[size=1.25]KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof mengesahkan bahawa isu saman melibatkan Puteri Sarah Liyana terhadap Ira Kazar telah selesai. [size=1.25]Azmi Mohd Rais berkata, ia membabitkan kes saman Puteri Sarah terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumahtangganya.
[size=1.25]Bagaimanapun, peguam itu berkata, maklumat terperinci mengenai isu tersebut tidak dapat didedahkan. [size=1.25]“Ya, semua kes selesai, ia berdasarkan penyelesaian penuh yang ditandatangani oleh Syamsul dan Puteri Sarah, pada malam Selasa,” katanya ketika ditanya mengenai status kes nusyuz, injunksi dan sivil Ira termasuk keluarganya.
[size=1.25]Beliau berkata, penyelesaian berkenaan dibuat secara penuh dan muktamad, maka tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak. [size=1.25]Menurutnya, Syamsul atau nama sebenar, Mohd Shamsul Md Yusof bersama Puteri Sarah perlu merekodkan terma-terma persetujuan yang dicapai di mahkamah lain kelak.
[size=1.25]Azmi berkata, prosiding pada Rabu hanya melibatkan kes-kes syariah antaranya hadanah, nusyuz dan edah. [size=1.25]Pada Jun 2022, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira selepas anak pelakon veteran itu didakwa mengganggu rumah tangganya. [size=1.25]Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul. [size=1.25]Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan isteri pertama Syamsul itu. [size=1.25]Sementara itu, Puteri Sarah berkata, tiada komen selepas ditanya sama ada dia sedia untuk bertemu dengan bekas madunya di masa depan. [size=1.25]Pelakon ini juga enggan mengulas lanjut mengenai kes saman yang difailkan terhadap Ira sebelum ini. [size=1.25]“Mengenai kes itu, saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya selepas prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. [size=1.25]Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Puteri Sarah berkata, buat masa ini, maklumat lanjut mengenai saman Ira, tidak boleh didedahkan. [size=1.25]“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, setelah prosiding ditetapkan di mahkamah tinggi kelak, baru kami akan usulkan mengenai perkara itu. [size=1.25]“Setakat ini tak boleh dikongsi lagi, sebab kami kena ke mahkamah untuk merekodkan semua perkara, jadi ia masih dalam proses dan sulit,” katanya. [size=1.25]Pada tengah hari Rabu, Syamsul melafazkan cerai talak satu buat kali kedua terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38. [size=1.25]Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu. [size=1.25]Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. [size=1.25]Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. [size=1.25]Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand. [size=1.25]Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai terhadao Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.
|