Salam semua, Gua baru disini. Nak ucap terima kasih kepada thread ni sedikit sebanyak tolong saya waktu saya buat trip secara backpackers SOLO. Destinasi MACAU-HONG KONG-SHENZHEN. 26Mei-30Mei 2010. Sedikit sebanyak nak share pengalaman kat sini. DAY1: LCCt,Malaysia - Macau Int.Airport (0630hrs-1030hrs) Sampai2 terus gi imigresen isi borang masuk/keluar, amik beg menghala keluar airport. Masa nak keluar airport tu ader anjing buat pemeriksaan rambang. Hidu sana sini beg orang.Dah tu elok2 nak klua ader lak imigresen tahan. Buat check beg full.Kena la godek keluarkan barang dari beg satu persatu.Dahla pakai harvest sack,barang keluar masuk susah. Alasan diorang sebab gua travel alone. Apada... Dah settle, tukar duit MOP(macau pataca). Tukar duit kat macau pasal kat malaysia tak banyak tempat sediakan tukaran wang MOP,susah sangat.Kena order. So baik tukar kat sini. Kadar tukaran lebih kurang sama ngan Hong Kong Dolar (HKD). Waktu tu tukaran wang 0.43.Means kalo ader RM100/0.43 = HKD232.55. Tukar dalam RM200 so dapat la MOP465,jangan lupa mintak tukar duit syiling&tukaran kecil pasal kalo nak naik bas kena pakai tukaran kecil &tepat. Tempat tinggal dah book awal2 di http://www.augusters.de/ . Satu2nya backpackers hostel di macau yang murah. Semalam kos RM50(palin murah kot pasal yang lain2 mahal tahap casino.). Terletak berdekatan di Grand Lisboa Casino. So untuk ke hostel gua naik bus AP1 ke terminal ferry,5MOP. Pastu tuklar ke bas 10A lalu depan Lisboa casino,4.20MOP.Sepatut ader jer bus Airport-Lisboa hotel(MT1 atau MT2) tapi beroperasi pada jam 0700hrs-1000hrs dan petang 1630hr-2000hrs. Nampak jer Grand lisboa hostel yang besar gua stop kat situ. [img]http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:0O5RN41f8xT-kM::&t=1&h=259&w=194&usg=__vz_HKaF-24dkd9yzCRxkxkEkBS8=[/img] Gua dah siap print awal2 map ke hostel so amik gambar sepam(gambar atas hiasan,gambar gua besar sgt takleh upload) then berjalan kaki la ke hostel beberapa blok belakang hostel. Nama hostel tu Auguster lodge. Terletak dekat deretan rumah kedai. Sebelah CTM(kedai hp).Terletak kat tingkat atas. Tekan loceng jap gi ader lak filipino lady tukang jaga hostel tu. Gua bagi tau la gua dari Malaysia,dah book, nama saper. Tup2 dah boleh check in. Dia bagi kunci bilik, tunjukan katil(katil double decker,ader 6 katil dalam bilik tuh),tandas dan toilet. Gua rehatkan dir jap kat situ. Bilik dikongsi bersama jiran katil yng lain dari america,israel dan china. Dah habis rehat gua cepat2 amik beg gi ke senado square,St.Paul church ruins,macau museum, dan balik ke hostel. Malam sambung ke satu casino ke casino yang lain. Ikut budak dari china tu la. Mula2 ke The sands,Venetian Casino, last Lisboa.Kita orang guna bus shuttle casino.Free jer. Contoh daro Lisboa casino gua lompat naik bus shuttle dia ke Ferry terminal,pastu naik bus casino Venetian lak dari situ. Semua casino besar2 ader shopping complex masing2. Minuman percuma dalam casno, orange juice,milk, coke and ice tea.Korang nampak orang lalu lalang bawak minuman tahan jer amik,FREE. Habis ronda2 amik gambar.Balik singgah McD makan fish burger,tu jer yang halal. Esok ke hong kong naik feri. Nanti gua sambung. |