|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
Pangnya citer ni, dah boleh jadi satu novel. |
|
|
|
|
|
|
|
smiley dah balik dari honeymoong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
smiley pun main nyorok2 juga ke?
sambung la smiley..... |
|
|
|
|
|
|
|
puasa 9 bulan...lelaki mana yg tahan???? seminggu pun dah kusut masai....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 605# fidajeff
ye ker???? oooo..teruk gak yer... |
|
|
|
|
|
|
|
sian lia, x pasal2 dapat penampar...
pandai CA teka....
|
|
|
|
|
|
|
|
Suasana dalam bilik bacaan rumah Puan Sri Sabihah tegang. Semua yang menghadiri mesyuarat keluarga berwajah serius. Mana tak seriusnya, kalau nak bincang pasal cinta tiga segi Datuk Azmi – Datin Elly – Nia. Puan Sri ingin menyelesaikannya dengan jalan terbaik walaupun pada hakikatnya bukan mudah. Roman wajah Puan Sri keruh memandang Datuk Azmi. Dari siapa lah dia dapat gene gatal ? Datin Elly sudah makin tenang. Tapi tak mustahil dia akan kasi gegar lagi. Gempa bumi pun ada gempa susulan.
Dahlia yang tiada sangkut paut pun terpaksa hadir. Dia mengambil tempat duduk paling jauh dari birasnya. Memori penampar sulung Datin Elly tak akan di lupakan. Dia menahan kuap. Keletihan bersanding semalam di hotel Royale Chulan belum reda. Waduh… waduh! Sungguhlah gah majlis perkahwinannya. Dahlia berasa seolah dalam mimpi. Jalan macam tak pijak tanah, memanglah tak pijak pun. Aku kawin di hotel , jalan atas karpet merah pakai stiletto 3 inci. Busana pengantin putih gading yang di reka Rizalman menjadikan dia kelihatan sebagai puteri. Kate Middleton pun kalah di tangan Dahlia Senget-ton ( gelaran di beri Ellisya). Amir semestinyalah lebih segak dan kacak dari Prince William. Segala galanya perfect, dari pelamin hingga ke kek perkahwinan 5 tingkat. Siapa sangka “ a nobody from nowhere” ( bak kata seorang mak Datin) macam aku dapat bersanding di pelamin yang sebelum ini aku cuma berpeluang tengok dalam majalah. Fikirannya melayang …..
“ Kenapa kau sengih?” jerkah Datin Elly. “Sukalah hati kau kalau aku keluar dari rumah ni? Boleh kau jadi permaisuri dalam rumah ni”
Woi.. wake up Lia! Dahlia terpinga pinga. Inilah bahana berangan. Belum sempat dia menjawab Amir mencelah “ Kak Elly, Lia tengah letih. Janganlah ambil hati”
“ Sudahlah Elly. Tak payah nak marah orang lain. Lia tak ada kena mengena dengan masaalah kita. What happened is my fault. I admit that. Boleh tak kita discuss masa depan kita macam orang matang? Apa you nak? I akan bagi. ” Nada Datuk Azmi tenang.
Datin Elly mengebam bibir. Sejak rahsia Datuk Azmi terbongkar, kawan kawan rapatnya ada yang memberi sokongan. Tak kurang juga yang menjauhkan diri. Pembelot! Dia pun ada ego dan dia sedar umurnya sudah meningkat. Dia tahu apa keputusan yang perlu di buat. Ini bukan kali pertama suaminya selingkuh.
“ Okay, kalau you kemaruk sangat, you kahwinlah dengan betina tu. I tak minta cerai. Tapi you kena berlaku adil. Kalau you tak berlaku adil, mampuslah you dalam neraka. Pandai cari pasal, pandai tanggung! I nak pindah ke London. You kena belikan satu flat untuk I di sana. I akan pilih mana yang sesuai. I nak bawa Rayyan dan Irhan . Biar dia orang sambung study di sana. Duit belanja semua macam biasa tapi in pounds.”
Beberapa saat berlalu sebelum Datuk Azmi lambat lambat mengangguk. Duit boleh di cari. Yang penting dia dapat mengecapi kebahagian yang telah lama sirna. Lagi pun Elly cuma ke London. Kalau rindu pada anak anak, setiap hari pun ada flight ke sana. Bukan masaalah besar.
“ Elly nak bawa cucu cucu Mummy ke London? Mummy tak setuju. Rayyan dan Irhan tu muda lagi. Biar mereka di sini sampai habis SPM” bantah Puan Sri Sabihah. Datin Elly memandang ibu mertuanya dengan angkuh
“ I am their mother. Elly tahu apa yang baik untuk anak anak Elly. Elly tak nak mereka tinggal dengan bapa dia orang yang gatal, nanti terikut perangai dia bila besar nanti. Keputusan Elly muktamad. Mummy jangan masuk campur. Kalau Elly ubah fikiran dan minta cerai, kes kita masuk Mahkamah Syariah. Mummy juga yang malu nanti”
Muka Puan Sri Sabihah macam tertelan biji rambutan. Namun dia tak cepat melatah. Ini semua akibat perbuatan anaknya sendiri. Dia akur dengan keputusan menantunya. Sekurang kurangnya Elly tak minta cerai. Kesian cucu nya kalau jadi mangsa perceraian.
“ Biarlah Mummy. Cucu Mummy bukan ikut orang lain, tapi mak mereka sendiri. Mummy boleh jenguk Rayyan dengan Irhan di sana kalau rindu” Datuk Azmi lega dengan keputusan isterinya. Tak lah pening kepala aku. Kalau dua dua madu di KL susah juga. Macam ni tak adalah adegan tarik rambut.
Datin Elly terus bangun dari tempat duduk. “ I have nothing more to discuss.” Dia melangkah pantas ke pintu. Tiba tiba dia berhenti dan berpaling pada Dahlia
“ Kau jaga jaga sikit. Laki kau dengan laki aku keturunan sama. Tak lama lagi giliran kau pula” Sinis kata kata Datin Elly sebelum pintu di hempas.
Citt.. suey punya mulut! Kejamnya Kak Elly. Dia memandang Amir yang diam tidak berkutik. Hampeh!! Entah entah dia mengaminkan dalam hati.
“ Bila Mi nak kahwin dengan Nia? Tolonglah , jangan buat kenduri besar besaran. Mummy malu.” Puan Sri Sabihah betul betul dalam dilemma.
“ Tak payah buat kenduri. Nia nak nikah di masjid saja. Mi dah jumpa Uncle Rahim dengan Auntie Aishah. Mereka pun setuju. Kami nikah bila Elly dah pergi London. Mi harap Mummy dapat terima Nia sebagai isteri Mi”
“ Mummy tak tahu apa nak cakap lagi. Mummy memang tak suka kamu pasang dua. Tapi kamu dah besar panjang, pandai pandai lah Mi jaga dua dua isteri Mi nanti. ” Datuk Azmi bangun dan memeluk ibunya.
“ Mi minta maaf kalau lukakan hati Mummy. Tapi Mi pun teringin nak bahagia macam orang lain. Elly dengan Mi dah lama buat hal sendiri walaupun kami suami isteri.” Sendu suara Datuk Azmi. Dahlia memandang inai di jari. Macam mana kalau satu hari nanti Amir tak bahagia dengan aku?
“ Lia sihat? Mummy tengok Lia selalu letih dua tiga hari ni” Tiba tiba Puan Sri Sabihah menukar topik
Dahlia memandang Amir. Sepatutnya mereka beritahu berita baik pada Mummy lebih awal. Sebaik pulang dari KK, Dahlia pergi check up dengan Dr Seri di Prince Court Medical Centre. Kandungannya berusia 6 minggu. Tendangan penalty minit pertama dapat membolosi gawang.
“ Er.. erm.. Lia letih saja. Banyak sangat majlis.” Matanya menukur meja. Kenapa aku pula jadi topik mesyuarat.
Hissyyy bini aku ni! Malu malu pula. “ Mummy, I have good news. Lia is pregnant”
Senyuman lebar mekar di wajah Puan Sri Sabihah. Alhamdulillah! Ada juga berita baik setelah berhari hari di landa kemelut.
“ Congrats Mir. Murah rezeki betul korang ni.” Datuk Azmi menepuk belakang Amir.
“ Kenapa tak cakap kat Mummy? Mummy tak sedar pun. Sepatutnya Lia jangan lasak sangat. Tiga bulan pertama ni kena jaga betul betul. Lia kena banyak rehat. Jaga makan. Jangan makan makanan tajam macam nenas dengan tapai.”
Dahlia mengangguk. Kelopak matanya makin berat.
“ Pergilah tidur Lia. Amir , jaga Lia baik baik. Selama ini tumpuan Mummy cuma pada Perkasa sampai keluarga di ketepikan. Mummy salahkan diri Mummy bila anak anak Mummy ada masaalah keluarga. Jangan asyik terperuk kat ofis. Kalau kerja Amir tak siap, tak mengapa. Menantu dengan cucu Mummy lagi penting. ”
“Dengar tu Encik Amir,” bisik Dahlia sambil menyiku lengan Amir. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Abang tak payahlah masak! Biar Lia yang buat” Amir tengah mengambil telur dari peti ais. Sudah, bersepah lah dapur nanti. Bukan aku tak hargai niat Amir tapi karang aku juga penat mengemas, gumam Dahlia dalam hati.
Akhirnya, dapat juga mereka pindah ke kondo Amir. Gumbiraaanya dapat masuk dapur semula. Rasa bebas bila duduk sendiri. Yahooo! Tak sempat nak pergi honeymoon pun tak kisah. Langkah seterusnya, cuba pujuk Amir supaya aku boleh cari kerja. Boring tinggal di rumah seorang diri bila Amir di ofis. Mummy cakap saja tak bagi Amir kerja lambat tapi tanggungjawab Amir banyak. Jangan harap nak nampak kelibatnya sebelum Maghrib.
“ Ala.. I can do it. Buat scrambled eggs saja. Lia pergilah rehat. Semalam Lia dah masak dinner.”
“ Kalau rajin sangat , nanti Abang tolong basuh kuali dan pinggan. Sekarang Abang pergi salin baju, nanti lambat.”
Amir membasuh tangan kemudian mengusap perut Dahlia.
“ Baby, nanti bila dah besar jangan garang macam Mama tau. Kesian Papa” bisiknya ke perut Dahlia. Pinggang Dahlia di geletek, membuat isterinya melatah. Nasib baik tak kena ketuk dengan kuali.
Amir masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Kemeja, seluar, stokin dan talileher sudah di susun kemas. Syok betul dapat isteri macam Dahlia. Gadis yang ada kalanya gila gila, tapi dia juga yang pandai memujuk kalau aku tertekan. Bukan saja dia pandai menjaga rumah tapi dia penyeri hidup, rakan sehati sejiwa. Hidup aku betul betul indah. I feel complete. Amir menyanyi kecil.
Telefon yang berdering di capai . Adeh !! Balik balik si Sarah. Nak jawab ke tak nak? Minah ni cuma nak berborak kosong saja, bukan ada benda penting pun. Tapi kalau tak jawab dia hantar mesej berjela. Tak ada kawan lain kah dia?
“ Sarah, what’s up?”
“ Amir, I need your help.” Suara Sarah pecah seolah menahan tangis.
“ Apa dia?” Jangan suruh aku buat yang bukan bukan
“ I dah tak tahan kerja di Kerteh. Orang di sini kolot. Semua pandang I semacam. Macam lah hina sangat jadi janda. I bukannya mengorat suami orang tapi sebab status I, I kena pinggir. Bukan saja di ofis, di sekolah anak I pun kena. Dulu I sabar, tapi bila anak I pun kena boikot, I dah tak tahan.” Rasa simpati bercambah di hati Amir. Banyak betul dugaan menimpa Sarah. Sampai anak anak yang tak berdosa pun kena tempias.
“ So, you nak I buat apa?” Jangan suruh aku kahwin kau dahlah. Simpati aku pun ada had.
“ You tolonglah cari kerja untuk I di KL. I nak balik sana. Mak I pun dah tak nak tinggal di Kerteh. Boleh tak, Mir?” Suaranya di lembutkan.
“ I’ll see what I can do” Takkan aku nak offer dia kerja di Perkasa. Melenting Dahlia nanti.
“ Please ya , Amir. I tahu you banyak contacts. I tak kisah kerja di company mana janji I’m out of this place”
“ Okay. Emel resume you kat I. “
“ Thanks Mir. You seorang saja lah yang I boleh harap. ” Suara Sarah makin manja
Dah lebih lebih pula makcik ni. “ I have to go. Bye” Butang di tekan. Amir menyisir rambut sebelum mengambil kot dan briefcase.
Sarapan sudah tersedia di meja makan berkerusi enam. Telur dadar, roti bakar, baked beans dan tidak ketinggalan Nescafe Gold Blend kegemaran Amir.
“ Jemput jemput tak ada?” Amir menghirup kopi panas.
“ Kenapa tak cakap tadi you nak jemput jemput? I buat sekarang ” Dahlia rasa kecewa bila tak dapat memenuhi kemahuan suami. Kasihan Amir, kempunan nanti
“ Tak payahlah. Ni dah cukup. Besok buat jemput jemput udang ya sayang.” kata Amir sambil mengunyah roti dan telur.
“ Okay, nanti I beli udang. Malam ni nak makan apa?”
“ Lupa nak cakap. Mummy ajak dinner di rumah sana. “ Ibunya kesunyian. Datin Elly sudah berada di London. Cuma Datuk Azmi tinggal di rumah menemani ibunya. Minggu depan Datuk Azmi akan menikahi Nia. “ Lia tak payah masak. You need to take a break. Kesian Abang tengok Lia buat kerja rumah hari hari”
“ Tak kisah. It fills up my time. Boring duduk rumah tak buat apa.” Balasnya. Amir memaku isterinya dengan pandangan tajam. Ini mesti nak buka topic pasal kerja.
“Ha.. Abang tau tak? Ellisya dengan Najwa nak buat online business jual tudung dan baju. Jadi… er… boleh tak Lia join dia orang?” Senyuman yang paling manis di hadiahkan.
“ Tak cukup ke allowance yang Abang bagi?” Datar saja nada Amir. Keceriaan Dahlia mula pudar
“ Its not about money. Lia rasa otak tak berkembanglah bila tak kerja. Lama lama Lia jadi bimbo. Buat malu saja kalau Abang bawa pergi majlis. Biarlah Lia tolong dia orang. Lagipun bukannya kerja full time. ”
Amir menghela nafas. Nak tolak susah, nak restu pula payah. “ Okay, tapi Abang tak nak Lia kerja teruk teruk. Jangan lupa baby kat dalam perut tu.”
Dahlia hampir melompat kegirangan. “ Yes! Yes! Lia janji jaga kesihatan baby dalam perut dan jaga baby besar ni baik baik dan jaga rumah. Luv you!“ |
|
|
|
|
|
|
|
Uwah sarah dah mengedik pulok.......
kalau lia tahu tentu dia memendam perasaaan |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk aaaa sarah ni...
ssyuh... syuhh... g la main jauh2...
amir!!! jgn layan dah la sarah tu, lia time2 gini cpt sensitif tau... |
|
|
|
|
|
|
|
tak mauler sarah kacau...time-time pregnant nie...takut lia emo.... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan sampai lia asyik dengan business jual tudung sampaikan sarah dapat masuk jarum pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala sarah nak blk kl lak... |
|
|
|
|
|
|
|
nyibuk tul sarah nie.....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
watpe ler si sarah tu nak blk kl...
nak kacau amir ler tu..
jaga2 cik dahlia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 619# alyaimra
xmo blik
nk dok sini
*hentak kaki laju2 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|