CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 10-5-2013 09:39 AM | Show all posts
takde sambungan lagi ke??? wendu gilak babas kt TD n lisa
[mode: wendu kt TD sbenarnya ..suka org laki jahat2 skit tp takdela smpai drug dealer,gangster n etc hehe]
cambung ler balik TT ..huarghhhhh helpless suda

pffffttt ** lambat tau mak jah tunggu
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 11-5-2013 12:59 AM | Show all posts
BAB 36

BAB 36
       
“Bangun!...kau ni kalau tidur bukan main…” sayup suara itu kedengaran pada telinga Lisa. Dia terpisat-pisat mencelikkan mata. Wajah Tengku Dennis yang terlebih dahulu menyapanya. Terkejut seketika.
        “Kat mana ni?” tanyanya dalam suara yang hampir tidak kedengaran. Mengantuk sungguh!
        “Kat pulau aku…cepat turun.” Arah Tengku Dennis. Lisa segera bangun dari duduknya dan pantas mengekori Tengku Dennis. Lengan lelaki itu dipegangnya untuk mengimbangi badan yang masih pening. Tengku Dennis hanya membiarkan.
        Tengku Dennis mendahului langkah Lisa untuk turun dari botnya. Penuh bergaya lelaki itu melompat turun dari bot yang diparkir berdekatan jeti kecil. Lisa meniru cara dan gaya Tengku Dennis namun malang baginya. Lompatan tersasar dan seperti ikan jerung bunuh diri dia terjatuh dalam air. Habis baju dan seluarnya basah kuyup.
        Tengku Dennis menahan tawa, nasib baik air tidak terlalu dalam. Paras pinggang saja. Tangan dihulur namun Lisa dengan berlagak tidak menyambutnya. Bukan sengaja tapi malu sebenarnya. Dia bangun dan keluar dari air dengan laju.
        “Its okay, lepas ni salin baju. Nanti aku tunjukkan bilik.” Lisa hanya diam. Malu! Malu!
        Saat dia memandang tepat ke depan, mukanya terasa bertambah tebal dengan tiba-tiba. Sekumpulan besar manusia yang berpakaian hitam seperti bodyguard Tengku Dennis tadi berdiri dan berkumpul dihadapan dia dan Tengku Dennis. Bob dan Adam ada di sebelah mereka. Pakaian mereka sama dan mereka membawa senjata yang sama. Saiz badan pun lebih kurang. Apa semua ni!
        Dia menjeling Tengku Dennis yang sedang bercakap dengan Bob. Bob kelihatan menganggukkan kepala beberapa kali kemudian Tengku Dennis memandang ke arah manusia yang ramai didepannya.
        “Malam ni kamu semua boleh rehat lepas makan malam. Esok aku nak semua bangun awal dan jalankan latihan macam biasa walaupun esok hari minggu. Faham?!!!!” tegas dan garang suara Tengku Dennis kedengaran. Lantang sekali sehinggakan bergema suaranya dipulau yang sunyi itu. Lisa pandang kiri kanan. Semuanya hutan, gelap…menakutkan!
        Perlahan-lahan dia mendekati Tengku Dennis. Dia takut hutan, dia takut gelap…senang cerita dia takut semualah. Pandangannya kembali tertunak pada sekumpulan manusia yang ramai itu. Mereka semua bergerak serentak menuju ke sebuah pondok kayu yang besar dan berlampu kalimantang. Angin yang bertiup membuatkan dia kesejukan. Tapak tangan digosok-gosok dan ditekap ke pipi untuk mengalirkan sedikit haba pada tubuhnya yang kedinginan.
        “Sejuk?” tanya Tengku Dennis tiba-tiba. Lisa menjeling tajam, dari sinar mata lelaki itu dia dapat melihat dengan jelas aura mengejek yang ada pada Tengku Dennis. Benci!
        “Come…aku tunjukkan rumah. Kau boleh mandi and salin pakaian. Bau kau dah sama dengan kambing gurun.” Tengku Dennis melangkah diikuti Adam dan Bob. Melihatkan Lisa yang masih belum mula melangkah Tengku Dennis bersuara lagi.
        “Sini banyak binatang buas…kalau rasa nak pendek nyawa duduklah lama-lama kat situ.” Selamba Tengku Dennis berkata. Lisa apa lagi, kecut perut dibuatnya. Keadaan pulau itu agak gelap dan lampu hanya datang dari beberapa pondok yang tidak berdinding berdekatan tempatnya berdiri. Dia segera berjalan laju membontoti Tengku Dennis, Adam dan Bob mengambil tempat dibelakangnya.
        “Pulau ni kat mana?” soal Lisa setelah beriringan dengan lelaki itu. Jauh jugak rumah yang dikatakan Tengku Dennis itu.
        Tanpa memandang Lisa, Tengku Dennis menjawab.
        “Pulau kat tengah laut la…”
        Bengang Lisa dibuatnya. Malas nak melayan dia hanya mengikut langkah lelaki itu. Tidak jauh didepannya ada sebuah rumah kayu atau lebih tepat lagi cottage yang sangat cantik. Cahaya lampu yang kekuningan dan nampak mewah serta klasik sangat memukau dan mengagumkan.
        “Wah! Cantiknya…” tanpa sedar dia berkata. Tengku Dennis hanya tersenyum bangga. Setelah pintu cottage itu di buka bertambah kagum hatinya melihat. Tidak disangka ditengah pulau yang dikelilingi hutan seperti ini ada sebuah rumah sederhana besar yang sangat cantik.
        Dia melangkah masuk perlahan-lahan, cantik sangat! Dindingnya diperbuat dari kayu yang sungguh unik dan disyelek cantik. Lantai juga dari bahan dan warna yang sama. Saat kakinya dipijak ke atas lantai itu, rasa sejuk tapi nyaman meresap ke dalam tubuhnya. Ruang legar sederhana besar itu kelihatan seperti ruang tamu tapi lebih santai dengan sebahagian dinding diperbuat daripada kaca dan digantung langsir putih polos. Sliding door mungkin…Sebahagian lantai juga dibentang permaidani yang sangat lembut sehinggakan apabila dipijak tenggelam sehingga ke buku lali. Mesti mahal.
Kerusi yang berukir cantik dan kelihatan mewah turut menghiasi ruang itu. Lisa berpaling ke arah Tengku Dennis apabila tersedar keterlanjurannya. Dia buat muka selamba.
        “Mana abang Bob dan abang Adam?” tanya Lisa setelah menyedari mereka sudah tiada. Pintu juga sudah tertutup rapat.
        “Balik bilik dia lah.” Ringkas Tengku Dennis membalas sambil dengan selamba membuka t-shirt di depan Lisa dan dicampakkan baju itu ke atas sofa yang berada disitu. Lisa memalingkan wajahnya ke arah lain. Sudah lama dia tidak melihat Tengku Dennis dalam keadaan begitu, rasa malu tiba-tiba.
        “Rumah ni hanya ada satu bilik. So, we gonna share it. Jangan memandai nak tidur atas sofa kat dalam rumah ni. Kotor dengan air liur basi kau nanti.” Tanpa perasaan Tengku Dennis memberi arahan. Lisa mengeluh…aku selalu tak ada pilihan. Tapi jangan mimpi! Aku rela tidur atas lantai.
        Lisa berjalan sekeliling rumah. Dapur menjadi hala tujunya yang pertama. Dapurnya agak luas dan moden walaupun imej klasik dan kekayuan masih tidak hilang. Disatu sudut ada bar yang memuatkan pelbagai jenis arak dan wine dengan gelas berkaki tinggi yang bergantungan. Setiap kediaman milik Tengku Dennis pasti ada ruang minuman keras, namun Lisa hanya mampu mengeluh dalam hati. Nak ditegur memang dia serik. Lisa hanya mampu menggelengkan kepala.
        Berdekatan dapur juga ada disediakan meja makan yang memuatkan 8 kerusi. Diatasnya tergantung chandelier yang besar, mewah dan cantik menerangi meja makan itu. Sudah tersusun napkin yang dilipat menjadi bentuk angsa. Pinggan juga sudah diterbalikkan. Segalanya sudah tersedia. Tunggu nak hidang makanan saja.
        Taste Tengku Dennis memang luar biasa. Dari sekecil dan sebesar-besar barang dapat dilihat akan kemewahan dan nilai estetika yang ada pada barang itu. Kecil tapi unik dan tentu saja mahal. Tengok saja sudu dan garfu. Berkilat dan berat semacam. Salah satu pintu kayu berdekatan dapur dibuka. Toilet tapi tak ada bilik mandi. Untuk kecemasan mungkin. Masih juga mengekalkan dekorasi yang sama, berdindingkan kayu berwarna coklat cair yang disyelek. Sinki yang besar dan berwarna putih gading. Cermin besar berukir indah juga melekat mewah ke dinding. Simple tapi cantik!
        Disatu sudut juga terdapat tempat untuk menyalakan unggun api macam dalam rumah mat salih yang ditontonnya dalam kaca tv. Over tau! Bukan ada salji pun kat Malaysia ni…sedang leka membelek sekitar rumah itu Tengku Dennis keluar dari salah satu pintu yang ada. Dia hanya memandang lelaki itu yang berseluar biru gelap dipadankan dengan boot high cut bertapak tebal seperti polis. Ketup ketap bunyinya apabila lelaki itu melangkah. T-shirt biru gelap senada dengan seluarnya juga tersarung kemas ke badan Tengku Dennis. T-shirt yang sedikit ketat itu menampakkan susuk tubuh lelaki itu yang sangat maskulin.
        Rambutnya juga sudah distyle kemas. Pacak-pacak dan kacak! Aww..
        “Dah puas tengok? Aku tau aku handsome tapi cover lah sikit..tak malu ke?” soal Tengku Dennis selamba. Dia berjalan menghampiri Lisa, gadis itu berundur setapak dan Tengku Dennis berhenti.
        “Aku nak keluar, kau pergi mandi and makanlah apa yang ada kat dapur tu. Sini hutan, tak ada makanan best.” Habis saja ayat itu dia segera keluar dari rumah. Lisa hanya memandang tanpa sepatah kata. Bagus jugak kau keluar, aman sikit, getus hatinya.
        Pintu bilik dibuka dan dia terpegun sekali lagi.
        “Cantiknya!!!” jeritnya kuat. Kalau Tengku Dennis ada tak adanya dia berani bereaksi sebegitu.
        Chandelier besar yang tergantung disiling menjadikan ruang itu sangat cozy, romantic dan menenangkan. Macam bilik orang nak honeymoon, erk!
        Katil king size bertiang empat itu dipandang. Kalau langsir pada tiang itu diturunkan jadilah kelambu. Kain putih dan jarang itu disentuhnya. Lembut sangat…badannya dihempas ke tilam. Empuk dan lembut! Best buat tidur ni. Dah lama dia tidak tidur di tilam empuk. Sejak tinggal dengan Ain dan Yana, alasnya hanya tilam bujang. Semuanya dibeli dengan duit Tengku Dennis yang ada dalam simpanannya. Nanti dia nak bayar balik.
        Badan yang melekit membuatkan Lisa tersedar yang dia belum mandi malahan air masin pada bajunya juga hampir kering. Dia segera menuju ke kamar mandi. Memandangkan Tengku Dennis tidak ada dan ada jakuzi dalam bilik air tersebut, Lisa tersenyum. Sabun dituang kedalam tub itu dan air dibiar mengalir. Apabila buih sabun sudah memenuhi ruang itu Lisa menanggalkan bajunya dan mula berendam.
        “Ah nikmatnya…” badannya yang lesu dan keletihan kembali segar. Hampir sejam dia berendam sebelum membilas tubuhnya dengan shower yang tersedia. Tuala bersih yang sudah tersedia diambil dan dilap ke tubuh dan diikat ke dada. Dia kemudian melangkah keluar dari kamar mandi.
        3 buah bagasi sudah berada ditepi almari. Satu berwarna hitam dan 2 berwarna pink.
        “Pink ni aku punya kot. Tak kan Tengku Dennis pakai pink.”
        Salah satu bagasi berwarna pink dibuka. Baju diselongkarnya. Buntang mata Lisa melihat semua baju yang ada dalam beg itu spesis tak cukup kain punya. Cepat-cepat bagasi pink yang satu lagi dibuka. Pun sama! Tak pe…bagasi hitam pula cuba dibukanya. Tak boleh! Bagasi itu ada kod lain. 4 digit 0000 dipusingnya seperti yang dibuat pada bagasi pink namun tidak Berjaya. Berkali-kali dia cuba dengan kod lain, tetap tidak Berjaya.
        Berombak dadanya menahan geram. Bagasi pink diselongkar sekali lagi, baju paling sopan dicari. Lama dia menguis timbunan baju berlipat dalam bagasi itu. paling sopan pun kemeja yang kainnya jarang dan besar. Kalau tak pakai apa-apa kat dalam memang naya lah. Dia cuba mencari singlet atau tshirt atau seluar panjang. Yang ada semua seluar pendek paras paha. Dan yang paling sakit hati ada bikini pelbagai corak dan design. Gila!
Nak tak nak salah satu kemeja dicapainya beserta short berwarna hitam. Baju dalam atau lebih tepat sepasang bikini berwarna biru dipakai dan dilapisi dengan short dan baju kemeja. Cermin besar yang bersandar pada dinding dipandangnya. Seksi! Kemeja itu jarang dan berkain lembut menampakkan warna bra yang dipakai. Labuhnya juga hanya paras lutut menutupi short yang dipakai. Nampak macam tak pakai seluar.
        Rambut yang basah dilap kasar. Bengang! Tadi rasa lapar yang mencucuk perut terus hilang. Sakit hati punya pasal. Lisa membaringkan tubuhnya dan menarik comforter menutupi tubuh. Dia sendiri pun rasa malu nak tengok pakaian yang tersarung pada tubuhnya apatah lagi nak tunjuk pada orang lain.
        Terkebil-kebil matanya memandang siling yang dihiasi lampu chandelier besar dan berkilauan. Lama dia berkeadaan sebegitu sebelum perutnya kembali rasa lapar. Lisa lantas bangun dari pembaringan. Kepalanya terasa berpusing tiba-tiba. Takkan tak hilang lagi mabuk laut, tadi okay je. Dia cuba duduk seketika dibirai katil untuk meredakan kepala yang berpusing. Kesan ubat yang diberi Tengku Dennis sudah habis agaknya. Sekali lagi Lisa bangun, kepala masih terasa berpusing. Di pandang sekeliling bilik sebelum ternampak briefcase Tengku Dennis yang terbuka diatas meja kerja.
        Lisa segera menghampiri dan membelek isi kandungannya.  Tangan kirinya memicit kepala yang sakit manakala tangan kanan setia mencari sesuatu dalam briefcase itu. Satu plastic ubat yang tersorok dan terlindung disebalik kertas-kertas dalam beg itu diambil. Lisa tersenyum.
        “Jumpa pun…” paket jernih itu dibelek dan dibaca.
        “Klinik Seri Ayu…nama ubat, pain killer…tadi rasanya ubat yang tengkujuh tu bagi warna putih, ni warna-warni pulak…comel.” Omel Lisa sendiri. Paket itu masih dipegangnya, cuba mengingati sama ada ubat itu sama atau tidak dengan yang diberi Tengku Dennis dia atas bot tadi.
        “Betul kot agaknya…tak kan doktor ni nak tipu, tulis pain killer tapi ubat selesema. Takkan kot…tapi tak pernah pulak aku tengok pain killer warna-warni. Hmmm…gasaklah, janji hilang pening-pening ni.”
        Lisa segera menuju ke dapur dan mengambil gelas yang tersedia. Air masak dituang ke dalam gelas itu. Sekali lagi paket itu dibaca.
“2 biji sekali makan 2 kali sehari…” Lisa mengambil 2 biji ubat yang berwarna itu dan di masukkan ke dalam mulut. Air diteguk perlahan. Dia berjalan perlahan ke ruang tamu untuk berehat, ubat itu turut dibawanya dan diletakkan di atas meja didepan sofa berangkai 3 yang didudukinya.
        Matanya dipejam dan tubuh disandarkan ke sofa. 5 minit dia berkeadaan begitu sebelum kepala yang berdenyut dan berpusing kembali pulih. Lisa tersenyum sambil matanya masih lagi tertutup. Agak lama dia menyandarkan badan ke sofa sebelum tiba-tiba dia berasa seram sejuk. Tubuhnya terasa panas dan berpeluh. Lisa terus mencelikkan mata.
        “Kenapa dengan aku ni…” dadanya dilekap dengan telapak tangan. Terasa berdebar dan jantungnya berdegup tidak tentu arah. Nafasnya rasa sesak.
        Dahi yang mula merenik peluh dilap perlahan dengan belakang tangan.
        Ada satu kemahuan yang tiba-tiba melonjak dari tubuhnya. Nafasnya mula tidak tentu arah, dadanya berdegup sakan. Lisa menggigit bibirnya untuk cuba meredakan perasaan yang tiba-tiba hadir dalam jiwanya. Rasa yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan. Rasa yang pelik…
        Sekali lagi dahinya dilap dengan belakang tangan, berpeluh! Dadanya makin turun naik menahan nafas yang semakin sesak. Keinginannya cuba dikawal. Lisa bangun dan mencapai remote aircond. Aircond terpasang kuat untuk menghilangkan rasa panas dan peluh yang tiba-tiba terbit.
        “Kenapa dengan aku ni…” sekali lagi Lisa bersuara. Dadanya makin bergetar, keinginannya makin tidak tertahan walau dia cuba untuk mengawalnya. Lisa segera kembali bangun untuk masuk ke dalam bilik, mahu berbaring dikatil supaya dapat diredakan perasaannya yang bergelora.
        Baru sekali melangkah, bunyi pintu dibuka membuatkan Lisa cepat-cepat menoleh. Tengku Dennis santai melangkah menuju ke arahnya tanpa menegur. Lisa masih berdiri disisi sofa manakala Dengku dennis sudah melabuhkan punggung di sofa yang diduduki Lisa sebentar tadi. Lisa kaku berdiri disitu, terperangkap antara kehendak dan akal waras.
        Tengku Dennis mendongak melihat Lisa yang berdiri berdekatan sofa apabila dia terasa mata gadis itu memandangnya. Tengku Dennis buat tak layan sebelum menyambung membuka ikatan tali kasutnya dan diletak ditepi. Stoking turut dibuka dan diletak atas meja sebelum dahinya berkerut melihat sepaket pil yang sepatutnya berada dalam briefcase sudah berada atas meja di depannya.
        Sekali lagi wajah Lisa dipandang. Tengku Dennis segera berdiri berhadapan Lisa. Wajah gadis itu kelihatan memerah dan sedikit berpeluh. Nafasnya juga sudah tidak teratur. Beberapa kali matanya cuba mencari anak mata Lisa namun gadis itu cepat sekali menunduk.
        “Mana kau dapat ni?” soal Tengku Dennis tegang. Wajahnya diseriuskan, dia tidak suka barangnya disentuh dan diganggu tanpa persetujuan. Wajah Lisa masih menunduk.
        “Bila aku tanya kau kena jawab. Jangan diam macam ni, pantang aku tau! Lagi satu bila aku bercakap pandang muka aku, jangan nak tunjuk biadab!” sekali lagi Tengku Dennis memarahi Lisa. Namun gadis itu tetap menunduk, langsung tidak diangkat kepalanya.
        Tengku Dennis paut dagu Lisa dan diangkat. Wajah gadis itu makin memerah dan dadanya makin berombak kasar. Dari air muka Lisa, Tengku Dennis sudah dapat membaca apa yang berlaku, gadis itu cuba mengawal kehendak dan nalurinya. Sinar matanya redup dan seolah-olah merayu. Tengku Dennis tergamam.
        “Kau makan pil ni?” tanya Tengku Dennis.
        Paket putih yang sudah berada ditangannya dipandang. Lelaki itu mengeluh kuat. Dia segera berpaling mahu melangkah keluar. Ada sesorang yang perlu dia jumpa. Baru tangan mahu mencapai tombol pintu, ada sepasang tangan memeluk pinggangnya erat. Tengku Dennis terkaku, Lisa terkedu.

P/S : haluuuu...mati kena keji...berkurun baru hupdate...hahaha..sori ler diva2 for all the shortcomingzzz...layan la satu bab ni dulu...actually dah habis tulis citer ni...now tengah edit and at the same time kat penulisan 2u ada update gak tapi sampai bab 10 je baru..memang busy sangat...kalau PM kauuu..hehe

ingat memang semua nak post sampai habis kat forum je tapi rezeki kot, dapat email dari satu syarikat penerbitan ni tanya pasal novel ni tapi iols bagi kata putus pun sebab rasa novel ni tak sehebat mana pun..sekadar nukilan kosong masa lapang...

jangan marah2 ye sebab lama tak masuk...mak buzyyyyy...komen2 pun tak sempat baca...adios...selamat berhujung minggu!

Post time 11-5-2013 07:16 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 11-5-2013 12:59 AM
BAB 36

yeay!!ada pun update setelah berkurun2 lama menunggu..huhu...tapi sikitnye sekali update...dh alang2 lama x update, update la lama sikit...

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:44 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 11-5-2013 12:59 AM
BAB 36

Yeayyyyyyy dah ada update , tp mana cukup laling ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 08:31 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 11-5-2013 12:59 AM
BAB 36

nie yg wat sayam terlebih kt TT ..hehe last part tu sgt la ~~ fufufufu mcm2 speku lam pale neh
adakah ??? hehehe
if TD betoi ade sayam kt Lisa, he wont touch lisa

pffft *** TT nak sambungan lagi ...mandrem sat kt TT ..fuh fuh cepat2la update lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2013 10:12 PM | Show all posts
[/url]

teaser...haha..kepala hangguk ler teaser pakai piccas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 10:17 PM | Show all posts

rembes2! sabar...sabarrr...ahaha
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 13-5-2013 12:32 AM | Show all posts
TT sambung la lgii..dah addicted ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:47 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 12-5-2013 10:17 PM
rembes2! sabar...sabarrr...ahaha

Wowwww.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:15 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 12-5-2013 10:12 PM
[/url]

santek chalet tp susah gak kalo 24jam kene bertudung .. langsir pom takde tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
best! sila sambung lg sebelum pesta "mogok" dilakukan..ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:04 PM | Show all posts
best2.. sambung lagi ye.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 02:15 AM | Show all posts
tt pls come up with new n3...dont say u wanna post once a month
tak sanggup o0o tunggu lame2
pleaseeeee do me a favor
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 12:35 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 12-5-2013 10:17 PM
rembes2! sabar...sabarrr...ahaha

abislah poser kaka mcm nie farah oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 12:40 PM | Show all posts
errr, xde smbgn lagik ker cte nie??
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 23-5-2013 09:53 AM | Show all posts
tt bile nak sambong neh ^^
haghi2 dok tak sabo nunggu ..lekaih lor

*** jadi penunggu haku neh
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 08:06 PM | Show all posts
wahhhhh....bestnyer, bila nak sambunggg lagi

tak sbr nk menunggun nie..,
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:31 PM | Show all posts
bile la tt bermurah hati nak tempek sambungan
berjaman sambe bertapa aku nunggu
pehlisss ler sambung
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 07:50 AM | Show all posts
Awat cheq tak sambung lagi?.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.101406 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list