CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddysheddy

TEKA-TEKI TERJAWAB. ALHAMDULILLAH SITI HAMIL

[Copy link]
Post time 14-10-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah tokti. Tumpang gembira dgr berita tokti hamil.. Meols percaya satu malaysia happy sbb baca komen kat page fb nst, the star, berita harian & lain semua ucap tahniah termasuk non malay.. Org yg baik disayangi ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tok ti! Penantian selama 11 tahun bakal berakhir. Semoga selamat semuanya sampai deliver. I tumpang gembira!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nini_azmi replied at 14-10-2017 01:13 PM
Mcmmana nk tau ye boy or girl kalu belas2 minggu tu. Sy pun tgh pregnant anak ke 4. Sblm ni 3 org  ...

Selalu kalau tersorok tak nmpk tu gegirl
Semoga u dpt baby girl
I pn teringin baby gegirl gk, sbb dah ada 2 boys
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2017 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketahuilah... Sukarnya Untuk Siti Hamil
Diterbitkan: Sabtu, 14 Oktober 2017 11:54 AM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2016/09/07/18/17/niezam%20test%202.ashx?w=50&h=50Oleh: NIEZAM ABDULLAH
[email protected]
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/10/14/12/20/datuk%20k%20siti.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Dalam masa 11 tahun kahwin, akhirnya Siti Nurhaliza hamil selepas beberapa kali menjalani rawatan kesuburan. Foto IZZRAFIQ ALIAS
   (Ubah saiz teks)
“SEPANJANG  11 tahun... kami bukannya tak berusaha!” Demikian luahan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi gembira anugerah bermakna apabila isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil empat bulan.

Khalid berkata, bukan mudah untuk isterinya itu hamil kerana pelbagai usaha lakukan mereka selama ini sejak disatukan sebagai suami-isteri 11 tahun lalu iaitu pada 21 Ogos 2006.

“Orang kata, kami ni banyak duit, kenapa tak usaha… kenapa tak buat sesuatu tapi orang tak tahu.

"Selepas dua tahun perkahwinan lagi kami dah usaha macam-macam dah. Tak kan itu semua kita nak beritahu,” ujar Khalid ketika ditemui dalam sidang media di rumahnya, di Bukit Antarabangsa, Ampang malam Jumaat.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/14/sukar-siti-hamil/~/media/3a2544fc3edd4924a2c44140a36634ac.ashx?la=en



Siti Nurhaliza ketika memberi kenyataan dalam sidang media di rumahnya.

Siti Nurhaliza Buka Rahsia Hamil 4 Bulan

Dalam sidang media yang turut disiarkan secara lansgung menerusi Facebook pelbagai media itu, Siti Nurhaliza, 38, mengumumkan dia kini hamil empat bulan, mengiakan spekulasi bertiup sebelum ini mengenai kehamilannya itu.

Berita gembira Siti itu mendapat beribu-ribu ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia apabila ia dikongsi di media-media sosial sebaik sahaja ia diumumkan.

Siti yang pernah mengalami keguguran pada hujung 2015 ketika usia kandungan dua bulan kelihatan amat ceria dan berseri wajah, sinar ibu mengandung.

Kehamilan Siti ini berjaya selepas melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan swasta.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/14/sukar-siti-hamil/~/media/c0b9a1b7543846769e15ebef2aed4fbc.ashx?la=en



Pasangan ini bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Dalam pada itu Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K, 58, berkata, semasa trimester pertama kehamilan, Siti banyak berehat dan ‘berkurung’ di dalam rumah.

Proses kehamilan akibat rawatan berkenaan memerlukan dia banyak berehat dan menjaga kesihatan agar masalah keguguran seperti sebelum ini tidak berlaku.

Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah mereka.

“Nak turun bawah pun saya angkat Siti. Bila dia berjalan pun susah… terbongkok-bongkok… terpaksa berjalan perlahan-lahan.

"Sampai macam itu sekali. Alhamdulillah… bila kandungan empat bulan, barulah dia boleh bergerak dengan sempurna,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/14/sukar-siti-hamil/~/media/29ec74968ae949c79e16f2522fe6a21b.ashx?la=en



Siti dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.

Dalam pada itu ditanya mengenai spekulasi mengatakan kegagalan Siti hamil selama ini mungkin kesan kemalangan motosikal yang dialami beliau di New Zealand pada 2012, Datuk K berkata, perkara itu tiada kaitan degan kehamilan Siti.

Ujarnya, kejadian itu mencederakan anggota badan dan tidak memberi kesan kepada spermanya.

Malah ujar Datuk K lagi, ujian pada spermanya selepas kemalangan itu juga menunjukkan ia menjadi lebih aktif disebabkan faktor pengambilan makanan berkhasiat yang diamalkan.

Tambahnya selepas sihat akibat kemalangan, beliau banyak melakukan senaman termasuklah berbasikal dan juga menjaga pengambilan makanan.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/14/sukar-siti-hamil/~/media/6b2a095a85ba4f278c07b6bf1ec85a0b.ashx?la=en



Siti akan memperlahankan karier seni bagi memberi tumpuan kepada kehamilannya.

Siti Mahu Berehat

Sementara itu Siti pula berkata, pada kehamilan ini dia mahu berehat sepenuhnya di rumah dan menolak segala aktiviti berkaitan seni.

Malah dalam tempoh ini juga, dia sekadar keluar tengok wayang beberapa kali sahaja bersama suami dan itu pun pada waktu malam.

“Pada kehamilan ketika usia 38 tahun ini, doktor minta Siti banyak berehat dan kalau nak ‘travel’ mana-mana pun Siti tak nak.

"Sebab itulah Siti buat sidang media ini supaya sesiapa yang ingin mengundang Siti, mereka akan faham,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/14/sukar-siti-hamil/~/media/225877f4696444718b9a7ed7b56d55de.ashx?la=en



Pengumuman kehamilan Siti mendapat liputan luas.

Tambah Siti, dalam tempoh rawatan, dia bergerak dalam rumah menggunakan kerusi roda untuk menjaga kandungannya.

Siti juga seperti wanita mengandung lain yang turut mengalami alahan dan dia berasa mabuk setiap kali ke dapur.

Ketika ditanya jantina anak dalam kandungannya Siti hanya tersenyum namun Datuk K semasa ucapan secara tidak sengaja berharap bayi dalam kandungan isterinya itu menjadi muslimah yang baik, menggambarkan kandungan berkenaan ialah bayi perempuan.

Jika benar, bakal puteri ini akan menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.



Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/14/sukar-siti-hamil/#CJVQ1JPdh7Sr0zyt.99
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 01:38 PM | Show all posts
ya Alaah sabarnya tokti.. berkurung dlm bilik lepas tu nak naik turun tangga pon kena angkatttt .. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lesprincesse replied at 14-10-2017 01:18 PM
Ini wrong info. Buat IVF you can even choose nak anak lelaki ke gegeirl

Owh seriously? Wow... hebat sungguh technology zaman lani... tp most of my friends mmg dpt baby gurl....and depa x mentioned plak anything about being able to.choose the sex of the baby
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...congrats siti
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tak minat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ALDRIN replied at 14-10-2017 08:31 AM
4 bulan and as early as 12 weeks... klu dpt Gynae yg terrer using ultrasound...mcm Gynae iols hehehe ...

Which gynae?boleh bgtau akak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
eddysheddy replied at 14-10-2017 01:28 PM
Pembentukan testis?

Testis baby boy dah  terbentuk 5 bulan. Kalu 5 bulan x nampak2 lg baby girl
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 01:58 PM | Show all posts
Kesian ct demi anak kan apa pun sanggup ni ada plk yg fitnah x nak

Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah mereka.

“Nak turun bawah pun saya angkat Siti. Bila dia berjalan pun susah… terbongkok-bongkok… terpaksa berjalan perlahan-lahan.

Tambah Siti, dalam tempoh rawatan, dia bergerak dalam rumah menggunakan kerusi roda untuk menjaga kandungannya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 14-10-2017 01:57 PM
Testis baby boy dah  terbentuk 5 bulan. Kalu 5 bulan x nampak2 lg baby girl

Oh gitew. Tq abg bee
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 02:22 PM | Show all posts
mixed replied at 14-10-2017 01:58 PM
Kesian ct demi anak kan apa pun sanggup ni ada plk yg fitnah x nak

Kann.. Ksian kat ct.. Hanya org yg penah mgalami saja akan mmahami prasaannya.. Nak anak ni bkn mcm bl brg.. Asal nak bl je trus dpt.. Anak ni rzki.. Kalo Allah  kata blum rzki tu nak buat mcmana.. Ni pun alhamdulillah sgt.. X kisahla anak llaki ke ppuan yg pntg ct n baby sihat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Merdunye ct nyanyi lagu didiandfriends kat ig rozi tu.. melting kiteee.. tak taula bila dia nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 03:24 PM | Show all posts
Dalam pada itu ditanya mengenai spekulasi mengatakan kegagalan Siti hamil selama ini mungkin kesan kemalangan motosikal yang dialami beliau di New Zealand pada 2012, Datuk K berkata, perkara itu tiada kaitan degan kehamilan Siti.

Ujarnya, kejadian itu mencederakan anggota badan dan tidak memberi kesan kepada spermanya.

Malah ujar Datuk K lagi, ujian pada spermanya selepas kemalangan itu juga menunjukkan ia menjadi lebih aktif disebabkan faktor pengambilan makanan berkhasiat yang diamalkan.


hehehee yg ni klakar... jujur jer DK citer
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 03:40 PM | Show all posts
Edited by limesherbet at 14-10-2017 03:46 PM

kakak i pun ngandung 4 bulan. umur sama dgn ct anak pertama
dia buat 5 kali iui... lepas tu 2 kali ivf... last doc suruh dia buat iui balik dan kali ke-6 iui ni dia mengandung successfully... duit banyak dah habis.sakit tak payah cakap la..  buat kat sime darby. kira baby yg sis i akan lahirkan nanti baby mahal la

mengarut lah yg kata boleh pilih nak lelaki ke perempuan...tu kerja tuhan lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
siti nak announce pun byk benda dia fikir, kalau yg haters tu biasalah. mengenali siti ni dia boo layan je.

i x sabar tunggu baby siti, nesti putih merah2 mcm siti and dato k
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 14-10-2017 03:40 PM
kakak i pun ngandung 4 bulan. umur sama dgn ct  anak pertama
dia buat 5 kali iui... lepas t ...


Uols mesti bukan science student kan dlu?

Nah.

http://www.health.com/pregnancy/is-it-actually-possible-to-choose-a-babys-gender-through-ivf
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 04:03 PM | Show all posts
dah2.... tok k dah terlepas cakap bakal baby is a girl okeh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 04:05 PM | Show all posts
Orix replied at 14-10-2017 03:56 PM
Uols mesti bukan science student kan dlu?

Nah.

tu baca betul2. perlukan procedure lain untuk achieve that. ivf alone tak boleh pilih jantina.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.144103 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list