CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
Post time 17-1-2023 05:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 06:12 PM | Show all posts
Klinik Amal Percuma bantu komuniti memerlukan

Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]


]
Nik Nazmi (dua kanan) bersama Tunku Puteri Intan (tiga kanan) dan Tunku Yaacob (empat kanan) memotong riben di Majlis perasmian Klinik Amal Percuma, di Wisma MAA Medicare, hari ini. FOTO FATHIL ASRI




Kuala Lumpur: Prihatin membantu komuniti kurang bernasib baik dan memerlukan, Yayasan Amal Maaedicare dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berkerjasama membuka Klinik Amal Percuma yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan asas.

Pengerusi Kebangsaan BSMM , Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah berkata,klinik itu menawarkan perkhidmatan kesihatan secara percuma untuk semua rakyat setempat yang memerlukan.

Susulan itu, mereka menyasarkan 16pembukaan klinik itu di seluruh negara dengan dua unit iaitu di Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur sudah dibuka untuk kemudahan mereka memerlukan.

"Cadangan kita adalah untuk membuka sebanyak 16 (premis)di seluruh negara secara berperingkat di kawasan yang memerlukan dan kita mencari lokasi yang ramai warga B40 dan sebagainya.

"Kita sewa lokasi yang sedia ada.Ipoh sudah dibuka dan akan ada (dibuka nanti)Sabah,Sarawak,Kedah, Kuala Lumpur (akan ada kira-kira)empat hingga lima (premis)dan Kuantan, Pahang," katanya pada pelancaran Klinik Amal Percuma di Wisma MAA Medicaredi sini,hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Maaedicare Charitable Foundation Tuanku Datuk Yaacob Khyra dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkata,kerjasama itu juga satu inisiatif baru dalam sejarah BSMMyang menyambut ulang tahun ke-75.

Katanya,perkhidmatan itu dijangka dimanfaatkan kira-kira 3,800 pesakit di setiap klinik untuk tempoh setahun.

Klinik Amal Percuma menyediakan perkhidmatan perubatan asas secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,sekali gus memudahkan akses rawatan perubatan untuk mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik itu ialah.
merawat penyakit akut dan kronik,pembedahan. Kecil (I&D, T&S, STO, Penyingkiran Bendasing, Avulsi Kuku), vaksin,pemeriksaan darah dan air kencing,nasihat pemakanan dan pemeriksaan ECG dengan waktu operasinya setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.


Disiarkan pada: Januari 17, 2023 @ 5:47pm





Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 06:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:28 PM | Show all posts
dah azan maghrib kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2023 07:33 PM | Show all posts
7 kesalahan jalan raya dikuatkuasakan tanpa kompaun

Oleh Samadi Ahmad - Januari 17, 2023 @ 7:30pm [email protected]




Loke (kiri) dan Alaxander Nanta Linggi (kanan) menyarungkan jaket keselamatan kepada seorang penunggang motosikal pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 di Hentian Rawat dan Rehat , Dengkil - Foto NSTP/Samadi Ahmad.




PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.

Kesalahan itu membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Operasi itu akan bermula esok hingga 28 Januari ini yang akan membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sepanjang tempoh operasi, beberapa aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Turut dilaksanakan ialah persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) secara rondaan di laluan utama jalan persekutuan dan Ops Khas Motosikal yang akan diadakan secara bersepadu bersama agensi berkaitan.

Loke berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 di Hentian Rawat dan Rehat Dengkil hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Uzir Ahmad Wan Sulaiman dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Kesalahan tidak dikompaun akan menyebabkan pesalah perlu terus 'menjawab' di mahkamah jika dikenakan tindakan.

Loke juga berkata kadar literasi keselamatan jalan raya dalam komuniti jalan raya di negara ini masih belum mencapai tahap boleh dibanggakan berdasarkan jumlah kematian 119 pengguna sepanjang tempoh Ops Tahun Baharu Cina pada tahun lalu.

Katanya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula Januari hingga Disember 2021, sebanyak 370,286 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,539 kematian.

Menurutnya, bagi Januari hingga September tahun lalu,sebanyak 402,626 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,379 kematian.

Katanya, berdasarkan data Ops Selamat daripada pihak polis, sebanyak 11,325 kes kemalangan jalan raya dengan 108 kemalangan maut dengan119 kes kematian.

Loke berkata, Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan juga akan dilaksanakan dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan, iaitu pada 20 hingga 21 Januari serta 24 dan 25 Januari.

Menurutnya, larangan ini bertujuan mengelakkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan yang ringan di atas jalan raya dan lebuh raya, selain mengelak kesesakan lalu lintas.





Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:55 PM | Show all posts
Kekurangan bekalan telur semakin pulih - Mat Sabu

17 Januari 2023 07:38pm






Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Sabu)




PUTRAJAYA - Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober.

"Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Disember lepas. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertnggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

"Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Oktober dan November 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, Insya-ALLAH akan kembali stabil tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Disember lepas, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.

Mengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata, langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.

"Mereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil ekspot telur untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi,” katanya.

Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Mohamad berkata, MAFS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Kewangan selain mencadangkan agar subsidi bersasar diberikan kepada rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 07:55 PM | Show all posts
ye ke semakin pulih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:56 PM | Show all posts
tak semua tmpt ada jual telur la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:56 PM | Show all posts
maksudnya telur yg biasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:56 PM | Show all posts
klu telur yg mahal mcm omega mmg byk tmpt jual
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:57 PM | Show all posts
telur yg biasa klu jumpa pun regenya dah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:57 PM | Show all posts
skrg ni rege telur tak kira gred semua berbelas ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:58 PM | Show all posts
minggu lps dpt beli telur gred c rege rm13 satu tray
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:59 PM | Show all posts
telur omega pula rm8 utk 10 biji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 08:00 PM | Show all posts
mmg kopak klu memanjang  kena beli  telur omega
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:39 PM | Show all posts
dah azan isyak
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:49 PM | Show all posts
Mula-mula hobi, kini mampu jana pendapatan

MOHAMAD Safiuddin di kebun sayur mininya di kawasan rumahnya di Kampung Batu 38, Sabak Bernam. FOTO IHSAN MOHAMAD SAFIUDDIN.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.534133 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list