CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 11-3-2009 08:30 AM | Show all posts
alamak ai....bendul plak da si fuyah neh...!!!!
ada ke ingat orang datang nak minta derma plak....

tapi uzir sti suka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 10:39 AM | Show all posts

Balas #739 telagamadu\ catat

entah entah uzir set up benda ni...pakat ngan adik fuyah... ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 12:31 PM | Show all posts
laa kena tangkap bsh pula si fuyah ni.....kena kahwin le jwbnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 12:44 PM | Show all posts

Reply #742 kaypo's post

aku pon rase camtu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 01:40 PM | Show all posts
hrp2 diorg kawin terus....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 01:43 PM | Show all posts

Reply #742 kaypo's post

ya tak ya kan kebarangkalian tu ada rasa nyer tapiiiiii kau rasa tergamak ker uzir nak buat macam tue

dah lah pak mentua ooopppppssss bakal pak mentua   tengah sakit but who knows kan ....kita tunggu juna jawab ngan next N3 please ASAP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2009 01:57 PM | Show all posts

Balas #746 telagamadu\ catat

Yalahhh..
Aku pun rasa Uzir ni rasanya dah berhati mulia..tak jahat2 dah..mungkin nakal je..
kalu di a yg 'set up' dgn adik Fuyah tuuh..tu jahat namanya tuu..bukan nakal..
sebab nii..bab maruah kannn..mana boleh main2 ooo...
Apapun kita tunggu cite selanjutnya dari Sang Arjuna...
Aku memandai je... heh..heh... Ni kan cite Sang Arjuna...Oooppss sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 02:57 PM | Show all posts
alamak....

dh kene tangkap basah lak fuyah gan uzir....

huhuhu~~~~~~

ciannyer derang ...

tp dpt kawen segera .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 04:05 PM | Show all posts
hari ni takde n3 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:02 AM | Show all posts
cepatlah n3 baru......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 10:18 AM | Show all posts
emmmm kena tangkap basah plak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:22 AM | Show all posts
aku terasa macam c wanie tu yang pedajal fuyah ngan uzir plak :@

macam dia sakit ati sebab acap kan suka kat fuyah so nk balas dendam lah gamak nyer

juna bila nk sambung nie jangan gantung lama sangat yer plezzzzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 01:41 AM | Show all posts
" Apa yang bising bising ni hah?" Tiba tiba suara nyaring seorang perempuan membelah kekecohan. Suasana tiba tiba menjadi senyap. Setiap pasang mata tertumpu ke arah pintu master bedroom yang terkuak. Seorang gadis berambut perang paras bahu dan  berskirt pendek sejengkal keluar dengan ayunan pinggul yang sexy. Macam klon Inul Darastita. Tiga orang Pak Aji pantas mengalih pandangan. Astaghfirullahalazim....

" You ni Abang Wani kan?" katanya dengan senyuman manja  sambil memintal hujung rambut. Uzir menggeleng sambil memperkenalkan dirinya dan Fauziah. Fauziah yang masih nanar bersandar di sofa sambil memerhati gerak laku " Inul" yang menyakitkan hati. No..no ..no ,I'm not jealous, hatinya menyanggah. Mata gadis itu merayap ke seluruh tubuh Uzir macam kucing lapar ternampak ikan. Kalau tak ada pakcik bertiga ini, pasti Uzir di terkamnya

" Er.. er.. saudari tinggal di rumah ini? Berapa orang ada dalam rumah ini sebenarnya?" Salah seorang daripada pegawai pencegah maksiat bersuara. Soalan di tujukan pada si gedik walaupun matanya memandang ke arah TV. Dup dap dup dap jantung pakcik melihat drumstick Inul. Berbakul dosa kena tanggung.

" A'ah, saya tinggal sini. Saya ada dalam bilik tadi, tengah bersiap nak keluar. Abang dan kakak ni baru sampai. Oops, sorry. Lupa nak introduce myself. Nama I Ana." Katanya sambil meliuk lentok. Matanya masih tidak melepaskan Uzir.

Tenkiu Ana! Walaupun minah ni perahsantan muda, panggil aku kakak konon sedangkan mekapnya yang tebal macam pelakon opera Cina tak dapat menutupi kedut..... tapi lantaklah. Kau telah selamatkan aku.  Kalau tak mati kena gulai dengan Mak dan Abah sebab kena tangkap basah.

" Betul tu Tuan Haji. Saya dan Uzir bukan berduaan dalam rumah ini, Ana ada sama. Cuma tadi dia dalam bilik. Saya datang ke sini sebab nak jemput adik saya pulang ke rumah tapi dia keluar sekejap. Tu ha.... beg dia kat luar bilik sebelah dapur. Kalau tak percaya, tunggulah. Sekejap lagi dia sampai. Lagi pun, tengok lah kami Tuan Haji.  Mana ada tanda kami buat perkara sumbang. Tadi masa Tuan Haji ketuk pintu pun cepat saja saya buka, betul tak?" Fauziah berhujah mengalahkan juara pertanding pidato antara sekolah.

Uzir cuma mengangguk. Amboi amboi Cik Fauziah, punyalah takut kena kahwin dengan aku. Takper, takper....Aku pun tak syok kalau kena kahwin macam ni. Macam menang World Cup dengan penalty shootout.

Sejurus kemudian Wani menolak pintu rumah yang tidak di kunci. Dia memandang seorang demi seorang dengan musykil.
" Kenapa ni Kakak? Sorry Wani lambat, kereta kawan Wani rosak pula tadi. Siapa semua orang ni? Apa dah jadi?" Riak bingung terserlah di wajah nya.

Belum sempat soalannya di jawab, pegawai pencegah maksiat tadi bersuara dengan nada mengendur.

" Kalau macam itu, kami balik dulu. Maaf sebab menganggu tapi kami terima aduan yang ada lelaki selalu bermalam di sini. Mungkin kami salah alamat. Assalamualaikum"

Fauziah melepas nafas lega sebaik saja mereka keluar. Kalau tak naya jer muka aku dengan Uzir masuk suratkhabar Kosmo esok. Taubat aku tak nak masuk rumah kosong lepas ini. Dia menjeling Uzir yang tengah meraup muka. Kesian! Rasa simpati menular dalam dirinya melihat Uzir yang tak serik membantu mereka sekeluarga. Tak pasal pasal dia terseret sekali.

" Wani, awak ni memang menyusahkan lah. Mana kakak dengan Uzir nak letak muka kalau kena tangkap khalwat tadi?" bebel Fauziah" Nasib baik Ana ada. Thanks Ana."

" No problem. Sepatutnya I yang berterimakasih kat you." Ana tersengih lebar  sebelum melaung " Darling, you can come out now."

Seorang lelaki dalam linkungan 40 an memakai T shirt sendat yang mempamirkan perut buncit berjalan gontai ke arah Ana. Tangannya melingkar pinggang gadis itu.

Uzir dan Fauziah saling bertukar pandang . Cisss! Orang lain buat projek, kita yang kena. Mangkuk hayun betul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 01:47 AM | Show all posts
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mereka bertiga membisu tanpa kata. Baik Wani maupun Fauziah dan Uzir, masing masing kehilangan idea untuk di bicarakan. Cuma celoteh DJ dan alunan muzik dari stesen Fly FM memecah sepi. Wani di timpa perasaan bersalah, Fauziah  memendam amarah pada adiknya.  Macam mana lah budak Wani boleh tinggal dengan perempuan tak senonoh macam Ana tu. Itu baru seorang housemate yang dia jumpa, yang lagi satu mungkin lebih teruk.  Uzir di ulit kekalutan. Otaknya mengatur butir bicara untuk melamar Fauziah. Macam kata Rifdi, takkan suruh Nek Nab do all the work kot. Masa sudah suntuk dan perasaan Fauziah masih belum berjaya di selami. Malam ini dia harus pulang ke KL, banyak tugasan yang tergendala sejak dia berada di sini. Cuma kata putus  dari mulut Fauziah sendiri yang belum di perolehi. Keluarganya dan keluarga Fauziah sudah setuju.

" Kakak,Abang Uzir , terimakasih sebab tolong Wani. Sorry sebab menyusahkan korang." Wani bersuara lirih sebelum mengangkat beg nya ke bilik.

" Kakak pun tak larat nak bercerita panjang malam ni. Tapi esok, siap lah awak." Gertak Fauziah sambil menuju ke dapur. Tudung saji di angkat. Ha.. best ! Sambal tumis sotong, kerabu pucuk paku dan  kobis masak lemak. Tapi dah sejuk, mesti Mak masak sebelum pergi hospital tadi. Fauziah mengambil periuk kecil yang di sangkut di dinding.

"Uzir, tunggu kejap ya. I panaskan lauk. You duduklah dulu kat depan" Fauziah mengerling ke arah Uzir yang membontoti nya.

"  I kena balik KL malam ni. Tapi sebelum tu I nak cakap something very important" Tona suara Uzir meremangkan bulu roma. Uh oh.... macam mana aku nak elak " something very important" ni? Peluh mula memercik di pelipisnya tapi dia pasti bukan sebab haba dari dapur.

" Alaa... makanlah dulu. Nanti perut masuk angin." Fauziah mengelak tenungan Uzir. Sepenuh konsentrasi di tumpukan pada masakan seolah membuat ujikaji dalam makmal kimia. Lauk kobis di kacaunya perlahan sebelum mematikan api. Sambal sotong punya turn pula. Bau yang enak membuat perutnya berkeriuk.

Uzir menyandarkan bahu di peti ais yang jaraknya 3 kaki dari tempat Fauziah berdiri. Pandangannya menala pada wajah gadis itu yang mula merona. Pipinya makin merah hingga hampir sama warna dengan sambal dalam periuk.  Bibir atasnya di gigit. Tekak Fauziah ketat bila menelan airliur. Mana si Wani menghilang? Takkan dah tidur kot? Tolong...selamatkan aku!

" Duduklah kat luar. Nanti baju you bau sambal." Resah suara Fauziah. Uzir cuma senyum tanpa berkata maupun berganjak. Malam ini kena tengok puas puas sebelum aku balik KL. Perpisahan selama 3 hingga 4 hari pasti mengundang rindu.

Belum sempat lauk mendidih, Fauziah mematikan api dan menceduknya ke dalam pinggan. Kalau sakit perut gasak engkaulah. Siapa suruh pandang aku macam tu? Tanpa di sedari Uzir mendekatinya.

" Fauziah, kahwin dengan I?" Separa berbisik Uzir meluahkan hasrat hatinya.

Keletung! Kelapang! Gebushhhh! Nasib baik cuma senduk dan periuk kosong terpelanting. Bukan lauk pauk sekali. Mata Fauziah terbeliak. Tubuhnya kaku membelakangkan Uzir.  Uzir mencapai tangannya yang masih memegang sudu sambal tumis. Perlahan jarinya di leraikan dan sebentuk cincin di sarungkan ke jari manisnya.  Setiap gerak geri Uzir di rasakan macam slow motion.

" Sorry, tak romantic langsung I propose kat you di dapur. Tapi I takut you buat helah nak cabut lari"  

Fauziah tidak mampu bersuara. Lidahnya kelu. Degup jantungnya makin pantas.  Matanya terpaku pada cincin berbatu nilam di selang seli dengan berlian. Cantik. Terlalu cantik untuk orang macam aku. Kalau hantar pajak gadai berapa agaknya boleh dapat, suara nakal berbisik di kepalanya. Detik demi detik berlalu..

" Ya... kenapa diam ni? I need an answer. Yes or No? Atau you nak fikir dulu?" Uzir merenung wajah gadis yang tertunduk menekur lantai kayu. So very the gadis pingitan.

" Er.... I ..tak tau lah. Kenapa you nak kahwin dengan I? Sebab nenek you suruh? I tahu rancangan Nek Nab nak satukan kita tapi you tak payahlah  ikut cakap dia. I faham, soal jodoh ni tak boleh di paksa. Kalau you nak kahwin dengan I sebab harta Nek Nab, I tak sanggup. Dari dulu lagi I dah bagi tahu Nek Nab suruh bagi semua harta kat family you. Kita orang tak nak apa apa..." Fauziah terus meraban sebelum jari telunjuk Uzir menyentuh bibirnya.

" Ssshhh... I cium karang" gertak Uzir sambil tersenyum nakal. Matanya meliar ke wajah Fauziah yang terselirat dengan berbagai emosi. Susah di duga apa sebenarnya di hati gadis itu. Yang tentunya, Fauziah amat cantik di kala itu dengan matanya yang bersinar, pipinya yang merah samar,  bibir mungilnya yang bergetar. Oh Tuhan.... lembutkanlah hatinya. Please , please say yes....

Fauziah mengundur setapak ke belakang. Betul ke mamat ni nak kahwin dengan aku? Atau ada sesuatu muslihat. Apa sebenarnya perasaan aku padanya? Konfius...konfius. Dia membiarkan Uzir mengenggam tangannya. Matanya tertancap pada dada Uzir yang berombak di sebalik T shirt Polo nya. Lututnya terasa lemah.

" Demi Allah, niat I jujur. I nak kahwin dengan you. No ulterior motives. I dah lama jatuh cin...."

" Kakak, dah masak ke belum? Wani lapar lah." Laungan Wani  menghentikan ungkapan cinta dari Uzir.

Fauziah cepat menarik tangannya dan melangkah jauh dari Uzir. Aiyooo...kalau Wani nampak , malunya aku. Keluhan kecil terbesit dari mulut Uzir. Wani ni memanglah... kacau!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:43 AM | Show all posts
hahahahaha...bestnya..., sambungan ni,
nasib tak jd kena tangkap basah....., tapi hampeh tul si ana tue....., diorg punya hal org lain yang kena....
sambung lg yer.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:48 AM | Show all posts
waaaa...bestnya.....
kat dapo pun kat dapola uzir oiii!!!
janji ko dapat si fuyah tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 08:59 AM | Show all posts
best....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 09:18 AM | Show all posts
..fuyah, cakapler YES, YES, YES...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 09:32 AM | Show all posts
best je propose kt dapo...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 09:57 AM | Show all posts
ala wani ni kacau daun tul la...
setuju je la fuyah oiii....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.085335 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list