CariDotMy

Forgot password?
Register

ADVERTISEMENT

Author: casio

BUKIT LARUT DAN CAMERON HIGHLAND

Close [Copy link]
Post time 3-1-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #700 kimimclaren's post

adoiiii... ko cite pulak psl mkn...
aku ni... dok terbayang mkn strawberry ch cicah gula... :bgrin:
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 3-1-2007 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by dak_abu at 3-1-2007 04:18 PM
adoiiii... ko cite pulak psl mkn...
aku ni... dok terbayang mkn strawberry ch cicah gula... :bgrin:

stawberi dengan krim lagi sodap! nyummnyummm
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by inakimi at 3-1-2007 04:22 PM

stawberi dengan krim lagi sodap! nyummnyummm

saya lak suka cecah ngan mayonis hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 08:27 PM | Show all posts

Reply #703 sorceress's post

sor... aiseyyy....
part ni... mmg aku x pernah dgr lagi....
klu cicah coklat & gula tuh...
ok lerr... mayonis... never try yet... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by dak_abu at 3-1-2007 09:07 AM
best nyerr....
eh'... jln baru gua musang tuh kan...
brape jam dr ch ke kb....

sorry dak_abu sbb lambat respond.

jln baru tu dr CH ke gua musang cuma dlm sejam je.  jalan dia besar, cantik, clear & tak byk kenderaan.... tapi ngeri jugak tgk jambatan tinggi2....  lagi satu sepanjang jalan sampai la ke gua musang takde mobile signal.  so kena berhati2 jugak la jalan tu, kot ada apa2 yg berlaku.....  dari gua musang ke KB dlm 2 ~ 3 jam depending on traffic and your driving style.  my hubby pulun dari gua musang ke KB cukup2 2 jam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 03:12 PM | Show all posts

Reply #705 as188's post

ooo... kiranyerr dlm 3 jam perjalanan la eh'....
padan lerr ayah aku kata...
klu dia ndak pi kuantan...
dia lalu situ... x pulak aku tanya lps tuh dia kuar kat mane... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by dak_abu at 4-1-2007 03:12 PM
ooo... kiranyerr dlm 3 jam perjalanan la eh'....
padan lerr ayah aku kata...
klu dia ndak pi kuantan...
dia lalu situ... x pulak aku tanya lps tuh dia kuar kat mane... :bgrin:

dak_abu...

aku nk bitau ko ni..aku da tak ngidam stoberi cicah coklat da....

aku baru balik last saturday...perrghh..sonok betull pegi...dok kat Rosa Passadena.. :music:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 03:10 PM | Show all posts
starwberi kering cameron  sedap laaa.....rasa macam asam gitu....ngidam ler nak makan lagik
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 9-1-2007 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by gnelmack at 9-1-2007 03:03 PM

dak_abu...

aku nk bitau ko ni..aku da tak ngidam stoberi cicah coklat da....

aku baru balik last saturday...perrghh..sonok betull pegi...dok kat Rosa Passadena..

dok rasa pasadena berapa rate nyer yer? bilik dia ok tak? inclusive of breakfast ker? citerlah sikit. i pun ingat nak reserve rosa pasadena bila nak g cameron nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #705 as188's post

aku pun baru perasan ada jalan baru dari Gua Musang sbb ada simpang tulis Cameron Highland/Lojing kat satu simpang di situ, jauh ke dari Gua Musang?? macam mana condition jalan ??
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:26 AM | Show all posts
salams,

cuaca sekarang kt CH sekang camana?
nk pi sana 20-22 nih. ok ke cuaca dgn jalan dia?
hotel yg ok sket apa ek?
pastu dok baca sana byk steamboat, ada yg kedai dia halal tak?

[email=-spe@k]-spe@k[/email]-
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #710 chumpon's post

seperti yg saya tulis kat atas tu, dari gua musang ke CH cuma dalam sejam perjalanan je.  jalan dia luas dan cantik, ala2 jalan dari gua musang ke K.Krai gitu except it's 2 lane each way.  cuma dari simpang traffic light kat masjid gua musang tu nak sampai ke simpang h/way baru tu kena lalu jln kampung yg kecik sikit tapi tak la jauh sgt....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 12:42 PM | Show all posts
hai semua..

ni saya nak tanya la sape2 yang gi Cameron Highlands & pernah duduk atau ada info
berkenaan umah yang konsepnya cam homestay gitu di Tmn Sedia rasanya..
dekat ngan KHM farm tu..
rasa cam sesuai la kalau nk bawa famili yg ramai & duk situ.
ingat nak gi cuti sekolah bulan 3 ni..
kalau ada contact no. lagi bagus..
o.k tq..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:14 PM | Show all posts

Reply #711 spe@k's post

yer la...kajol pun na g sana 22&23 hb ni...agaknya cuaca elok ke tak erk...takut gak klu hujan sepanjang mggu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 09:04 AM | Show all posts

Article from Travel Times

BEST of CAMERON HIGHLANDS: Time for tea
On the trail of teahouses and highland traditions, ANIS RAMLI sips with delight at four of her top favourite stops

CAMERON Highlands, with all its poetic charm of rolling greens and English country aura, may be too ordinary for the jaded traveller.

Plus, with the plethora of butterfly gardens and strawberry farms, the highlands have become too kid-oriented. What can adults hope to find that抯 entertaining?

And there lies the perennial question. Is there anything left to be discovered in Cameron Highlands? Could it be a case of too much in too little time

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 09:17 AM | Show all posts
alamak! tak sabo la nak g CH... bile la time yg sesuai ngan jadual hidup ini utk ke sana???:hmm:  kalu boleh nak g time org tak ramai sgt...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-1-2007 11:28 AM | Show all posts

Reply #716 salina4033's post

i dah reserve hotel rosa pasadena, plan nak g sana 28 april nanti, sempena my birthday:love:  i reserve guna website http://www.cuti.com.my/

really look forward lah nak g cameron, last sekali pegi last 3 years, masa tu belum kawin:nerd:  now this time pegi dgn hubby + baby setahun setengah...:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 01:20 PM | Show all posts
mayonis... homestay tu memang sesuai bawa keluarga.  Actually ireena n kengkawan pun baru balik dari cameron baru ni.  kitorang pergi 13-14 Jan.  Cuaca kat Cameron memang sejuk, about 16-17 cc.  Ni itinerary kitorang...

13 Jan 2007
Plan nak bertolak lepas subuh... tapi terbabas gak.. so dalam kol 8.00 pagi kami bertolak dari putrajaya.  Ikut highway klia-ipoh.  Perjalanan memang smooth, dan tak sibuk.  Mungkin tengah-tengah bulan ni tak ramai yang travel. 9.00 samtinng, kami singgah breakfast di Sg. Buloh.  Ada group motor-motor besar yang singgah di situ, mesti dorang pun konvoi menuju ke utara.  Pekena mee goreng ngan ayam dan juga teh tarik.  kemudian meneruskan perjalanan ke Cameron ikut Simpang Pulai.  Kami pun ada gak terserempak ngan kumpulan motor besar berkonvoi tu tapi dari arah bertentangan, mungkin dorang ikut Tapah turun ke Sg. Pulai sementara kami dari Sg. Pulai menuju ke Brinchang.  Tapi... laju gile dorang bawa motor. Pertengahan perjalanan cuaca makin sejuk dan hujan renyai-renyai.  Masa kat satu jalan yang sedang dalam pembikinan kabus tebal sehingga kami dan juga kenderaan-kenderaan lain terpaksa nyalakan lampu sebab memang terlampau tebal.
12.30 tengah hari, tiba di Brinchang.  Pekan Brinchang macam biasa yang kami datang tahun sudah.  Park kereta dan terus saja makan kat gerai.  Dah pekena lunch, nasi campur ngan teh ais, kami pun mulalah meneruskan aktiviti.  Agenda pertama ialah menuju ke Raju's Farm.  Masa ni memang sejuk tahap gaban.  Sweater mesti sentiasa melekap kat tubuh sebab sejuk.  Kami menikmati Strawberi n Cream n Honey berharga RM7.00 sekotak.  Sebelum tu sempat gak kami panjat atas bangunan tu untuk melihat panorama ciptaan Allah.  Cantiknya!!  Agak-agak sejam di Raju's kami pun turun semula.  Kali ni singgah di gerai yang jual sayur, bunga, buah.  Suka diingatkan kepada kawan-kawan yang datang ke Cameron; jangan beli strawberry kat kawasan ni!  Memang dia offer harga yang sangat murah.  3 kotak besar RM13 dan bila kami dah nak balik n check, barulah perasan samting. Pertama, lebih banyak timbunan daun strawberry di bawah strawberinya, dan satu lagi buah strawberry yang dipetik lama kerana tangkainya layu.  Jadi, kalau nak beli strawberry belilah di kebunnya kerana terjamin kesegaran buahnya.  Sayur-sayuran pun belilah sewaktu nak balik kerana ireena turut membeli sayur di tempat tu, and sayur berdaun memang cepat layu walaupun di sana sejuk.  Nasib baik tak banyak sayur berdaun yang kami beli, so tak adalah rasa rugi sangat.  Kami sempat singgah beli cendawan goreng dan cempedak goreng.  Sebelum check in, sempat singgah di Smokehouse.  Biaselah... nak take-take pictures... tengok bunga-bunga... sayangnya, time ni hujan renyai dan tak lama kami di situ.  Kendian pergi pula ke Tanah Rata,, singgah di Rose Gallery, and baru perasan ada kedai baru dibuka sebelah.  Pusing-pusing kat situ, then masa nak beli aiskrim, owner tu punyalah sombong and tak friendly.  Nyesal laks beli aiskrim kat situ. Kemudian, pergi  check in di Rumah Persekutuan.  Sekali lagi, singgah di Healthy Strawberry menikmati strawberry with cream berharga RM9.00 sekotak.  Agak mahal berbanding Raju's, tapi tak pe... strawberi nyer pasal... waktu ni hujan turun kejap lebat sekejap renyai...
Kol 8.00 malam, kami bersiap pergi ke Pasar Malam.  Sayangnya, mungkin kurang pengunjung, penjual2 sayur tak semeriah yang kami datang pada tahun lepas.  Bunga-bunga paling sedikit dijual, sayur pun tak banyak pilihan.  Kami beli makanan, jagung bakar, kaktus dan lima jambak rose untuk dibawa balik.  Tak lupa, jagung manis yang dijual selonggok 10 ringgit.  Balik rumah dalam kol 9.00 malam.  Memang sejuk gile sampai ke tulang rasanya malam tu.  Kami makan sambil tengok tv and tidur dalam kesejukan.

14 Jan 2007

Bangun, mandi, packing, gi cari makan kat tempat semalam.  Lepas lunch, kami pusing-pusing tengok keindahan alam.  Kami ke Kg. Taman Sedia untuk beli strawberry lagi dan dan sayur-sayuran.  Rupanya beli kat rumah/kebun lagi dapat murah especially sayur.  Jagung manis biasanya dijual 3 tongkol RM10 dapat 7 tongkol.  Kami beli cendawan, cili besar, dan sayur-sayur lain.  Kemudian, kami pusing-pusing sampailah ke Marina Chalet.  Owner homestay tu baik sangat n sempat tunjukkan kami bilik2 yang dia provide.  So nak promo kengkawan, lebih baiklah menginap di homestay ni sebab sini kawasan melayu dan owner pun melayu.  harga bilik RM100 normal day - peak RM120 untuk quad (2 queens) dan ada juga bilik yang harga bawah pada 100.  Harganya memang berpatutan sebab kalo book kat hotel pun dah tentu lebih RM150 untuk peak season.  Ni aku tinggalkan no. telefon encik Sham - 0169720699. Dia gak tunjukkan jalan shortcut ke Brinchang, memang dekat. Then kami balik semula ke tempat penginapan untuk check out.  Singgah di Healthy Farm and beli strawberry.  Kemudian bertolak balik ke KL ikut Tapah.  SInggah di Bharat Tea, alhamdulillah cuaca elok dan kami berkesempatan berposing ala-ala iklan ubat gigi kat pokok2 teh.  memang cantik dan lapang fikiran.  Tapi masa nak naik semula ke atas rasa seksa sebab kena daki bukit, semput!  Dah minum2 teh strawberi (RM8.00) kami pun bertolak balik.  Perjalanan pun macam pegi ari tuh, smooth dan selesa.  Nampak banyak sangat petai yang orang asli jual, tapi tak leh nak beli sebab mahal!  Orang asli pun sekang ni dah pandai main harga!  Kami tiba di Shah Alam about 6.00 samting, singgah di Ani Sup, makan then hantar member kendian terus balik ke Putrajaya.  8.00 tiba, angkut barang, berkemas, lepak-lepak... tidur kepenatan....

sekian... gambor akan menyusul kerana semua dalam hp member...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 01:53 PM | Show all posts
hish..tak sabor nyer nak g CH bulan march nanti...rindu ngan suasana nyer
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 02:07 PM | Show all posts

Reply #718 ireena78's post

Marina Chalet tu area mana..

kg taman sedia tu kat mana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Category: ExploRasa

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.337413 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list