|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 16-12-2009 00:24
602# izzansdy
Berlaku adillah.... anda belum jwb soalan saya.... dan dari golongan mana.....
Iman itu kan ada tingkatannya..... Iman sekecil mana pun iman juga..... itu yg saudara tak nampak....
Imannya para rasul dan nabi, imannya para sahabat, imannya para ulamak... iman seorg salik
Saya dah jelaskan pegangan saya adalah ASWJ yang besesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w tentang 'golongan yang selamat' dan 'kelompok yang menang' sebagai ikutan saya.. semoga Allah Meredhainya.
Adakah dengan peningkatan iman.. boleh diabaikan apa yang perlu diikuti dan difahami oleh 'orang-orang umum' (istilah sufi).. dan memandang ringan akan janji dan ancaman Allah ?.
Tidakkah tuhan suka pd hambanya yg selalu memperbaiki amalnya????
membaiki amal dari segi apa ?.. jika disegi kaedah/cara, aku tak setuju.. kerana kaedah/cara yang yang diajar/laksana oleh Nabi s.a.w telah merangkumi zahir dan batin.
anda mcm sudah mula nak menuduh..... berhati2 saudara....
Tentang saudara, saya, mereka, hullaj, Ibn -arabi ... biarlah Allah yang menjadi Hakimnya.. apa yang dipersoalkan adalah fahaman/ajaran yang dibawa yang mebolehkan kita mengambil Al-Quran dan RasulNya sebagai hakim.
Jadi mengapa ia perlu takut masuk neraka????
logiknya.... kalau anda selalu dkt dng tuhan.... api neraka pun takut nak bakar anda.....
Lebih logik jika diamati sabda Nabi s.a.w
......... Maka demi Dzat yang tiada Tuhan selain dari Dia, sesungguhnya seseorang dari kamu semua itu niscaya ada yang menjalankan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara ia dengan syurga itu kecuali sehasta, tetapi telah didahului oleh catatan, lalu iapun menjalankan amalan ahli neraka, maka akhirnya masuklah ia kedalam api neraka itu. .......... (riwayat Muslim).
Tidakkah itu membuat kita semua berfikir???
Bukan berperang kerana nak mati syahid.... tapi berperang kerana menegakkan AGAMA ISLAM
Betul apa yang saudara kata... tapi keinginan mati syahid itu bersekali dengan untuk menegakkan Islam.
Al-Ahzab :21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Al-Ahzab :23
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
jadi jwb lah soalan saya faham anda ttg ayat " Takutlah akan aku(TUHAN), dng yg sebenar2 takut...
kenapa perlu takut....
Seseorang yang sudah mengetahui dan menginsafi kedudukan Allah, menyedari Maha-AgungNya, merasakan kebesaran kekuasaan dan kemulianNya, kemudian mengerti pula keadaan diri sendiri yang lemah, lalai, mudah terpesong dan kurang memberi perhatian pada hak-hak Allah ... tentunya akan merasa sangat takut dan segan kepada Tuhannya.
Al-Ahzab:39
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).
Jika kemakrifatan kepada Allah (dengan nama dan sifatnya) lebih sempurna... maka bertambahlah ketakutan kepadaNya.
Sabda Nabi s.a.w;
.... sesungguhnya saya adalah orang yang lebih mengetahui (berbanding manusia lain) tentang Allah itu dan sayalah yang paling takut kepadaNya itu.
sebesar-besar perkara yang diperlihatkan oleh keimanan adalah berpegang teguh kepada wahyu (sumber paling jernih tidak bercampur hawa nafsu dan persangkaan).. ini merupakan perhubungan yang sangat erat dengan Allah itu sendiri tanpa perlu perantara.
Saya kira.. kita harus mengarahkan pandangan kearah ini agar tidak bercampur kebenaran kepercayaan dengan pelbagai kebathilan yang direka oleh manusia serta pengertian yang keluar dari penafsiran manusia.
An- Nur ;
51 Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
52 Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. |
|
|
|
|
|
|
|
612# izzansdy
Salam,
nie mcm nak lagakan saya dng org sufi
Topiknya kan antara pegangan saya dan pegangan anda....
Tidak... yang saya 'lagakan' adalah penerangan saudara dengan ucapan kaum sufi.
dan Topiknya.. 'Adakah fahaman sufi boleh/sesuai dijadikan Aqidah'
Dari mulakan saya dah kata semua kumpulan tu menjalankan yg sama....
masing2 hala tujunya ke Tuhan....
.... lupakah pada Hadith tentang 73 golongan... hanya satu yang selamat ?
umat nasrani---- 72 golongan.
umat yahudi ..... 71 golongan
Masing2 hala tujunya ke Tuhan(pendapat masing-masing),
Adakah semuanya menjalankan yang sama ? |
|
|
|
|
|
|
|
Akulah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memegang dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya.
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari (posting 584)
&
Ooo..bukan beza pendapat ngan Allah swt???
Yang di katakan Wali Allah tu krn perkataannya, adalah perkataan Allah,
Sejak bila pulak Hadis di atas menyebut:
"Perkataan Wali itu adalah perkataan ALLAH" ???!
@
Aku lah perkataan yg dia berkata-kata dgnnya ???!
(contoh shj).
Banyak sangat tokok tambah korang ni ye....
Taubatlah.....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
.... lupakah pada Hadith tentang 73 golongan... hanya satu yang selamat ?
umat nasrani---- 72 golongan.
umat yahudi ..... 71 golongan
Masing2 hala tujunya ke Tuhan(pendapat masing-masing),
Adakah semuanya menjalankan yang sama ?
Hujjah yg baik!
syabas kpd saudara Nazrulism.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana itulah saya percaya sdr Sirri yg memang merupakan seorang pelajar agama, menyedari dengan benar hal ini -
(sekali lagi )
namun mungkin asing bagi sesetengah orang.
Salam saudara bill,
Syukran di atas peringatan Tuan tentang masaalah tidak boleh bertaqlid dlm masaalah Aqidah.
Sesungguhnya tidak syak lagi perkara yg tuan sebutkan itu sememangnya ia adalah perkara yg paling asas dlm masaalah usuluddin @ Aqidah islam.
moga tuan terus sumbangkan pendapat &hujjah yg bernas.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
I think i'm lost! Nak tanya tp x tahu nak tanya apa, dan nak mula dr mana.
Oklah, soalan2 yg bercampur aduk...
1. bg yg menentang tareqat/sufi atas alasan salah aqidah, apakah yg salahnya?
Secara umumnya adakah tareqat, sufism dan sewaktu dgnnya SALAH? HARAM diamalkan?
Setakat fahaman me mengenai tareqat secara zahirnya, lebih kpd berzikir semata2.
2. apa beza sufi, tasauf dan tareqat? (masih blur bab ni. rasa mcm dlm kumpulan yg sama je)
3. kalau bertareqat, adakah wajib berbaiat? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya,
saya seorg hafiz sekaligus AhlulQuran.
Dulu memang saya hafal.
tetapi bila di fikirkan balik,
tiada kewajipan pun utk ...
sirrikhafi Post at 15-12-2009 21:25
memang tak wajib hafal kitab tu saudara....tetapi maksud saya kalau keupayaan saudara tidak sepertinya tak usah saudara berlagak mahir dalam mengutarakan pendapata sehingga terlalu mudah "rod" atau mengecilkan pandangan org lain khususnya ulama dalam memberi pandangan..
saya rasa saudara tidak mempunyai stand dalam beragama......dalam beberapa hal saudara tidak bersetuju dengan kaedah sifat 20 yg jelas lagi terang dlm memimpin persoalan aqidah...tp pelik dalam beberapa hal saudara mempertahan salah satu konsep yg terkandung dan arena persoalan sufi dan tasawuf....sedangkan pendiri sufi dan ulama sufi adalah dari kalangan yg mengambil qaedah sifat 20 dlm bertauhid dan dalam menjalani kesufian.....saudara ni kalangan org ape???asli yg jenis ape??
mengaji kat pondok mane??pondok derian ker??pelik la saudara ni....
saudara ni zauq ker mabuk??rasa saya sauadara tengah mabuk......apa itu zauQ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf,
AlQuran &Hadis Saheh tiada pun menyebut mengenai tingkatan para wali.
di takuti ianya adalah bid'ah org sufi.
sirrikhafi Post at 15-12-2009 21:25
saudara sangat pelik..bkn org lain yg pelik....siapa kata dlm al-quran tiada menyebutkan tentang WALI??wali yg mana sauadara nak bincangkan???ada wali allah ada wali syaitan ada wali jin wali nikah atau allah itu sendiri yg WALi???
kalau saudara nak bincang tentang wali allah yakni wali dikalangan manusia soleh mmg terdapat didalam al-quran...buktinya surah yunus juz yg kesebelas saudara cari ayatnya"inna auliyaa allah lakhaufun alaihim walahumyahzanun"....tak pernah jumpe ayat ni ke???nampak gayenya saudara seorang pembohong kononya saudara ahlul Quran....atau hafal saje taktau cerite.......boleh bagi makna yg tersurat dan tersirat dalam ayat tersebut?? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by izzansdy at 17-12-2009 03:45
Saudara naz...
Saya dah jelaskan pegangan saya adalah ASWJ yang besesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w tentang 'golongan yang selamat' dan 'kelompok yang menang' sebagai ikutan saya.. semoga Allah Meredhainya.
Terima kasih kerna menjelaskan....
Adakah dengan peningkatan iman.. boleh diabaikan apa yang perlu diikuti dan difahami oleh 'orang-orang umum' (istilah sufi).. dan memandang ringan akan janji dan ancaman Allah ?.
Saya tidak pernah menyatakan ini dlm posting saya...
Anda salah faham lagi nie..
seorg salik pasti masih bnyk salahnya...dan pasti ia takut akan azab tuhan spt
yg tlh dikhabarkan dlm Alquran. Tetapi setelah itu ia juga sedar yg rasa takut tadi
itu sendiri tuhan yg cipta, Maka mengdungi pengertian betapa sayangnya tuhan
kpd nya kerna tlh mengatinya...Lalu ia bersyukur...Dan lebih lagi takut ia jika kasih tuhannya terputus..
Dan ini lah faham saya ttg yg sebenar2 TAKUT
membaiki amal dari segi apa ?.. jika disegi kaedah/cara, aku tak setuju.. kerana kaedah/cara yang yang diajar/laksana oleh Nabi s.a.w telah merangkumi zahir dan batin.
Rasul pasti mengamalkan ayat surah arrahman yg pernah saya sebutkan...
Cara solat(lahirah... semua org tahu..dari kecil dah ditunjukkan)tak perlu nak bincang
lagi...Tidakkah tuhan memandang jiwa hambanya???surrah huud : 5
Pasti nya membaiki amalan jiwa itu penting utk kita berusaha memperbaikiya...
Saya tidak menyatakan sebelumnya... apa yg di buat itu salah....
Cuma ingin menyampaikan bhw tuhan suka pd hambanya yg memperbaiki amalannya...
( di sini amalan jiwa ( ingat ) ) tidakkah pernah saya kata iman itu ada tingkatannya..??
Maksudnya kalau dulu mengharap pd pemberian....
Kini kita mengharap pd pemberinya(allah)... itu juga yg dikatakan pengharapan seorg
hamba hanya pd tuhannya bukan pemberiannya...
Tentang saudara, saya, mereka, hullaj, Ibn -arabi ... biarlah Allah yang menjadi Hakimnya.. apa yang dipersoalkan adalah fahaman/ajaran yang dibawa yang mebolehkan kita mengambil Al-Quran dan RasulNya sebagai hakim.
Benar kata2 anda..... saya tak pernah menyalahkan anda....
Tujuan kita berbincang hanya .... pegangan mana yg lebih baik yg boleh diikuti...
Lebih logik jika diamati sabda Nabi s.a.w
......... Maka demi Dzat yang tiada Tuhan selain dari Dia, sesungguhnya seseorang dari kamu semua itu niscaya ada yang menjalankan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara ia dengan syurga itu kecuali sehasta, tetapi telah didahului oleh catatan, lalu iapun menjalankan amalan ahli neraka, maka akhirnya masuklah ia kedalam api neraka itu. .......... (riwayat Muslim).
Betul hadith itu....kerna lahirnya anak adam tlh ditentukan 4 perkara, salah satunya spt hadith itu...
Bayangkan lah tika nyawa nak dicabut dari badan... kita lupa / menduakannya(syirik)??
Disini lah bezanya org selalu ingat dunia ...( sibuk dng pemberiannya) dng org
yg pengharapannya hanya pd tuhannya....Disitu lah betulnya kata2 rasul tadi....
Kerna itulah saya bawakan ayat surrah arrahman...kerna mati itu sakit....
sakit tadi pun pemberian( tanda kasih).... maka ia wajib disyukuri....JIka malaikat cabut nyawa ketika itu,maka ia dikatakan tlh mati dlm keadaan baik( beriman) jika tidak ia akan
dihukum tuhan.... kerna telah lupa / menduakannya....
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Al-Ahzab :23
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Org yg bersyukur pd tuhannya pasti redha pd segala ketentuannya( pemberiannya)
Dan tidak bermakna jika ia bersyukur /kasih /redha ia tak berdoa....berdoa meminta keredhaan tuhan dan balasan baik hari akhirat hanya menunjukkan pengharapan ia hanya pd tuhannya..
Bukan ia menunjuk pd pengharapan pemberiannya...Tidakkah sorg hamba itu LEMAH..
Maknaya hambanya membuntuhkan tuhannya...sifat lemah seorg hamba itu memang meminta( berdoa)
bukan kerana nak pemberian tapi hanya membawa pd pengertian sifat seorg hamba..(LEMAH)...(AKIDAH nie)
Maka dimana KEIKHLASAN kita dlm beribadah kpdnya????Contoh dlm doa tadi....jika kita masih
mengharap pd pemberian....bukan pd pemberi(ALLAH)
Tidakkah bersyukur itu menandakan kita sudah menerima....???
Tuhan tidak mcm mahluk diminta baru nak beri / tidak.....Ia cipta hambanya...pasti ia sudah
tau apa kebuntuhan hambanya...(SIFAT MAHA MENGETAHUI) (AKIDAH)
Kata2nya pun ,,, contohnya " AKU bersyukur kpd allah....kerna tlh dipanjangkan umur"
Logiknya: ketika berdoa minta panjang umur.... kan masih boleh berdoa tu....(masih hidup)??
kalau tak diberi.... mana hamba boleh berdoa...(MATI)...ketika itu
Dan hidup( masih boleh berdoa)....adalah satu nikmat....
Buktinya:
Rasul yg sudah terjamin masuk syurga masih berdoa... dan kuat solat mlm...
Bukan rasul nak pd pemberiannya.... tapi menunjukkan sifat seorg hamba yg sebenar2nya.(wajib bersyukur pd tuhannya)
Adakah ini cuma prasangka saya naz???Atau cuma falsafah bagi anda????
Tak ada ke hadith yg menerangkan ttg perkara nie.... anda org pandaikan... pasti tau..
Jadi... contohilah ia....
.Al-Ahzab:39
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).
Jika kemakrifatan kepada Allah (dengan nama dan sifatnya) lebih sempurna... maka bertambahlah ketakutan kepadaNya.
Sabda Nabi s.a.w;
.... sesungguhnya saya adalah orang yang lebih mengetahui (berbanding manusia lain) tentang Allah itu dan sayalah yang paling takut kepadaNya itu.
Ini benar sangat.... kerna iman nya sangat tinggi( bersih akidahnya).....berbanding seorg salik...
Dan ia lebih mengetahui kerna ia penerima wahyu....tiada lagi org sptnya selepas
ia wafat....
kata2 "BERTAMBAH LAGI KETAKUTAN pd nya" .... maka sesuai lagi dng faham takut saya..
Dan betul lagi kata tuhan ttg memperbaiki amal ...malah anda sendiri yg bawa (tulis),
KALAU TUHAN KUAT kita pasti lah yg lemah..(hamba).
Tu le pengharapan seorg hamba hanya pd tuhannya
Kerna itu juga saya kata yg kuat mengamalkan ayat surah arrahman adalah rasul & nabi
Ingatannya kpd tuhannya sgt kuat....tiada diabaikan perintahnya...
Maka contohilah ia....(mengamalkan sekuat mana yg kita boleh)..agar dpt tumpukan pengharapan pd tuhan,.(kerna sibuk
bersyukur)
Iman yg kecil jadi besar,,,,.. itu pun masih terlalu jauh kalau nak dibandingkan dng rasul..
Org yg pengharapan nya hanya pd tuhannya kerna ia sedar akan sifat2nya... kerna ia tau ia dicipta... pasti tau pula akan sifatnya(hamba)..Kerna itu ia sedar pengharapannya hanya
pd pencipta bukan pd apa yg dicipta....
sebesar-besar perkara yang diperlihatkan oleh keimanan adalah berpegang teguh kepada wahyu (sumber paling jernih tidak bercampur hawa nafsu dan persangkaan).. ini merupakan perhubungan yang sangat erat dengan Allah itu sendiri tanpa perlu perantara.
Saya kira.. kita harus mengarahkan pandangan kearah ini agar tidak bercampur kebenaran kepercayaan dengan pelbagai kebathilan yang direka oleh manusia serta pengertian yang keluar dari penafsiran manusia.
Adakah penerangan saya menunjukkan saya tak berpegang pdnya...???.
Jadi saya menyata apa yg di atas tanpa bukti??? Gitu ke naz???malah ayat yg anda bawa juga yg
saya pakai .... siap dng menunjukkan sunnah rasul...
Ini yg saya pegang...(AKIDAH)
Bukan belajar tasauwuf biar boleh jadi mcm rasul /nabi /wali...?????
Salah tu.... hanya belajar membersihkan jiwa....melalui AKIDAH...(berpandukan ALQURAN & SUNNAH).
Maka sesuailah dng ayat tuhan suka pd hambanya yg memperbaiki amalannya...( jiwa makin kasih pd tuhannya)..
Sedangkan org yg berkasih tidak mahu pudar kasih....malah mau ditambah....
itu kasih mahluk pd mahluk....Itu pun rasa kasih tadi tuhan cipta agar kita mengerti.....
KASIH tuhan pd hambanya tak terkira,,,,,
Dan rasul lah org yg paling kasih pd tuhannya...
Anda juga yg kata berpegang pd ALQURAN dan sunnah....
Jadi saya nak pegang dan amalkan ayat tu.(memperbaiki amal)... tak kan salah????
Ingat naz saya bukan nak mengatakan anda salah.... kita bermuzakarah
Saling ingat mengingati.....dan
Tidak kah ISLAM itu penyerahan JIWA & RAGA pd tuhan yg bernama ALLAH???
Buat saya dlm agama ini jika ada yg baik maka saya ikut...jika jumpa yg baik lagi..
saya ikut lagi....dan jln(pegangan) tadi mesti sesuai spt apa yg dikatakan tuhan dan
sunnah rasulnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by izzansdy at 17-12-2009 02:50
612# izzansdy
Salam,
Tidak... yang saya 'lagakan' adalah penerangan saudara dengan ucapan kaum sufi.
dan Topiknya.. 'Adakah fahaman sufi boleh/sesuai dijadikan Aqidah'
.... lupakah pada ...
Nazrulism Post at 16-12-2009 00:17
Jadi jika saya salah.... tlg lah naz tujukkan dimana salahnya (posting yg di atas)...
Biar saya dpt pelajaran darinya....
Saya salah atau anda yg salah faham mengenainya???? |
|
|
|
|
|
|
|
itu hanya tafsiran anda yg salah sama sekali.
maksud hadis itu ialah perbuatan wali itu adalah dlm lingkungan keredhaan ALLAH.
bukan wali itu menjadi ALLAH.
ini pendapat yg aneh lagi ganjil.
Tiada kewajipan utk mengikuti Wali.
Pendapat Tuan yg bercelaru tentang wali Allah, nampaknya Tuan xfaham pun pasal wali, Waliy pun nama Allah gak..drpd lebih byk Tuan pertikai keutamaan wali di sisi Allah, sebelum bala menimpa Tuan, lebih baik Tuan hentikan permainan ini..para wali itu adalah kekasih Allah, orang yg Allah swt muliakan..mereka sentiasa sgt hampir dengan Allah drpd kita..siapa Tuan untuk menegakkan pendapat Tuan berbanding pendapat mereka...
Telah di jelaskan bahawa Wahdatul Wujud itu ialah AHAD yakni ALLAH SWT.
tiada kena mengena dgn pengamal kerana pengamal adalah maujud sedangkan ALLAH itu WUJUD.
nampaknya anda maseh bingung lagi tentang masaalah Wahdatul Wujud.
Dah berulang kali saya cakap Wahdatulwujud itu sesat..buat apa nak panjang cerita lagi..semua orang tau yg Allah sahaja sesuai memakai pakaian Esa..bukan makhluk. masalahnya iktiqad pengamal wahdatul wujud yg sesat..cukup la tu..
Adakah yg Tuan beria cerita pasal ni kerana Tuan masih mengamalkan wahdatul wujud?
tiada seorg ulamak di bidang sufi pun yg tergamak menyesatkan Al-Hallaj, ibnu Al-'Arabi juga siti jenar.
Bukankah mereka itu telah di jatuhkan hukuman krn fahaman mrk itu? Tuan baca sejarah tak??
menuduh org lain sesat maka kesesatan itu akan kembali kpd si penuduh.
berhati-hati lah.
Tuan...kalau dah menyalahi akidah, syariat dan akhlak Islam, xkan nak bgtau betui jugak..bukan saya yg tuduh, saya cuma sampaikan tuduhan yg di buat oleh ulama muktabar, yg bersungguh2 menentang kesesatan...
kalau belum pernah mengalami zauq, lebih baik anda belajar dari org yg pernah mengalaminya.
jangan hanya tahu kopipes shj
Saya dari aliran sufi, yg guru murabbi saya sampai kepada Rasulullah, melalui sanad Saidina Ali Karamallah wajhahu dan Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani...jgn Tuan bicara bab zauq dgn saya kalu Tuan melihat kesufian dari laman web dan buku2...Orang yg merasai zauq takkan menuduh sufi sesat..siapa yg kopipes ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Ijtihad Sdr Sirri bukan ijtihad dalam perkara Fiqh saudara. Besar perbedaannya tu Maaf menyampuk, teruskan berdiskusi
cmf_billionaire Post at 15-12-2009 11:15
Sori Tuan...
Tuan pandaikan bab ijtihadkan
1. Berikan saya Hukum Ijtihad serta dalil nas...
2. Berikan saya Hukum yang diIjtihad berserta Contohnya sekali biaq semua org jelas...
3. bilakah terbatalnya Ijtihad
ajak sirikapi join sekali dia kan Al-hapus.........Guru Tuan kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan pandaikan bab ijtihadkan
1. Berikan saya Hukum Ijtihad serta dalil nas...
2. Berikan saya Hukum yang diIjtihad berserta Contohnya sekali biaq semua org jelas...
3. bilakah terbatalnya Ijtihad
ajak sirikapi join sekali dia kan Al-hapus.........Guru Tuan kan???
baghal Post at 17-12-2009 03:19
salam
maaf saudara, anggap saja saya memang tak berpengetahuan dalam hal ini, tidak seperti anda.
Dan ttg Sirrikhafi sebagai guru saya, maka saya katakan bahawa apabila itu benar maka moga ia jadi satu penghormatan kepada diri saya.
wassalaam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam saudara bill,
Syukran di atas peringatan Tuan tentang masaalah tidak boleh bertaqlid dlm masaalah Aqidah......
moga tuan terus sumbangkan pendapat &hujjah yg bernas.
sirrikhafi Post at 16-12-2009 00:57
salam Sdr Sirri,
Hanya minggu ini nampaknya saya sedikit free, lepas ni tak tahulah |
|
|
|
|
|
|
|
620# sirrikhafi
Fatwa Al-Hadisiya - Imam Ibn Hajar Al-Haythami menyatakan bahawa pintukerohanian akan ditutup kepada seorang murid yang mempersoalkan Syeikhdan perlakuan Syeikh itu (dalam cara mengendalikan murid berkenaan)
Selain itu, kata Ibnu Hajar Al-Haythami lagi,
"Ramai orang, apabila mereka melihat petunjuk (Syeikhnya)nya keras didalam hal fardhu dan SunnatturRasul SAW, menuduh (Guru)nya terlalu(keras) ketat (dalam hal Fardhu). Mereka menyatakan bahwa dia(Syeikhnya) solat terlalu banyak atau mempertahankan Sunnah terlalukukuh (sehingga tidak boleh dilentur)
Orang-orang ini tidak menyedari bahwa mereka sedang jatuh dalamkehancuran diri mereka sendiri. Berhati-hatilah dalam mempercayaikepada kata-kata sombongmu mengenai kekukuhan Guru dalam menegakkansyariat"
Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani berkata, "Barangsiapamempersoalkan (mengkritik) seorang Wali, Allah akan menjadikan hatinyalemah (layu)." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 17-12-2009 15:35
626# HOTlips
Salam sejahtera akak yg disayangi..
1. bg yg menentang tareqat/sufi atas alasan salah aqidah, apakah yg salahnya?
Secara umumnya adakah tareqat, sufism dan sewaktu dgnnya SALAH? HARAM diamalkan?
Setakat fahaman me mengenai tareqat secara zahirnya, lebih kpd berzikir semata2.
Tareqat adalah jalan. Umumnya kita gunakan istilah tareqat ini kpd jalan atau kaedah wirid atau amalan sunat yg di susun oleh Ulama yg ArifinBillah untuk mendekatkan diri dan mencari Rahmat kasih sayang dari Allah swt. Hukum mengambil tareqat ini sunat..
2. apa beza sufi, tasauf dan tareqat? (masih blur bab ni. rasa mcm dlm kumpulan yg sama je)
Asal perkataan tasawuf adalah dr TA, SHOD, WAU dan FA...
TA ertinya Taubat....
SHOD ertinya Sofa ertinya pembersihan....
Wau ertinya Wilayah....
FA ertinya Fana.....
Tujuan tasawuf ini ialah untuk pembersihan hati dari syirik kecil dan syirik besar dan menjauhkan diri dr sifat mazmumah yg menjadi virus perosak iman kita.
Sufi itu ialah orang yg mengamalkan tasawuf ini secara bersungguh2, supaya dirinya bersih pada hati, lidah dan perbuatan dlm ubudiyah kpd Allah swt..
Zikir ialah salah satu kaedah dlm menghampirkan diri kpd Allah,
1. Apabila kamu melewati taman-taman surga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, "Apa yang dimaksud taman-taman surga itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kelompok zikir (Kelompok orang yang berzikir atau majelis taklim)." (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
2. Menyebut-nyebut Allah adalah suatu penyembuhan dan menyebut-nyebut tentang manusia adalah penyakit (artinya penyakit akhlak). (HR. Al-Baihaqi)
3. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, kalau kamu selamanya bersikap seperti saat kamu ada bersamaku dan mendengarkan zikir, pasti para malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalan yang kamu lalui. Tetapi, wahai Handhalah (nama seorang sahabat) kadangkala begini dan kadangkala begitu. (Beliau mengucapkan perkataan itu kepada Handhalah hingga diulang-ulang tiga kali). (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
4. Rasulullah Saw menyebut-nyebut Allah setiap waktu (saat). (HR. Muslim)
5. Perumpamaan orang yang berzikir kepada Robbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati. (HR. Bukhari dan Muslim)
6. Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rerumputan. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, sesungguhnya Al Qur'an dan zikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rerumputan. (HR. Ad-Dailami)
7. Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrohman, yaitu kalimat: "Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'Adzhim" (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung). (HR. Bukhari)
3. kalau bertareqat, adakah wajib berbaiat?
Pertama kita perlu memahami terlebih dahulu apa itu bai-at, al-wa-ad dan aqad. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai maksud yang hampir sama iaitu taat setia, perjanjian, komited, persetujuan dll.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fath : 10
“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`at kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)
"Memberi bai-at kepada Allah" (berjanji dengan namaNya untuk menjalankan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)
"Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka" (keberkatan di atas tangan pembai-ah kerana membawa manusia ke jalan kebenaran)
Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:
“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taatdan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (RiwayatAl-Bukhari & Muslim)
Jelas di sini bermakna - ianya berkaitan rapat dengan 'dengar dan taat'(sami'na, wa-atho'na - seperti Firman Allah SWT dalam surah Baqarah)*sekadar kemampuan yang boleh kita lakukan (sila lihat Hadis di bawah)
Bai-at terbahagi kepada dua kategori :
a. Bai-at Besar (kabir) - bai-at kepada khalifah Amirul Mukminin (pemimpin)
b. Bai- at kecil (saghir) iaitu bai-at yang hukumnya sunat (tetapi sangat digalakkan dilakukan) untuk bersepakat dan berjanji bersama-sama melakukan sesuatu kewajiban atau amalan sekadar kemampuan. Ini didasarkan kepada hadis :
“Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai-atnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai-at kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, *‘Pada kadar yang kamu mampu danberupaya’.....” (Riwayat Malik & At-Turmuzi)
Di sini Rasulullah SAW menegur Maimunah kerana bai-atnya berbunyi bagaikan 'sumpah' - sebab itu Rasulullah SAW menjawab - *'Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya'
(setakat kemampuan kerana kita ini manusia biasa dan pasti akan melakukan kesalahan dan dosa - kecil atau besar, sedar atau tidak sedar, dahulu - kini dan akan datang, dan kita masih mempunyai masa untuk bertaubat selagi maut tidak menjengah)
Kepentingan bai'ah juga kerana bagaimana kita nak kasihkan Allah dan Rasul kalau kita sendiri tidak kenal?
Imam Al-Hafizh Al-Mundziri meriwayatkan sebuah hadits dari 40 hadits berkenaan dengan keutamaan menuntut ilmu, yakni bersabda Rasulullah SAW:
"Pandangan sekali kepada Ulama lebih Allah cintai daripada ibadah 60tahun, berpuasa siang harinya dan berdiri ibadah pada malamnya".Kemudian sabda beliau SAW: "Jika tiada Ulama niscaya binasa (celaka)lahumatku".
Inilah ulama yang disebutkan oleh Nabi SAW sebagai 'warisatul anbia' -iaitu apabila kita memandang (samada dia ada di sisi kita atau dia tidak hadir di sisi kita), maka Allah SWT akan mencintai kita sebesar ibadah 60 tahun. Inilah maksudnya kaifiyat (salah satunya) iaitu 'kelebihan'.
Kenapakah begitu tinggi Allah SWT memberikan penghargaan kepada orang-orang alim. Kerana merekalah yang membawa kita dekat dengan jalan Allah SWT. Dan banyaklah lagi hadith yang menggambarkan ketinggian melihat, mendengar, belajar, atau mengingati orang-orang alim. Mungkin dengan cara mengingati orang alim, kita akan malu melakukan kejahatan.
Firman Allah SWT :
"(Yaitu)jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) merela yangsesat." (Surah Al=Fatihah: 7).
Orang orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT itu adalah orang-orang yang tersebut dalam surat An-Nisa', Dia berfirman, "Danbarangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akanbersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, danorang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yangdemikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (An-Nisa': 69 -- 70).
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yangdiperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang berimanakan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada(Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."(at-Taubah:105)
Siapakah dimaksudkan oleh Allah SWT - orang-orang yang beriman (mukmin) yang akan melihat itu?
Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imamat-Tirmidzi dan Imam ath-Thobarani : " Ittaquu firasatal mu'min, fainnahu yandzuru bi nurIllah"
(Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia melihat dengan Nur Allah)
Kesimpulannya hukum bai'ah itu sunat mu'akad, tetapi mengenal Allah itu wajib..sekiranya dengan berbai'ah dan menerima ilmu dan amal yg disampaikan oleh Arifinbillah (Guru Murabbi) ini dapat kita mengenal Allah swt maka kenapa kita perlu kecilkan kepentingan bai'ah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau belum pernah mengalami zauq, lebih baik anda belajar dari org yg pernah mengalaminya.
jangan hanya tahu kopipes shj.
sirrikhafi Post at 15-12-2009 21:49
Zauq tu apa? Syiah Zaidiyah percaya zauq ka? Ada ka dalam Al-Quran? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 18-12-2009 00:45
629# izzansdy
[quote]Adakah dengan peningkatan iman.. boleh diabaikan apa yang perlu diikuti dan difahami oleh 'orang-orang umum' (istilah sufi).. dan memandang ringan akan janji dan ancaman Allah ?.
Saya tidak pernah menyatakan ini dlm posting saya...
Anda salah faham lagi nie..
[/quote]
Ini contoh yang saudara beri... maaf jika silap faham
Kalau dulu masih kecil boleh le pegang yg ini..... solat, kalau tak solat masuk neraka !
Sekarang dah besar, berakal, dah berpelajaran .... tak kan nak pegang ini lagi.....
Kata2nya pun ,,, contohnya " AKU bersyukur kpd allah....kerna tlh dipanjangkan umur"
Logiknya: ketika berdoa minta panjang umur.... kan masih boleh berdoa tu....(masih hidup)??
kalau tak diberi.... mana hamba boleh berdoa...(MATI)...ketika itu
Dan hidup( masih boleh berdoa)....adalah satu nikmat....
Buktinya:
Rasul yg sudah terjamin masuk syurga masih berdoa... dan kuat solat mlm...
Bukan rasul nak pd pemberiannya.... tapi menunjukkan sifat seorg hamba yg sebenar2nya.(wajib bersyukur pd tuhannya)
Pahala - dosa... Surga - Neraka ini bukan setakat pemintaan dan pemberian, Ia adalah janji Allah dan PerintahNya yang disertakan ganjaran dan ancaman.
Al-Ma'idah
9 Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
10 Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah ahli Neraka.
Betul ke.. "bukan Rasul nak pemberianNya" ?, Dalam Al-Quran, Allah berfirman menyuruh Rasul berkata;
Al-An'am : 15
Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
626# HOTlips
1. bg yg menentang tareqat/sufi atas alasan salah aqidah, apakah yg salahnya?
Secara umumnya adakah tareqat, sufism dan sewaktu dgnnya SALAH? HARAM diamalkan?
Saya ambil semula pertanyaan saya terdahulu;
.... lupakah pada Hadith tentang 73 golongan... hanya satu yang selamat ?
umat nasrani---- 72 golongan.
umat yahudi ..... 71 golongan
Masing2 hala tujunya ke Tuhan(pendapat masing-masing),
Adakah semuanya menjalankan yang sama ?
Fahaman sufi juga 'senada' dengan "Masing-masing hala tujunya ke Tuhan"
kita perhatikan ucapan Ibn Arabi;
“Dahulu saya membantah temanku kerana agamku tidak menjadi agamanya. Kemudian hatiku boleh menerima atas semua keadaan itu, kini hatiku jadi padang gembalaan orang-orang kesamaran, menjadi kuil para pendita, rumah untuk penyembah patung, Ka’bah untuk orang tawaf, papan untuk menulis Taurat dan Mushaf menulis ayat al-Quran”.
Cik Akak (juga Izzansdy.. jika terbaca).. menilai sendiri, adakah ini ucapan kebenaran atau Dusta?. Adakah ini 'Buah' dari 'Pohon' aqidah yang benar?. |
|
|
|
|
|
|
| |
|