|
Update: Identiti Azra Diera Sudah Terbongkar!
[Copy link]
|
|
Pingat buh atas meja opis hahahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ailebiu replied at 27-6-2022 03:53 AM
Hari ni, azri bagitau azra is datuk seri..
Mesti dia x sabar nak kawen, boleh jadi datin ????
Laaa... Dato Seri la pulak.
Alang-alang nak create sangat satu personaliti lain, dari awal patutnya createlah diri seorang princess..
Saya ialah princess Azra Khan.
Saya cucu cicit raja mongolia yang terkenal di serata dunia memiliki ribuan gundik.
Saya salah seorang daripada keturunan gundik.
Saya... bla.. bla.. bla.. bla
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Login_ID at 27-6-2022 12:35 PM
‘Azra bukan saja ada PHD tapi datuk seri’ - Azri Iskandar
Nadia Azam
Diterbitkan: Jun 27, 2022 11:35 AM
⋅
Dikemaskini: 11:39 AM
Azri Iskandar menegaskan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya nanti bukan saja memiliki kelulusan akademik doktor falsafah (PHD) malahan turut bergelar datuk seri.
Pelakon itu berkata demikian gara-gara segelintir pihak membuat andaian dan menuduh bukan-bukan berhubung latar belakang wanita itu.
“Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya.
“Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.
“Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambah pelakon filem Mat Bond Malaya itu, cuma atas nasihat kedua ibu dan bapa Azra, wajah dan identiti anak mereka hanya boleh dikongsikan sebaik sah kami bernikah.
“Azra seorang yang merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak mahu beritahu mengenai gelaran tu.
“Dia cakap jika pergi ke pejabatnya nanti pekerja-pekerja akan menggelarnya Datuk hanya untuk urusan perniagaan.
Pingat di atas meja
“Tapi saya pun fikir, takkanlah dia nak tipu pekerja-pekerjanya dan bila berada di pejabatnya, saya nampak pingat itu ada diletakkan atas meja,” dakwanya.
Azri pada 23 Jun lalu mendedahkan bakal menghantar rombongan merisik seorang wanita yang memiliki doktor falsafah (PHD) dalam bidang muzik dan juga penulis skrip.
Kenyataan itu mengundang perhatian umum kerana pendedahan dibuat tidak sampai sebulan dari tarikh perceraiannya dengan bekas isteri, Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Sebelum menikahi Ellie, Azri mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27, melalui perkahwinan pertama.
Mengulas perancangannya untuk menamatkan status duda dengan wanita itu, Asri berkata dia sudah bertemu kedua ibu dan bapa Azra di Perlis pada 24 Jun lalu.
Tutur Azri, 54, setakat ini semuanya berjalan lancar selain sudah mendapat “green light” daripada kedua orang tua wanita berkenaan.
“Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontroversi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi green light pada saya.
“Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit.
“Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
lehhhh
dia ni memang sebatang kara ke di dunia ni?
klu sebatang kara pun takkan tak boleh diri sendiri pinangkan
kot makcik dia tu sampai masa, takkan jadi alasan tak jadi kawin sebab makcik dah meninggal dan takde sapa nak pinangkan.
hahaha lucuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Login_ID replied at 27-6-2022 12:33 PM
‘Azra bukan saja ada PHD tapi datuk seri’ - Azri Iskandar
Nadia Azam
Diterbitkan: Jun 27, 2022 11 ...
Pingat tu azri p tgok kt pejabat ke atau dlm gambo ???????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
pingat datuk seri tu bergambo depan pagar yestana jeke??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Pangkat datuk seri pulak dahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
merapu teruk dh ni...kna ketum ke batu....dato seri ngri pahang ke dunia khayalan |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 27-6-2022 12:26 PM
Jangan memain, datuk seri tuh
Bukan kaleng kaleng yach
Dan seperti biasa, aku rasa was was nak perca ...
Kuatnya bau hanyir bila siap ada datuk seri..phd...jadi director show pearl jam. Harap zeri bewak tak kena scam la dgn baby sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Azri iskandar ni tak tahu ke sekarang ni ada website utk check validity phd, datukship semua kat malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugek plot trbaru kt sini. Jd datuk seri plak my eberithing |
|
|
|
|
|
|
|
serius la azri ko percaya semua ni
yang catfish ni pulak makin lama makin melangit storyline dia
apa objektif perbuatan dia ni omg omg
anyway masa pi opis tu, pi betul betul ke pi melalui alam sebalik mata?
kamonla azri
|
|
|
|
|
|
|
|
Walawehh Datuk Seri pulop..hmm makin hanyir bau pasni nak kata kerabat keraton mana pulak ..wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Habis semua sekali dia claim, degree, master, phd, direktor, datuk seri. Mantap lah pak jeri & jera
tapi...kuat sangat bau ikannya nyahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin up story dia..klu betul ada datukship kenapa ko deactive semua medsos ko ek...bagi aku sadis bethol taste datuk seri ni...level2 bewok je dia mampu tackle...klu ya pun ada datukship ko punya circle of frens pun bukan kaleng2 gak..kenot brain la |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ade title takkan pagar rumah bapak yg tolong bukak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
apa tujuan si jeri tu manjang nak up up kan pasal azra tu? mmg niat ko nak cari ganti yang lebih up up ke? mmg sejenis social climber. malangnya macam sekadar berangan2 je. kalau aku jadi anak2 dia .. mmg malu sungguh ada bapak cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha....aku saspek Dato Seri catfish cari member suruh berlakun jadi mak bapak dia |
|
|
|
|
|
|
|
klu benor la semua pangkat yg ditapau oleh azra ni ada. baik cari duda retis yg lain. shidi ishak ada. nanas ada. syuk duda xbertali pun ada, shuib ke.
ni amik jeri.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|