun membantah segala kritikan yang dilemparkan kepadanya biarpun dirinya tidak buat kesalahan seperti yang diperkatakan,” katanya. – KOSMO ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/tolak-tawaran-gv-sebab-suami-tak-nak-saya-malukan-diri/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabila Razali selamat lahirkan anak lelaki
Nabila melahirkan bayinya seberat 3.1 kilogram (kg) secara pembedahan.
PETALING JAYA – Lebih cepat daripada tarikh jangkaan, penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta ibu negara semalam. Wakil pengurusan penyanyi itu iaitu Nabila Razali Entertainment memaklumkan, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, melahirkan bayinya seberat 3.1 kilogram (kg) secara pembedahan. “Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, Allah SWT kurniakan amanah ini buat saya dan suami. “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media sosial miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat Nabila. Terdahulu, Nabila dan suami, Nik Iruwan Nik Izani melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Tinggi, Pahang. Kemudian, pada awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/24/nabila-razali-selamat-lahirkan-anak-lelaki/
|
|
|
|
|
|
|
|
laki harta tak habis tujuh ketuurunan |
|
|
|
|
|
|
|
penang
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|