CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 4-10-2010 09:32 PM | Show all posts
Reply 759# ustaz


   
(Nota: PIL = Parents-In-Law)


Salam Ustaz..
he..he..saya pun dok tertanya apa PIL tu..
Dah mcm Jawa Indon ye...main short cut aje..
WARTEL..warung telefon..
SUIS..Suami isteri..
SUMUT..Sumatera Utara..
ada ada saja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 5-10-2010 01:15

Reply 760# aziefa


Waalaikumusalam Azie,

Ye... kipas berwap  tu  ada  masa akhir Ramadan..
memang terasa udara sejuk ketika berada di sekitarnya...
siap ambil gambar lagi nak tunjuk pada rakan-rakan kat sini...
kakak ada juga ambil gambar hotel Dar Tawhid tempat Azie menginap tempoh hari  untuk mengembalikan nostaliga Azie..
tapi sayang sekali belum dapat upload gambar dari hp kerana 'cable' hp  tertinggai di KL pulak ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:09 AM | Show all posts
Hari tu saya cerita ke isteri saya tentang Kak Ros & Kak Azie Ramadhan di Mekah...
Saya cadangkan k ...
ustaz Post at 1-10-2010 21:25


Salam semua, Tahniah pada Mimi, Mas, Rozilaway, Mbebbel, yang mendapat jemputan Allah s.w.t.untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Semoga kalian sabar dan tabah dgn segala ujian dgn mendapat haji yang Mabrur InsyaAllah.

Pada mereka yang belum mendapat jemputan anggaplah ini salah satu dugaan kerana ada hikmah di sebaliknya.


Buat ustaz, mmg betul kata isteri ustaz tu Arafah tempat istimewa...hanya ada setahun sekali pada musim haji. Bila baca tulisan ustaz teringat nostalgia lama. Hari Arafah hari teramat istimewa,  masa tu dlm hati kalau Allah nak ambil nyawa saya sekalipun saya redha. Airmata jgn cakaplah....bercucuran tak henti2......sungguh shahdu dan sayu... perasaan masa tu mmg berserah kepada Allah s.w.t....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:13 AM | Show all posts
Reply 762# Rosputih

Assalamualaikum kak Ros, selamat kembali ke tanahair. Saya pun tak sabar nak lihat gambar2 menarik dr kak Ros..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:26 AM | Show all posts
Salam

KOSMO SELASA 5 OKTOBER 2010

100 sertai kembara naik haji dengan menaiki bas.

Shah Alam. Kumpulan program Kembara Haji - Jalan Ke Mekah 2010 (KHJ2010) kini sudah bersedia termasuk menyediakan sebanyak tiga buah bas tahan lasak bagi menyahut cabaran penjelajahan mereka.
    Ketiga-tiga buah bas berkuasa tinggi tersebut ditaja oleh Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) yang mampu mejadikan perjalanan sejauh lebih 10,000 kolometer itu lebih lancar dan selesa.
    Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, pihaknya menyediakan enam orang pemandu yang berpengalaman luas dan mempunyai latihan mencukupi untuk memandu dalam jarak yang jauh.
    "Setiap bas yang berupaya bergerak sejauh kira-kira 1,000 kilometer setiap hari akan dikendalikan oleh dua orang yang memandu secara bergilir sehingga tiba ke Tanah Suci untuk menunaikan haji". katanya kepada pemberita disini semalam.
Perjalanan tersebut dijangka memakan masa selama 60hari dengan merentasi tujuh buah negara iaitu Thailand, Bangladesh, India, Pakistan , Iran, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.
    Mengikut perancangan, rombongan yand disertai 100 perserta itu dijadulkan berlepas dari Menara Kuala Lumpur dekat sini pada 17 Oktober ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:38 AM | Show all posts
Salam

KOSMO SELASA 5 OKTOBER 2010

100 sertai kembara naik haji dengan menaiki bas.

Shah Al ...
jellybee Post at 5-10-2010 10:26


jelly, macam mana nak ikut pengembaraan haji ni.  Kalau dapat tahu caranya nak apply tolong beritahu saya.  terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2010 10:46 AM | Show all posts
Reply 764# jellybee

Waalaikumusalam jellybee,

Baru sekarang rasa relaks sikit  dan baru boleh tune semula masa tidur.  
InsyaAllah, akak akan kongsi gambar dan sedikit pengalaman semasa di sana sementara kita menunggu musim haji bermula...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 11:36 AM | Show all posts
Reply 766# hajar53

Hajar,

I rasa agar sukar untuk dapat tempat nak ikut pakej pengembaraan ni...
memang teruja kalau dapat ikut serta...
sebab I ada tengok  di tv tentang program ni sejak awal tahun lagi ...
tak tahulah kalau dia akan buat program ni tiap-tiap tahun dan terbuka kepada orangramai...
you cuba-cuba tanya...
boleh kita sama-sama daftar untuk menyertainya...

Ohh..ye..
Kak Zaharah ada tak cerita dia ikuti pakej Jejak Rasul selama 2 minggu di negara-negara timur tengah sebelum ni...
pengembaraannya yang sungguh menyeronokkan jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:21 PM | Show all posts
100 sertai kembara naik haji dengan menaiki bas.
jellybee Post at 5-10-2010 10:26


Rasa dulu macam pernah je sebut Kembara ke Mekah naik motor Elegan - Hussain, adikzarif & saya... ayahjoe jadi marshal naik EX5.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 06:28 PM | Show all posts
Terima kasih Ustaz atas penerangan & perkongsian ilmu..InsyaAllah akan cuba dimanfaafkan..dan terima kasih juga buat semua kawan2 forum yg banyak membantu mimi selama ni..Sangat2 hargainya..Hanya Allah yg mampu membalas jasa baik semua..InsyaAllah

Dikesempatan yg ada ni, kalau mimi tak sempat nak berposting lg, mimi nak mohon ampun dr semua kawan2 disini, atas semua salah silap yg mimi dah lakukan, terkasar bahasa, terlanjur kata, halalkan makan minum mimi...
Mohon doakan kami semua, bakal2 jemaah haji tahun ini agar diampuni dosa olehNya dan dikurniakan haji yg mabrur..Semoga Allah merahmati dan memberkati ukhuwah kita diruangan cyber ini..Aminnn..InsyaAllah

Semua yg baik itu dtgnya dari Allah SWT dan yg buruk itu dtgnya dr kelemahan diri mimi sendiri...

Wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 08:23 AM | Show all posts
Topic dalam Tanyalah Ustaz hari ini adalah mengenai doa.

Apabila kita berdoa, adalah lebih baik jika kita mengadap  kiblat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 09:53 AM | Show all posts
Kepada bakal2 haji... diingatkan lazimnya ketika di Mina terdapat banyak kes2 orang sesat. Lebih2 la ...
ustaz Post at 3-10-2010 10:30

Lagi satu nak saran kan... pastikan kita berilmu bila wat sesuatu.. berlaku 1 insiden mase g haji ari tu.. sepasang warga emas g melontar Jamrah.. cian dia .. dia melontar papan tanda Jamrah ...kitarang bg tau ustaz yg membimbing.. warga emas tu terpaksa repeat melontar lg...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:49 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua..

Syukur alhamdulillah dan berasa seronok bila diberitahu yg kawan baik sya dpt panggilan haji thun ini..insyaallah dia akan berangkat pada 23/10 bersama suaminya..kegembiraan mereka mmg terserlah..dan sya sendiri menumpang gembira..walupon tidak dpt pergi tp bila dgr rakan2 yg dpt pergi..perasaan tu tiba2 hadir..
terima kasih juga pada ustaz dan rakan2 yg lain..yg byk memberi info mengenai haji..sedikit sebyk sya dpt berkongsi dgn rakan baik sya tu..dia juga berkirim salam dan berterima kasih pd semua..minta didoakan mereka selamat menjalankan ibadah haji dgn sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:21 AM | Show all posts
Salam...

nak tanya lah kalau tahun depan sy nak pergi umrah dgn anak kecil.. rasa dlm bulan brp yg sesuai ek? sbb kalau boleh nak pegi time bukan cuti sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 08:43 AM | Show all posts
Salam kak hajar53,

Minta maaf le banyak2 saya pun tak tau macamana nak joint kembara haji ni. Tapi tak silap saya,  perjalanan nie di taja oleh Konsortium Transnasional Bhd.
Saya pun kurang pasti samada kembara nie di adakan setiap tahun ataupun tahun ini sahaja. Wallahuallam....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 08:50 AM | Show all posts
Reply  hajar53

Hajar,

I rasa agar sukar untuk dapat tempat nak ikut pakej pengembaraan ni...
...
Rosputih Post at 5-10-2010 11:36


Salam kak ros, first time baca artikel kembara tu mmg saya rasa teruja.....tapi bila pikir2 balik 8jam dalam flight ke Jeddah pun dah bosan ya amat. Tapi mungkin perjalanan darat tak sama dgn perjalanan udara. Di darat kita dapat lihat keindahan alam ciptaan tuhan, apalagi merentasi 7 buah negara. SubhanaAllah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 12:11 PM | Show all posts
Reply  hajar53

Hajar,

I rasa agar sukar untuk dapat tempat nak ikut pakej pengembaraan ni...
...
Rosputih Post at 5-10-2010 11:36



Salam,
Ros dan Jelly , i dah tanya tentang package pengembaraan haji menaiki bas tu.  Mereka kata tahun depan mereka tak buat naik coach tapi naik cruise.  wau mengancam tu.  tapi katanya pengembaraan tak panjang mungkin dlm 40 hari sahaja sebab katanya ikut darat kos mahal dan agak susah sikit nak dapat persetujuan untuk melintasi negara negara yg dilalui.

Tentang harga pula ini adalah maklumat awal yg diberitahu adalah bawah RM20,000.00.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply  hajar53

Hajar,

Kak Zaharah ada tak cerita dia ikuti pakej Jejak Rasul selama 2 minggu di negara-negara timur tengah sebelum ni...
pengembaraannya yang sungguh menyeronokkan jugak.
...
Rosputih Post at 5-10-2010 11:36


Ros, tentang dia ikut pakej Jejak Rasul dia tak ada cerita pulak, sbb hari kami duk bilik lain lain jadi tak berkesempatan cerita ceriti.  Tapi yg dia baru pergi umrah dgn Ros baru baru ni adalah dia cerita serba sedikit dan i dah tahu pendapat dia tentang package tu.   Ros, i nak tanya pendapat u pulak tentang package umrah baru baru ni.  terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 07:23 PM | Show all posts
Salam,
Ros dan Jelly , i dah tanya tentang package pengembaraan haji menaiki bas tu.  Mereka ...
hajar53 Post at 7-10-2010 12:11


Salam kak hajar, terima kasih for the infomation.....wah....dah macam back to the future pulak ehh...ada cruise lagi!!!!
hemmm...mmg hebat jemaah Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:23 AM | Show all posts
Salam kak hajar, terima kasih for the infomation.....wah....dah macam back to the future pulak e ...
jellybee Post at 7-10-2010 19:23


Jelly, tu lah mcm zaman atok nenek kita dulu pergi haji dulu kan.  boleh merasa le jugak mcm mana diaorang punya perjalanan ke Mekah tapi tengok laut aje lah.  Naik cruise ni rasa mcm boring pulak, kalau jalan darat tu boleh lah kita lihat lihat & singgah negara yg dilalui.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065496 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list