CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] ~ New Keyword - Post Latest

[Copy link]
 Author| Post time 17-10-2014 12:14 PM | Show all posts
fatehana posted on 17-10-2014 12:11 PM
kalau akak wat karangan nnt nay gelak ler riri sbb karangan akak serupa budak darjah 1

hahhaa... suh anak akk rangka karangan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 12:16 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-10-2014 10:06 AM
Huuuu. Karangan kat benang sendiri pun sangkut, lagi nak buat karangan kat sini

merapu ikan kerapu kat benang orang terel kite kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:18 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 17-10-2014 12:14 PM
hahhaa... suh anak akk rangka karangan

suh anak akak ek
nnt akak suh si kecik watkan br logik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:23 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 02:33 PM
@cmf_conan  @Nicki_Meow @Ipo

sapa nak release tension sila tulis karangan

nak jugak buat karangan ni..tapi tak sempat lagi la Nay..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 01:23 PM | Show all posts
fatehana posted on 17-10-2014 12:18 PM
suh anak akak ek
nnt akak suh si kecik watkan br logik sikit

tu lah pasal kan akk kata macam dak darjah 1 punya karangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 01:24 PM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2014 07:33 PM
@NaylaArisha

Memenuhi syarat ke ?

heheh dah ikut syarat tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2014 01:33 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 17-10-2014 01:23 PM
tu lah pasal kan akk kata macam dak darjah 1 punya karangan

klu akak ni pandai mengarang
konpem dah lama byk cerpen akak kat sini taw
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 02:35 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 08:44 AM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

Suatu petang aku membawa anak-anak ku yang bertiga itu ke Aspire Park, Doha. Memandangkan cuaca pun baik dan bahang musim panas sudah hampir berakhir, aku dan isteri berfikir inilah peluang yang ditunggu-tunggu kami sekeluarga untuk beriadah dengan aktiviti luar.

Ku lihat Adam, anak sulungku yang berumur sebelas tahun itu bukan main gembira lagi melayan adik-adiknya Iris Zulaikha dan Aqil bermain 'frisbee' dan bola sepak di padang yang menghijau. Agak kasihan juga mereka, sepanjang musim panas kami semua hanya banyak duduk-duduk di rumah, dan anak-anak pula hanya bermain konsol permainan televisyen ketika hari minggu. Kalau rajin, aku bawalah pula mereka berjalan-jalan ke gedung-gedung dan pusat membeli belah. Pendek kata, dari tempat yang berhawa dingin ke tempat berhawa dingin yang lain. Bila difikir-fikir lagi, kehidupan anak-anak zaman sekarang sudah tidak semeriah dan segembira sepertimana zaman ketika umurku sebaya mereka dahulu.


Kalau dulu-dulu, di kala petang sebegini, pohon rambutan milik arwah nenekku yang rimbun dengan daun serta lebat buahnya menjadi 'sarang' bagiku dan teman-teman sepermainan. Memanjat sampai ke hujung dahan ke hujung dahan yang lain bukanlah perkara sukar bagi kami. Bukan teringin sangat mengambil buah rambutan, namun keseronokan memanjat itu membuatkan kami teruja. Dimarahi emak lantaran lengan dan betis terguris dek ranting pokok, tidak membuatkan kami serik walaupun ada juga sesekali kami terjatuh ke tanah bagaikan beruk terkena penyakit strok. Nah, sekarang ini aku pula berada di tempat emak dan ayah ku, sekiranya aku terlihat Adam itu memanjat pokok yang tinggi, sudah tentu aku akan menjerit melarangnya berbuat sedemikian.

Sungguhpun pada waktu itu, memanjat pokok yang tinggi adalah perkara yang mengujakan bagiku dan teman-teman, namun keseronokannya tidaklah setanding dengan acara wajib kami; terjun ke dalam sungai. Ketika umur meningkat remaja, pernah juga kami ponteng sekolah hanya kerana mahu mencecahkan kaki ke dalam sungai. Pulang dari sekolah pun bermain di sungai, hari minggu juga berendam di sungai. Bila kulit masing-masing sudah kecut atau salah sorang daripada kami ditarik telinga oleh abang atau ayah supaya keluar dari sungai, barulah semuanya lompat memanjat tebing dan tergopoh-gapah memakai baju. Kadang-kadang sampai ada juga masanya kami saling tertukar baju lantaran hari mulai gelap dan mahu bergegas pulang ke rumah.

Ada ketikanya kami menjadi malas bermain di sungai lantaran teruk dileteri ibu bapa masing-masing yang risaukan keselamatan kami. Permainan lempar guli pula menjadi pengisi masa luang kami. Disebabkan permainan guli ini berunsur pertaruhan, maka ada yang simpanan gulinya semakin bertambah, dan ada juga yang simpanan gulinya semakin susut. Gara-gara mahu menang dengan cara menipu, aku dengan sengaja menggunakan biji bebola besi yang dikutip dari bengkel-bengkel kenderaan. Geguli besi yang lebih berat dan padu berbanding guli biasa sudah tentulah sukar dikerah keluar dari bulatan!

Sudah puas bermain guli, apalagi kalau tidak ke bendang mencari ikan laga. Bukan perkara mudah untuk mengendap dan menangkap ikan-ikan laga yang kecil dan gelap warnanya. Ditambahi pula kami sering ditakut-takutkan oleh orang-orang tua akan bahaya kami mungkin dihendapi sang sawa yang gemar menghuni kawasan tali air dan bendang.

Antara permainan yang kami gemari kerana tidak akan mengundang kemarahan sesiapa ialah, berlari dalam guni. Ketika itu cukup mudah mencari guni untuk bermain. Pergi sahaja ke kedai-kedai apek yang menjual beras, bermuka kasihan dengan taukeh dan minta diberikan sahaja guni-guni beras yang sudah kosong. Kalau tidak terjatuh dan luka-luka lutut serta siku, bukanlah bermain lari dalam guni namanya. Pedih luka disapu ubat kuning tidak membuatkan kami serik untuk bermain lagi di lain hari.

Teringatkan kenangan zaman kecilku dahulu sedikit sebanyak membantu aku dan isteri lebih memahami kehendak dan keperluan anak-anak kami menikmati zaman kecil mereka yang bakal berlalu. Seboleh-bolehnya aku ingin mereka mencipta kenangan-kenangan hebat dan mengujakan sepertimana aku dahulu.



p/s: haaa...buleh kacang cap tangan tak nih?

Last edited by kambeng_masam on 17-10-2014 09:50 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 02:39 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 17-10-2014 10:48 AM
keyword dia gmbar tu leyi ada 5 gmbar

jap nak cari gambar dulu..belum sempat godek uma nii
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 02:54 PM | Show all posts
TEMA : SEWAKTU AKU KECIL

  Kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 80 - an pasti pernah merasai aktiviti seperti , , atau menangkap ikan dalam   dan yang paling menarik adalah memanjat pokok   yang jauh berbeza dengan zaman anak-anak kita sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 02:56 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 01:44 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

ai da cuba buat karangan dalam sebaris ayat


cubaan pertama aii  
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:00 PM | Show all posts
cantleyi posted on 17-10-2014 09:56 AM
ai da cuba buat karangan dalam sebaris ayat

hukalohhh...tu mengelat namanya!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:03 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 17-10-2014 03:00 PM
hukalohhh...tu mengelat namanya!

bukan mengelat..tu la syaratnya semua dalam sebaris ayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:09 PM | Show all posts
cantleyi posted on 17-10-2014 10:03 AM
bukan mengelat..tu la syaratnya semua dalam sebaris ayat

err..bukan ada mentioned ke....KARANGAN...bukannya fill in the blank.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:12 PM | Show all posts
cantleyi posted on 17-10-2014 03:03 PM
bukan mengelat..tu la syaratnya semua dalam sebaris ayat

buat karangan la deii..
ni lain punye.. yg bagi word tu baru iye buat ayat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:21 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 17-10-2014 12:16 PM
merapu ikan kerapu kat benang orang terel kite kan kan kan

Itu hobi di masa senggang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2014 03:28 PM | Show all posts
cantleyi posted on 17-10-2014 02:56 PM
ai da cuba buat karangan dalam sebaris ayat

yunk.. Karangan 1 gambar 1 perenggan.. ni kan task khas

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 09:30 AM | Show all posts
Kenangan Mengusik Jiwa

Sesekali pabila melihat anak anakku bermain, terimbas kenangan mengusik jiwa di zaman kecil ku.

Memanjat pokok

Tinggal di kampung, dikelilingi banyak pokok buah buahan menyebabkan kami adik beradik pandai memanjat pokok, tak kiralah lelaki atau perempuan. Dah jadi resam budak kampung, itulah yang menjadi medan permainan kami. Walau sering dimarahi atuk, kami tetap juga memanjat apatah lagi apabila kelibat beliau hilang dari pandangan. Pantang lepa, kata orang. Bila diingat kembali,  yang patah tangan, yang tergolek jatuh, yang digigit kerengga dan tebuan pun ada...semuanya bahana suka menanjat pokok. Bila dah dewasa ni,...bila kami ramai ramai imbas kembali, terasa lucunya. Peristiwa paling lucu dan juga memalukan bagi aku...aku kantoi dengan posmen yang menghantar surat,...sedang makan buah rambutan di atas pokok dikala bulan ramadan.

Bermain Di Sawah

Selain memanjat, bermain air di dalam kolam di tengah sawah juga merupakan aktiviti yang sering budak budak kampung lakukan. Berbeza dengan zaman sekarang, kami bebas menjelajah kampung kerana zaman dahulu, persekitaran kami selamat malah penduduk kampung juga mengenali yang kami anak si polan dan si polan. Kolam tu jadi tempat kami berkubang,...mengalahkan kerbau...hihi. Atukku memang marah jika ternampak kami cucunya kat kolam tersebut,...takut lemas katanya. Tapi lagi di tegah, itu yang kami buat. Kalau nampak kelibat atuk, cepat cepat kami menyorok dicelah celah rumput tebal di keliling kolam. Dan walau bagaimana cara kami menyorok, atuk tetap tahu bila kami balik walau pun dah bilas baju dengan air paip, sebab bau lumpur yang memang sukar tu di hilangkan.

Keseronokan bermain di zaman dulu dan juga di zaman ni jauh berbeza...sekarang persekitaran terkongkong dan juga agak tak selamat tuk anak anak bermain di luar...menyebabkan mereka banyak bermain permainan indoor. Indahnya zaman kanak kanakku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewaktu aku kecil (Karanggan)

Di kala duduk bersendirian begini, terimbau kembali kenangan sewaktu kecil. Banyak kenangan pahit dan manis bermain kembali diruangan mata. Aahhh!!! Memang aku agak nakal jugak masa tu. Tersenyum aku sendirian  bila teringat beberapa peristiwa yang mencuit hati.

Walaupun aku ni anak perempuan tapi aku antara yang paling terror memanjat pokok, mengalahkan abang dan adik lelaki yang lain. Di sekitar rumah kampung kami memang terdapat banyak pokok buah-buahan. Cakap sahaja pokok mana yang belum ku panjat, kalau ada pun cuma pokok kelapa saja yang tak pernah ku panjat. Bila sampai musim buah, aku paling suka memanjat pokok rambutan. Sambil memanjat aku akan duduk santai di atas dahan dan makan buah rambutan selagi mahu. Kulitnya ku campakkan ke bawah. Pernah jugak aku berlawan memanjat pokok dengan abangku. Siapa yang sampai tempat paling tinggi, dialah pemenang. Pastinya akulah pemenang itu sebab dengan badan ku yang kecil aku mampu untuk panjat lebih tinggi didahan yang lebih kecil. Nakalnya aku waktu itu, lansung tak tau erti gayat.

Ayahku seorang penoreh getah, agak luas jugalah kebun getahnya. Itulah punca pendapatan ayah untuk membesar dan menyekolahkan kami, anak-anaknya yang seramai 10 orang. Setiap pagi memang menjadi rutin ayah dan emak memotong pokok getah. Bila tiba musim cuti sekolah, abang dan kakak akan membantu ayah di kebun getahnya. Mengutip sekerap dan belajar memotong pokok getah. Aku pun tidak ketinggalan di bawa bersama untuk menolong. Tapi lama-kelamaan ayah tidak lagi mengajak aku ke kebun getahnya. Satu hari sewaktu cuti sekolah, aku mengajukan soalan kepada ayah.

'Ayah, saya nak ikut ayah pergi kebun hari nie, boleh', tanya ku penuh harapan.

'Tak boleh. Dah, duduk aje kat rumah. Tolong kemas rumah, masak', jawab ayah.

Aku cuma diam seketika.

'Engkau kalau ikut pergi kebun nanti hujan lagi. Susah aku nak buat kerja. Tiap kali engkau masuk kebun mesti hujan', sambung ayah selamba. Ada sedikit garis senyum dibibirnya takala mengungkapkan perkataan hujan.

Aku terkedu. Ku pandang ayah seketika sambil berfikir. Sebab aku ker hujan turun takala aku masuk kebun? Tapi memang aku pun perasan agak kerap juga hujan turun bila aku menolong ayah di kebun getahnya. Mungkin kebetulan saja, fikirku sambil menenangkan hati. Dan semenjak hari itu, ayah tidak lagi membawa aku ke kebun getahnya.

Bila bercakap pasal hujan, mesti yang paling seronok adalah mandi hujan. Waktu itu kami akan bermain kejar-kejar dalam hujan. Sejuk air hujan yang menyimbah ke tubuh tidak kami hiraukan. Apa yang penting adalah keseronokan waktu itu. Perkataan demam lepas mandi hujan lansung tidak ada dalam kamus hidup kami.

Satu lagi aktiviti kami sewaktu musim hujan adalah mencari cendawan. Selalunya aktiviti nencari cendawan kami lakukan di sebelah pagi. Kami seramai tujuh hingga ke lapan orang, lelaki dan perempuan akan bergabung bersama menjelajah di setiap pelusuk ladang-ladang getah mencari cendawan, tak kira samada cendawan payung atau cendawan busut. Biasanya hasil kutipan cendawan itu kami akan kumpulkan dan kemudian akan dibahagikan sama rata di antara kami.

Setelah di bawa balik cendawan  itu akan dibuat masak lemak cili padi ataupun dijadikan sup cendawan. Memang sedap bila dimakan dengan nasi panas. Lebih-lebih lagi itu adalah hasil pencarian kami.

Pada sebelah petang, kami akan bermain teng-teng, bola perang, galah panjang, konda-kondi dan polis sentri. Semuanya permainan yang mengeluarkan peluh. Biasanya halaman rumah aku yang menjadi port tempat kami bermain. Kami cuma akan berhenti bermain sehingga santak ke waktu senja atau sehingga kami dihambat balik oleh emak masing-masing. Sungguh kenangan mengusik jiwa.

Kenangan sewaku pergi ke sekolah juga menggamit kembali memori lalu. Bangun seawal 5.30 pagi, mandi air perigi yang dinginnya hingga ke tulang hitam. Selalunyaaku tidak akan terus mandi air perigi itu sebaliknya aku akan duduk memerhatikan yang lain mandi dahulu. Sengaja aku melengahkan mandi sebab aku tau betapa sejuknya air perigi waktu-waktu begini. Ditambah pula dengan hembusan bayu pagi seusai mandi hingga membuatkan gigi kami mengelatuk kesejukan. Bila telah siap berpakaian seragam, kami akan berjalan beramai-ramai ke sekolah.

Sekarang perigi itu pun telah tiada lagi. Setiap rumah dikampung telah dibekalkan dengan paip air. Betapa aku rindukan suasana itu dan serasa ingin aku kembali ke waktu itu.



Comments

walaupun lari dari plot karangan yang di sediakan  Post time 28-10-2014 03:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:28 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 01:44 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

1. Hari itu sedang aku sibuk mengemas bilik stor rumah aku, aku terjumpa satu diari merah, bukan diari merah milik Hawa seperti dalam novel Ipo yang aku pernah baca itu tetapi ini adalah satu diari merah yang aku simpan sejak zaman aku sekolah rendah dulu. Aku mula duduk bersila dan membelek halaman diari itu. Satu persatu aku baca. Aku tersenyum sendiri. Catatan sewaktu aku kecil dulu. Catatan pertama aku baca. Ketika ini, aku baru berusia lapan tahun. Sukan pertama yang aku ceburi adalah lari dalam guni. Aku baca lagi. Aku yang pada mulanya berada di kedudukan nombor satu sudah terbelakang. Aku gelak sendiri bila aku menyambung membaca, rupanya sedang aku asyik melompat dalam guni itu, aku sudah tercirit dalam seluar! Patutlah aku tiba-tiba terhenti dari melompat.


2. Halaman kedua pula aku baca. Kali ini aku bermain pula di tepi sungai. Aku gelak lagi sebaik aku baca catatan kali ini. Aku selalu ponteng kelas semata-mata hendak mandi sungai atau mandi laut dengan buat bungy jumping! Kalau di sungai, aku panjat pokok jambu yang tumbuh dekat dengan sungai dan aku berdiri di atas dahan yang melayut ke arah air sungai yang mengalir deras. Dari atas dahan itulah aku buat terjunan ala ahli sukan renang, Nurul Huda, kononnya hendak tunjuk lagak dan teror. Alih-alih aku tersilap, tanpa sedar, sebaik aku masuk ke dalam air, kawan-kawan aku sengaja tarik seluar aku! Nasib baik aku ni pakai seluar dua lapis kerana aku pernah terkena sekali dulu. Jadi kali ini aku sudah bersedia jika mereka lakukan lagi. Kali ini giliran aku pula yang gelakkan mereka! Hahahahaa!!!

*Dialog selingan. Aku: Adeh..nasib baik budak laki tu tak nampak apa-apa..

(teringat yang aku syok kat salah seorang budak lelaki masa tu..)

3. Habis saja mandi di sungai, aku dan geng aku bermain pula guli di belakang rumah Pak Hassan di bawah pokok kundang. Aku yang sememangnya tak berapa nak pandai bermain guli ketika itu, aku cuba mengelat. Macam-macam aku reka cerita terutama cerita hantu supaya dia orang merasa takut dan dalam aku sedang syok kelentong cerita itulah aku jentik guli tu sampai kena semua guli. Aku menang!!!


4. Aku gelak lagi sorang-sorang dalam bilik stor itu. Sungguh aku tak percaya yang dulu aku suka kelentong rupanya! Aku baca lagi diari merah itu. Wah! kali ini aku benar-benar jadi tomboi! Kebetulan musim hujan, aku selalu mengikut ayah ke bendang mengambil kerbau dua ekor yang dibela ayah. Petang saja, aku kena tambat kerbau itu di tebing sawah. Habis saja 'bersembang' dengan kerbau jantan itu, aku ajak geng aku mencari ikan haruan, ikan keli, ikan puyu dan ikan sepat di lopak air di dalam petak sawah yang terbiar. Apa lagi, dengan seluar pendek dan baju kemeja, aku meredah lopak dan lumpur sawah. Dengan menggunakan bubu dan jerkap yang dibuat daripada buluh, aku menggagau ikan dalam lumpur. Ambik kau! Satu baldi aku dapat ikan hari itu! Apa lagi, aku dan geng aku jual ikan tu semua di tepi jalan. Dapatlah sorang dua puluh ringgit! banyak tu untuk seorang budak sekolah rendah!

*AKU: memang gila juga aku dulu ek.. (Sengih sendiri)


5. Aku sambung lagi membaca, halaman seterusnya aku belek. Kali ini panjat memanjat pula. Memang aku pantang diajak memanjat pokok. Tak kira pokok apa pun. Semuanya aku tibai! Hari itu cuti sekolah. Aku dan geng sekolah aku mula merayap ke kebun Mak Bedah di hujung kampung. Kebun yang penuh dengan pokok buah-buahan terutama pokok rambutan. Aku apa lagi, terkenal dengan juara memanjat, terus saja aku panjat dan ambil buah rambutan. Geng aku hanya duduk di bawah pokok saja. Asyik sangat aku panjat pokok dan petik buah, tak sedar hari sudah semakin malam. Aku bengang bila semua geng aku sudah blah dari situ. Aku meraung di atas pokok sebabnya aku tak tahu nak turun!!

* AKU: Sampai sekarang pun aku tahu panjat tapi turun tak tau.. (Aku gelak lagi)

Aku bangun. Diari tu aku letak di atas meja dapur. Aku ke bilik air. Tiba-tiba aku dengar abang aku ketawa berdekah-dekah.
Aku keluar dari bilik air, rupanya dia sedang baca diari aku!!


Sekian dari catatan sewaktu kecil aku.....(kisah benar nih...)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059473 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list