|
|
Teresang Dayak Sarawak santuni pesakit kanser paru-paru
Januari 26, 2026, Isnin - 3:06pm

Robinson (lima kanan) bersama ahli jawatankuasanya ketika menyerahkan sumbangan kepada Banun (tiga kiri) di Kanowit, semalam.
SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) menghulurkan sumbangan kepada Billy Balang, 64, yang menderita akibat kanser paru-paru, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan yang dialaminya.
Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Presiden Robinson Corey bersama ahli jawatankuasa persatuan dalam kunjungan kebajikan ke Rumah Thomas di Nanga Ngungun, Kanowit, semalam.
Sumbangan yang diterima isteri Billy iaitu Banun Langit disampaikan dalam bentuk barangan berupa lampin pakai buang, tisu basah dan makanan keperluan pesakit.
Menurut Robinson, inisiatif itu bertujuan meringankan beban keluarga Billy yang sedang berdepan dengan dugaan besar, selain mencerminkan semangat solidariti dalam kalangan ahli persatuan.
"Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan sebagai usaha bersama untuk membantu keluarga yang memerlukan," katanya ketika penyerahan bantuan tersebut.
Beliau turut menzahirkan harapan agar keluarga Billy terus tabah dan cekal menghadapi ujian yang menimpa mereka.
Tambahnya, sumbangan itu selaras dengan visi dan objektif persatuan yang sentiasa komited dalam membantu masyarakat yang memerlukan di seluruh Sarawak tanpa mengira latar belakang.
"Persatuan kami akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dari semasa ke semasa sebagai usaha menyemai nilai keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat," tambahnya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek komuniti Zero Waste Kg. Gerinsing berjaya
Januari 26, 2026, Isnin - 12:17pm

KENANGAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (lapan kiri) turut hadir ke program itu sebagai tanda sokongan.
TUARAN: Pertubuhan Sisa Sifar Sabah berjaya melaksanakan Projek komuniti Zero Waste Kampung Gerinsing di sini baru-baru ini.
Sisa Sifar Sabah dalam kenyataan berkata, aktiviti gotong-royong itu bermula sejak bulan September 2025 dengan tujuan meningkatkan kesedaran pencemaran plastik serta memperkasakan penduduk Kg. Gerinsing dalam ilmu pengurusan sisa yang mampan.
Aktiviti yang telah dijalankan termasuk ceramah zero waste, pengasingan sisa, pembuatan baja kompos dan bengkel pembuatan enzim buah yang diberikan kepada para penduduk.
Tapak kompos komuniti turut didirikan untuk membolehkan penduduk mengurus sisa organik.
Susulan daripada ceramah ini, sebuah kajian sampah turut dijalankan di Kg. Gerinsing dengan pengumpulan sisa yang diasingkan kepada lima kategori iaitu barang kitar semula, sisa dapur, sisa am, sisa khas dan sisa berbahaya. sebanyak 60 buah rumah telah terlibat dalam kajian ini.
Pengumpulan sisa dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Zero Waste yang terdiri daripada penduduk Kg. Gerinsing dan penganalisaan sampah pula dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi Kelab Sains Marin Universiti Malaysia Sabah.
Analisis sampah menunjukkan peratusan sisa 41 peratus barang kitar semula, sisa dapur (32 peratus), sisa am (21 peratus), sisa khas (5 peratus) dan sisa berbahaya (1 peratus).

MERIAH: Para tetamu kehormat bersama penduduk kampung dan sukarelawan merakamkan gambar kenangan.
Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan sampah yang dibuang oleh penduduk Kg. Gerinsing sebenarnya boleh dikitar semula dan patut dikitar semula.
Sisa dapur pula boleh dibuat baja kompos di tapak kompos komuniti yang didirikan di kampung itu.
Sisa Am pula terdiri daripada banyak sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula dan ini seharusnya dimaklumkan kepada pengilang dan pengusaha supaya mereka mengubah pembungkusan mereka kepada jenis yang boleh dikitar semula.
Sisa khas pula terdiri daripada sisa yang terkena cecair badan manusia seperti lampin pakai buang, tisu dan berkaitan. Manakala, sisa berbahaya terdiri daripada mentol lampu dan barang elektronik serta sebagainya.
Selepas pengumpulan sisa selama lapan hari berturut-turut, operasi pengumpulan sisa diteruskan dengan pengumpulan berjadual sebanyak tiga kali seminggu.
Kini, sebanyak 30 peratus penduduk Kg. Gerinsing komited untuk mengasingkan sisa mereka dan bersetuju untuk membuat bayaran yuran bulanan bagi menyokong dan meneruskan usaha ini.
Hampir sejumlah 80 orang telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu. Mereka termasuk badan bukan kerajaan seperti Trash Hero Kota Kinabalu dan Trash Hero Tuaran, Mahasiswa dan mahasiswi Kelab Sains Marin UMS serta agency kerajaan negeri seperti Institute for Development Studies.
Sebanyak 1,434.3 kg sampah telah dibersihkan dari kawasan paya bakau, manakala sebanyak 10.8 kg barang kitar semula berjaya dikumpul.

PENCEMARAN: Penduduk dan sukarelawan bergotong-royong membersihkan sampah.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
STB perkasa pengusaha CoBT ke arah standard antarabangsa
Januari 26, 2026, Isnin - 12:19pm

ALBUM: Joniston (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta latihan.
KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) giat mempertingkat usaha untuk membekalkan pengusaha Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) di negeri ini dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran bertaraf antarabangsa.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, inisiatif itu amat penting untuk memenuhi jangkaan pelancong yang berpengetahuan tinggi.
“Program peningkatan kemahiran adalah penting bagi memastikan pengusaha CBT menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pada tahap tertinggi,” katanya pada sesi bersama peserta Latihan Standard CoBT ASEAN yang diadakan baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi STB berkata, program dua hari yang berlangsung pada 21 sehingga 22 Januari lalu berjaya menghimpunkan wakil daripada 13 pengusaha CoBT merangkumi sembilan daerah di Sabah, iaitu Kota Belud, Kota Kinabalu, Keningau, Sipitang, Papar, Kota Marudu, Pitas, Tuaran dan Ranau.
Katanya, sesi itu menandakan pusingan pertama latihan bagi 2026 dan akan disusuli dengan sesi seterusnya untuk terus membangunkan kapasiti CoBT di seluruh negeri.
Menurutnya, latihan yang dianjurkan oleh STB turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membimbing peserta dalam mengaplikasikan standard berkenaan dalam operasi harian mereka.
Joniston berkata, program itu juga sebagai menyokong agenda pembangunan pelancongan luar bandar negeri serta inisiatif Visit Sabah.
Katanya, STB menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus pengusaha CoBT di negeri ini mencapai penanda aras ASEAN menjelang 2030, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap kualiti, kelestarian dan impak komuniti.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar KV Keningau bantu rumah kanak-kanak, baik pulih elektrik
Januari 26, 2026, Isnin - 12:29pm

ALBUM: Pelajar KV Keningau bergambar bersama penghuni Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh.
TAMBUNAN: Seramai 26 pelajar tahun empat Program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional (KV) Keningau melaksanakan projek komuniti di Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh, di sini, menerusi aktiviti pemasangan dan penyelenggaraan elektrik.
Projek ‘Volt Prihatin’ itu menjadi platform kepada pelajar mempraktikkan kemahiran vokasional yang dipelajari, selain menyumbang khidmat bakti kepada komuniti setempat.
Rombongan diketuai Guru Cemerlang Teknologi Elektrik, Ts. Haini Kotin bersama beberapa guru program berkenaan.
Antara aktiviti dijalankan ialah bimbingan asas pemasangan dan penyelenggaraan lampu serta soket kepada kanak-kanak rumah tersebut melalui kaedah demonstrasi, sebelum disusuli kerja-kerja penyelenggaraan soket dan peralatan elektrik.
Pelajar turut memasang lampu di beberapa kawasan termasuk di halaman luar bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penghuni.
Selain itu, pelajar turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian hasil derma syarikat serta individu sekitar Keningau.
Projek berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengarah Akademik KV Keningau, Amirul Ahuar Abdullah yang menghulurkan sumbangan peribadi kepada rumah berkenaan serta setiap kanak-kanak di situ.

PROJEK: Antara Projek ‘Volt Prihatin’ yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar KV Keningau yang terlibat.
Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, berkata program seumpama itu membuktikan pendidikan kolej vokasional bukan sahaja melahirkan belia berkemahiran, malah memberi impak positif kepada masyarakat.
“Usaha ini menunjukkan kemahiran pelajar mampu dimanfaatkan untuk membantu komuniti dan membentuk nilai keprihatinan dalam kalangan pelajar,” katanya.
Sementara itu, ketua pelajar projek, Claijster Christian Sylvester berkata, tinjauan awal dilakukan lebih awal semasa cuti sekolah bagi mengenal pasti keperluan pembaikan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MAFFI perkukuh keselamatan makanan Sabah
Januari 26, 2026, Isnin - 12:58pm

ALBUM: Jamawi (duduk, tengah) merakamkan gambar bersama tetamu kehormat serta kakitangan MAFFI.
KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) akan terus memperkukuh keselamatan makanan serta tahap sara diri negeri dengan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan secara berperingkat melalui peningkatan pengeluaran tempatan.
Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, langkah itu adalah strategik pertama kementerian bagi memberi tumpuan kepada pengeluaran padi dan beras, sektor ternakan seperti lembu dan ayam, selain sayur-sayuran serta perikanan bagi menjamin kestabilan harga, kesinambungan bekalan dan kebajikan rakyat.
Beliau menegaskan keperluan meningkatkan produktiviti serta memodenkan sektor pertanian dan perikanan dengan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah tradisional.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan serta Sambutan Tahun Baharu 2026, di sini hari ini.
Jamawi berkata, kerajaan negeri menegaskan sektor pertanian, perikanan dan industri makanan sebagai tonggak strategik pembangunan negeri, bukan sahaja bagi menjamin keselamatan makanan, malah untuk memperkukuh daya tahan ekonomi serta menjana pendapatan masyarakat luar bandar.
"Segala perancangan dan pelaksanaan kementerian itu mesti selari dengan agenda Sabah Maju Jaya serta diperkukuh melalui kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan," katanya.
Jamawi berkata, peralihan kepada pertanian pintar, penggunaan mekanisasi, amalan pertanian berketepatan tinggi serta pemanfaatan data, teknologi dan inovasi perlu dipercepatkan melalui kerjasama strategik dengan universiti serta institusi penyelidikan.
Mengulas penglibatan belia, Jamawi berkata, masa depan sektor pertanian dan perikanan Sabah amat bergantung kepada golongan muda dan sektor itu perlu diposisikan sebagai kerjaya yang berdaya maju, bermaruah serta menguntungkan.
"Kerajaan negeri akan terus menyokong pembangunan agropreneur belia, memperkasa perniagaan dan koperasi baharu serta menambah baik akses kepada tanah, pembiayaan dan sokongan teknikal," katanya.
Pada masa sama katanya, kerajaan akan memperkasakan petani, nelayan dan komuniti luar bandar sebagai fokus utama bagi meningkatkan pendapatan golongan sasar serta mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.
Jamawi turut menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, sistem penyampaian yang cekap serta tahap integriti yang tinggi dengan toleransi sifar terhadap ketirisan dan ketidakcekapan.
Beliau berharap semua pegawai kementerian, jabatan dan agensi di peringkat negeri serta persekutuan bersikap proaktif, turun ke lapangan dan bertanggungjawab menyelesaikan isu rakyat secara tuntas.
Selain itu katanya, kerjasama antara agensi perlu diperkukuh dengan memecahkan silo antara jabatan, agensi persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta melalui perkongsian awam-swasta.
Mengulas cabaran perubahan iklim, beliau berkata, kementerian akan menggalakkan amalan pertanian lestari, penggunaan tanaman berdaya tahan iklim serta pengurusan tanah secara bertanggungjawab.
Bagi memastikan semua inisiatif mencapai sasaran, Jamawi berkata, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas akan dilaksanakan di peringkat jabatan, agensi dan ketua program, disertai pemantauan serta pelaporan berkala.
Dalam perkembangan berkaitan, Jamawi berkata, MAFFI akan melancarkan Inisiatif Kebun Dapur secara berstruktur di seluruh Sabah bagi menggalakkan isi rumah, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, mengusahakan tanaman, ternakan kecil serta perikanan skala kecil.
Inisiatif itu katanya, mampu menjadi pemangkin kepada keterjaminan makanan, pengurangan kos sara hidup serta pembudayaan sikap berdikari dalam kalangan masyarakat akar umbi.
Beliau berkata, Inisiatif Jelajah Kebun Dapur pertama akan dilancarkan di daerah Tuaran dan dirasmikan oleh Ketua Menteri bulan depan, selain dilaksanakan menggunakan pendekatan mentor-mentee bagi menarik minat generasi muda.
"Inisiatif ini akan memberikan pendedahan kepada teknologi pertanian pintar (Smart Farming), automasi, dan penggunaan Internet Benda (Internet of Things), selaras dengan agenda memodenkan sektor pertanian Sabah," katanya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuil Arulmigu Sri Jalaganda Vinayagar selamat dirasmikan
Januari 26, 2026, Isnin - 2:16pm

KOMITMEN: Tiga beradik yang merintis pembinaan kuil, Suries Ramalingam, Thanabalan Ramalingam dan Vasu Ramalingam yang dirasmikan Maha Kumbabishegam, baru-baru ini.
KENINGAU: Kuil Arulmigu Sri Jalaganda Vinayagar yang merupakan kuil pertama di pedalaman Sabah, selamat dirasmikan baru-baru ini.
Majlis perasmian itu diadakan dengan penuh simbolik berdasarkan kepada adat dan kepercayaan masyarakat Hindu.
Penubuhan kuil berkenaan hasil inisiatif Persatuan Penganut Agama Hindu Vinayagar Keningau yang ditubuhkan pada 2019 dan digerakkan oleh tiga beradik, iaitu Suries Ramalingam, Thanabalan Ramalingam dan Vasu Ramalingam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

RASMI: Seramai 10 pemimpin adat menyertai dan menjayakan perasmian Maha Kumbabishegam dari India.
Dengan perasmiannya, maka kuil berkenaan kini menjadi kemudahan bagi masyarakat Hindu beribadat.
Selain itu, ia juga menjadi daya tarikan dan destinasi pelancongan baharu di pedalaman, khususnya daerah Keningau.
Suresh berkata, sempena perasmian itu, pihaknya turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 100 keluarga yang memerlukan.
Katanya, penerima sumbangan berkenaan terdiri daripada penduduk Kampung Tuarid Taud dan Dangulad serta sekitarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

SUMBANGAN: Prem Kitingan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada sebahagian daripada 100 penerima sempena majlis perasmian itu.
Sumbangan itu disampaikan oleh pemimpin muda tempatan, Prem Kitingan, dengan disaksikan kepimpinan persatuan.
"Dianggarkan kira-kira 1,200 orang hadir sempena perasmian kuil ini yang disempurnakan oleh Maha Kumbabishegam," katanya, sambil menyatakan kerja awal pembinaan bermula pada tahun 2019, tetapi tergendala seketika akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya, kuil berkenaan mampu menampung sehingga 400 penganut dalam satu-satu masa.
Ketika ini, dianggarkan terdapat antara 200 hingga 400 komuniti penganut Hindu di kawasan pedalaman Sabah.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

SUMBANGAN: Prem Kitingan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada sebahagian daripada 100 penerima sempena majlis perasmian itu.
Sumbangan itu disampaikan oleh pemimpin muda tempatan, Prem Kitingan, dengan disaksikan kepimpinan persatuan.
"Dianggarkan kira-kira 1,200 orang hadir sempena perasmian kuil ini yang disempurnakan oleh Maha Kumbabishegam," katanya, sambil menyatakan kerja awal pembinaan bermula pada tahun 2019, tetapi tergendala seketika akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya, kuil berkenaan mampu menampung sehingga 400 penganut dalam satu-satu masa.
Ketika ini, dianggarkan terdapat antara 200 hingga 400 komuniti penganut Hindu di kawasan pedalaman Sabah.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ride Sabah North Borneo Cycling FAM Tour bermula
Januari 26, 2026, Isnin - 2:42pm

LANCAR: Para peserta dari India bersama tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan di hadapan bangunan STB.
KOTA KINABALU: Penunggang basikal dari Chennai, India memulakan perjalanan mereka di Sabah pada Isnin, meneroka negeri ini dengan berbasikal sebagai sebahagian daripada Ride Sabah North Borneo Cycling FAM Tour.
Lawatan selama 6 hari 5 malam ini diketuai oleh Tourism Malaysia-Chennai dan melibatkan peserta daripada Chennai Cycling Association.
Kayuhan rasmi bermula di ibu negeri, dengan para penunggang dilepaskan dari bangunan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) oleh Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit.
Lawatan bertemakan 'Sabah Cycling Paradise, Malaysia Truly Asia' merangkumi destinasi utama termasuk Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Kundasang dan Tamparuli menawarkan peserta pemandangan-pemandangan yang menarik seperti pesisir pantai, kawasan bukit dan suasana bandaraya Kota Kinabalu.
Inisiatif itu turut menampilkan kerjasama dengan Royal Brunei Airlines, yang menyokong penyertaan para delegasi dan pempengaruh berbasikal dari India.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha strategik STB untuk meningkatkan kehadiran pelancong di negeri ini khususnya dari pasaran India.
STB juga dijadualkan menyertai Outbound Travel Mart 2026 di Mumbai minggu depan, di mana Ride Sabah North Borneo Cycling Tour akan dilancarkan.
Inisiatif itu turut menyumbang kepada usaha berterusan STB untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi utama berbasikal dan eko-pelancongan bagi pasaran India, selaras dengan Visit Malaysia Year 2026 dan Visit Sabah 2027.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadzim terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan
Januari 26, 2026, Isnin - 3:44pm

PENGHARGAAN: Kadzim menyampaikan cenderakenangan kepada H.E. Syed Ahsan Raza Shah semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, H.E. Syed Ahsan Raza Shah, di pejabatnya, di sini, Jumaat lalu.
Dalam pertemuan itu, Kadzim merakamkan penghargaan atas kesediaan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan mengadakan kunjungan hormat ke DUN Sabah.
Kadzim turut menegaskan komitmen institusi legislatif negeri itu dalam menyokong usaha memperkukuh hubungan persahabatan di peringkat antarabangsa.
Beliau turut menekankan peranan DUN Sabah sebagai institusi demokrasi yang penting dalam pembangunan negeri, selain membuka ruang kerjasama strategik yang berpotensi memberi manfaat bersama selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah.
Kunjungan hormat berkenaan turut dihadiri Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Al Hambra Tun Juhar.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hajiji terima kunjungan JK Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah
Januari 26, 2026, Isnin - 4:45pm

KENANGAN: Hajiji dan Nizam serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.
Kunjungan itu diketuai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan yang turut menyampaikan jemputan rasmi serta memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai penganjuran Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2026.
Majlis berprestij yang diadakan setiap dua tahun sekali itu dijadualkan berlangsung pada 6 Februari depan di Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.
Menurut Nizam, sebanyak 16 kategori anugerah akan disampaikan pada majlis berkenaan, bagi mengiktiraf kecemerlangan atlet Sabah yang mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Anugerah Tokoh Sukan Negeri Sabah.
Sementara itu, Hajiji merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada atlet Sabah yang mewakili kontinjen Malaysia dan berjaya menyumbang keseluruhan 10 pingat emas, 15 perak serta 15 gangsa pada Sukan PARA ASEAN (APG) Ke-13 yang berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand, dari 21 hingga 26 Januari 2026.
Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan atlet Sabah untuk bersaing di pentas antarabangsa serta menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam bidang sukan.
Dalam temasya itu, atlet Sabah berjaya meraih lima pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa dalam acara olahraga; lima emas, lapan perak dan sembilan gangsa bagi acara renang; satu gangsa dalam acara powerlifting; dua gangsa bagi acara ping pong; serta masing-masing satu perak dan satu gangsa dalam acara lawn bowls (Demo Sukan).
Dua atlet dari Tuaran, Abdul Halim Mohammad dan Ivan Jovic Suan, turut mencuri tumpuan apabila masing-masing menyumbang lima dan tiga pingat emas menerusi acara renang dan olahraga.
Atlet para olahraga Sabah, Wong Kar Gee yang merangkul emas acara lompat jauh lelaki T12, sekali gus mencipta rekod baharu APG dengan lompatan sejauh 6.83 meter.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PKK UMS tawan Bukit Maragang
Januari 27, 2026, Selasa - 10:05am

KENANGAN: PKK UMS Tawan Bukit Maragang. Kelihatan Rizal (belakang, dua kiri) dan Lolita (depan, tiga kanan).
KOTA KINABALU: Pusat Komunikasi Korporat (PKK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menawan Bukit Maragang dalam satu program team building yang dianjurkan bagi mengeratkan kerjasama serta memperkukuh semangat berpasukan dalam kalangan kakitangannya.
Pengarah PKK UMS, Dr. Rizal Zamani Idris berkata, penganjuran program itu merupakan usaha berterusan PKK UMS dalam membentuk pasukan kerja yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Program team building ini dianjurkan untuk mengukuhkan hubungan kerja, meningkatkan komunikasi serta memupuk kepercayaan dalam kalangan warga PKK UMS melalui aktiviti luar yang mencabar,” katanya.
Menurutnya, pendakian ke Bukit Maragang yang berketinggian 2,232 meter menjadi kemuncak program dan menguji kekuatan mental serta fizikal peserta, selain menuntut tahap kerjasama berpasukan yang tinggi.
“Cabaran pendakian ini memerlukan kesabaran, ketahanan diri dan sokongan antara ahli pasukan. Kejayaan menawan puncaknya mencerminkan semangat setiakawan dan kesepaduan pasukan yang kukuh,” katanya.
Program team building itu dikendalikan oleh Kelab Korporat UMS yang dipengerusikan oleh Lolita Mohd Taib dengan pengisian aktiviti yang dirancang secara berperingkat dan berfokus kepada pembinaan pasukan.
Menurut Lolita, pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dipilih bagi memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih terbuka serta membina kefahaman dan kepercayaan dalam pasukan.
“Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk berkayak, ATV dan pendakian Bukit Maragang yang menjadi kemuncak program. Setiap aktiviti dirangka untuk menguji kepimpinan, daya tahan serta keupayaan bekerjasama dalam kumpulan,” katanya.
Menurutnya, laluan pendakian yang mencabar telah menyerlahkan nilai kerjasama apabila peserta saling membantu dan memberi dorongan sepanjang perjalanan.
Program ini diharap dapat memperkukuh silaturahim, meningkatkan motivasi kerja serta membentuk budaya kerja berpasukan yang lebih mantap dalam kalangan kakitangan PKK UMS, selaras dengan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan organisasi.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lions Club KK Asia City komited bantu kebajikan komuniti
Januari 27, 2026, Selasa - 10:25am

ALBUM: Peserta-peserta program merakamkan gambar kenangan.
KOTA KINABALU: Lions Club of Kota Kinabalu Asia City berjaya menganjurkan Lions Service Day 8.0 yang memberikan perkhidmatan percuma kepada masyarakat sekitar bandaraya ini.
Projek komuniti itu diadakan di Kompleks Asia City baru-baru ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 4 petang.
Acara itu turut disertai Lions Clubs, agensi kerajaan, kakitangan kesihatan profesional dan organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma kepada orang awam di bawah satu bumbung.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr. William Gotulis yang diwakili oleh Dr. Chin Yuen Kei.
Hadir sama Naib Gabenor Daerah Kedua, Lion Alyssa Lim Siew Wei.
Kehadiran mereka membuktikan pentingnya inisiatif berasaskan komuniti yang mempromosikan penjagaan kesihatan, kesedaran sosial dan khidmat kemanusiaan.
Memasuki edisi ke-8, Lions Service Day merupakan inisiatif berterusan oleh Lions Club of KK Asia City yang bertujuan menjadikan perkhidmatan penting lebih mudah diakses oleh penduduk bandar.
Usaha itu sekali gus membolehkan masyarakat mengoptimumkan masa sambil menerima pemeriksaan kesihatan, maklumat dan sokongan dalam.
Program berkenaan tahun ini dianjurkan bersama dengan sokongan lapan Lions Clubs iaitu Lions Club of Keningau Downtown, KK Capital, KK City, KK Downtown, KK Mandarin, Luyang ACE, Sabah Evergreen dan Ranau.
Sebanyak 14 badan bukan kerajaan dan jabatan kerajaan turut serta menawarkan perkhidmatan dan program kesedaran termasuk konsultasi kesihatan mata, saringan kesihatan buah pinggang, derma darah, demonstrasi pertolongan cemas, kesedaran kanser, penjagaan paliatif, pendidikan serta sokongan HIV, AIDS, kesedaran anti-dadah, inisiatif kelestarian alam sekitar serta promosi kemahiran untuk komuniti pekak dan buta.
Lions Service Day 8.0 dapat direalisasikan melalui sokongan penganjur dan penaja, termasuk Jawatankuasa Penganjur Lions Charity Bazaar 3.0 yang menyumbang dana permulaan sebanyak RM3,000 bagi memulakan projek ini.
Dalam ucapan di majlis tersebut, Pengerusi Penganjur, Peter Liau menekankan bahawa Lions Service Day mencerminkan komitmen Lions untuk berkhidmat kepada komuniti melalui inisiatif yang mampan, kolaboratif dan memberi impak yang menangani keperluan sebenar.
"Lions Service Day 8.0 sekali lagi membuktikan bagaimana usaha kolektif dan kerjasama komuniti mampu membawa perubahan bermakna, mengukuhkan moto Lions 'We Serve'," katanya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek jalan empat lorong Kota Sentosa-Bau dilaksana secara berperingkat
Januari 26, 2026, Isnin - 4:34pm

Lo ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan tapak ke lokasi tanah runtuh dan paip pecah di Jalan Batu Kitang, dekat Kampung Haji Baki hari ini. - Gambar Roystein Emmor
BAU: Kerajaan negeri sedang melaksanakan pembinaan jalan empat lorong secara berperingkat dari persimpangan lampu isyarat Kota Sentosa-Bau bagi meningkatkan kelancaran trafik dan kesalinghubungan antara kawasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, projek berkenaan dimulakan dari Bau-Jalan Stephen Yong kerana ia merupakan laluan utama dengan pergerakan trafik harian yang tinggi.
“Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dari Bau dan akan diteruskan ke arah Jalan Stephen Yong.
“Apabila siap kelak, pengguna boleh menggunakan laluan Jalan Stephen Yong untuk ke Bau dengan lebih lancar, terutama bagi kenderaan bersaiz besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan tapak ke lokasi tanah runtuh dan paip pecah di Jalan Batu Kitang, dekat Kampung Haji Baki di sini, hari ini.
Lo turut menjelaskan pelaksanaan projek secara berperingkat adalah penting memandangkan sebahagian laluan dari Kota Sentosa ke Kampung Bumbok masih sempit dan tidak sesuai untuk pelebaran serentak kerana berpotensi menyebabkan kesesakan trafik menjadi lebih teruk.
Tambahnya, sebahagian besar laluan Stephen Yong telah mempunyai empat lorong, kecuali persimpangan dari Kampung Bumbok ke Jalan Wee Boon Ting yang masih dua lorong dan akan dinaik taraf dalam fasa seterusnya.
“Pendekatan ini diambil bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu dan pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan secara lebih tersusun,” jelasnya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa peringkat reka bentuk projek oleh pihak perunding telah hampir siap sepenuhnya dan kini berada pada peringkat akhir sebelum proses tender.
“Kerja-kerja bermula dari Bau ke bawah dan akan diteruskan mengikut perancangan sehingga keseluruhan laluan itu nanti siap dinaik taraf kepada empat lorong,” jelasnya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air kawasan Batu Kitang berjaya dipulihkan
Januari 26, 2026, Isnin - 4:44pm

Keadaan paip yang telah dibaiki.
BAU: Gangguan bekalan air yang menjejaskan beberapa kawasan di Batu Kitang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dan kini memberi kelegaan kepada para penduduk.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang semasa mengadakan lawatan tapak ke lokasi tanah runtuh dan paip pecah di sepanjang Jalan Batu Kitang, dekat Kampung Haji Baki, di sini, hari ini.
Beliau turut ditemani wakil Sarawak Water, Jabatan Kerja Raya (JKR), PPES Works Sdn Bhd serta pihak kontraktor dan perunding serta penghulu atas kerjasama dan tindakan pantas menyelesaikan isu berkenaan.
“Sebanyak tiga bahagian paip utama bersaiz lebih satu meter diameter didapati pecah akibat pergerakan tanah susulan hujan lebat sebelum ini, namun kerja pembaikan berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira seminggu.
“Syukur, masalah bekalan air telah selesai dan setakat ini tiada lagi gangguan kerana paip yang rosak telah dibaiki dan dipasang semula,” katanya kepada pemberita.
Tambah beliau, paip berkenaan merupakan saluran kritikal yang membekalkan air bukan sahaja ke kawasan Batu Kitang, malah meliputi kawasan lebih luas termasuk Samarahan, Petra Jaya serta beberapa kawasan lain di Kuching.
Justeru, Sarawak Water turut menyatakan rancangan jangka panjang pihaknya untuk menaikkan paip berkenaan dan meletakkannya di atas platform kekal yang kukuh menggunakan sokongan tiang dan asas konkrit bagi mengelakkan kerosakan berulang akibat pergerakan tanah pada masa akan datang.
“Pelan ini penting bagi memastikan paip tidak lagi terdedah kepada tekanan akibat pergerakan tanah yang boleh menyebabkan kebocoran dan gangguan bekalan air berskala besar,” jelasnya.
Kerja-kerja pembaikan jalan yang terjejas akibat projek tersebut turut dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu yang sebelum ini terjejas.
Walaupun projek menaik taraf paip secara menyeluruh dijangka mengambil masa dan melibatkan kos yang tinggi, bekalan air buat masa ini dijamin stabil tanpa gangguan.
“Pendekatan pencegahan amat penting. Kita tidak mahu menunggu sehingga masalah berlaku semula. Perancangan awal ini akan memastikan bekalan air Kuching terus terjamin,” ujarnya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|