CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 12-11-2009 08:03 PM | Show all posts
bang..panjangnya kain ihram hang...boleh kerat dua kot...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2009 08:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 08:04 PM | Show all posts
696# HUSSAINTAHIR



Ye..lah...Mak cik perasan yg kat Cyberjaya tak de Chicken Mendy..
Cuma ada chicken hanith aje..
Ni kena pi trylah..
Insyallah..
aziefa Post at 12-11-2009 18:49

slmt berbuka puasa......
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 08:57 PM | Show all posts
724# HUSSAINTAHIR


he..he..
Terima kasih..
Ingat juga kat Mak cik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 08:58 PM | Show all posts
719# HUSSAINTAHIR



Jauh menungnya...
Beruntungnya dapat berada di Mekah sekarang ni..
Masyallah..Dgn kehendakNYA Ya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 09:58 PM | Show all posts
686# Rosputih
Setujuuuuuuuuuuuuuu.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2009 10:07 PM | Show all posts
Salam, nie yg cemburu nie tgk pic nasi mandy. Hussain, adikzarif n ayahjoe makan siap amek pic lg. Kira ari ni hari bapa makan ye. Tak pe lain kali kaum mak2 lak arrange gi makan amacam suria, azie, ibu ros, hanni, lemon setuju tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 01:28 AM | Show all posts
bestnya dapat makan nasi mandy...... especially bila tengah lapar nih.... he he....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 08:25 AM | Show all posts
bestnya dapat makan nasi mandy...... especially bila tengah lapar nih.... he he....
pikacun Post at 13-11-2009 01:28

akak lama tak nampak..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:15 AM | Show all posts


Van sapu angkut jemaah haji solat ke Masjidil Haram

Oleh Marzuki Yusoff

MEKAH 12 Nov. – Bagi jemaah haji Malaysia, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu melepaskan peluang bersolat setiap kali masuk waktu di Masjidil Haram kerana ganjarannya terlalu besar iaitu 100,000 kali ganda daripada bersembahyang di masjid-masjid lain.

Untuk ke Masjidil Haram, mereka juga tidak menghadapi masalah kerana pada setiap hari banyak van sapu sedia memberi perkhidmatan dan menunggu mereka di luar maktab penginapan Tabung Haji terutama yang terletak agak jauh dari masjid tertua di dunia itu.

Antara maktab penginapan jemaah haji Malaysia yang agak jauh di Janadriyah dan Burj Abbas yang masing-masing terletak kira-kira 750 meter dan 800 meter dari Masjidil Haram.

Van-van sapu biasanya bertumpu ke Janadriyah yang turut menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, selain terdapat 7,000 jemaah menginap di maktab tersebut iaitu paling banyak berbanding sembilan lagi maktab Tabung Haji yang lain.

Perkhidmatan van-van sapu itu banyak memberi kemudahan terutama kepada jemaah wanita dan mereka yang berusia 55 tahun ke atas selain tambangnya agak murah iaitu satu atau dua rial saja (RM1 hingga RM2) bagi satu perjalanan berbanding tambang empat hingga lima rial jika menaiki teksi biasa.

Pemantauan pasukan media Tabung Haji mendapati sambutan terhadap perkhidmatan van-van sapu itu begitu menggalakkan kerana tambangnya begitu murah iaitu hanya perlu membelanjakan kira-kira 10 rial (RM10) jika berulang-alik ke Masjidil Haram untuk lima waktu solat.

Di luar maktab penginapan, pemandu-pemandu van sapu saling berebut penumpang dan kata-kata yang biasa didengar, ‘‘Haram, Haram...”

Haram merujuk kepada destinasi ke Masjidil Haram.

Jemaah haji Malaysia, Talib Othman, 76, berkata, kehadiran banyak van sapu itu memberi kemudahan kerana walaupun jarak maktab penginapan hanya 750 meter tetapi ia agak meletihkan bagi jemaah warga emas dan uzur untuk berjalan kaki ke masjid tersebut.

‘‘Saya kerap menggunakan van sapu itu tetapi kalau boleh sebaik-baiknya Tabung Haji sendiri yang menyediakan perkhidmatan itu dan para jemaah tiada masalah membayar tambang.

‘‘Masalah dengan pemandu van sapu ini, mereka mahu van mereka penuh dulu baru hendak bertolak ke masjid sedangkan waktu solat sudah hendak masuk. Apabila terus didesak, mereka mahu naikkan tambang jadi dua rial.

‘‘Sebab itu agak terkilan juga dengan sikap pemandu van sapu itu kerana apabila kita tiba ke masjid, orang sudah habis solat jemaah,” katanya yang berasal dari Tasik Gelugor, Seberang Prai dan pertama kali mengerjakan haji bersama isterinya, Manis Mahmood, 70.

Seorang lagi jemaah Malaysia, Othman Bakar, 56, berkata, dia tidak ada masalah jika tiada perkhidmatan pengangkutan ke Masjidil Haram kerana ganjaran bagi mereka yang berjalan kaki ke masjid adalah lebih besar.

‘‘Saya lebih suka berjalan kaki ke masjid itu dan cara itu rasanya lebih baik dan lebih besar pahala,” katanya yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi baru mengesan dua kes jemaah haji yang dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) daripada sembilan jemaah yang disyaki.

‘‘Jemaah haji yang disyaki terkena wabak itu dibenarkan mengerjakan haji sebaik sahaja mereka pulih,” kata jurucakap kementerian itu seperti dilaporkan oleh akhbar Arab News hari ini. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:21 AM | Show all posts
730# HUSSAINTAHIR

busy sokmo..... silent reader jer.... nak nyampuk2 tak sempat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:38 AM | Show all posts
Salam, nie yg cemburu nie tgk pic nasi mandy. Hussain, adikzarif n ayahjoe makan siap amek pic lg. Kira ari ni hari bapa makan ye. Tak pe lain kali kaum mak2 lak arrange gi makan amacam suria, azie, i ...
jellybee Post at 12-11-2009 22:07


Assalamualaikum...
Tengah tunggu Kak Ros..
Bila dia akan berada di KL semula..
Insyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:01 AM | Show all posts
733# aziefa

Assalamualaikum azie dan rakan-rakan semua,

Azie,

Akak ada di kl sekarang, InsyaAllah hingga 19hb. masih di sini.
Bila hari yang azie free?
tapi kalau sabtu atau ahad mungkin yang berkerja boleh join sama

Tapi akak prefer kat Insaf je, senang nak pergi atau parking
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:30 AM | Show all posts
733# aziefa

Assalamualaikum azie dan rakan-rakan semua,

Azie,

Akak ada di kl sekarang, InsyaAllah hingga 19hb. masih di sini.
Bila hari yang azie free?
tapi kalau sabtu atau ahad mungkin ...
Rosputih Post at 13-11-2009 10:01


salam ibu selalu gak naik KL ada apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:35 AM | Show all posts
735# farmasi

Mari nak tolong....
Kat KL ..ada rumah Kak Ros..
Dulu Kak Ros kerja kat DBKL..
Tahun lepas pencen...balik Muar..
Kat Muar pun ada Rumah jugak..
Sekarang ni Kak Ros selalu berulang kat dua rumah ni..
Macam balik kawasan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:38 AM | Show all posts
734# Rosputih

Assalamualaikum Kak Ros..
Ikut Kak Roslah..Sabtu ke Ahad...
Insyallah saya akan cuba menghadirkan diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 10:40 AM | Show all posts


Lambaian Kaabah: Pakar rujuk Tabung Haji jawab kemusykilan jemaah

TABUNG Haji menyediakan pakar rujuk dan guru agama yang ditempatkan di semua pusat penginapan jemaah haji Malaysia di kota suci ini bagi menjawab soalan mengenai sebarang kemusykilan mengenai ibadah haji.

Pengurus Besar Bahagian Bimbingan Tabung Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah, berkata pada tahun ini Tabung Haji menyediakan seramai 31 guru agama yang diagihkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji dengan setiap maktab mempunyai guru agama khusus agar mereka dapat menumpukan perhatian ke atas masalah jemaah haji.

Selain itu, Tabung Haji juga menyediakan tiga pakar rujuk ibadah haji sekiranya ada persoalan tertentu yang memerlukan pendapat mereka lebih arif, katanya kepada pasukan media Tabung Haji di sini.




Katanya, pengalaman lalu menunjukkan bahawa kes wanita datang haid ketika melakukan ibadah adalah kes terbanyak dirujuk kepada bahagian bimbingan.

"Ini kerana ada di antara wanita mengalami perubahan dari segi kitaran haid ketika sampai di Tanah Suci ekoran masalah perubahan cuaca serta keadaan persekitaran serta ada juga wanita yang memakan ubat penahan haid.

"Oleh itu, saya berharap wanita jangan sembunyikan kedatangan haid mereka dan merujuk kepada guru agama yang disediakan di bahagian bimbingan bagi mendapatkan kepastian mengenai ibadah mereka dari segi hukum," katanya.

Sebagai contoh, katanya seorang wanita yang mengerjakan umrah, selepas selesai melakukan tawaf dan sai didatangi haid sebelum sempat bertahalul.

Katanya wanita berkenaan perlu merujuk kepada guru agama di bahagian bimbingan bagi mendapat kepastian mengenai amalan yang sudah beliau lakukan dari segi hukum Islam untuk menghilangkan sebarang keraguan.

Bagaimanapun Tengku Aziz berkata, secara keseluruhannya jemaah haji Malaysia sudah memahami persoalan dari segi rukun dan wajib haji menerusi pelbagai siri kursus haji serta forum yang dijalankan Tabung Haji sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci.

Oleh itu, katanya kebanyakan persoalan yang dirujuk kepada bahagian bimbingan ialah untuk kepastian serta memantapkan lagi kefahaman mereka berkaitan soal hukum agama seperti soal dam (denda yang dikenakan kerana melanggar peraturan).

Tengku Aziz berkata kebanyakan jemaah haji Malaysia yang dikenakan dam adalah kerana melakukan kesalahan kecil seperti rambut gugur ketika berihram dan belum pernah jemaah haji Malaysia dikenakan dam yang berat seperti menyembelih seekor unta atau seumpamanya. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:43 AM | Show all posts
735# farmasi
Waalaikumsalam,

Hehehhehe..

Hariraya haji jangan lupa singgah tau.....
ibu tunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:45 AM | Show all posts
737# aziefa

Alah azie ni,
akak free bila-bila masa...
azie suggestlah hari apa, akak ikut je..
akak nak azie ada sama...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:46 AM | Show all posts


Gambar kredit kat Ustaz Rahman..

Bestnya dapat berkhidmat utk Tetamu Allah..
Masyallah...
Teringat kat kawan masa pi Haji 2003..
Kawan ni memang sentiasa ceria orangnya..
Bila waktu makan mesti gelak ketawa kalau ada dia..
Dok perasan bila balik dari Mina dia ni diam aje..
Kadang kadang tak turun makan..
Rupanya dia menghadapi masalah periode yg lama..
Dia masih dalam ihram..risau pasal tarikh keberangkatan pulang dah nak dekat..
Bila lepas jumpa Ustazah Bertugas...barulah nampak ceria muka tu balik..
Islam itu tidak menyusahkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060776 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list