|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Episode 110 - Summary
Roden menampar muka Jasmin dan waktu yang sama Nea sudah berada dalam kedai buku dan menyaksikan peristiwa itu. Nea begitu marah sekali dan terus mendekati Roden dan mahu saja membalas perbuatan Roden terhadap adiknya. Roden meneruskan cemuhannya terhadap kedua beradik itu dan menuduh mereka hanya menggunakan anak-anaknya untuk mendapatkan wang. Roden berjanji akan membalas dendam. Jasmin cuba defend keluarganya sendiri.
Oliver ada tertinggal sesuatu dan terpaksa berpatah balik ke kedai buku. Dia terlihat Nea dan ayahnya sedang bergaduh. Nea dalam keadaan marah berkata, sekiranya buruk perangai keluarganya, lebih buruk lagi perangai keluarga Roden kerana anaknya adalah seorang rapist. Roden terkejut dan Nea berkata lagi yang Ivan telah memperkosa dia. Roden tidak mempercayainya. Oliver kini masuk campur dan dia juga tidak percaya akan tuduhan Nea itu lalu bertanya apa yang sedang terjadi. Roden memberitahu anaknya yang Nea menuduh Ivan sebagai seorang rapist. Nea mahu Oliver mempercayai kata-katanya. Namun Oliver menjawab yang Ivan tidak akan sangup berbuat demikian. Menagapa baru sekarang dia memberitahu, mungkin kerana abangnya akan berkahwin dengan Karri. Oliver merayu supaya Nea tidak mengganggu abangnya lagi. Nea juga memohon kepada Oliver demi persahabatan mereka, Oliver kenal perwatakan Nea.
Roden tidak sanggup mendengar lagi dan mengajak Oliver pergi meninggalkan Nea dan Jasmin disitu. Jasmin agak terkejut dengan kenyataan Nea. Diluar kedai buku, Oliver dan Roden hanya memandang antara satu sama lain sebelum mereka berpisah. Didalam pula Nea dan Jasmin meneruskan tangisan mereka.
Oliver menelefon Ivan. Ketika itu Ivan berada didalam party di office nya bersama Karri. Ayah mereka mahu dia pulang kerumah dan Ivan tertanya-tanya apa agaknya perkara penting yang mahu dibincangkan oleh Roden.
Setibanya dia disana, Oliver berbual dengan ayahnya. Roden masih tidak puas hati dan berkata...setelah apa yang dilakukan oleh Ivan terhadap Nea untuk membantunya, ini pula balasan yang diberi oleh Nea terhadap Ivan...memang perempuan tidak berguna! Oliver pula menjawab yang dia tidak mahu Jasmin diheret bersama dalam hal itu kerana Jasmin bukan gadis seperti itu dan tak kira apa yang diutuskan oleh ayahnya untuk berpisah dengan Jasmin, tidak sekali-kali dia akan menurutnya.
Ivan muncul bersama Karri. Roden memanggil nama Ivan sambil menjerit dan membuatkan Ivan tersentak.
Dirumah Nea pula, Nea masih menangis. Jasmin bertanya mengapa kakaknya begitu yakin menuduh Ivan sebagai orang yang memperkosa dia. Nea menjawab yang tattoo yang ada pada dada Ivan yang paling dia ingat sekali dan dia sudah bersumpah akan membalas dendam pada orang yang melakukan perbuatan tersebut. Tetapi bila dia mengetahui Ivan adalah orangnya dia hampir tidak percaya kerana Ivan sudah banyak membantu mereka. Dia dan Ivan juga sudah berbincang tentang hal itu dan demi adik-adik mereka, dia tidak akan menyaman Ivan. Jasmin bertanya lagi...ini kah penyebab nya mengapa Nea sering mendapat nightmares. Nea mengiakannya dan hampir setiap malam mimpi buruk itu mengganggu dia.
Di rumah keluarga Ynares, Roden dan Oliver bertanya kepada Ivan yang Nea ada memperkatakan sesuatu. Adakah perkara itu benar? Ivan dan Karri tidak faham akan soalan itu. Jadi Oliver terpaksa menyatakannya yang Nea menuduhnya sebagai orang yang memperkosa Nea. Ivan dan Karri terkejut. Roden begitu kecewa sekali dan berkata dia tidak membersarkan Ivan untuk menghancurkan hidup seorang perempuan seperti Nea. Roden mengulangi soalannya samada tuduhan Nea itu benar atau salah. Ivan menggigil. Mereka sedang menantikan jawapannya. Dalam hampir tersedu, Ivan berkata "ITU TIDAK BENAR!" |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 111 - Summary
Ivan tidak dapat menjawab soalan ayahnya dengan segera. Masing-masing berpandangan dan akhirnya Ivan terpaksa menjawab yang dia tidak melakukannya dan semuanya tidak benar. Mereka menarik nafas panjang. Oliver tidak percaya mengapa Nea sanggup berkata dia akan menentang Ivan dan juga keluarga mereka. Ivan tidak tahu. Karri pula rasa terkilan setelah apa yang mereka buat untuk membantu Nea, ini pula balasannya. Roden sedikit pun tidak merasa pelik kerana perempuan yang begitu desperate seperti Nea akan cuba lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Karri khuatir Nea akan membuat satu skandal yang boleh merosakkan mereka semua. Ivan juga tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang dan dia memohon pada semua biarlah dia sendiri yang menguruskan masalah itu. Oliver berjanji akan membantu abangnya.
Jasmin bertanya apa rancangan Nea seterusnya samada dia akan memfailkan kes tersebut. Nea tidak mahu ianya menjadi huru hara dan kerana dia, Jasmin dan Oliver menjadi kacau bilau. Namun kata Jasmin, Nea yang jadi mangsa. Nea meneruskan lagi yang dia tahu keluarga Ynares begitu kaya sekali dan Roden sendiri mampu melakukan sesuatu. Sudah tentu mereka tidak akan berdiam diri. Cuma satu yang Nea minta dari Jasmin iaitu supaya berhenti bekerja di kedai buku.
Sekarang Ivan dan Karri sedang berbincang. Karri tidak percaya sama sekali akan tuduhan itu. Dia tahu Ivan bukan manusia jenis itu. Dia begitu menyintai Ivan dan tidak kira apa yang berlaku dia tetap akan bersama dengan Ivan.
Ivan bertemu dengan temannya padri dan memberitahu isi hatinya. Bagaimana kalau Nea meneruskan skandal mencemar nama baik keluarganya. Paderi pula bertanya, bagaimana sekiranya Nea tahu yang Ivan telah berbohong sekali lagi pada peluang kali kedua. Dia tahu sekiranya dia lakukan itu ramai orang yang akan terluka. Bagaimana dengan ayahnya, tentu dia akan mati mendengar itu....bagaimana dengan Karri, tentu dia tidak akan dimaafkan...bagaimana dengan Oliver, dia amat menyayangi adiknya itu.....bagaimana dengan company, apa akan terjadi kepada pekerjanya....dia tidak sanggup mengecewakan mereka.
Akhirnya paderi menjawab seolah-olah dia bukan seorang pderi..."Kau bodoh Ivan, kau bodoh...bila kau bercakap seolah-olah semuanya betul, tapi sampai sekarang kau masih takut...kau pengecut...kau jadi pengecut sebab kau tahu akan diri kau sendiri...kau menipu orang-orang yang kau menyayangi kau...kau tak mahu mereka pergi sebab kau takut bersendirian... kau sungguh mementingkan diri sendiri...kau tak perlu orang lain mendengar kata-kata kau...sebab yang sebenarnya kau tak dengar kata orang lain kecuali diri kau sendiri..." Dalam masa paderi itu berkata-kata, Ivan hanya menangis tersedu-sedu.
Kini Hazel, Yolanda, Jasmin dan Nea duduk bersamadan Nea ada satu berita penting untuk disampaikan pada mereka semua. Hazel dan Yolanda nampak bimbang. Mereka menangis bersama. Nea telah menceritakan segalanya. Yolanda bertanya bagaimana dengan restaurant tempat mereka mencari nafkah...namun dengan segera Yolanda berkata janji yang pentingnya mereka masih lagi bersama...mereka berdakapan.
Jasmin menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Oliver.
Roden sedang berbual di dalam telefon...jangan fikirkan dulu tentang financial status kedai buku kerana ada perkara yang lebih penting yang perlu dia lakukan.
Oliver tidak membenarkan Jasmin untuk berhenti kerja. Dia tahu yang Jasmin juga tidak mahu berpisah dengannya...dan semua yang dilakukan selama ini di kedai buku itu hanyalah semata-mata kerana Jasmin. Jasmin menjawab yang dia memahami perasaan Oliver. Tetapi dia tidak boleh membangkang kata-kata kakaknya. Dia terpaksa melakukannya. Oliver cuba meyakinkan yang dia amat memerlukan Jasmin dan amat menyintainya. Jasmin menerangkan lagi yang apa dilakukannya ini supaya dia tidak terlibat dengan isu abang dan kakak mereka.
Oliver cuba mempertahankan Ivan dan berkata Ivan tidak bersalah. Tetapi Jasmin menjawab yang Ivan sudahpun mengaku dihadapan Nea. Kini Oliver dan Jasmin pula cuba mempertahankan saudara masing-masing. Jasmin tetap mengatakan yang kakak nya tidak berbohong begitu juga dengan Oliver. Jasmin bertanya lagi sekiranya Oliver mengenali Ivan sepenuhnya. Sudah tentu jawabnya seperti juga Jasmin mengenali kakak nya. Mereka adalah orang yang baik. Jasmin terus keluar dari pejabat dan Oliver pula mengoyakkan resignation letter dan menggumpalnya.
Karri mengingati peristiwa dimana mereka tidak dapat mengagak akan perbuatan Ivan...bila difikirkan balik mungkin juga Ivan ada telibat dengan perkara yang sudah berlaku...tetapi karri tidak mahu menerimanya.
(ada dua scene...satu pertanyaan dan lagi satu jawapan....lebih kurang begitu)
Nea bertanya Jasmin samada dia dan Oliver ada perselisihan faham.
Oliver (kepada Ivan) : ..ya abang....dia mahu resign sebab dia tahu yang kakaknya berkata benar.
Jasmin (kepada Nea): disitu dia silap
Oliver: siapa lagi yang dia percayakan sudah tentu Nea jadi dia cuba mempertahankan kakaknya
Jasmin: keluarga mereka yang ada kesalahan dengan kita
Oliver: kita tak ada buat salah pada keluarga mereka...kau dah bantu Nea untuk menjalankan restaurant, lepas tu kau pula yang salah...sebab tu dia tak boleh tahan.
Jasmin: Kakak dah banyak berkorban kerana mereka jadi saya tak boleh nak salahkan kakak kalau kakak terpaksa melawan. Sebab kakak adalah saudara saya, sampai bila-bila pun saya tidak akan membiarkan kakak.
Oliver: sebab kau abang aku, sampai bila pun aku tak akan biarkan abang bersendirian. Aku tahu kenapa Nea buat ini semua sebab dia patah hati kerana bang dah nak berkahwin.
Jasmin: saya akan tetap katakan pada Oliver yang dia yang salah...jadi tidak ada sebab mengapa dia tidak boleh menerima segala kesalahan yang diletakkan pada abangnya.
Nea bertanya samada Ivan menafikan tuduhan tersebut? Jasmin menjawab ya dan kerana itu juga dia dan Oliver tidak bersefahaman lagi. Nea hanya memeluk adiknya.
Nea berada diluar rumah. Dia ternampak Ivan dan memanggilnya. Ivan terpaksa datang hampir kepada Nea dan bertanya apa yang nea buat disitu. Nea bertanya yang Ivan cuba menunjukkan dia seorang penipu, kenapa dia sendiri tidak berkata benar dihadapan keluarganya tentang apa yang sebenarnya terjadi dan segala kesalahan yang dilakukan. Jawab Ivan, dia tidak faham apa yang ditanya oleh Nea. Kerana terlalu marah, Nea hanya mampu menangis. |
|
|
|
|
|
|
|
anne salamat sebab masukkan gambar2 diet...ilang rindu aku kat diet....hehe.....
anne bila start cuti raya??
aku start cuti dari 30/10 - 8/11..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku start 29/10 sampai 7/11 |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 112 - Summary
Ivan seolah-olah tidak mengingati apa yang Nea cuba katakan. Sebelum Nea pergi, sekali lagi dia mengingatkan Ivan yang dia akan menuntut bela diatas segala kesalahan yang telah Ivan lakukan terhadapnya.
Hazel duduk memerhatikan Nat yang sedang tidur sehinggalah anak muda itu tersedar.
Karri kini pergi ke restaurant dan disambut oleh Vonnie dengan penuh kemarahan. Vonnie tidak suka Karri berada disitu hanya untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Di kedai buku pula, Third menyerahkan business proposal nya kepada Oliver. Oliver tidak menumpukan perhatian terhadap kerjanya kerana tidak lama selepas itu, fikiran nya sudah melayang ke tempat lain. Third juga perasan yang Jasmin cuba meninggalkan kedai itu dengan tergesa-gesa lalu dia cuba untuk mengejar Jasmin. Oliver hanya perasan bila kekasihnya itu dikejar oleh Third.
Jasmin dan Third berada di bar dimana Jasmin telah mengaku yang dia dan Oliver menghadapi satu masalah yang besar akibat saudara-saudara mereka. Oliver pula tidak senang hati dan menyuruh Daphne untuk menelefon Jasmin supaya dia tahu dimana Jasmin berada ketika itu.
Bila Nea tiba di restaurant dia mula hilang kawalan bila melihat Karri berada disitu. Karri sanggup offer P5-10 juta supaya Nea mendiamkan diri. Nea tidak menyukai langsung sikap Karri dan yang cuba membelinya dan mereka mula berbalas-balas tuduhan. Akhirnya Karri berkata yang dia tidak akan berdiam diri selagi Nea tidak mahu menerima offernya.
Third dan Jasmin sedang rancak berbual bila Oliver tiba di bar dan melihat mereka bersama. Third terhenti dari ketawa bila melihat Oliver sedang memandang kearah mereka. Oliver menghampiri meja mereka dan Third menegurnya dan berkata yang dia harus pergi dan meninggalkan Oliver dan Jasmin disitu. Tapi sebelum dia pergi, Third sempat menoleh kebelakang dan menjeling kepada Oliver dan Jasmin sekali lagi.
Vonnie dan Nea begitu marah sekali dengan sikap Karri tadi. Dalam masa mereka sibuk berbincang tentang hal itu, tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan yang kuat. Mereka menjerit ketakutan. Bila mereka keluar dari pejabat, mereka ternampak beberapa orang lelaki melepaskan tembakan dari pistol mereka didalam restaurant itu.
Di dalam bar, Jasmin dan Oliver menyaksikan persembahan duet antara Hazel dan Nat. Oliver mengingatkan Jasmin yang suatu masa dulu mereka juga seperti itu..very sweet. Mereka berbincang dan mereka cuba untuk mengelakkan situasi yang kurang enak antara abang dan kakak mereka. Walau apa yang berlaku mereka tidak mahu ianya akan menggugat hubungan mereka.
Pihak polis telah menutup restaurant Nea kerana kejadian yang berlaku. Vonnie dan Nea memohon kepada mereka supaya tidak menutup tempat itu kerana itu lah punca rezeki mereka. Bukan saja kekecohan yang berlaku tetapi premis itu juga tidak bersih. Ramai orang telah mengadu yang mereka sakit setelah makan dari restaurant itu. Nea tidak mampu berbuat apa-apa bila melihat restaurant itu ditutup oleh pihak polis.
Ivan masuk kedalam office dan ketika itu Karri sedang menyiapkan ucapan . Ivan tidak senang hati dan berkata dia mungkin tidak akan ambil award yang bakal dia terima nanti. Dia bimbang Nea mungkin akan melakukan kekecohan lagi. Karri menasihati Ivan supaya berfikir tentang hal itu kerana dia sudahpun menguruskan hal itu. Ivan tertanya-tanya akan maksud Karri, tetapi Karri tidak menjawabnya.
Nea, Vonnie dan Crispy berada diluar restaurant dan tiba-tiba cellphone nya berdering. Roden Ynares berada ditalian.
Nea dan Roden berjumpa disatu tempat. Sekarang baru Nea tahu yang Roden yang menyebabkan restaurantnya ditutup. Roden memaksa nea untuk berdiam diri. Kalau tidak bukan saja business tetapi seluruh ahli keluarga Nea akan diheretnya ke kubur. Tetapi Nea sedikit pun tidak gentar dengan paksaan Roden. Dengan keras dia berkata walau dia mati sekali pun dia tidak akan berdiam diri sehingga Ivan Ynares menebus segala dosa-dosanya terhadapnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 113 - Summary
Nea berkata lagi kepada Roden, sekarang Roden telah memberikan satu lagi sebab mengapa dia tidak mahu berdiam diri. Roden menekankan lagi yang tidak ada orang yang akan mempercayai Nea. Bukan saja dia mampu menghapuskan punca rezeki Nea malah dia juga mampu menghapuskan keluarga Nea sama sekali. Jawab Nea, Roden jangan berani menganggu keluarganya kerana dia bersumpah dia akan melawan balik walau mati dia tetap tidak akan berdiam diri sehingga anak Roden membayar segala kesalahannya. Itu yang harus diingati oleh Roden.
Ivan bertanya Karri apa yang sudah dia rancangkan? Dia tidak merancang sesuatu yang buruk pada Nea tetapi mengapa Ivan pula yang bimbang. Ivan cuma bertanya. Since Ivan sudah bertanya, Karri berkata yang dia akan mengeluarkan segala wang yang ada dalam restaurant itu bernilai berjuta pesos juga. Tetapi Ivan membantah kerana Nea dan keluarganya memerlukan wang itu. Lagipun mereka berjanji untuk memberikan restaurant itu kepada Nea.
Karri tidak bersetuju dan mereka tidak ada hak langsung kerana itu duit dia. Karri meneruskan lagi yang Ivan takut keluarga Nea akan mati kelaparan. Walau dia cuba berselindung, Ivan masih concern tentang Nea. Karri bertanya lagi, Ivan merasa demikian kerana dia ada perasaan bersalah, kerana Ivan sudah melakukan kesalahan terhadap Nea, jadi dia tidak sanggup melihat Nea begitu? Karri mahu kebenaran.
Ivan sangkakan yang Karri percaya padanya. Jawab Karri yang kata hatinya dia mesti mempercayai Ivan. Tetapi dia serba salah kerana dia fikir begitu mudah untuk berdepan dengan situasi ini. Dia masih menyimpan perasaan marah terhadap Nea. Walaupun dia tidak berjumpa dengan Nea dan tidak melihat Nea, dia masih dapat merasai yang Nea cuba mengambil haknya. Walau apa yang dia cuba lakukan pada Ivan, masih ada kekurangan. Ivan cuba meyakinkan Karri yang dia lebih dari itu. Karri meminta maaf diatas segala yang sudah berlaku dan mereka berdakapan dan Ivan hanya mahu Karri memahami perasaan nya sahaja, lalu menangis.
Third memberitahu Gab yang dia masih ingat akan janji nya kepada Jasmin. Jadi dia yang terasa lukanya bila melihat betapa Jasmin menyayangi Oliver, walaupun abang Oliver ada kesalahan terhadap kakak Jasmin.
Roden begitu marah sekali dan hilang sabarnya terhadap Nea. Ivan bertanya samada ayahnya pergi berjumpa dengan Nea. Mereka berjumpa untuk berbincang tentang kekusutan yang berlaku. Apa agaknya yang sudah dilakukan oleh Ivan. Kenapa pula dengan begitu ramai sekali perempuan lain mengapa pula dia terjerat dengan satu "lintah dari squatter". Ivan tidak dapat menjawab.
Keluarga Ynares tidak akan berhenti selagi mereka tidak dapat mendiamkan Nea. Kerana itu Nea mengingatkan Yolanda, Hazel dan Jasmin supaya berhati-hati terutama sekali sekarang dia sudah membuat keputusan. Bila ditanya oleh Jasmin apa rancangan kakaknya seterusnya, Nea menjawab yang dia akan menyaman Ynares. Dia akan memastikan bahawa Ivan dan Roden akan dipenjarakan atas kesalahan mereka. Yolanda bertanya semada Nea yakin dapat melawan mereka kerana mereka bukan calang-calang orang. Tidak ada apa yang Nea harus takut kerana mereka telah merampas punca rezeki merea dan sekarang cuba menindas keluarganya pula. Nea akan pastikan mereka terima pembalasannya nanti.
Karri menyuruh Ivan membaca sesuatu. Mereka dan juga pekerja-pekerja yang lain terbaca satu skandal di suratkhabar. Bila dibaca, Guilty or Not Guilty: Awardee for Top Young Entrepreneur for Asia and the Pacific Commits Rape? headline....mereka membaca dan mereka terhenti. Nea tidak berhenti setakat itu. Ivan bertanya apa yang harus mereka lakukan sekarang. Karri mahu menghentikan perbuatan Nea at all cost. Dia sudah menyuruh Ivan bertindak tetapi Ivan tidak berbuat demikian, sekarang Ivan harus menjaga nama dia supaya tidak rosak dan harus buktikan yang dia tidak bersalah. Ivan hanya memandang Karri.
Oliver menghempaskan suratkhabar diatas meja Jasmin. Tidak ada sebab mengapa orang lain perlu merosakkan nama abangnya. Gab rupanya yang menulis dalam suratkhabar itu (kawan yang disuruh oleh Third untuk menghantar bunga dan cherry balls kepada Jasmin) Apa yang Jasmin telah ceritakan kepada ex-boyfriend nya. Mungkin Jasmin memberitahu yang abangnya seorang criminal seperti yang diceritakan oleh Nea dulu. Jasmin menafikan tuduhan Oliver. Oliver begitu tertekan dan berkata yang ex-boyfriend sungguh bijak menggunakan peluang ini untuk merosakkan abangnya pula.
Kini Jasmin bersemuka dengan Third. Third sengaja melakukan ini supaya dia bergaduh dengan Oliver. Apa maksud tulisan dalam akhbar samada Jasmin ada memberitahu yang mereka akan menentang abang Oliver. Jawab Third, tiada. Dia ada memberitahu Gab yang Jasmin dan Oliver ada masalah sekarang dan Third tidak tahu yang Gab akan menulis hal itu dalam akhbar. Lagipun sudah menjadi kerja Gab sebagai seorang penulis. Tetapi bagi Jasmin memang tidak boleh dihalang seseorang itu dari menulis tetapi bibir boleh dihalang daripada bercerita dan Jasmin terus pergi. Third mahu meminta maaf.
Jasmin bertanya pada Oliver sekiranya dia masih marah. Oliver berkata tidak lagi. jasmin meminta maaf. Jasmin mengingatkan Oliver sekali lagi supaya mereka tak terpengaruh dengan hal sedemikian. Mereka berdamai semula dan cuba membuktikan yang cinta mereka masih kukuh.
Nat sudah muntah-muntah. Hazel berada disampingnya sambil menangis. Nat bertanya mengapa Hazel harus bersedih, dia mahu Hazel sentiasa gembira dan berjanji akan sembuh, tapi selepas itu dia muntah-muntah lagi.
Third meminta maaf kepada Oliver kerana apa yang berlaku tidak disengajakan. Dia menghulurkan tangan tetapi tidak disambut oleh Oliver. Third mengerti yang Oliver tidak mungkin memaafkannya. Oliver menjawab yang dia cepat memaafkan seseorang tetapi tidak mudah baginya untuk melupakannya. Ini bukan satu usikan yang dibuat oleh kawan Third terhadap abangnya.
Nea bertemu dengan seorang peguam. Bukti yang mereka ada amat lemah untuk menentang Roden. Mereka tidak ada bukti yang kukuh. Tetapi pada Ivan dia berkata yang mereka akan menang kerana bukti yang kuat dari saksi medical dan saksi-saksi yang lain. Nea mengucapkan terima kasih dan Peguam itu pun pergi. Nea hampir menutup gate bila Karri dan Ivan tiba. Karri memanggil Nea dan berjalan menghampiri dan memandang Nea. |
|
|
|
|
|
|
| |
|