CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 9

   Close [Copy link]
 Author| Post time 20-1-2012 09:01 AM | Show all posts
aku rasa kalau org tanya pasal misbun, chongwei kena jawab ngan hati2 ...banyak hati nak kena jaga ...hati misbun, hati seubok, hati BAM n juga hati rakyat malaysia ....
kayla Post at 19-1-2012 21:06

betul kata ko tu, kay... mesti datuk rasa serba salah aje bila org tanya pasal misbun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2012 09:04 AM | Show all posts
dokumentari tuh..lagi kelasss.
miyoma Post at 20-1-2012 01:11

suka lah tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 09:08 AM | Show all posts
BAM guris lagi ‘hati’  MSN



Persatuan buat keputusan   bertentangan  kehendak  Zolkples isu Chong Wei

BUAT kali kedua dalam tempoh seminggu, ‘hati’ Majlis Sukan Negara (MSN) diguris lagi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
  Selepas tidak menyenaraikan seorang pun pegawai MSN dalam Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) yang diumumkan Jumaat lalu, BAM semalam mengesahkan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei tetap akan beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, bulan depan.


  Keputusan itu jelas bertentangan dengan kehendak Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang mahu Chong Wei, 30, memfokuskan tumpuan untuk Sukan Olimpik, bukannya mengerah kudrat di Piala Thomas tatkala peluang negara memenangi piala berprestij itu tipis.

  Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai menegaskan, pihaknya yakin sekalipun Chong Wei beraksi di Piala Thomas, ia tidak akan menjejaskan tumpuan pemain yang menjadi pertaruhan utama menamatkan penantian emas sulung pada temasya terbesar dunia itu.

  “Kami tidak boleh mengubah keputusan yang diputuskan Exco dan kami juga sudah mendaftar nama Chong Wei. Jadi, keputusannya Chong Wei tetap akan beraksi selaku perseorangan pertama di pusingan kelayakan bulan depan.

  “Lagipun, latihan dan persiapan Piala Thomas ini adalah sebahagian daripada program menghadapi Sukan Olimpik. Bulan depan juga tidak ada pertandingan antarabangsa, hanya pusingan kelayakan Piala Thomas.

  “Takkan Chong Wei mahu duduk di rumah saja sepanjang bulan depan sebelum menghadapi kejohanan Seluruh England,” kata Chin Chai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (CTC), Pengerusi HPT dan Pengurus skuad negara ke Sukan Olimpik 2012.

  Chin Chai turut menafikan dakwaan tindakan menyenaraikan Chong Wei beraksi kerana BAM terdesak memastikan skuad negara yang dianggap lemah dalam sejarah, tidak dipalit aib tersingkir buat pertama kali dalam saingan piala berprestij itu sejak format baru diperkenalkan pada 1984.

  “Keputusan ini bukan tindakan untuk menyelamatkan BAM kerana kami menganggap Piala Thomas juga penting seperti Sukan Olimpik. Namun, sama ada kita mampu layak atau tidak ke pusingan akhir, saya hanya akan komen selepas undian dikeluarkan,” katanya.


CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE



dah MSN pulak terguris hati... mcm2 lah diaorg ni... tapi aku rasa thomas cuop qualifying tu sesuai utk datuk prepare utk all england... lagipun nak harap singles yg lain... nan hadoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by _19788 at 20-1-2012 10:51

aku rasa baik datuk masuk je pusingan kelayakan  ni,,,,,olimpik lambat lagi ujung bulan 7, yg kelayakan ni bulan februari...tak salah nya kalau datuk masuk..sekurang2 nya kalau malaysia kalah tak de lah kalah teruk, tak dela 'kosong' mata,......pertandingan pun salah satu dari training jugak...


cuma aku harap malaysia tak lepas ke pusingan akhir......tak pe ke?.....biar datuk tak main bulan 5 tu..biar si lindan ngan chenlong bermatian2 nak kekalkan piala thomas...time bulan mei tu datuk boleh rileks  prepare utk olimpik lak tanpa pikirkan thomas cup.....


leh tak macam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 10:59 AM | Show all posts
diorang ni semua bapuk ke??
asyik nak sentap sentap je....
bawak2 le duduk berbincang sekali


p/s : kesiannya tgk collection player badminton. sepanjang tahun 2011 baru 210k aje... tempat ke 4@5 dalam grand slam golf pun dah dapat banyak tu.... huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 11:15 AM | Show all posts
aku rasa baik datuk masuk je pusingan kelayakan  ni,,,,,olimpik lambat lagi ujung bulan 7, yg kelayakan ni bulan februari...tak salah nya kalau datuk masuk..sekurang2 nya kalau malaysia kalah tak de lah kalah teruk, tak dela 'kosong' mata,......pertandingan pun salah satu dari training jugak...


cuma aku harap malaysia tak lepas ke pusingan akhir......tak pe ke?.....biar datuk tak main bulan 5 tu..biar si lindan ngan chenlong bermatian2 nak kekalkan piala thomas...time bulan mei tu datuk boleh rileks  prepare utk olimpik lak tanpa pikirkan thomas cup.....


leh tak macam ni....

_19788 Post at 20-1-2012 10:50

aku setuju 200%!!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2012 12:13 PM | Show all posts
Aku ade sembang dengan sorang cine kat kedai mamak bukit kemuning nih. Die kate punce beregu tan boong heong tuh tak perform sebab kaki clubbing, kuat tonggang dan sgt tidak berdisiplin. tatau la betul ke tidak tapi mmg nampak diorg punye form macan haram jad*h:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 01:45 PM | Show all posts
Aku ade sembang dengan sorang cine kat kedai mamak bukit kemuning nih. Die kate punce beregu tan boong heong tuh tak perform sebab kaki clubbing, kuat tonggang dan sgt tidak berdisiplin. tatau la betul ke tidak tapi mmg nampak diorg punye form macan haram jad*h
deadpool1119 Post at 20-1-2012 12:13


nasib baik diaorg bukan muslim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 01:59 PM | Show all posts
agak2 datuk  clubbbing tak?...aku rasa bagi orang bukan muslim yg duk KL clubbing ni biasa,..tp dulu ade wawancara , datuk kata kalau nak berjaya no club2... ..tp tak tau la kot2 datuk ni penah pegi club  tapi jarang kot ..lagi pun die kata pegi mana2 orang kenal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 02:09 PM | Show all posts
agak2 datuk  clubbbing tak?...aku rasa bagi orang bukan muslim yg duk KL clubbing ni biasa,..tp dulu ade wawancara , datuk kata kalau nak berjaya no club2... ..tp tak tau la kot2 datuk ni penah pegi club  tapi jarang kot ..lagi pun die kata pegi mana2 orang kenal...
_19788 Post at 20-1-2012 13:59


ha'ah ha'ah... aku pon penah tgk interview datuk yg dia cakap no club2 tu... betul la kot, dia tak pegi clubbing2 ni... kalau pegi pun, jarang2 kot...

aku pon penah baca yg datuk tak shopping kat malaysia... dia kata dia segan pegi shooping mall kat KL sebab org ramai akan kenal dia... kalau shooping kat oversea, org tak berapa kenal dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:03 PM | Show all posts
ha'ah ha'ah... aku pon penah tgk interview datuk yg dia cakap no club2 tu... betul la kot, dia t ...
wawaKKK Post at 20-1-2012 14:09



    datuk memang popular ...dah macam artis dah....amoi2 cina misti ramai yg minat...sekarang ni pun dalam suratkhabar kalau ruangan sukan tu selalu sangat ade berita pasal datuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:07 PM | Show all posts
tengok kat video ni..sambutan meriah ..waktu chong wei datang kt plaza low yat sempena pelancaran kapersky.....menjerit2 awek2 cina laung nama chong wei....kan best kalau masa ni aku ade sini....aku suka beli alatan komputer kat low yat ni..



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 05:32 PM | Show all posts
Reply 724# _19788

bygkan datuk tak main thomas cup..saper lagi nak cabar lin dan,cen long....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 03:58 PM | Show all posts
dah 3 kali repeat??? takde dah la kot ...

ambok dah beli ke buku tu ? nampak cam kena beli ga ...
kayla Post at 19-1-2012 20:53


tak beli lagi kay...tunggu kalau keluar versi BM baru nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 03:59 PM | Show all posts
dah ada org upload kat youtube...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 04:10 PM | Show all posts
peluang Malaysia untuk jadi juara piala thomas tahun ini boleh dikatakan tidak berpeluang langsung..

jangan kata nak lawan china, jangan kata nak lawan korea.... nak lawan thailand, jepun, denmark, indon pun aku rasa tak lepas....

oleh sebab itu tak perlu hantar datuk....lebih2 lagi kelayakan ini dibuat di Macau (china) , nanti diaorg akan dapat lagi video aksi terkini datuk dgn detail....

sepatutnya datuk simpan dulu 'kuku' dan tunjuk 'belang' di olimpik bagi mereka terkejut beruk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 11:25 PM | Show all posts
peluang Malaysia untuk jadi juara piala thomas tahun ini boleh dikatakan tidak berpeluang langsung.. ...
ambok Post at 21-1-2012 16:10


stju banget
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2012 11:22 AM | Show all posts
Jangan mengalah: Rashid



‘Walaupun skuad lemah tapi buktikan kita mampu lepasi kelayakan’


WALAUPUN ramai meramalkan peluang skuad negara melepasi halangan pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, 14 hingga 19 Februari depan sukar, ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek tidak mahu skuad diterajui jaguh perseorangan Lee Chong Wei, mengalah sebelum masuk gelanggang.


  Sebaliknya, Rashid yang menjadi tonggak menamatkan kemarau 25 tahun skuad negara memenangi piala berprestij itu pada 1992, mahu pemain menterbalikkan ramalan itu dengan melangkah bergaya ke pusingan akhir di Wuhan, Mei depan.
  
“Di atas kertas, saya akui ini adalah antara barisan paling lemah dengan skuad jelas bergantung kepada Chong Wei untuk mengutip mata, manakala persembahan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi harapan mata kedua makin bercelaru.

  “Namun, ia bukan alasan untuk pemain mengibarkan bendera putih kerana kita mempunyai masa dua minggu untuk membuat persiapan, sekali gus membuktikan mampu melepasi halangan berduri di Macau,” katanya.

  Rashid juga yakin mental dan fizikal Chong Wei tidak akan terjejas sekali pun beraksi di Macau kerana menyifatkan latihan dan pertandingan menghadapi saingan piala berprestij itu adalah sebahagian daripada persiapannya untuk Sukan Olimpik.

  “Walaupun China sudah layak beraksi di pusingan akhir selaku juara bertahan dan tuan rumah, mereka juga beraksi dalam pusingan kelayakan kerana ia menawarkan mata kelayakan Olimpik,” katanya.

  Selain Chong Wei, cabaran perseorangan negara di Macau dipikul Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Latif, manakala Kien Keat-Boon Heong akan dibantu Lim Khim Wah, Goh Wei Shem, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang dalam beregu.

  Skuad negara akan memulakan latihan pusat di Stadium Juara, Bukit Kiara, 30 Januari hingga 4 Februari, sebelum latihan fasa kedua di Kota Kinabalu dari 6-10 Februari dan berlepas ke Macau pada 11 Februari.

  Hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan zon Asia layak ke pusingan akhir di Wuhan, 20-27 Mei dan biarpun sudah 19 tahun tidak merangkul Piala Thomas, Malaysia tidak pernah gagal melayakkan diri pusingan akhir sejak format baru kejohanan diperkenalkan pada 1984.



CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2012 11:32 AM | Show all posts
Adik pemain badminton ditikam

                 
GEORGETOWN: “Saya pulang bercuti untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga, tetapi dikejutkan pula dengan kejadian buruk menimpa adik saya ini,” kata pemain beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon.

  Peng Soon tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya ketika mereka sekeluarga bersedia untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

  Adiknya, Chan Peng Kiat, 21, ditemui berlumuran darah dalam tandas di sebuah pusat hiburan pagi kelmarin.

  Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa parah selepas ditikam.




  Menurut Peng Soon, adiknya itu seorang yang baik dan tidak mungkin memulakan sebarang pertelingkahan.

  Katanya, dia berharap polis dapat melakukan siasatan dan menahan individu bertanggungjawab menikam adiknya itu.



CREDITS TO HARIAN METRO ONLINE



takziah CPS & family... nak sambut raya pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 10:30 AM | Show all posts
sapa dah beli buku biografi Dato tu? aku cari kat cheras selatan dah abis versi english, tinggal versi mandarin jer. kat sg petani aku cari tak sampai lagi katanya... hampes betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.088019 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list