|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
RUKUN HAJI DAN UMRAH
1. Niat Ihram Mengerjakan Haji
NIAT BERIHRAM
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.
MAKNA IHRAM
Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang dan ihram dalam ibadat haji atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah bermula pada ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara ketika dalam ihram itu.
PAKAIAN IHRAM
Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang.
SUNAT - SUNAT IHRAM
Sunat-sunat ihram antara laian ialah :-
1. Mandi sunat ihram,
2. Mengerat kuku
3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut,
4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
5. Memakai pakaian berwarna putih,
6. Sembahyang sunat ihram dan
7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah
MANDI SUNAT IHRAM
Sebelum memakai ihram dan berniat haji atau umrah di Miqat hendaklah melakukan mandi sunat ihram untuk membersihkan dan menyucikan badan dari segala kecemaran dan kekotoran, seperti yang dilakukan untuk mandi wajib. Lafaz niat mandi sunat ihram ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala" (diingatkan dalam hati)
SEMBAHYANG SUNAT IHRAM
Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al- Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad)
MEMBACA TALBIAH
Setelah berniat haji atau umrah ketika melalui atau melintasi Miqat dengan niatnya ; Kalau melakukan Haji Lafaz niatnya, yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala" Kalau melakukan Umrah, Lafaz niatnya yang bermaksud : "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala" Maka perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun haji atau umrah selanjutnya. Bacaan talbiah Yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu"
PANTANG LARANG SEMASA IHRAM
Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut:
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.
Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
Memakai sarung tangan
Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,
Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,
Bersetubuh atau berjima'
Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
HUKUM MEMBACA TALBIYAH
Jumhur ulama, menetapkan bahawa talbiah itu disyariatkan untuk dibaca oleh pada jamaah ketika dalam keadaan ihram.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Dari Ummi Salamah r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah bersabda: Wahai keluarga Muhammad,barangsiapa berhaji, maka hendaklah di amembaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) |
|
|
|
|
|
|
|
DAM HAJI
Pengertian DAM dari segi bahasa ialah darah.
Ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.
Sebab-sebab diwajibkan dam:
Melanggar pantang larang dalam Ihram
Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
Luput Wuquf di Arafah
Meninggalkan Tawaf Wada'
1. TERTIB DAN TAQDIR
Pengertian: Tidak ada pilihan dengan dam yang telah ditetapkan. Namun jika tidak terdaya, gantian akan ditentukan mengikut hukum syara'.
Kesalahan Yang Dilakukan
Wuquf di Arafah Luput Wuquf di Arafah
Melanggar Nazar Melanggar nazar semasa mengerjakan haji
Meninggalkan Perkara-Perkara Wajib Haji dan Umrah Tidak melontar Jamrah
Tidak bermalam di Muzdalifah
Tidak bermalam di Mina
Tidak berihram di Miqat
Meninggalkan Tawaf Wada'
Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran - Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya) Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
Dam yang dikenakan:
Menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau
JIKA TIDAK BERKUASA
Berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya
JIKA TIDAK BERKUASA
Tanggungan Sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
2. TERTIB & TA'DIL
Pengertian: Apabila seseorang itu tidak berkuasa untuk mengeluarkan makanan, maka hendaklah ianya diganti dengan mengerjakan puasa.
Kesalahan Yang Dilakukan | Larangan Dalam Ihram Persetubuhan yakni jimak yang dilakukan dalam beberapa keadaan : | - Sebelum bertahallul awal bagi ibadat haji atau
- Sebelum selesainya kerja-kerja amalan umrah bagi ibadat umrah
| Dam yang dikenakan:
Menyembelih seekor unta
JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih seekor lembu
JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih 7 ekor kambing
JIKA TIDAK BERKUASA - Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
JIKA TIDAK BERKUASA - Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta
DAN Menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya
DAN Menqada' ibadat hajinya pada tahun hadapan
Kesalahan Yang Dilakukan | Berlaku IHSAR bagi orang yang berniat ihram | - Tertahan atau ditahan dalam perjalanan daripada memasuki Makkah setelah melafazkan ihram, disebabkan oleh angkara musuh atau dalam keadaan diri yang terkepung
| Dam yang dikenakan:
Menyembelih seekor kambing Dan Bercukur atau bergunting
JIKA TIDAK BERKUASA
Membeli makanan dengan nilai harga seekor kambing kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
JIKA TIDAK BERKUASA
Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing
[ Last edited by rinafarha1709 at 3-7-2008 10:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
3. TAKHYIR DAN TA'DIL
Pengertian : Memilih salah satu daripada dam yang ditetapkan.
Kesalahan Yang Dilakukan Dam Yang Dikenakan
Memburu binatang buruan
Menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram Makkah (kecuali pokok yang mati serta sudah kering) Dam Yang dikenakan
Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu daging itu dan dibahagikannya kepada penduduk miskin di Tanah Haram
Membeli makanan dengan nilai harganya. Makanan itu hendaklah dibahagikan kepada orang-orang miskin Tanah Haram
Mengerjakan puasa untuk beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu kadar satu cupak sama dengan berpuasa satu hari.
[ Last edited by rinafarha1709 at 3-7-2008 10:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
4. TAKHYIR DAN TAQDIR
Pengertian: Ketetapan pada barang yang boleh diganti.
Kesalahan Yang Dilakukan Dam Yang Dikenakan
Memburu binatang buruan
Menebang, mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram Makkah (kecuali pokok yang mati serta sudah kering) Dam Yang dikenakan
Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu daging itu dan dibahagikannya kepada penduduk miskin di Tanah Haram
Membeli makanan dengan nilai harganya. Makanan itu hendaklah dibahagikan kepada orang-orang miskin Tanah Haram
Mengerjakan puasa untuk beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu kadar satu cupak sama dengan berpuasa satu hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 3-7-2008 10:59 AM
tak leh bg tahu awak... awak lom kawin...
Tak baik Ustaz cakap macam tu..
rina patut tahu...
Insyallah one day dia akan menempuh juga Alam tu..
Persediaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #666 aziefa's post
yeye akak online...
hehe.....ustaz tak nk cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #667 rinafarha1709's post
Kesian adik Akak ni..
Tak pe Dik rina...
Any problem boleh tanya Akak..
Instead Ibu..Akak pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #668 aziefa's post
Tu ha...Dah ada jawapannya di atas.
Akak paste balik semula..
Kesalahan Yang Dilakukan
Larangan Dalam Ihram Persetubuhan yakni jimak yang dilakukan dalam beberapa keadaan :
Sebelum bertahallul awal bagi ibadat haji atau
Sebelum selesainya kerja-kerja amalan umrah bagi ibadat umrah
Dam yang dikenakan:
Menyembelih seekor unta
JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih seekor lembu
JIKA TIDAK BERKUASA - Menyembelih 7 ekor kambing
JIKA TIDAK BERKUASA - Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian
dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
JIKA TIDAK BERKUASA - Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan makanan yang dapat
dibeli dengan nilai seekor unta
DAN Menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya
DAN Menqada' ibadat hajinya pada tahun hadapan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-7-2008 10:08 PM
Tak baik Ustaz cakap macam tu..
rina patut tahu...
Insyallah one day dia akan menempuh juga Alam tu..
Persediaan..
Azie, kesian juga dengan rina.
Adoi hai........rina,rinaaa....
Itulah bezanya orang yang berpengalaman dengan orang tak berpengalamankan zie...
hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #667 rinafarha1709's post
Mana pulak rina ni...
rina marah Akak ke..???
Sorry ye..Akak gurau aje tadi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-7-2008 10:42 PM
Tu ha...Dah ada jawapannya di atas.
Akak paste balik semula..
Kesalahan Yang Dilakukan
Larangan Dalam Ihram Persetubuhan yakni jimak yang dilakukan dalam beberapa keadaan :
Sebelum bert ...
Terima kasih azie, telah menyelesaikan persoalann yang membelenggu rina sejak semalam lagi.
Tentu rina dah faham dah. Full stop. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #672 Rosputih's post
Kak Ros nanti saya pm Kak Ros..
Dugaan yg Allah beri kat saya pada musim Haji 1999.
Akibat mulut saya yg terlepas..
Tapi saya sikit pun tak berniat apa..
Astaghfirullah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-7-2008 11:18 PM Kak Ros nanti saya pm Kak Ros..Dugaan yg Allah beri kat saya pada musim Haji 1999.Akibat mulut saya yg terlepas..Tapi saya sikit pun tak berniat apa..Astaghfirullah..
Astagfirullah Al Azim, Astagfirullah Al Azim, Astagfirullah Al Azim...
Ya. azie semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, menerima amal ibadat kita
dan kita memperoleh haji yang mabrur, Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Selamt malam zie, jumpa lagi esok.
Assalamulaaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #674 Rosputih's post
Kak Ros....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #669 aziefa's post
terima kasih kakak atas penerangan ini...
tu dia 7 ekor kambing....
kena pergi dgn muasasah lah nmpknya
tinggal bilik asing asing.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #670 Rosputih's post
hehe...ibu...mmg takder pengalaman apa apa lagi ..
hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #673 aziefa's post
ceritalah utk rina sekali..rinapun nk dgr juga kakak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinafarha1709 at 3-7-2008 06:27 PM
seekor unta harga berapa??
RM 1800 rasanya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|