|
[size=14.4444446563721px]Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014
Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit
Tema : Sewaktu aku kecil. (Karangan)
[size=14.4444446563721px]1)
[size=14.4444446563721px]2)
[size=14.4444446563721px]3) [size=14.4444446563721px]4)
[size=14.4444446563721px]5)
Selamat Mencuba......................
Bila teringatkan zaman kanak-kanak dulu, aku boleh tersengih bagai kerang busuk. Hinggakan kawan disebalah ku hairan dengan gelagatku.
Disekolah rendah..seingat ku semasa darjah dua, ada sukan sekolah. Orang lain sibuk menyertai acara lumba lari semua tue, aku lebih berminat dengan acara lari dalam guni. Tahun lepas aku tak menyertainya kerana kebetulan semasa hari sukan, aku dijangkiti demam campak . Seronok berlari-lari dalam guni itu..berkat berlatih 2 hari tak kira masa hujan dan panas..akhirnya dapat juga tempat kedua (hoyehhhhhhhhh). Disebabkan rumah kami menang pada tahun itu..cikgu pasukan rumah hijau telah berjanji membawa penyumbang mata untuk pergi berkelah dan mandi-mandi ditepi pantai
Tiba hari yang dijanjikan, ma membuat bekal sandwich untuk aku makan beramai-ramai bersama kawan-kawan ditepi pantai. cikgu sangat pening kepala dengan kami yang tak mendengar kata...sibuk sahaja terjun kelaut mandi manda . Sehinggakan selepas balik dari Perkelahan di Pantai Cahaya Bulan itu, cikgu sudah mengalah untuk membuat rancangan perkelahan lagi. Sebab kami semua degil-degil belaka .
Disebabkan aktiviti bersukan sudah selesai, jadi aku mempunyai masa yang agak lapang. Apabila selesai mengaji di sebelah petang, aku dan kawan-kawan berkumpul ramai-ramai bermain guli. Kalu cuaca panas, seronoklah bermain..tapi aku tak reti main, selalunya guli aku abis kena rampas kat kawan aku....balik rumah kena marah dekat ma, sebabnya aku berkaki ayam...abis kotor lantai rumah naik rumah tak basuh kaki .
Cuti sekolah kena pulak dengan musim buah, seronok pergi rumah makcik di Rantau Panjang...ada kebun buah-buahan. Aku bab memanjat suka benar, bertenggek atas pokok rambutan..pastu petik buah yg baru nak masak kemerahan tue . Seronok . Adik aku penakut sikit nak memanjat...hahaha . Aku makan dan petik buah yang berulat lempar kat dia . Membebel-bebel dia marah kat aku . Dekat belakang rumah nenek pulak ada sawah tinggal....tempat kerbau berkubang. Ada sekali tue, aku baru melaram dengan baju baru yang ayah beli . Boleh aku pergi berkubang dalam kubang kerbau tue pergi cari anak ikan . Kalu nasib baik dapat anak udang . Balik rumah berselut habis baju baru ayah...depan pintu ma sudah tunggu dengan rotan . Itulah buat kerja tahu seronok jah..tak pikir kemudian hari.
Itulah kenangan zaman kecil yang tak luput dari ingatan. Kenangan yang tak ternilai harganya.
@NaylaArisha @anna-zara @novelloverzz
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 20-10-2014 02:42 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014
Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit
True story ke ciksu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak. Banyak pahit. Namun lebih banyak manisnya. Itu semua lumrah. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula zaman kanak-kanakku. Antara yang paling diingati sehingga kini, apabila menjelang sukaneka sekolah. Acara kegemaran, lari dalam guni. Acara yang paling terkenal pada abad ini. Hampir semua sukaneka sekolah mempunyai acara ini. Susah tapi seronok. Berlumba dengan rakan sekelas. Pemenang, hadiahnya hanya tuala. Tapi, pengalaman itu lebih bermakna.
Di rumah, lain pula nakalnya berbanding di sekolah. Petang menjelang, mana lagi tempat yang dituju selain sungai. Acara wajib, mandi sungai. Melompat sana sini. Hanya kerana keseronokkan yang tidak terhingga. Turut menyertai, rakan-rakan sepermainan. Suasana sekitar bertukar ruih tatkala kami menjadi raja mandi sungai. Usah dilarang kerana semua itu hanyalah bakal menjadi hawa telinga. Tidak diendahkan, apatah lagi didengari. Seronok itu lebih penting.
Main guli juga seronok tapi keseronokkannya berbeza dengan keseronokkan melakukan aktivit lain. Puas hati apabila melihat muka tidak puas hati rakan lain apabila gulinya dipangkah keluar. Kelakar pun ada. Kesian pun ada. Tapi guli aku lebih penting. Berkali kali bermain pun tak apa, janji aku menang. Esok main lagi pun tak apa, janji aku menang lagi. Jika aku kalah, siap kau ! Bangga apabila berkali kali bermain guli, berkali kali jugalah aku menang.
Bab musim tengkujuh, lagi seronok. Gembira tak terkata. Sawah padi menjadi padang permainan. Ikan menjadi buruan. Lintah dan pacat menjadi rakan. Adat anak kampung, lumpur tidak mejadi masalah ! Kepuasan menangkap ikan lebih tinggi berbanding berfikir tentang lumpur, pacat dan lintah. Usah difikir tentang hal yang remeh temeh itu. Fokusnya sekarang, tangkap ikan bersama sama. Tak kira apa jenis ikan, yang penting dapat ikan. Belut pun layan.
Musim buah menjelang. Pelbagai jenis buah. Boleh makan sehingga muak. Rambutan, durian, manggis dan duku. Paling seronok dimakan, tentulah rambutan. Mengapa ? Kerana nak makan rambutan, panjat pokoknya dahulu. Satu pokok rambutan, ada yang panjat dan ada yang menunggunya di bawah. Apa yang penting, kerjasama. 10 biji rambutan, 3 biji untuk orang bawah dan 7 biji orang atas. Harus lah lebih berbanding orang bawah kerana dikira upah panjat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 20-10-2014 02:42 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014
Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit
sungguh santai cite ciksu...nov x dok idea ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih dua dasawarsa berlalu dari zaman kecilku. Setiap kali acara Sukaneka Tahunan pasti akan ada acara "lari dalam guni". Acara ini lebih menyeronokkan daripada acara-acara lain seperti bawa bola ping pong dengan sudu, tiup tepung dan sebagainya. Acara sukaneka sangat bagus untuk kanak-kanak memupuk semangat kesukanan. Acara seperti ini dapat mengajar mereka minat bersukan, persaingan sihat dan berseronok pada masa yang sama.
Kanak-kanak kecik juga suka bermain di sungai-sungai dan jeram. Perasaan yang sangat menggembirakan bila bermain dengan rakan-rakan. Zaman kecilku kami sering pergi ke jeram di belakang Zoo Negara untuk bermandi manda. Kadang-kadang Bukit Belacan menjadi pilihan.
Bermain guli juga sangat menyeronokkan kerana boleh dimainkan beramai-ramai. Permainan ini akan menjadi semakin seronok apabila persaingan semakin sengit. Jarang dapat kita lihat kanak-kanak zaman ini bermain guli di waktu petang. Permainan tradisional seperti ini telah semakin dilupakan semakin zaman beredar. Perkembangan teknologi nyata menghadkan aktiviti kanak-kanak sedangkan situasi ideal adalah sebaliknya. Kita mengharapkan kemajuan harus mengembangkan pemikiran aktiviti dan sahsiah generasi seterusya. Nyata itu tidak berlaku.
Berkubang di sawah bendang adalah sesuatu yang boleh mengajar kanak-kanak berseronok sambil belajar mencintai dan megenali alam semulajadi. Aktiviti ini juga meningkatkan imuniti kanak-kanak di samping persediaan untuk aktiviti lebih mencabar. Mereka juga didedahkan dengan situasi kritikal seperti digigit pacat. Kanak-kanak yang telah didedahkan dengan situasi ini akan lebih lasak dan berani.
Rambutan yang merah meranum memang menyelerakan. Namun rambutan gading berwarna kuning lebih enak. Setiap kali balik ke kampung abah, kami akan mengait rambutan di rumah nenek. Kadang kala ada rambutan di dahan yang tinggi tidak tercapai dek galah. Maka masing-masing berlagak hero memanjat pokok.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 21-10-2014 12:37 PM
cerita merapu meraban nov
kaka @fatehana mehler karang karang stori
dah siap karangan nov ciksu...sila beri komen membina...
|
|
|
|
|
|
|
|
anna-zara posted on 21-10-2014 12:52 PM
Lebih dua dasawarsa berlalu dari zaman kecilku. Setiap kali acara Sukaneka Tahunan pasti akan ada ac ...
dasawarsa tu apa anna?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu juara dalam acara lari dalam guni. Sukan itu memang menjadi kegemaran aku. Tiada siapa yg dapat kalahkan aku. Sekolah aku dulu tiap tiap tahun adakan sukan sekolah. Acara pula acara sukaneka bukannya acara yg dipertandingkan dalam Sukan Olimpik atau Sukan Musim Sejuk. Jadinya acara acara kampung akan dipertandingkan.
Selain dari lari dalam guni yang sememangnya aku juara Tahap Satu tiap2 tahun, aku juga mewakili rumah kuning dalam acara main guli. Tapi acara ini aku tidaklah berapa pandai kerana aku bukannya jenis yg fokus kepada benda2 kecil macam guli ini. Lagipun aku bukan sharp shooter. Asyik miss aje. Sebab budak lain taknak masuk maka aku sukarela bagi nama. Dapat juga mata sebagai mata penyertaan.
Aktiviti harian aku selepas sekolah adalah mandi sungai. Berendam lama2 dlm sungai sampai naik biru adalah kegemaran aku dan teman2 seperjuangan. Amat seronok dan begitu leka sekali hinggakan lupa makan minum. Mak ayah aku tahu aku suka mandi sungai tapi mereka tidak risau kerana sungai kat kampung aku tu bukannya sungai dalam. Air cetek aje tapi jernih sejernih kristal.
Bila tiba musim menuai, aku suka sangat lepak kat bendang. Mencari ikan sepat. Memang banyak ikan yg aku dapat. Mak aku pun suka kalau aku dapat tangkap banyak. Boleh digoreng rangup2 atau kalau tak habis mak akan buat ikan kering. Fuhhh...makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah.
Pokok rambutan dikebun ayah aku memang banyak. Bila tiba musim rambutan merah memenuhi setiap dahan. Dan itu juga menjadi kegemaran aku. Memanjat pokok rambutan dan lepak didahan sambil mulut tak habis2 mengunyah rambutan yang segar dan nikmat. Aku juga menjadi tukang kutip buah rambutan utk dijual kepada orang ramai. Biasanya ayah aku akan menghubungi peraih utk pasaran ke bandar. Dapatlah juga hasil yg lumayan utk perbelanjaan kami sekeluarga.
Itulah sekelumit aktiviti aku masa kecil2 dulu dikampung halaman. Kebanyakannya sudah tinggal kenangan kerana aktiviti2 begini semakin tidak mendapat perhatian anak2 sekarang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
novelloverzz posted on 21-10-2014 01:01 PM
dasawarsa tu apa anna?
dekad la nov....
|
|
|
|
|
|
|
|
@NaylaArisha karangan yg reen buat tu reen bedal jer.. sebab fon reen tk leh nk view gmbr.. fon dh mabuk... Last edited by reeny on 22-10-2014 04:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
anna-zara posted on 21-10-2014 01:59 PM
dekad la nov....
oo dekad ke? apasal jadi complicated sampai nov x fhm ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
novelloverzz posted on 23-10-2014 04:02 PM
oo dekad ke? apasal jadi complicated sampai nov x fhm ni..
xde la complicated pun......mmg ada dalam kamus cuma dah lama x guna kot...
kalau guna perkataan yang sama je boring la
|
|
|
|
|
|
|
|
anna-zara posted on 21-10-2014 12:52 PM
Lebih dua dasawarsa berlalu dari zaman kecilku. Setiap kali acara Sukaneka Tahunan pasti akan ada ac ...
wahhh perkataan anna gunakan......dasawarsa....first time came across that word....
|
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae posted on 23-10-2014 06:34 PM
wahhh perkataan anna gunakan......dasawarsa....first time came across that word....
mula2 feeling nak buat ayat karangan macam sekolah2 dulu...
tapi lepas tu dah blank...sebab lama x buat kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
anna-zara posted on 23-10-2014 04:26 PM
xde la complicated pun......mmg ada dalam kamus cuma dah lama x guna kot...
kalau guna perkataa ...
anna ni bgs la...byk info...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|