CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: TEAM MAS TO PARIS

 Close [Copy link]
Post time 30-8-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 30-8-2024 07:20 AM
Selalu mcm tu asal pg luar kawasan mesti batuklah demamlah, contoh mcm saya dah biasa udara panas  ...

Sama la kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 30-8-2024 07:21 AM
Mcm dah bersedia dan redha jer tinot

Redha je la
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:05 AM | Show all posts
Tashu replied at 29-8-2024 02:12 PM
nasi impit.
sedap tau, cuba sekali mesi nak lagi

ok boleh cuba next time. first time tau kewujudan nasi ni heheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:10 AM | Show all posts
tari replied at 29-8-2024 04:29 PM
jumlah kredit utk melayakkan dapat medal

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid ...

jauh lagi perjalanan tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:27 AM | Show all posts
Peniaga rugi kira-kira 50-70 peratus selepas tanah jerlus di Masjid India

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 09:28 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Peniaga mengalam kerugian kira-kira 50 hingga 70 peratus dalam hasil jualan susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada Jumaat lalu, sehingga ada yang sanggup menghentikan operasi buat sementara waktu bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita warga India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Pengusaha gerai makan, Md Daud Mohd Jonid, 61, berkata kepada Bernama, prestasi perniagaannya semakin merosot dengan hasil jualan susut sehingga 50 peratus selepas insiden malang menimpa wanita warga India itu.

Pada waktu petang selepas kejadian, terdapat gangguan bekalan air, yang mana ini berlarutan hingga Sabtu lalu menyebabkan perniagaannya terpaksa ditutup dan keadaan bertambah buruk selepas dilaporkan terdapat pula tanah jerlus lain berdekatan kawasan terbabit.
"Semalam (28 Ogos) jualan saya jatuh hampir setengah (50 peratus), hari ini (29 Ogos) (jualan kami) lagi teruk. Hari-hari biasa jualan saya adalah sekitar RM3,000 lebih sehari, semalam (28 Ogos) saya hanya dapat RM2,000.


"Benda (insiden) ini tidak dirancang, tadi saya ada bincang dengan pekerja ingat nak tutup kedai sementara. Pekerja kalau diberi cuti dan tidak bergaji, lama-lama mereka juga tidak tahan dan akan mencari kerja lain untuk terus hidup," katanya.
Beliau yang sudah berniaga hampir 28 tahun di kawasan itu berkata, antara masalah yang dihadapinya adalah menyediakan upah pekerja harian walaupun operasi perniagaan tidak menguntungkan.

"Satu hari gaji pekerja saya adalah RM700 (kesemua enam orang pekerja), kalau tidak niaga pun saya kena siapkan duit itu, kalau kena pakai duit sendiri, sehari dua okay lagi," katanya.

Walaupun menggunakan khidmat penghantaran makanan, Md Daud berkata, disebabkan kawalan ketat dan terdapat banyak pita kuning, ia agak menyukarkan pergerakan penghantar makanan kerana mereka terpaksa buat pusingan jauh untuk ke kedainya.

"Setakat ini, saya memang niaga dekat sini sahaja dan tiada perancangan untuk mencari kawasan lain.

"Saya harap agar kerajaan dapat bantu peniaga-peniaga seperti kami untuk pulih, saya percaya insiden ini mungkin tidak lama (bersifat sementara atau sehingga mangsa ditemui), kalau dapat diselesaikan secepat mungkin, saya harap semua akan baik," katanya.

Sementara itu, peniaga kecil yang mengusahakan jualan baju jersi, Nadiah Galib berkata dahulu hasil jualan sehari boleh mencecah RM200 tetapi selepas insiden tanah jerlus itu, beliau hanya meraih RM20 hasil jualan sehari.

"Perniagaan saya dilihat semakin terjejas serta sekiranya pengunjung terus berkurangan mungkin saya akan beralih untuk berniaga secara dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:28 AM | Show all posts
Kita sedih atas kejadian yang menimpa wanita itu dan kita harap kerajaan terus ambil tindakan pantas sehingga wanita berkenaan dijumpai," katanya.

Turut senada, Nurul Tasnim, peniaga minyak wangi berkata hasil jualan menurun hampir 60 hingga 70 peratus sejak insiden terbabit dan akan beralih kepada perniagaan secara dalam talian sekiranya terdesak.

"Setakat ini, saya masih meneruskan perniagaan seperti biasa dan jika keadaan semakin memburuk, saya berfikir mahu menjalankan perniagaan secara dalam talian," katanya.

Berdasarkan pemerhatian penulis, kawasan di sekitar Masjid India kelihatan suram dengan aliran pengunjung yang sangat rendah dan pelbagai jenis perniagaan dilihat tidak beroperasi selain kawalan ketat oleh pihak berkuasa di sekitar kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India yang terbabit dengan tanah jerlus sebagai zon tidak selamat dan bencana.

Beliau berkata, jika mahu mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat kepada orang ramai.

Mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu, beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di kawasan insiden tanah jerlus itu.

Persatuan Perniagaan Jalan Masjid India (MIBA) dan Persatuan Pemborong Jalan Batu (BARRA) menggesa supaya satu pertemuan diadakan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan jabatan berkaitan dalam masa terdekat.

Ketua Perhubungan BARRA, Datin Rohana Mohammad Nasir, berkata pertemuan itu antaranya bagi mendapatkan jaminan keselamatan di kawasan terbabit, selain ingin mengetahui tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

Beliau berkata, penjelasan termasuk jaminan itu penting kerana ia akan meyakinkan penghuni dan peniaga bahawa kawasan itu masih selamat serta terkawal sekali gus memastikan orang ramai terus mengunjungi dan membeli-belah seperti sebelum ini.

"Duduk dan berbincang dengan kami apakah tindakan yang akan dilakukan dengan secepat mungkin. Kita faham pencarian mangsa sedang dilakukan, sementara ia dijalankan kenapa tiada yang datang berjumpa dengan pemilik-pemilik bangunan dan pemilik perniagaan.

"Kita berasa kecil hati, kalau apa yang berlaku tujuh hari lalu ramai pegawai-pegawai kerajaan yang datang membuat persidangan tetapi seorang pun tidak menjemput kami sebagai pemilik perniagaan. Kenapa?

"Kita di sini 24 jam satu hari, kita hidup di sini sudah berpuluh-puluh tahun, kita tahu keadaan jalan macam mana, keadaan trafik macam mana, keadaan pergerakan pelanggan macam mana," katanya.

Beliau berkata, yang lebih mendukacitakan lagi apabila menteri datang membuat liputan dengan media tetapi peniaga dihalang.

"Kami memang betul-betul dihalang daripada berjumpa dengan mana-mana Menteri. Kenapa?".

"Selain itu, jalan pesiar kaki semua sudah mula tidak rata, jadi kalau perkara ini berlanjutan saya rasa banyak lagi perkara yang tidak diingini akan berlaku," katanya.

Setiausaha MIBA, Mohamad Shaifudeen, berkata jalan tidak rata adalah perkara yang perlu diberi perhatian dan tidak dapat diselesaikan dengan mudah, sekiranya tindakan dari segi 'tampalan' misalnya tidak dapat dilaksanakan segera.

"Kalau mereka tergesa-gesa, membuat keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang, ini adalah sesuatu yang kurang berkesan, kita risau sebab dekat sini pengguna jalan antaranya kanak-kanak termasuk mereka yang berkerusi roda.

"Kita khuatir pada masa yang akan datang kalau kita tergesa-gesa hari ini, segalanya tidak berguna sebab perkara yang sama boleh berlaku pada masa akan datang," katanya.

Antara persoalan pelanggan adalah 'Adakah selamat untuk datang?", katanya.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif memaklumkan kawasan di Jalan Masjid India selamat dan terkawal selepas disahkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mohamad Shaifudeen berpendapat kebimbangan keselamatan hanya menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

"Saya rasa kita juga terlepas pandang, kita fikir jalan-jalan ini adalah selamat sehingga insiden Jumaat lalu dan kita semua terkejut, risau.

"Kita sudah maklum pada pihak berkuasa supaya menyelesaikan usaha pemetaan, sekurang-kurangnya kita tahu jalan yang tidak terbabit bagi keselamatan kita, tambah lagi jika ia diperakui oleh ahli geologi, kalau ada jalan-jalan yang selamat, orang-ramai tidak perlu pusing sehingga 100 meter, 200 meter, kedai-kedai pun boleh beroperasi seperti biasa," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan sehingga kini dan sudah memasuki hari kelapan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:30 AM | Show all posts
Genap seminggu, pasukan SAR tak putus asa cari mangsa tanah jerlus

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:31 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Genap seminggu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India tidak berputus asa dan meneruskan usaha siang dan malam bagi mencari mangsa.

Hari ini seawal jam 2 pagi lagi, Pasukan Penyelam di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melakukan selaman di salur kumbahan di lokasi kejadian susulan operasi sebelum ini mengesan terdapat objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua.

Namun, dua penyelam JPBM terpaksa berdepan cabaran arus kuat dalam lurang kumbahan itu menyebabkan mereka tidak sampai ke lokasi objek yang dilaporkan tersekat.

Pada sebelah petang tadi, anggota bomba dilihat bergilir-bergilir memasuki loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam yang difahamkan sedalam bangunan lima tingkat bagi meneruskan pencarian mangsa.

Berdasarkan tinjauan Bernama di lokasi, tidak kurang tiga anggota bomba yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) menggalas tangki oksigen dan alatan pernafasan bergilir-gilir memasuki loji itu dengan setiap kali pusingan pencarian dianggarkan mengambil masa sejam.

Biarpun berdepan cabaran gas beracun seperti gas hidrogen sulfida dan gas metana yang mudah terbakar, pasukan SAR tetap gigih melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

Hari ini, pasukan SAR berjaya mengesan satu timbunan atau 'backlog' sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian, hasil dua ujian pelepasan tong air yang dijalankan pada hari pertama dan kedua di lokasi berkenaan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata sekiranya timbunan itu berjaya dirungkai, keseluruhan permukaan dalam paip kumbahan akan dapat dilihat sebelum pasukan penyelam melaksanakan tugas untuk mencari mangsa.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan hari ini menyatakan operasi mencari mangsa akan diteruskan sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kelak.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan faktor-faktor kepentingan dan keselamatan awam khususnya di sekitar Jalan Masjid India.

Dalam pada itu, di Kota Bharu, Kelantan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat dan bencana.

Katanya, untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:32 AM | Show all posts
Jenazah penyelam TLDM, Arman San selamat dikebumikan

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:32 AM | Show all posts
LAHAD DATU: Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa selamat dikebumi pada jam 10.55 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan di sini.

Arman San, 28, yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar semalam, dikebumikan mengikut istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan dibantu penduduk setempat.

Yang turut hadir, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api Laksamana Pertama, Dr Tay Yap Leong, Panglima Markas Wilayah Laut 2 TLDM, Laksamana Muda Datuk Khir Junaidi Idris dan bapa Allahyarham iaitu Hermansa Senda, ahli keluarga lain serta sahabat handai.

Sebelum itu, jasad Arman San dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Sapagaya, Silam dan solat jenazah dilakukan di surau berhampiran.

Arman San, 28, berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau TLDM dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:35 AM | Show all posts
Peluang Liek Hou, Fareez layak ke separuh akhir hari ini

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:36 AM | Show all posts
PARIS: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dan rakan sepasukannya Muhammad Fareez Anuar berpeluang untuk menempah slot ke separuh akhir bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Sukan Paralimpik Paris 2024, hari ini.

Liek Hou yang turun dengan misi mempertahankan emas acara itu dan Fareez tiada jalan lain selain perlu mencipta kemenangan ke atas lawan masing-masing bagi menjamin tempat ke separuh akhir lebih awal dalam aksi kedua kumpulan di Porte de la Chapelle Arena.

Liek Hou akan meneruskan saingan Kumpulan A menentang pemain tuan rumah, Meril Loquette selepas mudah membenam pemain Poland, Bartlomiej Mroz 21-10, 21-6 dalam masa 26 minit pada aksi pembukaan semalam.

Kejutan dilakar Muhammad Fareez ke atas pilihan kedua, Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-14, 21-18 mampu menjadi tonik berharga buatnya meneruskan rentak cemerlangnya dengan berdepan pemain ketiga dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan Kumpulan B.

Bagaimanapun, hanya kemenangan oleh pemain perseorangan lelaki SL4 (kecacatan fizikal) Mohd Amin Burhanuddin dan Noor Azwan Noorlan-Muhammad Ikhwan Ramli yang beraksi dalam acara beregu lelaki WH1-2 (kecacatan fizikal) ke atas lawan masing-masing hari ini menghidupkan peluang mereka ke separuh akhir.


Amin bermula dengan langkah kiri apabila tewas 17-21, 21-15, 22-20 di tangan pemain India, Sukant Kadam dalam perlawanan Kumpulan B manakala Noor Azwan-Ikhwan pula tumbang kepada pasangan Jepun, Daiki Kajiwara-Hiroshi Murayama 17-21, 21-13, 21-16 dalam pertemuan Kumpulan B.
Dalam pada itu, jaguh berbasikal para kebangsaan, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin gagal menepati sasaran sekurang-kurangnya mara ke final selepas terkandas di pusingan kelayakan acara 3,000 meter kejar-mengejar individu lelaki C1 (kecacatan fizikal) dengan menduduki tempat kelima menerusi catatan 3 minit 55.254 saat.

Biarpun tidak berjaya ke final namun Yusof tetap berpuas hati melepasi catatan masa peribadi terbaik 4:01.314s yang pernah dilakukan sebelum ini pada Kejohanan Trek Berbasikal Para Dunia 2024 di Rio de Janeiro.

Dua pemanah negara pula menampilkan aksi positif apabila mereka yang diwakili juara memanah para dunia 2019 S Suresh bagi acara recurve individu lelaki terbuka dan compound individu wanita terbuka Nur Jannaton Abdul Jalil melakukan catatan peribadi terbaik dalam pusingan ranking di Invalides.

Suresh menamatkan saingan di tempat ke-12 dengan 625 mata dan Nur Jannaton pula menduduki tempat ke-24 (649 mata) namun angin kuat menjejaskan rentak persembahan G Daneshen yang menamatkan kedudukan di tempat ke-31 daripada 32 pemanah menerusi 666 mata pada bagi acara compound individu lelaki terbuka.

Saingan boccia di South Paris Arena 1 pula menyaksikan pemenang emas Sukan Para Asia Hangzhou 2022 Noor Askuzaimey Mat Salim muncul wakil tunggal negara mencatat kemenangan dengan menewaskan wakil Ukraine, Nataliia Konenko 8-6 dalam acara individu wanita BC4 (kecacatan fizikal) Kumpulan C.

Pemenang pingat perak Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Lee Chee Hoong yang beraksi dalam Kumpulan E individu lelaki BC2 pula dibelasah 2-11 oleh Muhammad Bintang Herlangga dari Indonesia manakala Abdul Razzaq Abdul Rahman menerima nasib sama, tewas besar di tangan wakil Britain, Stephen McGuire 0-8 ketika aksi Kumpulan C dalam acara individu lelaki BC4. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 09:46 AM | Show all posts
Aksi atlet Paralimpik Malaysia hari ini

PARIS: Berikut jadual aksi atlet Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik 2024 hari ini.

(Nota: Semua acara dalam waktu Malaysia)

RENANG (Paris La Defense Arena)

Saringan 2:

Lelaki: 100m gaya bebas S5

Muhammad Nur Syaiful Zulkafli - 3.30 petang
Final (jika layak) - 11.30 malam

BOCCIA (South Paris Arena 1)

Kumpulan C:

Lelaki: Individu BC4

Abdul Razzaq Abdul Rahman mln Lulian Ciobanu (CAN) - 4.30 petang

Kumpulan E

Lelaki: Individu BC2

Lee Chee Hoong mln Hidetaka Sugimura (JPN) - 6.50 petang

Lee Chee Hoong mln Lan Zhijian (CHN) - 12.10 tengah malam (Sabtu)

Kumpulan B:

Wanita: Individu BC4

Noor Askuzaimey Mat Salim mln Hanaa Elfar (EGY) - 11 malam

BADMINTON (Porte De La Chapelle Arena)

Peringkat kumpulan:

Lelaki: Perseorangan SL4

Mohd Amin Burhanuddin mln Siripong Teamarrom (THA) - 5.10 petang

Lelaki: Beregu WH1-2

Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan mln Qu Zi Mo-Mai Jia Peng (CHN) - 6.30 petang

Lelaki: Perseorangan SU5

Muhammad Fareez Anuar mln Dheva Anrimusthi (INA) - 7.50 malam

Cheah Liek Hou mln Meril Loquette (FRA) - 2 pagi (Sabtu)

Lelaki: Perseorangan WH1

Muhammad Ikhwan Ramli lwn Jeong Jae Gun (KOR) - 12 tengah malam (Sabtu)

Lelaki: Perseorangan WH2

Noor Azwan Noorlan mln Jaimie Aranguiz (CHI) - 1.10 pagi (Sabtu)

MEMANAH (Invalides)

Penyingkiran 1/16

Wanita: Individu Compound Terbuka

Nur Jannaton Abdul Jalil mln Sarita (IND) - 5.33 petang

Lelaki: Individu Compound Terbuka

G Daneshen mln He Zihao (CHN) - 12.37 tengah malam (Sabtu)

TENIS KERUSI RODA (Stade Roland-Garros)

Pusingan 1

Lelaki: Perseorangan

Mohamad Yusshazwan Yusoff mln Im Ho Won (KOR) - 6 petang

Abu Samah Borhan mln Gaetan Menguy (FRA) - 6 petang

BERBASIKAL TREK (Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines)

Kelayakan:

Lelaki: 3,000m kejar-mengejar

Muhammad Adi Raimie Amizazahan - 1.27 tengah hari

Wanita: B 1,000m ujian masa

Nur Suraiya Muhamad Zamri-Farina Shawati Mohd Adnan - 4.34 petang

Lelaki: C3 3,000m kejar-mengejar individu

Muhammad Adi Raimie Amizazahan - 4.18 petang

Final: (jika layak) - 10.26 malam

– BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:48 AM | Show all posts
Alif bakal temubual Zinedine Zidane, Yusuf Islam

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:49 AM | Show all posts

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

dulu kutip kredit nk baca benang berpagar

pastu target nk amik medal

gigih tak kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:50 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Penyanyi Alif Satar berhasrat menemubual dua figura terkenal antarabangsa untuk program kembara berkonsepkan Islamik kendaliannya, Beyond Borders Kita Sama.

Berkongsi lanjut perkara itu, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dua individu itu adalah bekas pemain bola sepak, Zinedine Zidane dan penyanyi kelahiran England, Cat Stevens atau Yusuf Islam.

"Untuk program ini, saya mahu menemubual figura Muslim terkemuka antarabangsa.

"Saya ada cadangan nama untuk ditemubual, antaranya Zidane dan Yusuf Islam.

"Memang menjadi harapan untuk menemubual dua figura ini. Bila diberitahu penerbit mengenai kemungkinan saya berjaya menemuramah mereka, saya memang tak sabar.

"Lagipun, sekarang ramai suka melihat kandungan yang berkaitan agama, sukan dan muzik," katanya ditemui pada sidang media Konsert Beyond Borders Kita Sama di Auditorium Balai Seni Negara, di sini, hari ini.

Konsert dibawakan khas oleh Light Upon Light itu akan menampilkan Alif bersama bandnya, The Locos dan Kumpulan Raihan.
Ia bakal diadakan di dua kota besar iaitu Paris pada 6 Oktober depan, diikuti London pada 11 Oktober.

Ditanya apakah soalan bakal diajukan kepada dua individu itu, penyanyi Anugerah Terindah itu berminat mengetahui kisah perjalanan hidup mereka selepas mendapat hidayah.

"Saya ingin tahu bagaimana survival mereka untuk melaksanakan ajaran Islam ketika berdepan dengan situasi Islamophobia," ujarnya.

Mengenai konsert bakal dijayakannya itu, artis serba boleh itu mengakui sangat teruja kerana terus diterima masyarakat di luar negara.

"Alhamdulillah, konsert berlangsung dengan jayanya, baru-baru ini. Dan kami diundang sekali lagi bersama Raihan.

"Kali ini, kami akan ke Paris untuk membuat persembahan. Orang Perancis sangat sukakan seni, begitu juga kami.

"Di Paris saya akan membuat persembahan atas kapal persiaran merentasi Sungai Seine," jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.389404 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list