CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2009 12:44 PM | Show all posts
fuyah demam kot... tu yg tuan rumah tak bagi n3 baru tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 12:54 PM | Show all posts
fuyah demam kena hujan lebat ari selasa lepas. Dia ada kat PWTC masa tue abis payung dia tebang  d lari kan dek hujan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 01:36 PM | Show all posts

Balas #694 sang_arjuna\ catat

Arjuna, errr.....kalu ekonomi x merosot pun, mesti kena selalu kerja cemerlang kan...
Moga terus cemerlang... Salam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 04:30 PM | Show all posts
ermmm...
ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:40 AM | Show all posts
:re: :re: :re: :2cool: :2cool: :2cool: :cf: :cf: :cf: :mad2: :mad2: :mad2: :cry: :cry: :cry: :cry: :geram: :geram: :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:49 AM | Show all posts

Reply #705 chengkeh's post

alah ciannnnnn nyer dia jangan lah bermuram durja sang arjuna sedang sibuk menulis tu sebelum wat n3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2009 12:25 PM | Show all posts
nak 3n..... mana fuyah n uzir ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 01:13 PM | Show all posts
n3 plezzzzz.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2009 01:26 PM | Show all posts
xde lg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 12:41 AM | Show all posts
cepatlaaa sambung citeeee, sabo menanti nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 02:04 AM | Show all posts

Balas #710 mirsha\ catat

ok dah sambung dah...apa lagi seterusnya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 09:27 AM | Show all posts
n3 plizzz.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 02:29 PM | Show all posts
xde n3 ker ari ni???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 02:41 PM | Show all posts

Reply #713 fieza1510's post

try wat spolier...mane tau same...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2009 11:47 PM | Show all posts
stil xder n3..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 08:20 AM | Show all posts
tadak ker ari nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2009 08:39 AM | Show all posts
timakasih sbb sabar menunggu
saya bz skrg tapi akan cuba bagi n3 secepat mungkin
tapi kalau idea tak ada... tak dapek nak nolong
..............................................................................................

"Abah, makanlah sikit lagi. Sedap sup ayam yang Mak buat ni" pujuk Fauziah sambil menyuakan sudu ke mulut Pak Fadzil. Sup di dalam Tupperware masih tak luak walaupun sudah hampir setengah jam dia menyuap bapanya.

"Abah tak selera. Hari hari sup. Kalau bukan sup, bubur nasi. Tak ada makanan lain ke?" gerutu Pak Fadzil. Muka nya mencuka. Seluruh badannya sengal. Luka nya masih pedih, lebih lagi bila di cuci oleh jururawat. Kakinya toksah cakaplah, rasa gatal dan sakit yang amat. Kalau boleh hendak saja dia gerudi simen yang membalut kakinya.

" Kan doktor dah kata, dua tiga hari ni Abah kena makan makanan lembut saja. Diet Abah kena jaga kalau nak sembuh cepat. Kalau dah okay nanti Abah boleh makan apa saja. Satay, nasi ayam, Mc D, KFC.... apa saja Abah nak, Fuyah belikan." Balas Fauziah penuh sabar. Pak Fadzil memalingkan muka ke tirai yang memisahkan katilnya dengan penghuni katil sebelah. Hisshhh... Abah ni macam budak kecil lah. Patutlah Mak dah tak larat nak layan. Susah betul nak jaga orang tua sakit, kerenahnya mengalahkan kanak kanak.  Tupperware ditutup dan mug berisi air suam di capai. Doktor kata Abah mesti minum banyak air supaya pembuangan najis  lawas. Tapi amarannya - no coffee or teh tarik. Lagi lah panjang muncung Abah.

" Abah kena minum. Kalau Abah tak nak makan dan minum, Fuyah suruh Dr Shanmuga letak balik drip. Abah nak?" gertak Fauziah. Kesabarannya sudah menemui tahap maksima. Nasib baiklah aku tak jadi doktor,  pesakit yang banyak songeh semua kena backhand.

Pak Fadzil meneguk air dengan pantas. Tahu pun takut, detik hati Fauziah.

" Ini ubat Abah. Abah makan  ya" Tiga biji ubat berlainan bentuk dan warna di letak di telapak tangan Pak Fadzil.

" Tak habis habis dengan ubat." Rungutnya perlahan namun patuh dengan arahan Fauziah.

" Bila Fuyah nak balik KL?"  Wajah Fauziah di tenung rapi. Kalau anak aku ni pergi US, entah sempat aku jumpa lagi dengan dia atau tidak, hati tua nya mendesis sayu. Walaupun doktor kata keadaannya tidak merbahaya tapi ajal maut siapa yang tahu.

" Encik Uzir bagi Fuyah cuti seminggu."  Hatinya rasa tak enak. Takut dia jadi buah mulut  sebab special treatment yang di beri. Aku sepatutnya berhenti kerja hujung bulan. Melihat  keadaan Pak Fadzil, Fauziah membuat keputusan tidak akan buat MBA di US.  Kalau apa apa jadi kat Abah , bukannya boleh balik naik bas ekspres macam KL- Simpang Pulai. Tapi macam mana kalau Uzir dah dapat Accounts executive baru untuk menggantinya? Alamak.... ini sudah kes yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Dia mengeluh.

" Uzir tu baik. Dia banyak tolong kita" gumam Pak Fadzil rendah. Matanya  mengantuk kena penangan ubat penahan sakit.

" Fauziah suka dia?" soalan cepumas terletus dari bibir tua itu.

" Entah." Jawab Fauziah sepatah. Takut nak teroka perasaan yang mula menjalar di hatinya. Uzir memang baik, caring, pandai mengambil hati. Atau dia pelakon lelaki terbaik di Malaysia? Fauziah membetulkan bantal kepala dan selimut bapanya. Pak Fadzil mula berdengkur perlahan.

Fauziah menguap. Tidur malamnya sering terganggu. Bukan saja risaukan keadaan Pak Fadzil tapi sudah tiga malam dia tidur sebumbung dengan bossnya...... menggerunkan! Nasib baik kalau Mak bermalam di hospital, Makcik Zaidah sudi menemani. Bukannya aku takut Uzir cuba menggoda tapi takut kena cekup. Nauzubillah.


' She looks so sweet' Hatinya berkata sebaik saja ternampak Fauziah tidur berbantalkan lengan di birai katil bapanya. Perlahan lahan Uzir mendekati Fauziah. Jarinya meronta untuk mengelus rambut gadis itu. Tangannya meronta untuk mengusap bahu Fauziah.

" I wanna make up
Na Na Na Na"

Ringtone Fauziah mengejutnya dari tidur. Tapi lebih mengejutkan bila Uzir berada di sebelah. Aiyakk... apasal dekat sangat ni? Kelamkabut dia mencari henfon. Nama adiknya terpapar di skrin. Apa pula yang Wani nak?

" Kakak kat mana?" suara adiknya tersekat sekat. Ha... mesti ada problem. Pandai cari, pandailah tanggung. Dah berbuih mulut Mak dan Kak Long bagi nasihat, tapi tak sedar juga.

"  Kakak ada kat hospital temankan Abah. Kenapa?" balas Fauziah sambil menuju ke arah pintu. Bimbang perbualannya menganggu penghuni wad yang lain.

" Wani... Wani nak balik rumah. Kakak datang ambil Wani boleh?" sendu suara Wani.
Ha... ini sudah bagus. Wani dah break up dengan Encik Laki Orang agaknya. Atau bini orang tu gertak nak serang dia.

" Kakak tak tahu mana rumah Wani. Hari pun hujan. Wani naik teksi sajalah"

" Wani tak ada duit" Esakan Wani menyayat hati. Kalau aku tak jemput dia , nanti dia kecil hati dan langsung berpatah arang.

" Yalah..yalah. SMS address Wani kat kakak."  Macam mana aku nak pergi? Kalau naik teksi , silap haribulan kena kelentong dengan drebar teksi. Aku bukan reti sangat kawasan rumah sewa budak ni.

Fauziah menjenguk Pak Fadzil yang sedang nyenyak di buai mimpi. Uzir duduk di sisinya sambil membaca suratkhabar Star.

" Uzir, boleh tak you tolong temankan Abah sekejap. I nak pergi jemput Wani. " pinta Fauziah sambil menyimpan henfon dalam beg.

" No problem. Macam mana you nak pergi rumah Wani?"

" Naik cab "

" Jom I hantarkan. Hujan lebat kat luar tu, susah dapat cab. Abah tengah tidur, lagipun nurse dengan doktor ada. Kita keluar kejap saja" Rugi kalau aku tak ambil peluang berduaan dengan Fauziah. Dah tiga hari di sini tapi ada saja chaperone. Mak, Makcik Zaidah atau saudara mara lain mesti nak enterframe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 08:44 AM | Show all posts
Setelah beberapa kali tersesat, akhirnya Uzir dan Fauziah sampai ke Jalan Embun 8, Taman Bahagia. Perjalanan tak sampai 5 kilometer mengambil masa lebih setengah jam. Hujan yang tadinya lebat sudah makin reda. Uzir memperlahankan keretanya di hadapan deretan rumah teres setingkat.

" Itu dia, nombor 60" kata Fauziah. Rumahnya nampak lengang dan gelap. Hati Fauziah kurang senang. Nombor telefon Wani di tekan. Tamat perbualan pendek dengan adiknya, dia mendengus geram. Rupanya Wani  keluar makan dengan kawannya. Kononnya lapar sangat sebab lama menunggu !

" Wani suruh kita tunggu sekejap. Dia keluar makan."  Fauziah mengilas pandang pada Uzir. Kemudian pandangan di tebar ke jalan yang lengang dan gelap. Kalau aku tunggu dengan Uzir dalam kereta macam ni sungguhlah tak manis. Macam couple bercengkerama di bawah bulan purnama. " Kita masuk dalam rumah dia... er... okay tak?"

" Okay, kaki I pun dah lenguh. Ya tolong picit , boleh?" Uzir mengusik sambil memakir keretanya di tebing jalan.

" Picit memicit ni I tak pandai. Tolong karate boleh lah. Nanti boleh you teman bapa I kat hospital" Jawapan Fauziah di sambut dengan tawa.

Mereka berlari anak dalam renyai hujan. Fauziah mengambil anak kunci yang di letak di bawah pasu bunga tepi pintu.

" Apa bau busuk ni?" Fauziah menutup hidungnya sebaik melangkah masuk. Cisss! Buat malu kaum perempuan. Bau rumah tiga dara ni macam kandang kambing. Ruang tamu yang kecil agak bersepah dengan majalah dan suratkhabar.

" Ya, kalau masuk rumah kosong, bagilah salam. Baca Qulhuwallah dulu" tegur Uzir. Dia menahan senyum melihat Fauziah berundur setapak dan berdiri tegak sambil mulutnya terkumat kamit. Uzir melabuhkan punggung atas sofa berangkai dua dan meregang tubuhnya. Jam dinding menunjukkan pukul  9.10 minit. Tangannya pantas mencapai remote control dan memasang TV.

" You relax lah dulu Uzir. I ke dapur sekejap. "

Deria baunya meneka bau itu datang dari pinggan mangkuk yang tak berbasuh. Beg baju Wani terletak di luar pintu bilik bersebelahan dapur. Alkisahnya Wani menyewa dengan dua orang kawan kerana Mak dan Abah terlalu mengongkong. Tapi tak sampai sebulan, dia sudah bertegang urat dengan housematesnya. Humphhh... dasar anak manja! Fauziah mengomel sendirian sambil membasuh pinggan berkerak yang di tinggal dalam sinki. Euwww..... disgusting!

Selesai Fauziah  mengemas dapur,  Wani menelefon mengatakan dia dalam perjalanan pulang. Sempat juga Fauziah kasi dua tiga das pada adiknya. Pengotor, pemalas.

" Wani kata sekejap lagi dia sampai. You nak minum?" tanya Fauziah penuh sopan. Uzir tekun menonton perlawanan bola di TV.

Uzir menggeleng. " Tak payahlah. Ini rumah orang. Kalau tuan rumah tak halal, susah nanti. Kenapa you tercegat macam tu? Duduklah, I tak makan orang" Uzir mengenjak sedikit memberi ruang untuk Fauziah.  Mata mereka berpapasan.

" Sorrylah sebab kita banyak susahkan you. " teragak agak Fauziah bersuara. Sorotan mata Uzir yang sexy membuat darah mula menyerbu ke wajahnya. Mata Uzir yang sexy? Fuyah...kau dah gila haper?

" TUK..TUK..TUK" Pintu depan di ketuk beberapa kali. Fauziah menarik nafas lega. Gabra betul rasanya bila kena tenung dek Uzir. Fauziah terus mengintai dari celah langsir tingkap.

" Siapa tu? Wani ke?" tanya Uzir.

Fauziah memincing mata. Lampu porch agak malap. Tapi dia pasti yang di luar bukan Wani atau housematenya.

" Bukan. Ada tiga orang pakcik pakai baju Melayu. Minta derma untuk masjid kot" dia meneka.

" Assalamualaikum" lantang suara lelaki di luar " Buka pintu"

Amboi mak! Tak sabar sabar lagi. Kalau nak minta derma pun, kenalah bersopan santun Pakcik, detik hatinya.  Dalam beg nya cuma ada satu not sepuluh ringgit. Nak bagi ke tidak?

" Waalaikumsalam" jawab Fauziah sambil membuka pintu dengan senyuman. Muka tetamu yang tidak di undang nampak tegang.

" Pakcik dari masjid ke? Boleh saya bantu?" sapanya dengan ramah

Tiga lelaki itu terus merempuh masuk.
" Siapa nama awak berdua?"
" Kami dapat aduan yang lelaki dan perempuan bukan muhrim tinggal bersama di rumah ini"
" Kami terpaksa bawa kamu berdua ke balai polis kerana di syaki berkhalwat"

Uzir terpempan. Mata Fauziah berpinar pinar. Peluh dingin mula merembes. Ini rancangan TV Wakenabeb kah? Tapi aku dengan Uzir bukan artis.

" Tidak.. tidak..Kami tak bersalah. Ini bukan rumah saya, saya tunggu adik saya...." suaranya hilang. Tubuhnya terasa melayang.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 08:55 AM | Show all posts

Balas #718 sang_arjuna\ catat

Laa... awatlah Fuyah kali ni 'longgar' sgt...Tak ke  Fuyah ni tegas orgnya...
Camne lak dia boleh stuju masuk& duduk kt dlm rumah Wani tu berdua2 je dgn Uzir...

Alahai Fuyah...Alahai Uzir... Kan tak betul tuu...Wlpn sekejap...
Apapun Time kasih Sang Arjuna...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 09:34 AM | Show all posts
fuyah.....fuyah.....kenapa mcm ni arjuna????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051503 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list