|
Alaaa.... xde history channel... agk2 ktner lg bley tgk docu psl arwah PR ni? Plzzzz...
pinky_pink Post at 12-5-2011 20:54
tak dak gak astro... tp tgk docu ni kat youtube............ |
|
|
|
|
|
|
|
finale... abis gak setelah beberape hari study thread nie...
mmg sedey & membuatkan aku rasa sayang n rindu ngan P.Ramlee... lagi2 biler teringat balik kat History Channel aritu... gambar die tgh duduk, air muka die mmg nampak down sgt time tu.... kesian sangat!! AlFatihah untuk beliau... |
|
|
|
|
|
|
|
seniman agung...filemnya tak lapuk dek zaman..... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah dapat gak habeskan thread nih sampai semua kijer tertangguh kerna naluri ingin tahu apa yg ada ditulis dan diperkatakan mengenai allahyarham P Ramlee nie, tadi kul 10 pagi ada citer Ali Baba Bujang Lapok dan sprt biasa adegan lps dia kena tikam mmg mendapat tempat dihati anak2 dan somi hinggakan diaorg leh jah menyambung lagu yg beliau nyanyikan bersama 40 penyamun tue
alfatihah buat beliau dan moga rohnya dicucuri rahmat |
|
|
|
|
|
|
|
1 syawal banyak kenangannya buat allahyarham p ramlee.beliau dilahirkan pagi raya disaat takbir sedang bergema di pagi mulia.1 syawal juga bermula lah hidup nya di singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
P.Ramlee asal Pulau Pinang , lahir hari raya puasa,
Ahmad Nawab asal Pulau Pinang lahir hari raya haji |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak melawat pusara allahyarham tapi blum berkesempatan lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 675# veeos
aku rasa dia ckp camtu sbb masa p.ramlee kawin dgn norizan depa bela ramai anak angkat. nasir kata norizan ajar dorang displin hidup, turun makan lepas p.ramlee mkn etc... yelah sbb norizan org bangsawan mestilah berperaturan... |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lepas aku ziarah kubur jalan ampang, sempat singgah pusara P Ramlee/Saloma (sebelah menyebelah)... sempat juga doa mintak Allah ampunkan dosa-dosa mereka... amin |
|
|
|
|
|
|
|
salam.. baru berkesempatan semalam menonton documentary Allahyarham P. Ramlee.... memang sedih bile mengenangkan saat-saat terakhir kehidupan Allahyarham.... mate nie bengkak lagi dek kerana menangis yang tak boleh ditahan-tahan..... ini pun bergenang air mata lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
taadek info terbaru ke? aku mmg sgt terkesan bl bc thread neh. rase sedeh dgn kisah hidop p.ramlee di akhir2 hayat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lebih setahun aku x komen apa2 dalam thread ni.. cuma terpanggil untuk komen luahan hati orang tua yang bernama Wan Khazim Wan Dim (aka Pak Wan) dalam Mastika yg kononnya P.Ramlee cemburukan beliau dan turut terlibat dalam komplot untuk menghalang beliau daripada menjadi star kat Jalan Ampas dulu.. komen ni berdasarkan fakta.. walaupun aku ni peminat setia P.Ramlee, aku bukanlah nak defend Seniman Agung tu.. cuma nak lontarkan beberapa persoalan dalam apa yg beliau dakwa dulu.. perlukah P.Ramlee dipersalahkan yang mana inter alia adalah seperti berikut:-
1) Watak2 yg dipegang oleh Pak Wan ni dalam filem2 lakonan P.Ramlee rasanya xde yg lebih dari 2 minit.. dialog x lebih 10 patah.. kalau bagus sgt dia ni kenapa peranan yg diberikan terlalu kecil.. kalau lah betul beliau ditakdirkan berlakon sebagai Taming Sari dalam filem Hang Tuah sekalipun, Taming Sari pun kemunculannya x lebih 10 minit.. dialog x lebih 10 patah..
2) Pak Wan kata beliau kecewa sebab Shaw Brothers x beri peluang kepada dia untuk jadi pelakon hebat.. kenapa beliau x ikut jejak langkah Allahyarham Nordin Ahmad yg berhijrah ke studio filem yg lain untuk buktikan kepada Shaw Brothers yg beliau sememangnya pelakon hebat? Kenapa terus balik kampung & lepas tu menuduh org lain jatuhkan beliau?
3) Sejarah mengakui P.Ramlee banyak menaikkan artis-artis zaman tu dari artis biasa kepada film star (macam Tan Sri Jins & Dato' Sarimah), kalau org lain boleh naik, kenapa x beliau?
4) Alasan beliau juga agak aneh.. beliau katakan beliau disabotaj kerana watak Taming Sari yang sepatutnya milik beliau diambil oleh arwah Malik Sutan Muda, pelakon yg sah2 lagi established dari beliau.. mesti ada sebab kenapa org x confident untuk beliau pegang watak tu.. lain la kalau tiba2 watak tu ditukar kepada pelakon lain yg junior dari beliau or 1st time berlakon, baru la agak logik kalau nak tuduh ada hanky panky utk jatuhkan beliau..
5) Beliau mendakwa pandai bersilat, menyanyi, menari, main muzik etc yg dikatakan lebih hebat dari P. Ramlee.. zaman skrg ni kita bukan takat dengar cite.. kita nak bukti.. kita nak fakta.. siapakah pelakon/ penyanyi sezaman beliau yg boleh sahkan perkara tu? xkan semua dah mati kot? Ada aje artis veteran kita yg panjang umur dan masih sihat.. then wartawan Mastika pun sebelum keluarkan cerita tu yg jelas mempertikaikan kredibiliti P.Ramlee, ada siasat x perkara tu? Ada x interview artis veteran yg boleh sahkan dakwaan tu sebelum publish artikel tu?
6) Kita tau yg Shaw Brothers adalah milik Cina Hong Kong.. Run Run Shaw & Run Me Shaw.. diorang ni macam David Teoh lah zaman sekarang (atau David Teoh yg macam diorang..) kalau Pak Wan tu betul2 bagus & kerja keras, multi talented macam P. Ramlee, sure diorang xkan senang2 lepaskan dia pergi..
Pendek kata, x salah kalau Pak Wan katakan beliau adalah sebahagian daripada sejarah perfileman negara.. apatah lagi pernah bekerjasama dengan P.Ramlee.. tapi diharap x perlulah Pak Wan secara terbuka mengatakan P.Ramlee mencemburuinya dan berkomplot untuk menjatuhkannya.. siapalah Pak Wan untuk dicemburui oleh P.Ramlee.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# Rajawali
hahaha lawak terbaek |
|
|
|
|
|
|
|
wah bestnya citer, aku time tgk dokumentari pramlee sayu je. Pramlee mmg best. seniman agong |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada member buat lawak ngan aku yang adik beradik P. Ramlee nie sebenarnya mmg ramai di Malaysia dan di luar negara... Yang mana nama adik beliau ialah..
P.OSMAN .... |
|
|
|
|
|
|
|
penat merempit benang nih. sib baik anak2 dah tidur. alfatihah buat mereka2 yang telah tiada. p.ramlee memang tiada pengganti. sedih dan sayu sangat hati bila baca pasal kesusahan beliau. hmmm...rumah saya tak pernah ada astro. teringin jugak nak tengok dokumentari tu. kalau ada sesapa yang sudi formatkan dalam btk vcd, saya nak 1 copy. terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak bace mastika. tp mcm penah dgr kisah pak wan tuh. tatau lah ape yg dia ckp tu betol ke tak sbb empunya diri yg dikata pon da tadek. |
|
|
|
|
|
|
|
menurut aziz sattar, p ramlee tak suka pada s kadarisman, tetapi p ramlee selalu ambil s kadarisman berlakon dalam cerita dia kerana watak itu mmg berpadanan dengan s kadarisman...
tetapi, p ramlee cukup benci pada jins shamsuddin kerana jins shamsuddin adalah anak didik p ramlee yg membawa ke pentas lakonan, tapi jins shamsuddin laa yg menjadi ular dalam selimut memburukkan dan menjatuhkan p ramlee dalam union shaw brothers hingga p ramlee berenti shaw dan bawa diri ke kuala lumpur... |
|
|
|
|
|
|
|
apapun kisah arwah. al-fatihah. semoga arwah tenang di samping Pencipnyanya |
|
|
|
|
|
|
|
menurut aziz sattar, p ramlee tak suka pada s kadarisman, tetapi p ramlee selalu ambil s kadarisman ...
totokreturn Post at 3-12-2011 22:34
jins shamsudin buat hal jgk ke burukkan p.ramlee? |
|
|
|
|
|
|
| |
|