|
Reply 673# merahsilver
blum lah...
bru nk decide tmpat |
|
|
|
|
|
|
|
“Qis ada tempat nakpergi melancongkah atau nak pergi jalan mana-mana?”
Suasana yang tadinya hanya berkisar tentang dunia kewanitaan dan pekerjaan tiba-tiba sudah beralih topik. Sulaimanlah yang membuka subjek baru untuk perbincangan mereka di situ.
Sulaiman pandang Balqis. Dia menagih jawapan daripada Balqis. Mengharap Balqis memberi respon dengan pertanyaannya tadi.
Telah lama sebenarnya dia hendak suarakan tentang hal itu. Namun kekangan masa telah membuatkan dia sentiasa lupa. Ini semua sebab dah terlebih makan semut. entah berapa ekor yang berjaya masuk ke pembuluh darahnya sampai dia menjadi seorang yang pelupa. Mungkin hari ini tak ada seekor pun semut yang berjaya sampai ke otaknya sampai dia boleh ingat balik perkara yang telah lama berkubur dalam medula oblagatanya.
“Pergi mana?” soal Balqis. Dia pun pandang Sulaiman.
Hairan juga dia, tak ada ribut, tak ada banjir, tak ada guruh, tiba-tiba sahaja persoalan ini timbul. Sulaiman nak ajak dia pergi jalan-jalankah?
Amboi Balqis, perlukah segala ribut dan banjir untuk utarakan persoalan pasal percutian ini?
“Mana-manalah,” balas Sulaiman sambil angkat kening.
Dia tidak tahu destinasi yang ingin Balqis tujui. Biar Balqis sendiri yang putuskan ke mana destinasi Cuti-Cuti Malaysia mereka. Dia hanya mengikut sahaja.
“Hmm... pergilah Qis. Kamu memang sepatutnya honeymoon. Dah lama kamu kahwin, tapi tak pernah pun pergi bulan madu.” Tiba-tiba Encik Salam menyampuk. Pandanganya tertumpu pada Balqis yang sedang duduk selang dua sofa darinya.
“Honeymoon!” terkejut Balqis. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasiblah kala itu dia tak minum air kopi yang ada di pegangan tangannya. Baru berniat nak basahkan tekak dengan air kopi tersebut setelah rasa kering sedikit bahagian kerongkong.
Balqis pandang Sulaiman. menagih jawapan. Sungguhlah... dia sangat tidak suka dengan perkataan HONEYMOON. Nak hadapi pun tak sanggup. Kalau begini, lebih baik dia lepak di rumah sahaja.
“Kalau rasa elergik atau fobia dengan perkataan bulan madu tu, anggap sahaja kita pergi bercuti. Ambil angin. Abang dah lama tak pergi bercuti,” terang Sulaiman. dia sudah tergelak dengan tindak balas spontan Balqis tadi. sampai tersedak dengan perkataan bulan madu. Elergik sangat!
Puan Sarah dah pandang hairan pada menantunya itu. Takkan fobia dengar perkataan bulan madu. Sepatutnya orang baru kahwin kalau dengar perkataan bulan madu pasti gembira. Malah siap melompat-lompat lagi. Bukan setakat baru kahwin, pengantin basi pun kalau diajak pergi honeymoon oleh pasangan masing-masing, pasti lebarlah senyuman mereka. Sampai tak tidur malam nak buat persiapan pergi honeymoon.(terutama yang tengah baca ni, nasiblah bulan puasa, kalau tak mesti dah berbondong-bondong pergi honeymoon) |
|
|
|
|
|
|
|
“Betullah Man. Kamu pun dah lama tak pergi bercuti. Kalau dulu ada juga kamu join konvoi kawan-kawan kamu. Sekarang ni, tak pernah pula emak tengok ke mana-mana. Asyik kerja saja memanjang,” sampuk Puan Sarah.
Risau juga dia dengan keadaan anaknya itu. Terlalu sebati dengan kerja. Hujung minggu pun lepak di rumah sahaja. Kalau teman dia berborak, ok juga. Masalahnya dia lebih rela buat tahi mata. Tidur! Sampai ke petang pula tu. memang tak boleh harap nak temankan dia.
“Qis ada tempat nak pergikah?” soal Sulaiman semula.
Balqis pandang Sulaiman. kalau dia cadangkan, boleh tak orang lain tak fikir dia pergi honeymoon? Anggap sahaja dia pergi bercuti macam yang selalu dia lakukan bersama teman-temannya yang dulu.
“Pergi mana?” soal Sulaiman lagi sambil angkat kening. Sengaja dia soal begitu sebab dia tahu, Balqis punya rencana sendiri untuk destinasi percutian mereka itu. Dari lagak Balqis yang sedang goyang-goyangkan tangan di dagu memang tak syak lagi bahawa gadisnya itu sedang berfikir.
“Jom Port Diskson!”
Adoi.... Sulaiman dah tepuk dahi. Puan Sarah jangan cakap, gelak dia dah terbang melayang-layang. Sampai pegang perut dia gelak. Terhingut-hingut dia ketawa. Encik Salam cuma senyum. Dia pun lucu dengan cadangan tiba-tiba daripada Balqis tu. lepas tu dia dah geleng-geleng kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amandaatika at 19-8-2010 16:00
“Balqis ni, tak ada tempat lain kah dalam otak tu. cubalah bg cadangan lain. Ini, asyik Dickson-Dickson sahaja,” sampuk Puan Sarah.
“Aah Qis, tempat tu, hari-hari pun boleh pergi. Cadanglah tempat lain. Pangkor, Bukit Tinggi, Desaru, Cameron Highland,” cadang Sulaiman pula.
“Atau Qis nak pergi jumpa sesiapa di sana,” celah Encik Salam.
Dia pandang Balqis seketika sebelum angkat kening tengok Sulaiman. saja main-main. Nak gurau dengan anaknya itu yang dilihat terlebih menjaga Balqis. Memang macam tu kot kalau orang dilamun cinta.
Sulaiman dah jengilkan mata. Ayahnya itu pandai pula nak buat darah dia naik sedikit. Kalau betullah Balqis nak jumpa seseorang, memang dia kena tempah keranda awal-awal.
“Betullah. Dia nak jumpa ibu ayah dia,” sambung Encik Salam semula. dia sudah tersenyum-senyum melihat reaksi anaknya itu. Cepat sangat kalut. Terutama kalau hal-hal yang berkaitand dengan Balqis.
“Tak mau-tak mau. Cadang nama lain,” cepat Sulaiman membantah. Tanganya ditolak ke awan. Tanda menolak.
“Nak pergi mana ya?” soal Balqis perlahan. Tangannya diletakkan di dagu.
Penat juga rupanya nak fikir destinasi untuk Cuti-Cuti Malaysia ni.
“Ha!” keadaan yang tadi hening jadi meriah tiba-tiba bila Balqis teriak secara mendadak.
“Qis!” serentak suara Puan Sarah dan Sulaiman bergema di ruang tamu itu. Memecah suasana malam.
“Opps... Sorry. Sorry. Exited sangat,” ujar Balqis sambil mengatupkan tangannya di awan-awan. Senyuman dilemparkan tanda kemaafan. Sedar dengan kesalahan diri yang telah dia lakukan secara tidak sengaja tadi. berteriak sampai semua yang ada di situ terkejut badak. |
|
|
|
|
|
|
|
“Minta maaf ya semua. Hari ni Qis nak cadangkan tempat yang seronok sikit. Hmm.. awak, kalau kita seberang laut bolehkah?” tanya Balqis kemudian. Dia toleh Sulaiman yang duduk di sebelahnya.
Nanti kalau dia cadang, ditolak juga, baik tanya dulu. nanti buat habis air liur saja bagi cadangan.
“Qis dah pasport ke?” tanya Sulaiman semula. dia juga memalingkan tubuhnya ke arah Balqis yang duduk bersamanya di sofa berangkai tiga itu.
Balqis hanya mengangguk.
“Nak pergi mana?” tanya Sulaiman cepat.
“Dalam Malaysia saja.”
“Oh... Sabah atau Sarawak?” cepat Sulaiman tangkap keinginan Balqis.
“Kita pergi cuti di Sabah lah. Terutama Kota Kinabalu,” jelas Balqis sambil tersenyum. Tak sabar nak jejakkan kaki ke Sabah, negeri di bawah bayu.
“Boleh juga,” setuju Sulaiman.
“Qis nak pergi pulau Manukan.” |
|
|
|
|
|
|
|
Balqis sudah tenggelam dengan apa yang dicadangkannya tadi. sudah lama dia berhasrat untuk ke Pulau Manukan iaitu salah sebuah pulau yang berhampiran dengan Kota Kinabalu.
Tergambar di fikirannya akan Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang sedang menantinya. Destinasi yang akan dijejakinya dengan menaiki bot lebih kurang tiga puluh minit. Balqis bagai ternampak-nampak segala ikan-ikan di Pulau Manukan yang melambai-lambai padanya. Pulau yang kaya dan berwarna-warni dengan segala habitat dan hidupan marin yang boleh ditemui di sana. Tak sabarnya nak jejakkan kaki ke sana.
Dia bukannya teringin sangat pun nak join aktiviti pantai macam berkayak, banana bot dan sebagainya. Sebab semua itu dia selalu buat di pantai Port Dickson. Tapi paling dia tunggu adalah aktiviti diving dan snorkeling. Melihat sendiri dengan matanya segala hidupan laut yang ada di sana. Masih belum tercemar lagi.
Nampaknya impiannya untuk bercuti di Kota Kinabalu akan terlaksana. Dia akan mengelilingi pulau yang ada di sana. Air yang jernih sampai boleh nampak ke dasarnya membuat dia geram setiap kali dia browse internet tentang tempat-tempat tersebut. Bagai mengamit-gamit dia datang ke sana.
“Qis!” sulaiman sudah menggerak-gerakkan tangannya di hadapan Balqis. Bila tiada respon, dia mengengsot sedikit sehingga pahanya dan paha Balqis saling bersentuhan. Tangannya menyentuh lengan Balqis. Ingin menyedarkan Balqis yang sedang terbang nun jauh di bawah sana.
Terkejut Balqis dengan sentuhan yang tiba-tiba itu. Terundur ke belakang dia sehingga belakangnya menyentuh sofa.
Sulaiman, Puan Sarah dan Encik Salam masing-masing tersenyum dengan telatah Balqis. Suka sangat termenung. Kalah aktiviti ikan termenung!
“Dah sampai mana?” Soal Sulaiman.
“Pulau Manukan,” jawab Balqis sambil tersengih. Tahu dirinya diusik saat itu.
Entahlah macam mana nak hilangkan habit ni. Dia dah jadikan hobi permanent berkhayal ni. Syok beb!
“Ok, minggu depan kita ke sana,” putus Sulaiman. dia perlu menguruskan cutinya di pejabat dulu.
Air di atas meja dicapai dicapai Sulaiman. Air itu dihirup perlahan. Biarpun sudah tidak panas, ia tetap mampu masuk ke dalam kerongkongnya. Tengoklah, dia sudah semakin terpikat dengan hasil buatan tangan Balqis. Kopi ini begitu nikmat dirasakan. Langsung masuk ke tenggoloknya. Memang sedap! |
|
|
|
|
|
|
|
sory lambat... |
|
|
|
|
|
|
|
enjoy reading...
harap puaslah dgn n3 yang melambak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
amanda, nak tanya lg satu..... tertuka nama lg ekkk...??
“Atau Qis nak pergi jumpa sesiapa di sana,” celah Encik Sulaiman. |
|
|
|
|
|
|
|
should be Encik Salam kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 691# mikoodette
adoi miko..
tqvm...
terpaksalah secara rasminya aku lantik ko jd editor aku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 692# pu3indah
yap...
nasiblah jmpa pmbaca cam korang...
alert sungguh..() |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 690# pu3indah
cepatnya ko...
brbuka pn lum lg
n3 ni merangkap utk berbuka esk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 695# amandaatika
huh! mana boleh? n3 ini untuk berbuka hari ini!
esok sahur nya dgn iftar nya jangan lupa |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni, aku main taip & paste trus kat sini.
x smpat bca lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 698# amandaatika
tak pe kat sini ramai editor freelance |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mikoodette
adoi miko..
tqvm...
terpaksalah secara rasminya aku lantik ko jd editor a ...
amandaatika Post at 19-8-2010 16:01
sesama2..... terperasan sbb tgh btol2 menghayati watak tu td....
thanks2.... bab2 ngecek org nye tulisan nie mmg kepakaran aku amanda... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|