CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: villossa_blue

Travel to India (Merged)

   Close [Copy link]
Post time 23-12-2010 10:39 PM | Show all posts
2. Hazratbal Mosque
Solat di taman bahagian luar masjid.

DinKicap Post at 23-12-2010 22:11

Kenape diorang solat kat luar? Dlm masjid dah penoh ke?

Gambar kat Gulmarg dan Pahalgam, plse.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 10:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by gepren at 23-12-2010 23:01

Reply 726# DinKicap

Waa ramainya burung2 tgh lepak.

Suke tgk gambo burung yg terbang2 dkt van tu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:15 PM | Show all posts
Reply  DinKicap

Waa ramainya burung2 tgh lepak.

Suke tgk gambo burung yg terbang2 dkt van tu. ...
gepren Post at 23-12-2010 22:58



    Burung mmg kalau ramai2 cantik dipandang... Cuma tak tahan najis dia pun ramai.. hehehheh... kat Jama' masjid kat Delhi tu lagi banyak najis dia.. aku jalan siap jengket2 kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by DinKicap at 28-12-2010 20:57

3. Jamia Mosque

Juga salah sebuah masjid tertua di Srinagar dibina sekitar tahun 1400 masihi oleh Sultan Sikandar, telah banyak mengalami kerosakan demi kerosakan akibat terbakar dan bencana alam dan diperbaiki. Terdapat 370 tiang kayu. Terletak di tengah2 old city Srinagar.








Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 04:51 PM | Show all posts
camflo nye trip on 5 jan.seminggu dok kat sana.tak sabarnye.
tak buat proper iternary pon.rasa nye gi redah je.smpai sana baru plan.huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 06:56 PM | Show all posts
Dah berjaya buat online booking IndigoAir Delhi-Srinagar-Delhi. Masuk travel insurance sekali Rs 129 dlm RM8 kot. Sesape nak book domestic flt, akak nasihatkan book direct kat airlinenya website. Kat website lain, boleh dpt tiket lebih murah tp byk penipuan, cth MakeMyTrip. Byk customer complain kena tipu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2010 01:10 PM | Show all posts
camflo nye trip on 5 jan.seminggu dok kat sana.tak sabarnye.
tak buat proper iternary pon.rasa nye  ...
camflo03 Post at 24-12-2010 03:51



    sehari selepas kami tinggalkan india ke russia....
u pun sampai..... enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 01:12 PM | Show all posts
kami dekat diu island sekarang ni,\diu
ni under portugis sehingga tahun 1961..
24 jam punya perjalanan gitu dari jalsaimer ke bhavnagar then ke diu.

So sini, our last place in india sebelum balik ke delhi
dan ambil flight to moscow...
still more than 1 month on the road sebelum balik rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 09:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by DinKicap at 28-12-2010 20:43

Pahalgam
Pahalgam merupakan salah satu bandar kecil dalam wilayah Kashmir yang terletak lebih kurang 90 km dari bandar Srinagar. Pahalgam juga dikenali Village of Shepherds. Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam melalui lebuhraya akan melalui beberapa pekan kecil dan perkampungan serta ladang2 saffron (za'faran). Untuk makluman Pahalgam "dikatakan" pengeluar saffron terbesar di Asia. Perjalan dgn menaiki Chevrolet 7 seaters memakan masa lebih kurang 2 1/2 jam.

Pengalaman aku ke Pahalgam, waktu itu baru masuk musim sejuk, kesan2 musim luruh masih jelas kelihatan, pokok2 semua tanpa daun2,, semua kering, jadi tak dpt melihat keindahan syurga di atas muka bumi dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun pemandangan tetap indah dan musim sejuk di Pahalgam mempunyai keindahannya yang tersendiri.



Pemandangan biasa di dalam perjalanan.










Kampung2 yang dilalui semasa menuju ke Pahalgam




Seorang lelaki sedang menanti pelanggan di kedainya.







Setelah 2 1/2 jam perjalanan akhirnya tiba di Pahalgam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by DinKicap at 28-12-2010 21:57

Sampai ke pekan Pahalgam, beberapa penduduk telah pun menanti kadatangan kami dengan menawarkan kuda untuk ditunggangi.. Pakej untuk horseride seperti yang terpapar.




[URL=http://img524.imageshack.us/i/img9504q.jpg/]


[/url][img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 10:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by DinKicap at 28-12-2010 21:53

Seterusnya kuda akan melalui hutan pine dan mendaki bukit melalui lorong tak jauh dari tempat sewa kuda tu. Aku pilih pakej yg no 1 tu Rs550 aje. Tapi kalau rasa2 nak jimat tak nak naik kuda boleh gak, kena tahan menapak sampai atas bukit. Stamina kena kuat.







Tgh jalan, kuda dahaga lah plak, singgah minum ABC kosong.






Kuda berhenti sekejap sambil menikmati keindahan




Akhirnya sampailah ke satu tempat yg lapang, kalau tak silap namanya Baisaran. Ni kiranya last checkpoint sebelum turun semula.







Sorry, aku tak nampakkan muka atas sebab2 keselamatan. Harap maaf. Yang penting pemandangan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 11:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by DinKicap at 28-12-2010 22:10

Sepanjang2 perjalanan aku tak henti2 memuji kebesaran Tuhan.  Mcm ni rupanya yg dipanggil Paradise on Earth. Tu yang aku sempat tgk dlm tempoh waktu yg terhad. Sbnrnya mmg byk spot2 yg cantik2 aku mmg tak dpt nak cover.

Turun ke bawah semula, jelaskan bayaran, pastu jalan2 kat deretan kedai yg ada. Org pompuan sempatlah sambar shawl2 yg ada. Kat Kashmir ni terkenal ngan saffron jadi sapa nak yg ori boleh dptkan di sini atau di perjalanan. Kalau sapa yg suka almond nut, walnut dan apa jenis nut pun boleh didapati dgn harga yg lebih murah di sini.











Lepas, perut rasa lapar la plak, tak jauh ada restoran hotel apa lagi belasah beryani kambing ngan beryani ayam. Peringatan kalau nak order, jgn order sorang satu tak abis karang. Kalau order 1 boleh makan 2-3 org. Tapi tu perut aku la. Terpaksa tapau sbb tak abis.


Apa lagi, melantak la.. dalam kesejukan mkn lah panas2 dan byk berempah.


Nama Restoran Hotel tu Paradise Inn, betul2 depan tempat aku beli walnut dan shawl dan tak jauh dr tempat sewa kuda. Kat seberang jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 12:09 AM | Show all posts
Gulmarg
Dari Srinagar ke Gulmarg lebih kurang 50km dlm 2 jam perjalanan melalui highway. Dipanggil Meadow of Flowers. "Gul" tu maksudnya bunga. Mcm Gul bakawali (cerita hitam putih lakonan Nordin Ahmad). Itu cerita lain.

Ok, kalau ke Gulmarg, kereta akan park di tempat parking. Lepas tu, sapa2 yg nak jalan kaki, boleh... dialu2kan, lagi bagus exercise dan jimatkan duit rupee. Tapi kalau nak naik kuda lagi pun boleh, kalau malas jalan mcm aku. Jalan kaki dr tempat parking ke stesen gondola (kereta kabel) tak jauh sgt.. rasanya dlm 15 minit menapak. Kalau naik kuda plak, alang2 ada kenderaan, dia akan pusing jalan yg jauh laa.. so dptlah melihat pemandangan.

Naik gondola ada 2 stage. Stage pertama ialah Kongdori 3050m dan yang kedua ialah Affarwat setinggi lebih kurang hampir 4000m. Naik stage 1 bayar Rs300 dan stage 2 Rs500. Naik stage 1 je pun dah ok. Tapi aku naik dua2. Sampai atas, ada terasa sedikit mengah sebab paru2 mengecil dan oksigen susah sikit nak masuk. Jadi nak bernafas susah sikit. Nasihat kepada rakan2 agar bykkan berjogging untuk latihan ke Affarwat..hihih.. yg dah veteran kalau rasa tak larat takpe, sampai stage 1 memadai. Maaf, bukan melecehkan golongan veteran, tapi apa yg aku nampak mcm takde ciri2 keselamatan je kat atas tu, kalau tiba2 rebah mcm mana..

Pasal Gulmarg ni aku taknak cerita lebih2 sbb sebelum2 ni pun dah ada posting pasal Gulmarg. Boleh rujuk balik yg lepas2 tu, kak hajar dan kak aida (dakmama) pun ada cerita pasal Gulmarg dgn gambar2 sekali.

Gondola


Kaunter Tiket


Stage 1 Kongdori. Ada tempat lepak bagi sesiapa yg tak larat naik lagi.




Kat bawah ni ada kedai souvenir. Tapi harga mahal.


Dekat tempat parking kereta ada satu restaurant.Apa lagi bedal kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 06:36 PM | Show all posts
Dok prepair nak g delhi.ambil flight g srinagar...Sekarang musim sejuk.Sesapa ada pengalaman kat sana ?
Dinkicap  good info but picture takbley nak tengok la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 08:48 PM | Show all posts
Gulmarg
Dari Srinagar ke Gulmarg lebih kurang 50km dlm 2 jam perjalanan melalui highway. Dipanggil  ...

Nasihat kepada rakan2 agar bykkan berjogging untuk latihan keAffarwat..hihih.. yg dah veteran kalau rasa tak larat takpe, sampaistage 1 memadai. Maaf, bukan melecehkan golongan veteran, tapi apa ygaku nampak mcm takde ciri2 keselamatan je kat atas tu, kalau tiba2rebah mcm mana..
DinKicap Post at 28-12-2010 00:09


Terima kasih byk2.....cerita pnjg lebar dan info2 berguna utk kami yg nak ke kashmir.

Terima kasih sekali lagi kerana sgt prihatin terhadap kaum2 veteran....emmm ...terasa akak
Sokong sgt nasihat Dinkicap, mesti buat latihan berjln atau berjogging....nak guna tenaga byk ni......nak naik kuda lagi, sakit pinggang pulak nnt.
Akak dah start dah.....1 jam berjalan keliling tasik, bukan jalan lenggang kangkong....mat saleh ckp 'brisk walking'
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 08:54 PM | Show all posts
...Sorry, aku tak nampakkan muka atas sebab2 keselamatan. Harap maaf. Yang penting pemandangan tu.
DinKicap Post at 27-12-2010 22:43


Laaa....dah jadi mcm keluarga alien pulak dah .....Sorry

Setuju....yg penting pemandangan yg indah kat belakang tu. Terasa berada kat Switzerland tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2010 09:00 PM | Show all posts
Reply 742# frapamocha


    Alien pun alien laa.. no prob.. Erm nak kata terasa mcm kat Switzerland pun tak tau nak cakap la.. pasal tak penah sampai sana lagi.. hehehe... InsyaAllah next trip.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 09:02 PM | Show all posts
Salam, wokey kawan2 aku dah kecik2kan sebahagian besar gambar yg aku post supaya kawan2 boleh tgk dgn lebih selesa tak payah tunggu lebih lama.. kebanyakkannya aku dah resize.. cuma maaf, aku dah try nak rotate tapi tak jadi gak, nanti aku blaja lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 09:45 PM | Show all posts
Waa terujanya tgk gamba2 ni.
Tp malangnya teleng pale nak nengoknya hehe +
gambo kuar 1/2 je even 3 4x refresh.. ada 3 4keping je yg blh tgk full :-(

Tshirt tu berapa rupee?
Berapa mahal kalo compare dgn yg murah?


*sis frapamocha*  brisk walk kat tasik mana tu  hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:12 PM | Show all posts
Reply 745# gepren


    Salam, gepren, pasni cuba nko tgk semula dah boleh tgk full tak gambo? aku dah berapa kali resize sbb nak kasi nko tgk..hhehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.053920 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list