CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
 Author| Post time 17-1-2023 03:03 PM | Show all posts
kesian pula kat dia tanpa peguam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2023 03:03 PM | Show all posts
dia boleh lantik peguam baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:03 PM | Show all posts
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu



GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.10 tengah hari, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) diramal bermula 19 hingga 21 Jan ini. .

Selain itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta Kuantan, Pahang bermula 20 hingga 22 Jan ini.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan meminta negeri-negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

"Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara dilengkapi dengan keperluan asas, dan Pos Kawalan Tempat Kejadian mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan," menurut kenyataan itu.

Menurut NADMA, pihaknya melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kelantan-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 03:04 PM | Show all posts
mattzzx replied at 17-1-2023 03:03 PM
dia boleh lantik peguam baru

dia amik peguam baru maknanya kes akan drag...

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 03:05 PM | Show all posts
lawyer baru sah2 minta tangguh dgn alasan nk study kes dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 03:05 PM | Show all posts
semua belajar mcm kes jibun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2023 03:06 PM | Show all posts
sudahnya nti bertahun2 kes tak selesai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:09 PM | Show all posts
berhati hati lah semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2023 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:23 PM | Show all posts
dah page 32
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 03:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:43 PM | Show all posts
'Bolehkah pegawai tinggi kerajaan, menteri terima dengan baik teguran penjawat awam...'
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Januari 17, 2023 @ 3:11pm



Laporan BH hari ini mengenai keterbukaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta pegawai dan kakitangan awam menegur sebarang keputusan dibuat menteri, termasuk Perdana Menteri jika ia didapati melanggar peraturan dan undang-undang.

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengeluarkan satu garis panduan jelas berhubung kaedah atau mekanisme untuk penjawat awam membuat teguran terhadap anggota Jemaah Menteri yang didapati membuat keputusan melanggar peraturan dan undang-undang.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata ia bagi mengelakkan penganiayaan terhadap penjawat yang membuat laporan salah laku sedemikian.

"Sekiranya tiada garis panduan yang jelas mengenai sistem aduan, terutama dalam hal membabitkan kerahsian pengadu, tempoh siasatan, jenis aduan dan ketelusan dalam siasatan, sudah pasti usaha ini tidak akan mendapat sambutan warga penjawat awam.

"Sebelum ini terdapat kes penjawat awam diberi tekanan seperti halangan kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja dan gangguan dalam jadual pekerjaan apabila melaporkan salah laku dalam jabatan dan agensi kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang meminta dan kakitangan awam menegur sebarang keputusan dibuat oleh menteri, termasuk Perdana Menteri jika ia didapati melanggar peraturan undang-undang.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, pegawai yang melaksanakan arahan mengandungi apa yang disifatkan sebagai keterlanjuran, tidak boleh dipersalahkan berikutan ia diminitkan oleh menteri dan menyebabkan mereka mematuhinya.

Adnan berkata, ramai penjawat awam takut untuk melaporkan salah laku, terutama melibatkan mereka yang berstatus menteri kerana bimbang dengan tekanan serta karier mereka tergugat.

"Ketika ini CUEPACS melihat amat sukar untuk warga perkhidmatan awam memberi teguran kepada ketua jabatan masing-masing termasuk melibatkan Jemaah Menteri. Kesediaan pegawai tertinggi serta menteri menerima teguran masih menjadi persoalan, sama ada boleh terima dengan baik atau sebaliknya.

"Melalui pekeliling dan dasar sedia ada ketika ini pun, amat sukar untuk penjawat awam memberi teguran membina kepada jabatan atau agensi masing-masing. Jika mahu memberi teguran kepada Jemaah Menteri, tentu lebih sukar.

"Ini kerana kebimbangan dalam kalangan penjawat awam sendiri yang mungkin akan menerima tekanan tertentu, bukan sahaja daripada ketua jabatan, malah dari pegawai-pegawai menteri itu sendiri," katanya.

Oleh itu, katanya, penting ada panduan atau sistem yang jelas diperkenalkan oleh kerajaan bagi membolehkan warga perkhidmatan awam turut sama terbabit dalam memerangi gejala salah laku, terutama membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dan menteri.

Katanya, keutamaan yang perlu diberikan oleh kerajaan adalah memastikan kerahsian pengadu sendiri selain ketulenan aduan dibuat yang juga perlu ditangani dengan baik bagi memastikan ia dilaksanakan atau mempunyai penyelesaian sewajarnya.

"Jika tidak mempunyai penyelesaian, ia hanya buang masa. CUEPACS juga tidak mahu aduan tidak tulen dibuat sehingga boleh menjejaskan kredibiliti pegawai atau menteri terlibat. Sebab itu perlu untuk memastikan garis panduan atau sistem pengaduan itu jelas dan ia amat penting," katanya.

Adnan berkata, CUEPACS bagaimanapun menyambut baik kesediaan Perdana Menteri untuk menerima teguran daripada warga penjawat awam terhadap kerajaan sekiranya didapati melanggar undang-undang dalam hal berkaitan tata kelola pentadbiran.

"CUEPACS melihat saranan itu amat baik memandangkan penjawat awam adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan dan mengetahui segala tindak tanduk pegawai atasan serta menteri," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... dengan-baik-teguran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:43 PM | Show all posts
sikap keterbukaan dalam mengkritik pentadbiran dan kerajaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:44 PM | Show all posts
semoga kerajaan buat yg terbaik kepada semua rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:45 PM | Show all posts
Murid akan dapat hak mereka - Fadhlina
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - Januari 17, 2023 @ 2:54pm


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra dengan murid ketika lawatan ke Sekolah Kebangsaan Chepor Ipoh - Foto NSTP/L Manimaran

IPOH: Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid yang sepatutnya menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disamun selepas dikeluarkan dari bank oleh seorang guru besar semalam akan mendapat hak masing-masing.

Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek, berkata mereka yang berhak patut menerima bantuan itu.

"Hak mereka (murid) kita akan terus pertahan dan kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka.

"Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk prosedur operasi standard (SOP) kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia," katanya kepada pemberita hari ini.



Beliau ditemui sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.

Fahdlina mengesahkan berlaku pelanggaran SOP dalam proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan guru besar sebuah sekolah di Beranang, Kajang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.

Katanya, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiiring (escort) yang bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi BAP itu.

"SOP kewangan telah dilanggar (sedangkan) kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang)," katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan yang dianggap serius dan sedang menunggu laporan penuh siasatan daripada polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sebelum menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.

Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.

"Kita kena tunggu laporan daripada JPN Selangor secara keseluruhannya, saya tak boleh nak simpulkan selagi tak dapat laporan penuh JPN serta polis dan seperti saya sebutkan, kita tidak akan berkompromi," katanya.

Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh Guru Besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis, jika perlu.

"Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedang disiasat dengan teliti," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang BAP tanpa pengiring polis sejak 10 tahun lalu.

Dalam kejadian semalam, wang bantuan berkenaan dilaporkan dilarikan oleh penjenayah yang memecahkan cermin kereta guru besar berkenaan semalam yang diletakkan meletaknya dalam beg di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... hak-mereka-fadhlina

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:46 PM | Show all posts
apabila orang yng diamanahkan tidak melakukan dengan sebaiknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2023 03:46 PM | Show all posts
wujud kelalaian atau ada orang dalam yang terlibat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 03:47 PM | Show all posts
biar yang bersalah dijatuhkan hukuman yang sewajarnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 04:14 PM | Show all posts
mattzzx replied at 17-1-2023 03:47 PM
biar yang bersalah dijatuhkan hukuman yang sewajarnya

matt dah check in kt DW ke belum?
nov dah tanya kt page 11

【NEW】RUMAH BORAK DUNIA WANITA VOL 58 - Dunia Wanita - Wanita & Lelaki - Forum - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2023 04:16 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 17-1-2023 04:14 PM
matt dah check in kt DW ke belum?
nov dah tanya kt page 11

terima kasih zura


matt dah pun check in kat DW
matt lambat dapat tag


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.124119 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list