Shah Firdaus bukan kedudukan keempat, tapi keenam
Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk bergelar pelumba keempat terbaik dalam acara keirin di Olimpik berkecai selepas dia disahkan sekadar menduduki tangga keenam pada final yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yveline.
Biarpun pada satu ketika Shah Firdaus dikatakan menduduki tangga keempat, namun insiden perlanggaran babitkan dirinya bersama pelumba Jepun, Shinji Nakano dan pelumba Great Britain, Jack Carlin meletakkan Shah Firdaus dalam status REL (disingkirkan).
Pemberian status itu difahamkan ekoran tindakannya menghalang terlebih dulu Nakano sebelum berlakunya perlanggaran. Lantas, Shah Firdaus Dia yang tidak dapat menamatkan perlumbaan diturunkan untuk berada di kedudukan keenam manakala Nakano dan Carlin yang turut terbabit dengan pelanggaran diklasifikasikan sebagai DNF (tidak menamatkan perlumbaan).
|