CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
Post time 8-11-2005 11:23 AM | Show all posts
Ni pula MTV lloyd & bea (specially shot for bea wildest dream)

http://www.megaupload.com/?d=QCNCDEOT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2005 12:56 AM | Show all posts
dah abis?????? : baru nak dload.. hehe.. :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2005 04:52 PM | Show all posts
ptg semua....baru dapat masuk cari hari nie...sibuk sesangat lepas naik raya....huhuhuh cite nie dah habis ke??

aku dah lupa last page berapa aku nengok....

anne...michily....leh tak kasi ringkasan apa yg berlaku tuk setiap watak arr??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2005 04:56 PM | Show all posts
huhuhu lepas nie sunyi sepilah thread nie....

eh nea jadi birawati ke??...kenapa dia tak sama ngan ivan arr??...bukan ke ivan kena tangkapkan...camana kes ivan rogol nea tu??

huhhuu awat ivan kawin ngan karri...tak sukanya.....
Reply

Use magic Report

shopgirl This user has been deleted
Post time 12-11-2005 09:34 AM | Show all posts
Hello everyone!

Im a newbie here, from the Phils (but currently located in the US..hehe).  A Malaysian friend of mine referred me to this site.   It's nice to know that Ikaw ang lahat sa akin is showing/will be showing in malaysia.  Its a very good soap, one of the best (next to "Kay Tagal Kang Hinintay" probably).

For fans of bea and john lloyd, you get to see a different and a better tandem from these two actors.  They're really great in this soap.  And so with the rest of the cast in IALSA too.


Anyway, if you'd like to see more of bea and john lloyd, you could also visit them at http://www.pinoyexchange.com or at http://lloydybealovers.proboards2.com



[ Last edited by shopgirl at 12-11-2005 09:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2005 06:08 PM | Show all posts
citer baru ker  ni...?

[ Last edited by ezar at 13-11-2005 06:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2005 07:42 PM | Show all posts
haah..br je abih tyg kt phils..


Originally posted by ezar at 13-11-2005 06:08 PM
citer baru ker  ni...?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:10 AM | Show all posts
Thanks shopgirl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2005 09:11 AM | Show all posts

Episode 119 - Summary

Karri mahu membuang semua pekerja-pekerja dalam restaurant termasuk Nea. Nea cuba melawan dan berkata dia lah Managing Director di restaurant itu. Walaupun wang Karri yang digunakan tetapi dia yang menjalankan segala operasi didalam restaurant. Akhirnya Nea beralah dan memulangkan semula restaurant kepada Karri kerana baginya dia sanggup menggadaikan punca rezeki nya demi menegakkan kebenaran.

Jasmin, Yolanda dan Hazel sedang menyediakan dinner bila Nea pulang. Nea begitu tertekan dan bersedih semasa menyampaikan berita buruk tersebut. Jasmin begitu terkejut. Namun demikian Nea tidak akan berputus asa untuk menentang keluarga Ynares demi keadilan.

Ivan juga mendapat berita yang sama dari Karri dan dia cuba memujuk Karri supaya tidak mengambil restaurant dari Nea kerana itu satu-satunya mata pencanrian keluarga Fontanilla. Karri tidak bersetuju dan dia tidak mahu Nea mempunyai hak dalam restaurant kerana itu milik Karri dan lagi dia mahu mengajar Nea supaya tidak memorakperandakan hidup mereka. Karri bertegas tidak mahu menukar fikirannya mengenai keputusan yang sudah dilakukan itu.

Nea dan Jasmin sedang berbual. Nea tidak mahu merosakkan harapan mereka untuk maju dalam hidup dan juga harapan ibu mereka sekiranya dia masih hidup lagi. Jasmin cuba memberikan semangat kepada kakaknya dan menasihati Nea supaya jangan putus harapan kerana dia tidak tahu dimana dia akan bergantung sekiranya Kakak Nea menjadi lemah. Disini juga Jasmin membuat pengakuan yang dia dan Oliver sudah berpisah. Nea tidak dapat berkata apa-apa kecuali merasa kasihan terhadap adiknya itu. Dia sebenarnya tidak mahu Oliver dan Jasmin terlibat sama dalam masalahnya dengan Ivan....tetapi bukan mudah untuk mengelakkannya. Tetapi Jasmin berkata yang cinta mereka tidak mencukupi untuk melalui masalah dalam keadaan sekarang kerana walaupun mereka meneruskan cinta itu belum tentu mereka akan bahagia.

Oliver juga memberitahu ayahnya yang dia dan Jasmin sudah berpisah. Roden tampak gembira sekali dan cuba menasihati Oliver bahawa cukup lah apa yang sudah terjadi keatas keluarga mereka...lebih teruk dari apa yang berlaku terhadap Jasmin.

Hazel tidak percaya yang kakak Jasmin nya berpisah dengan Oliver. Satu persatu barang pemberian Oliver diletakkan oleh Jasmin kedalam kotak. Hazel berkata, perkara yang diharapkan berlaku tidak menjadi, sedangkan perkara yang cuba dielakkan terjadi pula. Yang penting baginya supaya semuanya tidak berputus harap dan jangan lepaskan perkara yang indah dalam hidup ini. Namun bagi Jasmin semuanya sudah berakhir bagi dia dan Oliver.

Kalau Jasmin mengemas segala barang-barang Oliver kedalam kotak, di rumah Ynares pula Oliver mula membakar surat-surat dan notes yang ditulis oleh Jasmin kepadanya. Ibunya cuba menghalang perbuatan Oliver itu tetapi bagi Oliver " theres no room for sentimentality" dan tidak ada satu memori yang mahu dia kenangkan.

Hazel dan Nat ada bersama ditepi swimming pool. Nat berterima kasih kepada ibu dan adik beradik Hazel kerana sudi membenarkan Hazel bersamanya. Bagi Hazel walaupun mereka mempunyai banyak masalah tetapi mereka tidak pernah berputus asa dan ini membuatkan hidup lebih bermakna lagi.

Jasmin mengucapkan selamat tinggal kepada Third dan Daphne di kedai buku. Third merasa bersalah kerana dia menyangka dialah punca mengapa Jasmin akhirnya terpaksa berhenti kerja disitu. Jasmin cuba memujuk yang itu bukan salah Third. Third mahu volunteer untuk berbincang dengan Oliver supaya mereka berbalik semula tetapi Jasmin menghalangnya. Oliver muncul dan dapat merasakan yang Jasmin akan pergi...dia cuma merenung Jasmin.

Didalam office Oliver, Jasmin menyerahkan resignation letter. Ternyata dalam mata Oliver menunjukkan kesedihan tetapi dia cuba mengubah cerita.

Oliver: Bagus juga kau berhenti kerja sebelum aku sempat memberhentikan kau.

Didalam mata Jasmin menunjukkan hati yang yang terluka dengan kata-kata Oliver. Dia tidak berkata apa-apa tetapi menyerahkan kotak yang berisi segala kenangan bersama Oliver. Oliver bangun dan melihat isi kandungan tetapi tiba-tiba membaling kotak itu ke lantai dan menyebabkan Jasmin terkejut.

Oliver: Are you happy now?

Jasmin: Very happy....sebab sampai bila-bila pun kau tak akan melukakan aku.

Dan kedua-duanya menangis setelah mereka terlepas mengeluarkan kata-kata yang berbisa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:12 AM | Show all posts

Episode 120 - Summary

Jasmin memulangkan semula segala hadiah yang telah diberikan oleh Oliver kepadanya. Oliver membaling kesemuanya kelantai dan bertanya kepada Jasmin samada dia bahagia sekarang dan Jasmin menjawab yang dia begitu bahagia sekali kerana sampai bila-bila pun Oliver tidak akan dapat melukakan hatinya lagi. Jasmin pergi sambil menangis dan Oliver terduduk memikirkan segalanya yang berlaku antara mereka berdua.

Nat dan Hazel sedang berbual. Mereka mahukan satu perkara agar mereka bahagia iaitu kehidupan yang tenang, tetapi begitu sukar sekali untuk dikecapi. Begitu sukar sekali hidup ditengah-tengah kemelut yang sedang berlaku sekarang sepertimana yang berlaku antara Jasmin dan Oliver. Mereka berpisah kerana keadaan yang huru hara...sungguh sayang sekali. Nat berkata lebih sayang sekali sekiranya mereka tidak dapat bercinta bila diberi peluang untuk bercinta.

Ivan melawat Oliver di kedai buku kerana semasa dia menelefon Oliver, Oliver sudah masuk tidur..jadi mereka tidak berpeluang untuk berbual. Oliver berkata yang dia masih ok. Ivan bertanya apa yang sudah terjadi antara dia dan Jasmin. Oliver menjawab yang mereka tidak dapat mempercayai antara satu sama lain dan Jasmin mempunyai teman baru. Serta dia tidak sanggup melalui keadaan yang tidak tenteram antara kakaknya dan Ivan. Ivan rasa bersalah. Oliver menambah lagi yang dia telah belajar satu perkara yang paling penting iaitu memberikan segalanya untuk keluarganya sendiri, untuk abangnya, untuk perkara yang benar dan berharap Ivan bersedih kerananya...walau bila-bila pun dia tidak akan membiarkan abangnya dan menepuk-nepuk belakang Ivan. Ivan begitu terharu sekali.

Third cuba membuat jenaka kepada Jasmin...apa yang dipanggil kayu yang begitu alim sekali...HOLLYWOOD...Jasmin terasa janggal dan cuba untuk ketawa...Third meneruskan lagi jenakanya...sekiranya Jasmin tidak ketawa sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan Jasmin.... MENGAPA LUBANG HIDUNG ORANG MENJADI BESAR? Jasmin terkejut dengan soalan itu dan dia terkenang kembali jokes dari Oliver dan dia terus mengalirkan airmata. Third bertanya samada Jasmin teringatkan Oliver dan sekiranya dia ingin menangis teruskanlah, walaupun dia tidak sanggup melihat Jasmin menangis tetapi dia harus menerimanya. Mengapa satu janji sungguh mudah dibuang, satu cinta sungguh mudah diganti dengan dendam. Hanya sekelip mata....sungguh mudah dilupakan. Jawab Third tidak semua cinta begitu mudah dilupakan.

Keluarga Ynares sedang bersarapan pagi. Roden bertanya kepada Ivan mengapa dia mengubah Terms of Transaction tanpa persetujuan daripadanya. Ada company yang meminta pertolongan kerana mereka ada masalah dalaman. Roden marah kerana itulah YCI mengalami kerugian yang besar. Susana menyindir dan berkata bukan YCI yang didalam kesusahan tetapi kerana Ivan terpaksa mengurangkan sedikit percentage Roden. Roden pula membalas yang mereka membincangkan tentang business bukan belas kasihan. Oliver cuba defend abangnya dan berkata yang Ivan banyak sekali masalah yang ada dalam fikirannya dan tidak dapat fokus kepada kerja. Jawab Roden, banyak sekali berfikir, bila dah tahan lagi sudah tentu akan breakdown. Mujur baginya ada orang lain yang dia boleh harapkan selain daripada Ivan. Bagi Oliver, dia sanggup meninggalkan kedai buku untuk menguruskan company mereka pula.

(perkara yang berlaku selepas ini...)
Oliver dan Ivan didalam office...

Jasmin sedang mencari kerja baru....

Yolanda sibuk menguruskan sesuatu...menjual......

Signboard DONA ELENA pada restaurant diganti dengan sign yang baru LA CONDOLA...Nea menyaksikan segalanya....

Third....Jasmine....Nea....sedang bersedih....

Roden bertanya mengapa sampai sekarang mereka tidak dapat mencari hospital atau kurang bayaran yang diberikan...pihak media sudah melampau-lampau menulis tentang anaknya dan dia mahu perkara itu disegarakan kerana dia sudah kehabisan waktu.
Nea bertanya kepada Jasmin sekiranya dia mahu berbicara kerana dia melihat Jasmin begitu sugul sekali. Tetapi Nea memulakan perbualan...mengapa begitu sedap sekali masakan 'Bulalo' mereka...sebab ia dimasak dengan penuh kasih sayang, kerana masakan pertama yang disediakan oleh ibu mereka kepada ayah mereka adalah bulalo...seperti juga semasa Jasmin bersama Oliver, masakan yang pertama yang dibuat oleh Oliver adalah Brownies.

Di parking area, Third menghampiri Oliver dan bertanya sekiranya mereka boleh berbincang. Oliver bertanya adakah kerana Jasmin dan Third menjawab 'ya' Oliver mengelak dan berkata dia sudah lewat dan banyak kerja yang perlu dia selesaikan. Third masih mahu berbincang dan berkata Jasmin tidak pernah menipu dan antara dia dan Jasmin hanyalah teman biasa. Third mahu Oliver berbincang dengan Jasmin dan dia mahu Oliver kembali kepada Jasmin sementara masih ada masa lagi.

Nea meneruskan lagi seperti Third, mereka begitu suka sekali bubble gum seperti semasa mereka kecil lagi. Jasmin tidak memahami maksud kakaknya. Nea berkata yang Oliver menyanyangi Jasmin dan Nea juga dapat rasakan yang Third juga menyayangi Jasmin.

Third berkata lagi yang Jasmin amat menyintai Oliver dan janganlah Oliver bersikap bodoh. Oliver tidak menyukai kata-kata Third dan berkata merekalah menjadi pengkhianat. Third menjawab yang dia menyayangi Jasmin dan dia rasa terluka bila melihat Jasmin dilukai oleh manusia yang tidak berguna seperti Oliver..."Jasmin doesn't deserve you" ....Oliver membalas dengan satu tumbukan dan berkata dengan keras yang Third tidak mengetahui sedikit pun tentang perkara itu dan dia tidak berhak untuk berkata seperti itu.

Jasmin menjelaskan yang dia dan Third cuma kawan biasa sahaja. Nea tahu, jadi dia tidak mahu melihat adiknya dalam kesedihan...dan dia tahu Third ada menyimpan perasaan terhadap Jasmin atau hanya Oliver saja yang memiliki hati nya. Oleh kerana itu dia tidak perlu rasa takut untuk membuka hatinya untuk bercinta lagi. Sekurang-kurangnya dia boleh berkata yang dia boleh mencuba untuk bercinta semula....itu yang paling penting, Nea memeluk adiknya.

Oliver didalam officenya dan membaling blazer nya dan berfikir...

Third didalam kereta dan berkata Oliver tidak akan melukakan hati Jasmin kerana dia ada disitu sekarang.

Jasmin dan Third didalam kereta dan Jasmin terlihat luka dimuka Third. Kalau Gab tidak memberitahunya sudah tentu dia tidak tahu apa yang terjadi. Third meminta maaf dan berkata ia berlaku diluar kawalannya, dia cuba masuk campur kerana dia tidak sanggup melihat Jasmin terluka. Jasmin menjawab yang Oliver sudah menutup pintu hatinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata orang lain kecuali dirinya sendiri dan biarkanlah...Jasmin mahu Third berjanji yang dilain masa dia tidak akan bergaduh lagi. Dia juga tidak mahu melihat Third terluka. Telefon Jasmin berdering, Nea berada ditalian dan berkata kes mereka sudah dibuka...perasaan mereka hidup kembali.
Yolanda berada dirumah sedang menguruskan barang untuk dijual. Dia melihat ada orang diluar rumahnya dan dengan segera menutup pintu.

Third menghantar Jasmin pulang kerumah dan setibanya, dia melihat ada bunga untuk orang mati diluar rumah mereka...dia menghempas-hempaskan bunga tersebut dan Jasmin mula naik darah.

Third menelefon Gab untuk menghantar polis kerumah Jasmin dan juga menjemput Nea dan Vonnie. Mereka belum membuat sebarang press con kerana mereka sudah menerima ugutan dan mereka perlu menukar rancangan mereka sekarang. Kata Yolanda patutlah ada orang cuba memasuki kawasan rumah mereka tadi dan sudah tentu dia menyangka perbuatan keluarga Ynares. Jasmin mengingatkan mereka supaya lebih berhati-hati. Third mahu mereka berbincang dengan peguam mereka. Sekarang kes sudah dibuka dan bila-bila masa saja Ivan akan ditangkap. Sudah tentu pihak Ynares bukan saja cuba menakutkan mereka tetapi mereka sanggup membunuh saudara mereka jadi mereka perlu bertindak segera dan membawa Nea untuk bersembunyi.

Di rumah Ynares...Roden mahu Ivan duduk dirumah saja sementara dia menguruskan keadaan yang huru hara ini. Oliver pula volunteer untuk menguruskan hal di office dan biar dia saja yang menjadi orang yang dipercayai. Pihak polis tiba dan mereka mempunyai warrant of arrest terhadap Ivan kerana memperkosa Nea Fontanilla. Susana memeluk anaknya. Polis menghampiri Ivan dan menggari tangan Ivan....Ivan terpaksa mengikut pihak berkuasa sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:12 AM | Show all posts

Episode 121 - Summary

Ivan mengikut pihak polis untuk dibawa ke balai. Ivan memandang kearah keluarganya...Susana menangis dan Roden berkata mereka akan turut bersama ke balai.

Sementara dirumah Nea...Yolanda, Jasmin, Hazel dan Third menonton TV berita mengenai penangkapan Ivan dan dibawa ke balai. Mereka agak gembira dengan peristiwa itu dan Yolanda berkata memang padan muka Ivan dan keluarganya.

Semasa di balai dan sedang disoal siasat, Karri tiba dengan penuh tangisan. Ivan mahu Karri pulang saja kerana dia tidak mahu Karri melihat dia dalam keadaan sedemikian. Karri masih menangis dan tidak mahu meninggalkan sisi Ivan. Oliver cuba menghalangnya. Tidak lama selepas itu Ivan dimasukkan kedalam penjara sambil memerhati kepada Karri, Roden dan Oliver.

Roden berbincang dengan peguam Ivan dan dia mahu peguam itu menguruskan apa-apa yang patut semasa Ivan didalam penjara. Ivan tidak biasa tempat yang tidak ada aircon...tempat itu agak berbau. Peguam itu akan cuba melakukan sesuatu seperti yang diutuskan oleh Roden.

Nea dan Vonnie berada di safehouse tetapi Vonnie memberitahu yang dia harus keluar sebentar untuk membeli makanan. Vonnie menasihati Nea supaya jangan keluar atau menjenguk ditingkap dan dia cuma akan keluar sebentar sahaja. Bila Vonnie keluar dia tidak perasan yang sudah ada orang yang menunggu diluar. Lelaki itu dengan segera membuat panggilan uang Nea berada dirumah tersebut.

Third menghantar Jasmin pulang dan Jasmin sungguh berterima kasih diatas pertolongan Third. Dia bertanya kepada Third mengapa dia sanggup membantu dan Third menjawab terus kerana dia amat menyayangi Jasmin. Jasmin berkata buat masa sekarang fikirannya masih bercelaru. Third tidak mengharapkan balasan dan terus pergi. Bila Jasmin masuk kerumah dia terlihat seekor kucing hitam dan dia merasa tidak sedap hati seolah-olah ada perkara buruk akan berlaku.

Beberapa lelaki memasuki rumah tempat persembunyian Nea dan meletakkan bomb . Nea terasa ada orang diluar, setelah lelaki tersebut keluar, rumah itu meletup.
Dirumah Ynares, Oliver menjawab telefon dan ada orang sedang mencari Roden. Suara itu berkata segalanya berjalan lancar...Roden gembira sekali. Oliver tertanya-tanya siapa yang menelefon ayahnya.

Vonnie menelefon kerumah dan memberitahu Jasmin peristiwa malang yang menimpa Nea. Jasmin bergegas ke hospital Yolanda dan Hazel juga bimbang dengan perkara yang terjadi pada Nea.

Third menemani Jasmin ke hospital dan dia mula hilang kawalan kerana tidak mengetahui keadaan Nea. Vonnie dan Third cuba mententeramkan Jasmin.

Pada hearing yang pertama, keluarga Ynares muncul bersama Karri. Jasmin bersemuka dengan Oliver dan menuduh mereka melakukan sesuatu terhadap Nea. Oliver hanya berdiam diri dan Roden pula membalas. Oliver cuba meleraikannya dan menolak Jasmin. Yolanda pula yang naik radang dan terus bangun dan menampar Roden. Kini Jasmin dan Hazel pula cuba mengawal Yolanda...tidak lama selepas itu semua orang terkejut kerana melihat Yolanda sudah berjalan semula....dan bertanya sendiri apa yang terjadi kepada ibu mereka. Yolanda tidak mempunyai jawapan jadi Roden yang menjawab. Kata Roden, sudah lama ibu mereka berjalan dan sudah lama dia menipu keluarganya dan keluarga Ynares terus pergi dari situ. Susana pula sempat berkata 'bitch' kepada Yolanda. Yolanda hanya mampu mengalirkan air mata.
Yolanda meminta ampun kepada Jasmin kerana membuat hidup Jasmin sengsara dan dia juga mengaku kepada Jasmin dan Hazel kerana mempunyai hubungan dengan Roden hanya untuk mempergunakannya kerana dia tidak mahu menjadi lumpuh. Jasmin memaafkan Yolanda dan baginya yang penting mereka perlu bersatu sekarang demi Nea.

Di penjara, keluarga Ivan berkata sudah dua kali Nea tidak hadir untuk hearing. Kata peguam mereka boleh memfailkan motion to dismiss the case sekiranya Nea tidak dapat hadir untuk kali ketiga. Oliver tertanya-tanya juga mengapa Nea tidak hadir atau mungkin ada sesuatu yang berlaku kepada Nea. Roden menjawab yang Nea berbuat demikian kerana kes terhadap Ivan terlalu lemah. Ivan seolah-olah bersetuju dengan ayahnya dan Oliver berkata sebab abangnya tidak bersalah. Susana juga mengangguk apatah lagi si Roden.

Tiba untuk hearing yang ketiga. Ivan mendapat tahu yang Nea masih tidak ada. Jadi peguam mereka akan memfailkan motion to dismiss. Bila hakim keluar, pihak Ivan menyatakan hasrat mereka tetapi mereka dihalang oleh peguam Nea. Dia berkata Nea ada disitu. Jadi hakim tidak membenarkan Peguam Ivan untuk meneruskan hasrat mereka. Semua keluarga Ynares berada didalam court dan pihak Nea dihadiri oleh Yolanda, Jasmin dan Hazel. Dalam keadaan suka dan terharu, Nea dibawa masuk dengan kerusi roda. Kepala Nea masih dibalut dan kesan lebam masih ketara lagi. Vonnie yang menolak kerusi roda itu. Nea memandang kearah orang ramai. Ivan terasa tergugat dengan pandangan Nea begitu juga dengan keluarga Ivan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:13 AM | Show all posts

Episode 122 - Summary

Nea datang hampir ke tempat duduk keluarga Ynares dan menuduh Roden penyebab mengapa bandannya penuh dengan bandage dan kesan-kesan lebam-luka. Ivan rasa begitu sedih dan kasihan melihat keadaan Nea dan hampir menitiskan air mata. Dia memandang kearah ayahnya dengan muka yang penuh tandatanya samada Nea berkata benar.

Di dalam sebuah bilik Ivan bertanya kepada Roden sekiranya dia melakukan perkara itu terhadap Nea. Roden cuba menafikan perbuatannya. Kini Oliver pula bertanya sekiranya ada orang yang mengikut arahan Roden tak mungkin ada orang lain yang sanggup melakukan perkara itu. Roden menafikan sekeras-kerasnya yang dia tidak tahu menahu tentang kejadian pengeboman itu.

Di luar mahkamah Oliver diserbu oleh para pemberita. Dia tidak dapat menjawab soalan-soalan dari mereka. Tidak lama kemudian Roden dan Susana pula keluar dan mereka pula menjadi tumpuan pemberita. Bagi Susana anak dan suaminya tidak bersalah dalam hal itu.

Ivan dan Karri duduk berbincang. Karri memberikan kata-kata semangat dan Ivan merayu supaya dia tidak ditinggalkan sendirian. Karri agak terkejut dengan rayuan Ivan dan berjanji akan sentiasa bersama Ivan kerana dia tahu Ivan tidak bersalah. Ivan memeluk Karri dengan erat sambil menangis.

Di witness stand, peguam Nea meminta dia menunjukkan orang yang memperkosa dia. Nea melihat kearah Ivan dan menunjuk diri Ivan...."No more further questions" kata peguamnya. Kini peguambela Ivan pula bertanya....mungkinkah kerana muka Ivan agak serupa dengan orang yang merogol dia. Jawab Nea, tidak. Peguam itu meneruskan lagi.

Peguam: Are u in love with your so called rapist? Awak cintakan Ivan Ynares?

Nea: YA! Saya cintakan Ivan Ynares...(orang ramai mula berbunyi didalam mahkamah setelah Nea menyatakan apa yang dia rasa mengenai Ivan)
Nea menangis semasa dia cuba menerangkan mengapa dia jatuh cinta pada Ivan dan Ivan juga menitiskan air mata bila mengetahui Nea menyayangi nya.

Nea: Saya menyintai dia kerana dialah lelaki pertama yang memberikan kepentingan kepada saya...saya juga menyintai dia kerana dia sentiasa berada disisi saya semasa saya memerlukan pertolongan, dia defend diri saya, dia menjadi inspirasi semasa saya lemah.

Flashback dihari-hari bahagia Nea dan Ivan.

Nea: Tetapi Ivan Ynares juga lelaki pertama yang merasai perasaan saya betapa hinanya saya ketika itu. Dia sendiri yang mengaku bahwa dia yang memperkosa saya...kan awak sudah mengaku? awak sudah mengaku pada saya?

Ivan tidak dapat menahan air mata ketika Nea membuat kenyataan.

Di luar courtroom ramai pemberita sudah mengelilingi Karri. Karri tidak menjawab sepatahpun mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nea. Ivan lalu dengan gari ditangan bersama beberapa orang polis. Dia dan Karri hanya memandang satu sama lain tanpa berkata-kata.

Keluarga Fontanilla dan juga Ynares bertembung diluar mahkamah. Jasmin kini berkata yang mereka akan mendapatkan keadilan dan Ynares akan membayar diatas segala apa yang mereka lakukan terhadap kakaknya. Oliver tidak dapat menahan perasaan nya dan cuba membalasnya. Pihak Ynares cuba mengelakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan dan Roden hanya mengucapkan terima kasih kepada media diatas sokongan mereka dan dengan segera berlalu dari situ.

Dirumah Fontanilla pula, Nea dan Jasmin berbincang. Nea rasa terkilan kerana kes tersebut kehidupan mereka hancur. Jasmin cuba memberikan semangat dan berkata yang dia sanggup korbankan kebahagiaan dirinya demi saudaranya. Mereka menangis dan berdakapan.

Di penjara, Karri bertanya kepada Ivan terus tentang segala apa yang dia mahu tahu.

Karri: Did you rape her?

Ivan tidak dapat menjawab dengan segera dan terpaksa mengalirkan air mata dahulu. Dengan gaya Ivan, Karri sudah agak akan jawapan yang akan diberikan. Dia agak kecewa dan turut sama menangis.

Ivan: Aku tak sengaja...percayalah pada aku...aku tidak ingat.....

Karri masih terkejut dengan pengakuan dari Ivan sementara Ivan masih berendam dengan air mata. Dia mula naik radang...

Karri: Aku begitu bodoh sekali...walau otak aku berkata yang kau telah memperkosa Nea, aku masih memaksa hati aku mempercayai yang kau tidak sanggup lakukan perkara itu....yang kau tidak akan menipu aku.... (Karri mula menumbuk dada Ivan) Dulu kau kata kau cintakan aku, aku percaya...segala penipuan yang kau lakukan, aku masih percayakan kau (Karri menampar muka Ivan) aku sentiasa menyokong kau, menguruskan kau...sehingga kebahagian diri sendiri terpaksa aku korbankan kerana kau...

Karri: Kau tahu Ivan, segala apa yang kita lalui hanya aku saja yang menyintai...aku saja yang menyintai..

Didalam tangisan Ivan berdiri dihadapan Karri memohon keampunan.

Ivan: Ampunkan aku...Aku cintakan kau Karri...bantulah aku..

Karri tidak mahu mendengar lagi rayuan Ivan..

Karri: ONLY GOD CAN HELP YOU NOW..

dan meninggalkan Ivan bersendirian di penjara.

Susana sudah hilang kawalan dengan keadaan mabuk memikirkan keluarganya yang porak peranda. Dia menuduh Roden punca segalanya yang berlaku keatas Ivan dan keluarga mereka. Bagi Susana sepatutnya Roden yang disumbat kedalam penjara. Oliver muncul ditengah-tengah pergaduhan ibu bapanya.

Oliver: Apa yang terjadi ni?

Susanna: son...your brother made the biggest mistake in his life..it's true..it's true..

Oliver: what are you saying?

Susanna: It's true. Your brother raped nea..

Oliver hanya termangu dengan kata-kata ibunya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:15 AM | Show all posts

Episode 122 -Summary

Nea datang hampir ke tempat duduk keluarga Ynares dan menuduh Roden penyebab mengapa bandannya penuh dengan bandage dan kesan-kesan lebam-luka. Ivan rasa begitu sedih dan kasihan melihat keadaan Nea dan hampir menitiskan air mata. Dia memandang kearah ayahnya dengan muka yang penuh tandatanya samada Nea berkata benar.

Di dalam sebuah bilik Ivan bertanya kepada Roden sekiranya dia melakukan perkara itu terhadap Nea. Roden cuba menafikan perbuatannya. Kini Oliver pula bertanya sekiranya ada orang yang mengikut arahan Roden tak mungkin ada orang lain yang sanggup melakukan perkara itu. Roden menafikan sekeras-kerasnya yang dia tidak tahu menahu tentang kejadian pengeboman itu.

Di luar mahkamah Oliver diserbu oleh para pemberita. Dia tidak dapat menjawab soalan-soalan dari mereka. Tidak lama kemudian Roden dan Susana pula keluar dan mereka pula menjadi tumpuan pemberita. Bagi Susana anak dan suaminya tidak bersalah dalam hal itu.

Ivan dan Karri duduk berbincang. Karri memberikan kata-kata semangat dan Ivan merayu supaya dia tidak ditinggalkan sendirian. Karri agak terkejut dengan rayuan Ivan dan berjanji akan sentiasa bersama Ivan kerana dia tahu Ivan tidak bersalah. Ivan memeluk Karri dengan erat sambil menangis.

Di witness stand, peguam Nea meminta dia menunjukkan orang yang memperkosa dia. Nea melihat kearah Ivan dan menunjuk diri Ivan...."No more further questions" kata peguamnya. Kini peguambela Ivan pula bertanya....mungkinkah kerana muka Ivan agak serupa dengan orang yang merogol dia. Jawab Nea, tidak. Peguam itu meneruskan lagi.

Peguam: Are u in love with your so called rapist? Awak cintakan Ivan Ynares?

Nea: YA! Saya cintakan Ivan Ynares...(orang ramai mula berbunyi didalam mahkamah setelah Nea menyatakan apa yang dia rasa mengenai Ivan)
Nea menangis semasa dia cuba menerangkan mengapa dia jatuh cinta pada Ivan dan Ivan juga menitiskan air mata bila mengetahui Nea menyayangi nya.

Nea: Saya menyintai dia kerana dialah lelaki pertama yang memberikan kepentingan kepada saya...saya juga menyintai dia kerana dia sentiasa berada disisi saya semasa saya memerlukan pertolongan, dia defend diri saya, dia menjadi inspirasi semasa saya lemah.

Flashback dihari-hari bahagia Nea dan Ivan.

Nea: Tetapi Ivan Ynares juga lelaki pertama yang merasai perasaan saya betapa hinanya saya ketika itu. Dia sendiri yang mengaku bahwa dia yang memperkosa saya...kan awak sudah mengaku? awak sudah mengaku pada saya?

Ivan tidak dapat menahan air mata ketika Nea membuat kenyataan.

Di luar courtroom ramai pemberita sudah mengelilingi Karri. Karri tidak menjawab sepatahpun mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nea. Ivan lalu dengan gari ditangan bersama beberapa orang polis. Dia dan Karri hanya memandang satu sama lain tanpa berkata-kata.

Keluarga Fontanilla dan juga Ynares bertembung diluar mahkamah. Jasmin kini berkata yang mereka akan mendapatkan keadilan dan Ynares akan membayar diatas segala apa yang mereka lakukan terhadap kakaknya. Oliver tidak dapat menahan perasaan nya dan cuba membalasnya. Pihak Ynares cuba mengelakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan dan Roden hanya mengucapkan terima kasih kepada media diatas sokongan mereka dan dengan segera berlalu dari situ.

Dirumah Fontanilla pula, Nea dan Jasmin berbincang. Nea rasa terkilan kerana kes tersebut kehidupan mereka hancur. Jasmin cuba memberikan semangat dan berkata yang dia sanggup korbankan kebahagiaan dirinya demi saudaranya. Mereka menangis dan berdakapan.

Di penjara, Karri bertanya kepada Ivan terus tentang segala apa yang dia mahu tahu.

Karri: Did you rape her?

Ivan tidak dapat menjawab dengan segera dan terpaksa mengalirkan air mata dahulu. Dengan gaya Ivan, Karri sudah agak akan jawapan yang akan diberikan. Dia agak kecewa dan turut sama menangis.

Ivan: Aku tak sengaja...percayalah pada aku...aku tidak ingat.....

Karri masih terkejut dengan pengakuan dari Ivan sementara Ivan masih berendam dengan air mata. Dia mula naik radang...

Karri: Aku begitu bodoh sekali...walau otak aku berkata yang kau telah memperkosa Nea, aku masih memaksa hati aku mempercayai yang kau tidak sanggup lakukan perkara itu....yang kau tidak akan menipu aku.... (Karri mula menumbuk dada Ivan) Dulu kau kata kau cintakan aku, aku percaya...segala penipuan yang kau lakukan, aku masih percayakan kau (Karri menampar muka Ivan) aku sentiasa menyokong kau, menguruskan kau...sehingga kebahagian diri sendiri terpaksa aku korbankan kerana kau...

Karri: Kau tahu Ivan, segala apa yang kita lalui hanya aku saja yang menyintai...aku saja yang menyintai..

Didalam tangisan Ivan berdiri dihadapan Karri memohon keampunan.

Ivan: Ampunkan aku...Aku cintakan kau Karri...bantulah aku..

Karri tidak mahu mendengar lagi rayuan Ivan..

Karri: ONLY GOD CAN HELP YOU NOW..

dan meninggalkan Ivan bersendirian di penjara.

Susana sudah hilang kawalan dengan keadaan mabuk memikirkan keluarganya yang porak peranda. Dia menuduh Roden punca segalanya yang berlaku keatas Ivan dan keluarga mereka. Bagi Susana sepatutnya Roden yang disumbat kedalam penjara. Oliver muncul ditengah-tengah pergaduhan ibu bapanya.

Oliver: Apa yang terjadi ni?

Susanna: son...your brother made the biggest mistake in his life..it's true..it's true..

Oliver: what are you saying?

Susanna: It's true. Your brother raped nea..

Oliver hanya termangu dengan kata-kata ibunya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:16 AM | Show all posts

Episode 123 - Summary

Didalam suasana yang penuh ketegangan. Oliver muncul dan mendengar kenyataan dari ibunya yang mengaku Ivan telah melakukan kesalahan besar kerana merogol Nea. Oliver tidak percaya apa yang didengar nya. Roden cuba menghalang Susana dari berkata-kata tetapi Susana masih tetap meneruskan dan cukuplah mereka cuba berlakon kerana seluruh keluarga mereka sudah terluka. Roden bertanya semada dia suka melihat anaknya sendiri menderita dalam penjara. Susana tidak suka...

Roden kini berkata biarlah Oliver mengetahui cerita sebenar dan mengaku Ivan lah yang merogol Nea. Oliver tidak dapat menahan perasaan setelah mengetahui kebenarannya. Roden bertanya apa yang Oliver mahu lakukan setelah mengetahui abangnya seorang perogol. Oliver terdiam dan hanya dapat menangis saja.

Nea berbual dengan sister yang menjadi kawannya. Dia berkata yang dia tidak mampu membuang dendam yang berada dihatinya, hanya Nea saja yang mampu melakukannya. Jawab Nea, bukan saja kemarahan yang dia rasai sekarang tetapi dendam yang semakin menebal. Mereka telah melakukan yang lebih dahsyat terhadapnya. Kini sister pula cuba menasihati Nea...Cuba lihat kepada NYA, walau apa sekali sakit yang diberikan kepada NYA oleh orang lain DIA sanggup memaafkan. Jawab Nea dia bukan Tuhan. Namun sister tetap berkata walau dia manusia dan tidak sempurna, dia perlu belajar untuk memaafkan. Sekiranya dia dapat membuka hati dan belajar untuk menyayangi, dendam yang ada dalam dirinya akan hilang. Nea tidak tahu samada masih ada lagi kasih sayang yang tersisa dalam hatinya. Sister meneruskan lagi yang kasih sayang akan sentiasa berada didalam jiwa dan hanya satu yang perlu dilakukan iaitu melepaskannya supaya dia dapat hidup dengan tenang.

Di penjara, Polis memanggil Ivan kerana ada orang ingin berjumpa dengannya. Kasihan Ivan matanya bengkak kerana menangis.

Nat dan Hazel sedang mentertawakan satu patung hitam. Hazel bertanya jika Nat tidak takut pada patung itu bila tidur pada waktu malam. Tetapi Nat masih tertawa sambil mengusap rambut Hazel. Dia mengucapkan terima kasih kerana membuatkan dirinya ketawa...dia akan pergi dahulu tetapi mereka akan berjumpa juga akhirnya di syurga. Walau waktu nya didunia sudah singkat dia masih mahu membuatkan Hazel gembira.

Ivan telah pergi ke visiting area dan Oliver sudah menanti. Oliver bangun. Ivan tidak dapat memandang tepat kearah Oliver, jadi dia hanya termenung. Mereka duduk semula dan mereka tidak dapat memulakan perbualan dengan segera. Masing-masing menunggu salah seorang membuka mulut. Oliver bertanya dan dia mahu mendengar sendiri dari mulut Ivan, jika benar dia merogol Nea. Ivan hanya memandang Oliver dan mula menangis kembali. Kemudian Ivan termenung semula. Oliver hampir menubuk abangnya sendiri. Ivan hanya berdiam diri sambil air mata jatuh bercucuran.

Oliver begitu kecewa sekali..."saya percaya pada abang, saya defend abang, saya berjuang kerana abang... saya korbankan cinta saya pada Jasmin dan persahabatan saya dengan Nea...saya pilih abang...akhirnya ini yang abang balas pada saya...abang buat saya seperti orang bodoh sehingga saya tak sayangkan diri sendiri lagi...abang hanya mementingkan diri sendiri, abang tak fikirkan tentang saya...abang sungguh mementingkan diri sendiri"..... Oliver berkata dengan penuh deraian air mata. Oliver menghampiri guard untuk pergi dari situ meninggalkan abangnya yang menangis bersendirian.

Karri juga hilang kawalan sambil menangis dan mengoyak-ngoyakkan wedding gown nya dengan penuh kemarahan. Bila dia melihat gambar mereka berdua, Karri mengoyakkannya juga tetapi menukar fikiran lalu diambil semula dan melihatnya kembali sambil memeluknya...

Nea sedang menguruskan sesuatu bila dia terdengar bunyi ketukan. Karri muncul. Nea bertanya apa yang Karri mahu darinya. Karri meminta maaf dari Nea tetapi Nea mahukan keadilan. Karri berkata dia faham sikap Nea, tetapi Nea tahu Karri tetap tidak akan faham dan sekiranya Karri mempunyai akal fikiran dia mahu Karri memujuk Ivan untuk mengaku kesilapannya. Karri merenung Nea yang seolah-olah sudah mati akibat perbuatan mereka semua terhadap Nea. Karri cuba merayu. Tetapi bagi Nea, Ivan yang bersalah jadi Ivan lah yang patut membayar. Karri cuba sekali lagi merayu dan berkata dia juga marah dengan perbuatan Ivan itu . Nea tidak mahu memaafkan mereka. Kini Karri berlutut dihadapan Nea dan masih lagi merayu... tetapi Nea menutup pintu.

Ivan bersendirian menangis didalam penjara...

Nea bersendirian didalam bilik menangis.....

Oliver sedang memandu sambil menangis.....

Jasmin di park sedang duduk di see-saw sambil menangis....

Jasmin tidak menyangka ada orang lain duduk dihujung see saw. Dia melihat Oliver muncul sambil menangis. Jasmin cuba pergi tetapi dihalang oleh Oliver. Oliver berkata semuanya dusta belaka dan dia menyesal diatas segalanya, dia membelakangkan Jasmin kerana keluarganya. Oliver meminta maaf. Jawab Jasmin dia akan hanya memaafkan Oliver sekiranya dia sanggup menjadi saksi untuk menentang abangnya nanti. Oliver tidak dapat menjawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:17 AM | Show all posts

Episode 124 - Summary

Bagi Oliver begitu sukar sekali permintaan dari Jasmin untuk dipenuhinya kerana dia tidak sanggup melihat abangnya menderita. Setelah Jasmin pergi dari park, Oliver masih lagi tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Oliver tidak dapat memejamkan matanya memikirkan permintaan Jasmin terhadap abangnya sendiri. Oliver terkenang kembali peristiwa semasa mereka kecil dahulu. Oliver amat menyayangi abangnya tetapi sudah ramai orang yang menderita akibat dari perbuatan Ivan. Apa yang akan menjadi keputusannya nanti dia berharap Ivan akan faham.

Nea bermimpi. Dia melihat satu cahaya terang meneranginya dan burung-burung berterbangan. Tiba-tiba dia terjaga dan melihat salib yang berada ditepi katilnya. Kini dia mengerti kata-kata sister yang tuhan masih menyayangi nya walau apa pun yang dilaluinya.

Oliver terserempak dengan ayahnya yang sedang bercakap dengan orang yang menjadi suruhan Roden untuk membunuh Nea. Setelah Roden meletakkan telefon, Oliver terus menyerang ayahnya. Roden mengaku dia lakukan semuanya kerana Ivan dan dia tidak mahu anaknya dipenjarakan.
Di penjara, Karri masih lagi melawat Ivan. Ivan menasihati Karri supaya tidak membuang hidupnya kerananya. Semuanya sudah berakhir. Tetapi Karri masih tidak mahu melepaskan segala harapannya bersama Ivan, angan-angan mereka untuk berkahwin dan mempunyai keluarga. Mereka nangis bersama mengenangkan harapan mereka itu.

Jasmin kini berkata yang mereka tidak akan berhenti selagi mereka tidak dapat menuntut keadilan dari keluarga Ynares. Nea menghampiri adiknya dan mengusap muka Jasmin dan mengangguk lalu memeluk adiknya dengan erat.

Roden bertembung dengan keluarga Fontanilla. Dia cuba offer kepada mereka harga yang perlu dia bayar supaya mereka menarik balik kes tersebut. Roden masih cuba memandang rendah kepada mereka dan Jasmin cuba mempertahan keluarga nya dan melawan balik. Oliver dapat menyaksikan konfrantasi antara ayahnya dan Jasmin. Roden cuba menampar Jasmin tetapi dihalang oleh Oliver dan berkata Roden terpaksa menentang nya pula sekiranya dia cuba menyakiti Jasmin dan Nea sekali lagi. Roden tidak dapat berkata apa-apa lalu membetulkan tali lehernya dan terus pergi. Oliver meminta maaf diatas kesalahan keluarganya dan dia akan lakukan segalanya agar mereka mengampunkan dosa-dosanya. Jasmin tidak mahu berbincang lagi apa yang harus Oliver lakukan lagi.

Di dalam mahkamah pihak defense cuba menyangkal kata-kata Nea kerana Nea tidak mempunyai saksi yang teguh. Tetapi pihak Nea tidak berputus harap dan mereka memanggil Oliver Ynares sebagai saksi pihak pendakwa. Keluarga Ynares sungguh terkejut sekali. Bila Oliver datang hampir ke witness stand, mula-mula sekali dia meminta maaf kepada Ivan yang dia harus melakukan itu kerana sudah terlalu banyak jiwa yang tersiksa. Roden mula hilang kawalan dan mula menjerit supaya mereka tidak mempercayai kata-kata Oliver. Ivan pula tidak menahannya lagi dan dia berdiri sambil menangis.

Ivan: CUKUPLAH KAMU SEMUA!!...AKU MENGAKU SEKARANG...AKULAH YANG MEROGOL NEA!!!

Seperti tiba-tiba saja Nea dapat bernafas semula dan dia mula menangis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:18 AM | Show all posts

Finale

Finally...phewww!!!

Ivan menjerit dan dia tidak menunggu lagi Oliver berkata-kata dihadapan orang ramai. Dia menangis sambil mengaku "Aku yang merogol Nea!!"

Roden: No!...Ivan...No!!
tetapi Ivan masih tetap mengaku yang dialah yang merogol Nea.

Hakim: Order!!!!...now...with the new term of events....we are going to re-assess all the information presented by the witness...."

Oliver menghampiri abangnya...
Oliver: Kuya...Kuya im sorry.....maafkan saya.
Mereka menggari semula tangan Ivan.

Ivan: Aku yang sepatutnya meminta maaf...aku yang sepatutnya meminta ampun dari kau, aku berterima kasih pada kau Oliver kerana kau mengajar aku untuk menjadi lebih cekal ...I'm proud of you bro

Pihak polis membawa Ivan pergi. Roden menjerit kepada Oliver "Look what you have done???" Semua orang mula menangis dan Roden tidak percaya sama sekali mereka berjaya mendakwa Ivan.

Ivan berdiri dan ada polis yang menjaganya. Pihak mahkamah membacakan keputusan kes tersebut. Mereka mendapati Ivan Ynares bersalah kerana merogol Nea Fontanilla dan hukuman nya adalah penjara seumur hidup. Polis menghampiri Ivan dan menggari tangannya semula dan dibawa pergi. Tetapi Ivan meminta sedikit masa untuk menghampiri Nea. Nea hanya memandangnya.

Ivan: Aku tahu tidak mencukupi bagi aku untuk meminta maaf dari kau diatas segala kesalahan yang aku lakukan pada kau. Tetapi aku berharap, bila tiba masanya kau dapat mencari didalam hatimu untuk memaafkan aku.

Ivan masih mengangis dan polis terus membawanya pergi. Nea terus sebak dan tidak dapat memandang kearah Ivan.

Di kuburan Elena...Yolanda, Hazel, Jasmin dan Nea...kata Nea akhirnya dia berjaya menyatukan keluarganya dan mereka pergi bersama-sama.

Nea berbual dengan sister yang juga teman baiknya dan dia bertanya mengapa Tuhan tidak pernah rasa bosan menyayangi hambanya. Jawab sister "Kerana DIA adalah Tuhan kasih sayang. Jadi selagi kita hidup, kita semua perlu mengembalikan segala kasih sayang pada orang lain tidak kira kawan ataupun lawan, kasih sayang yang telah diberikan kepada kita oleh Tuhan. Kita perlu menyayangi semua orang, harus belajar memaafkan dengan penuh keikhlasan, sepenuh hati dan sepenuh jiwa raga...mesti bersedia menyayangi bukan sekadar diri sendiri tetapi kepada orang lain juga. Kalau kau memerlukan Nya, kau panggillah nama Nya, Dia akan sentiasa menantikan kau dan Dia akan memenuhi apa yang kurang dalam hidup kau" Nea tersenyum kembali.

Oliver dan Jasmin berada di park. Jasmin mengucapkan terima kasih kerana Oliver lah dia merasa dicintai. Tetapi biarlah masa yang menentukan kerana hatinya sudah letih untuk bercinta lagi. Oliver mengerti perasaan Jasmin. Bagi Jasmin sekiranya Oliver mengerti janganlah dia disayangi buat ketika ini kerana dia tersiksa bila melihat kasih sayang mereka tidak pergi kemana. Dia takut untuk bercinta lagi kerana takut dilukai lagi. Biarlah dia belajar untuk menyayangi diri sendiri dahulu. Jasmin meninggalkan Oliver di seesaw.
Ivan di penjara dan Karri melawatnya dan Karri menyatakan yang dia tidak akan jemu menyayangi Ivan sepanjang hayatnya. Ivan memohon ampun dari Karri diatas segala yang berlaku dan berterima kasih kerana Karri sudi menyintainya dan dia berharap dapat menyintai Karri dengan sepenuh hati. Dalam tangisan, Ivan memberikan satu kucupan dibibir kepada Karri dan Karri mengusap pipi Ivan sebelum dia meninggalkan Ivan.

Roden sedang duduk bersendirian dan dia membuka laci yang berisi sepucuk pistol. Perlahan-lahan dia mengambil pistol itu lalu membunuh dirinya sendiri.

Di kubur Roden, Susana sedang duduk. Oliver ada bersamanya. Oliver berkata "Ayah, sekiranya saya tidak menjadi anak yang baik, saya harap ayah dapat mengampunkan saya. Bila kita tidak bersefahaman, saya memaksa hati saya untuk berkata yang ayah masih sayangkan saya...Ayah, pernah tidak saya memberitahu yang saya amat menyayangi ayah. Sekiranya saya tidak pernah ucapkan saya harap ayah dapat mendengarnya yang saya amat menyayangi ayah."

Oliver mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Susana mahu membaharui hidupnya. Bila dia melihat mansion itu dia teringat kembali segala yang dilalui oleh ahli keluarganya. Bila Oliver sudah bersedia dengan keputusannya dia akan menelefon ibunya dan tidak kira apa yang berlaku sekurang-kurangnya dia ada ibu lagi untuk dia kembali. Kedua ibu dan anak ini berdakapan.

Third memberikan cherry balls kepada Jasmin. Third berkata sejak mula dia mengenali Jasmin dia sudah menjadikan Jasmin sebagai ratu hatinya, dia tidak akan membiarkan Jasmin menangis, menjaga dan menyayangi sehingga ke akhir hayat. Mungkin sampai setakat itu sahaja cerita kasih sayang mereka .."I'm not your happy ending" Dia tahu hanya seorang sahaja yang berada dihati Jasmin. Dia mengingatkan Jasmin supaya sentiasa menjaga diri sendiri dan berharap yang pada suatu ketika dia pernah datang dalam hidup Jasmin dan berterima kasih diatas persahabatan mereka. Third pergi dan Jasmin hanya mampu tersenyum dalam tangisan.

Di park, Jasmin masih bersendirian bila Oliver muncul. Dia bertanya mengapa Oliver tidak mahu membiarkan dia bersendirian dan Oliver menjawab inilah pertemuan mereka yang terakhir kali. Dia tidak datang kesitu untuk melukakan hati Jasmin dia datang hanya untuk mengucapkan selamat tinggal kerana dia sudah membuat keputusan untuk tinggal di Amerika. Dia tahu dia tidak mahu mengingati peristiwa silam mereka dan mengeluarkan rantai lalu diserahkan kepada Jasmin dan Oliver terus pergi. Jasmin tidak dapat menahan daripada menangis.

Ivan keluar untuk menerima tetamu iaitu Nea. Dia begitu terharu sekali. Nea bertanya khabar dan Ivan tidak menjawab. Dia hanya termenung. Nea memegang tangan Ivan dan Ivan tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh. Dia memandang Nea dan berkata "Terima kasih" hanya itu yang boleh dia katakan.

Nea dalam doanya kepada Tuhan: Aku tidak tahu apa yang menolak aku untuk menghampiri Kau. Sebenarnya aku begitu malu sekali kerana aku pernah membelakangkan Kau, tetapi Kau tetap disamping ku dan tidak pernah berubah dan tidak jemu membuka bukan saja telinga dan tangan Mu tetapi juga hati Mu...I love you dear God ....
Ada burung-burung dan cahaya terang dan Nea tersenyum.

Nea mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan dia berharap dia akan lebih bahagia ke tempat yang ditujunya. Mereka berdakapan dan Nea pergi menaiki teksi. Nea telah sampai ke convent dan dia mengenakan pakaian seorang nun dan berjalan menuju ke altar.

Nat dan Hazel... Hazel mengejutkan Nat untuk menghias Christmas Tree. Mereka menghiasnya dengan cantik dan Nat berkata yang dia akan merindui Hazel dan mereka berdakapan dan mengucapkan Merry Christmas. Walaupun Christmas aka datang sebulan lagi, Nat berkata mungkin dia tidak sempat untuk mengucapkannya. Nenek Nat berharap keluarga Hazel akan menyertai mereka semasa Christmas nanti. Nenek Nat mahu membuat cake dan sudah tentu Jasmin akan menyukainya dan dia mahu mengambil satu bintang kerana hanya itu yang kurang pada Christmas tree mereka.

Nenek Nat sedang berdoa sambil menangis....

Hazel bertanya kepada Nat "Nat, mana star?...Nat!!!" Hazel merapati Nat dan dia tidak bernyawa lagi.

Di hari pengkebumian Nat mereka memainkan lagu "when you wake up each morning....and you feel like calling...ill be there for you"'...Jasmin, Nenek dan Hazel berada disitu.

Hazel dan Jasmin berbual dan
Hazel: Kakak tidak perasan ke sedikit demi sedikit orang yang kita sayangi sudah pergi...si daddy, si nanay elena, Si Nat, si Ate..siapa pula lagi akan mengucapkan selamat tinggal?"
Jasmin: Hazel memang begitu hidup ada yang datang dan ada yang pergi.
Hazel: Tetapi kakak mahu menunggu sehingg sesuatu pergi dari kita..kalau kakak berdaya untuk menghalangnya pergi dari kakak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2005 09:19 AM | Show all posts
Di park Jasmin sedang memegang rantai dan dia teringat kata-kata Oliver yang itulah kali terakhir mereka bertemu...Jasmin terus menelefon dan seorang makcik menjawab dan berkata Oliver sudah pergi ke airport.

Oliver pula tidak dapat bersabar dan bertanya kepada pilot sekiranya segala yang diperlukan sudah bersedia dan mengajak untuk pergi dengan segera.

Jasmin dengan segera mendapatkan teksi.

Oliver bersama staff nya untuk menaiki private plane....

Jasmin merayu kepada pemandu teksi untuk cepat dan bila dia tiba di airport pengawal disitu tidak membenarkan dia masuk, tetapi Jasmin menolak nya.

Oliver sudah masuk kedalam kapalterbang, Jasmin berlari, Oliver berhenti dari masuk kedalam pintu, Jasmin masih berlari dan kapalterbang mula terbang. Jasmin menangis kerana tidak sempat...dan dia terduduk. Tidak jauh dari situ mereka mengalihkan tangga dan disitu Oliver berdiri. Dia tidak pergi..dia ternampak Jasmin disitu..Jasmin bangun dan memandang Oliver yang sudah datang hampir kepadanya.

Jasmin: Kau tak pergi??? Kenapa???

Oliver: (menggelengkan kepalanya) Setahu aku, walau apa yang aku lakukan untuk membelakangkan segala yang sudah berlaku, tiada yang akan bertukar. Jasmin aku tak mampu menunggu masa untuk memadamkan semua yang terpahat disini. Sepanjang hayat aku akan membawa luka...Aku tidak pergi kerana aku tahu aku tidak dapat mengajar hati ku ...kerana walau dimana aku bersembunyi, aku tidak dapat hidup, kerana kau sudah memegang....kerana hati ku ada pada mu.

Jasmin: Begitu sekali bila sudah bercinta...semuanya dipegangnya...menerima segala kesakitan sehingga boleh mematikan hati...bila kita membelakangkannya pula, segala kemarahan, segala sakit yang ada disini masih tetap menyeru yang kaulah segalanya bgi ku....
Dan akhirnya mereka berdakapan...

Nea di convent sedang berdoa...."Memang begitu hidup manusia, ada masa diatas , ada masa dibawah, ada masa berputar-putar...seperti tiada hentinya...sungguh meletihkan, sungguh menjemukan...tetapi kehidupan perlu ibarat api yang dihidupkan kita dapat bernafas dan bebas untuk bercinta. Sekiranya semua orang boleh menjadi tabah untuk berhadapan dengan segala apa petaka yang menimpa hidup mereka dan sekiranya mereka cuba menghalang hati dari terbuka, sekiranya mereka dapat belajar untuk merendah diri dan tersenyum, sekiranya mereka tidak dapat melihat dan menerima pertolongan, sekiranya mereka percaya kepada takdir cinta...walau bersendirian mereka mampu menjadi makabuluhan...gembira....payapa...dan dapat mewarnai hidup mereka dengan sepenuhnya......begitu bahagia sekali hidup!"

Jasmin dan Oliver sedang bermain di seesaw sambil usik mengusik.

Hazel di kuburan Nat membawa gitar dan terlihat Nat sedang tersenyum dan hazel membalas senyumannya.

Third dan Daphne di kedai buku. Third menghulurkan sebuah buku dan memegang tangan Daphne dan mereka tersenyum.

Yolanda di kuburan Elena tersenyum juga. .

Susana memegang gambarnya bersama keluarganya dan dia tersenyum.

Nea dan Vonnie sedang memberikan makanan kepada kanak-kanak.

Ivan dan Karri melangsungkan perkahwinan mereka tetapi di penjara begitu indah sekali...mereka kiss dan berdakapan dan tersenyum lebar.

Jasmin dan Oliver masih di park ...bercumbuan.

dan akhir sekali Nea bersama kanak-kanak sedang mengayuh pedicab dengan penuh keriangan.
Reply

Use magic Report

shopgirl This user has been deleted
Post time 29-11-2005 06:49 AM | Show all posts
hello! Just dropping by so share some screen caps

has IALSA started in malaysia already?





__________________________________________________________

Reply

Use magic Report

shopgirl This user has been deleted
Post time 29-11-2005 06:51 AM | Show all posts




______________________________________________________________

Reply

Use magic Report

shopgirl This user has been deleted
Post time 29-11-2005 06:52 AM | Show all posts



_______________________________________________

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.102708 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list