CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[Penerbit] ** ALAF21 (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 29-9-2012 12:03 PM | Show all posts
hijau88 posted on 29-9-2012 07:40 AM
Ikut sinopsis, novel dhiya zafira tu mcm best. Best ke? Hihi.

bulanhijau,

kalau nak tahu best ke tidak boleh cuba baca dan dapatlah jawapannya..hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2012 01:03 PM | Show all posts
Lum ada d pasrn lgi kn. Ingt nak bli. Lama dah x bli novel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 03:01 PM | Show all posts
hijau88 posted on 29-9-2012 01:03 PM
Lum ada d pasrn lgi kn. Ingt nak bli. Lama dah x bli novel ni.

sudah ada dipasaran dah..walaupun suppose kelauar untuk oktober, tapi dan 2 minggu dah keluar di pasaran..jangan lupa dapatkan ya..saya menanti komen anda..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 09:28 PM | Show all posts


Tajuk: Bunga Hati
Penulis: Liza Zahira
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-821-8
Halaman: ~592
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 10 Okt 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.



Tajuk: Diriku Usah Dicari
Penulisrda Haleeda
Harga: RM 17.00
ISBN: 978-983-124-820-1
Halaman: ~432
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 10 Okt 2012
Kategori: Novel.

Sinopsis

“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!”

Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.

“Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.

“Haziq… selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak… anggaplah semua ini kenangan terindah.”
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 09:29 PM | Show all posts


Tajuk: Temukanku Dengan Cinta
Penulis: Ainul Hazrah
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-818-8
Halaman: ~512
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 10 Okt 2012
Kategori: Novel

Sinopsis:
Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka.

Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.

“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.

Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?

“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 09:30 PM | Show all posts


Tajuk: Semoga Molek
Penulis: Rahman Shaari
Harga: RM 13.00
ISBN: 978-983-124-819-5
Halaman: ~224
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 10 Okt 2012
Kategori: Novel

Sinopsis

Arjini meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu setelah kecewa melihat bapanya melayani ibunya dengan kasar sekali. Di kota, dia mempercayai gurunya, Azizul tetapi kepercayaan itu hanya untuk peringkat awal.

Lama-kelamaan dia tahu siapa sebenar lelaki itu. Nampak sahaja berilmu, tetapi tidak memegang amanah. Malah, dia berusaha mencari kesempatan terhadap pelajar-pelajarnya. Arjini dapat mengharungi kehidupan di kota walaupun terlalu banyak dugaan. Kakak angkatnya, Norhaidah menjaganya dengan baik. Namun, Norhaidah sendiri sudahpun terperangkap dengan pujuk rayu Azizul dan kawannya, Zahrain. tambahan lagi, wanita itu menderita kerana adik kandungnya menjadi mangsa kebuasan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Arjini berjaya mempertahankan prinsip kesuciannya. Dia juga berjaya mengajar lelaki yang cuba melakukan tindakan durjana terhadapnya. Namun, adakah jalan yang dipilih Arjini itu baik untuknya? Dan, dapatkah Arjini menerima cinta seseorang ketika dirinya berkali-kali digoda dan diganggu insan bernama lelaki kasanova? Hidup mesti diteruskan. Arjini perlu memilih teman sejati selain memilih jalan hidup yang sempurna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2012 09:30 PM | Show all posts


Tajuk: Oh, Mama Tiriku!
Penulis: Herna Diana
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-822-5
Halaman: ~512
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 10 Okt 2012
Kategori: Novel

Sinopsis:
DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 12:54 AM | Show all posts
novel ainul hazrah dah ada kt seremban.
ingat nak pinjam dulu sebab takut jadi mcm novel kedua beliau yg kurang umph.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 01:03 AM | Show all posts
novel terbaru Dhiya Zafira
cari kat mph putrajaya tp x jumpa
ada expo kat Dar Hikmah
pun dah kehabisan...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 05:10 PM | Show all posts
chit_ana posted on 13-10-2012 09:28 PM
Tajuk: Bunga Hati
Penulis: Liza Zahira
Harga: RM 23.00

ana... pasai pa montah kat novel Diriku Usah Dicari tuh... ana dah baca ke... tak okeh ke cite nih... baca sinopsis macam best jah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 06:17 PM | Show all posts
asyriqa posted on 17-10-2012 05:10 PM
ana... pasai pa montah kat novel Diriku Usah Dicari tuh... ana dah baca ke... tak okeh ke cite n ...

err terletak icon tu kot lum baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 06:03 PM | Show all posts
aloo...lama dah aku tak bergangnam kat sini. br abes study. skrg masa nak pulon buku2 best.

baru abes baca Encik Abang Romantik-Elee Mardiana. 3 bintang kot. sbb ni pertama kali aku bc nvl dia. tertarik tgk kaver yg ada keta merah tu.

kisah widelia gadis yg berpendirian tegas. yelah nak jd loyer kan. bab mak dia tu aku mmg tak blh blah. ada juga mak2 yg mcm bebudak camtuh. maid dia sunti tuh lg tak bleh blah...hahaha. kelakar. kalau aku ada maid camtuh, haru-biru umah aku kot. cumanya aku ni tak brapa nak suka sket scene mistik-seram-sihir kat bhgian tgh citer ni. seram plak aku rasa masa sorang watak tu (aku lupa nama) kena sampuk jin. takut kot...hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 12:24 AM | Show all posts
chit_ana posted on 13-10-2012 09:30 PM
Tajuk: Oh, Mama Tiriku!
Penulis: Herna Diana
Harga: RM 21.00

OMT ni dlm list nk beli..
suka baca tulisan Herna Diana..
2 buah buku beliau seblm ni mmg dah beli & baca..
ada part kelakar,boleh gelak..
ada part sedih..mmg meleleh laa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 12:25 AM | Show all posts
karya2 Lynn Dayana pun best..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 10:23 PM | Show all posts
chit_ana posted on 13-10-2012 09:30 PM
Tajuk: Oh, Mama Tiriku!
Penulis: Herna Diana
Harga: RM 21.00

sounds fun cerita ni, siapa dah baca? apa komen?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 01:22 PM | Show all posts
dhiyazafira posted on 29-9-2012 12:03 PM
bulanhijau,

kalau nak tahu best ke tidak boleh cuba baca dan dapatlah jawapannya..hehehhe:lovel ...

salam sis dhiyazafira, saya baru dapatkan novel Jauh Kau Pergi dan Tertulis Buat Kita, belum mula baca lagi... pertama kali ingin membaca karya sis slps terbaca byk komen2 positif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 03:29 PM | Show all posts
lowgil posted on 25-10-2012 01:22 PM
salam sis dhiyazafira, saya baru dapatkan novel Jauh Kau Pergi dan Tertulis Buat Kita, belum mula  ...

wkumsalam lowgil..

terima kasih sudi beli buku jkp dan tbk ya....hepi reading dan semoga enjoy dengan kisah dlm buku tu dan sependapat dnegan pembaca yang sukakan karya2 akak...buat pemulaan, baca JKP dulu tau....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 05:01 PM | Show all posts
lowgil posted on 25-10-2012 01:22 PM
salam sis dhiyazafira, saya baru dapatkan novel Jauh Kau Pergi dan Tertulis Buat Kita, belum mula  ...

@ lowgil, lps baca JKP & TBK, di rekomenkan agar anda baca plak hati bergetar rindu. best tau! hehhee.. one of my fav., sekarang ni i tgh baca rindu belum berhenti.. quite addictive.. heheh

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 10:39 PM | Show all posts
dhiyazafira posted on 25-10-2012 03:29 PM
wkumsalam lowgil..

terima kasih sudi beli buku jkp dan tbk ya....hepi reading dan semoga enjoy  ...

3 hari cuti raya sempat menghabiskan JKP & TBK... sukanya dgn kedua2 novel tapi lagi suka TBK - jimmy dgn auni..hehe

(warning: spoiler siapa yg belum baca Jauh Kau Pergi dan Tertulis Buat Kita jgn baca post ni..)


kak dhiya, saya nk tanya..mayat yg disangka jimmy tu sbnrnya arwah jeffri ke? kalau mayat jeffri saya rasa mcm ada contradiction.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 10:41 PM | Show all posts
ccdj posted on 25-10-2012 05:01 PM
@ lowgil, lps baca JKP & TBK, di rekomenkan agar anda baca plak hati bergetar rindu. best tau! heh ...

tq..lepas ni saya mmg akan cari lg novel2 lain dhiya zafira..bertambah lg seorg novelis yg saya suka baca karyanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.147610 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list