CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: inaez

All about Langkawi (by inaez, lina_lim79 & zul_khaleeda)

 Close [Copy link]
Post time 4-9-2006 03:40 PM | Show all posts
Pemikat baru di Langkawi
Oleh Hamzah Osman


Kicauan burung di Kampung Belanga Pecah hidup pelawat


PULUHAN Flamingo yang mendiami
Taman Hidupan Liar Langkawi.

KEISTIMEWAAN Taman Hidupan Liar Langkawi di Kampung Belanga Pecah bukan saja pada pemandangan landskap yang mempesonakan tetapi kicauan burung dan keriuhan haiwan liar yang menghuni taman itu turut mendamaikan jiwa, terutama kanak-kanak dan mereka yang meminati binatang.

Terletak hanya tujuh kilometer dari jeti Kuah dan kira-kira 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, membolehkan taman itu muncul sebagai destinasi `mesti lawat' di pulau sumpahan Mahsuri itu.

Taman yang dibangunkan dengan kos RM9 juta dibuka kepada orang ramai tiga tahun lalu dan kini dilaporkan menerima purata kunjungan 3,000 pelancong tempatan dan asing setiap bulan.

Kicauan ratusan burung daripada lebih 50 spesies tempatan dan luar negara, keindahan dan kehijauan landskap taman itu berjaya menarik ramai pelancong terutama pada musim cuti persekolahan dan perayaan utama negara.

Kunjungan ke taman itu turut memberi pengalaman baru kerana kira-kira 70 peratus burung yang ditempatkan di situ dibawa masuk dari luar negara termasuk Afrika, Amerika Selatan, Papua New Guinea, Belanda, Belgium dan Australia.

Antaranya terdapat 20 kakak tua dari Amerika Selatan dengan setiap satu berharga RM3,000, selain Golden Pheasant, Flamingo, Barn-Owl dan King Bird Paradise.

Sementara burung spesies tempatan yang turut ditempatkan di taman yang dirasmikan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain itu ialah Enggang, Kuang, Murai Batu, Burung Hantu, Helang, Serindit, Merpati, Ruak, Tempua dan Tiong.

Pada masa sama, pembangunan fasa kedua taman itu yang siap akhir tahun lalu membolehkan beberapa spesies haiwan liar termasuk kangaru, arnab, memerang, tupai, musang, buaya, ular dan beruk dibawa masuk bagi menjadikannya lebih ceria dan menarik.

Pengunjung juga pasti memperoleh pengalaman baru apabila berpeluang bermesra dengan anak musang yang diberi nama `Fifi' kerana selain jinak telatah haiwan itu turut menghiburkan.

Jika mahu, pengunjung boleh bergambar kenangan bersama haiwan itu dengan pengawasan ketat oleh kakitangan taman itu yang dilatih khas.

Pengurus Besarnya, Teoh Cheng Kung, berkata taman itu adalah destinasi `mesti lawat' kepada pelancong ke Langkawi kerana ia adalah satu produk pelancongan unik dan menarik serta sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.

"Di taman ini, pengunjung berpeluang menyaksikan kira-kira 100 burung eksotik dan jarang ditemui terbang bebas dalam sebuah sangkar gergasi yang dibina khas bagi mengekalkan habitat asal burung.

"Berkonsepkan mesra alam, pengunjung boleh mendekati sebahagian haiwan liar ketika berada dalam sangkar kerana kebanyakannya sudah dijinakkan oleh kakitangan kami yang terlatih," katanya.

Sangkar bersaiz kira-kira 50 meter lebar dan 60 meter panjang serta tinggi 12 meter itu menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung untuk memudahkan pengunjung menyaksikan habitat burung dan haiwan liar secara lebih dekat.

Teoh berkata, pelawat yang berada dalam sangkar itu akan berada seolah-olah di tengah hutan belantara dan hanya kedengaran suara binatang serta aliran air terjun yang sejuk dan nyaman.

"Sementara hiasan landskapnya pula mengambil kira ciri-ciri semula jadi yang ditanam pokok hutan menghijau bagi menimbulkan suasana sebenar kehidupan burung," katanya.

Tiada tangga yang dibina dalam kawasan sangkar itu, sebaliknya laluan mendaki lebih diutamakan untuk memudahkan pergerakan orang ramai, khususnya golongan kurang upaya dan menggunakan kerusi roda.

Turut disediakan pada laluan pejalan kaki di taman berkenaan ialah sudut pendidikan sepanjang 10 meter yang mempamerkan poster serta maklumat ringkas berkaitan habitat dan tumbesaran burung.

Pengunjung juga dibenarkan memegang, memberi makan dan merakamkan gambar bersama haiwan jinak di taman berkenaan, tetapi jangan keterlaluan kerana kelakuan mereka diawasi pihak pengurusan menerusi litar tertutup.

Pihak pengurusan taman itu membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk membeli pelbagai jenis makanan haiwan peliharaan termasuk buah-buahan dan bijirin.

Katanya, selain sangkar gergasi, kemudahan lain yang dibina di situ ialah tempat letak kereta, kafeteria, kedai cenderamata dan ruang legar yang mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai.

Taman dengan keluasan keseluruhan kira-kira lima hektar dan dikendalikan 20 kakitangan itu dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Bagaimana ke sana?
Pengunjung dari jeti Kuah atau Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau kereta sewa pandu sendiri dengan kadar sewa berpatutan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit dari jeti Kuah, manakala 30 minit dari LTAL.


KAKITANGAN THLL, Mazni Sahadan (kiri) dan
Atikah Ahmad memberi Serindit makan dalam
sangkar gergasi.

Fakta: Taman Hidupan Liar Langkawi

Mula beroperasi pada Disember 2003

Kos pembinaan RM9 juta

Luas kawasan keseluruhan 5 hektar

Purata kemasukan pengunjung 3,000 orang sebulan

Kira-kira 70 peratus burung yang ditempatkan di situ dari luar negara

Mempunyai sangkar gergasi dengan 50 meter lebar dan 60 meter panjang serta tinggi 12 meter

Membelanjakan RM400 sehari untuk makanan haiwan

Dikendalikan 20 kakitangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 04:03 PM | Show all posts
tu la pasal.. tak leh percaya dgn sale2 ni.. byk tipu dari betul..:pmuka:
sebab tu la saya tak suka gi soping during sales...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 04:31 PM | Show all posts
Baru balik 2/9. Dok kat lankasuka resort.. Ok gak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 05:19 PM | Show all posts
betul la tu kintan, saya beli pun kat Ismail Group RM199.. kalau nak beli correlle/corningware ni I memang takkan beli kat KL la, beza byk giler.. kalau pegi Langkawi je beli.. or dulu masa pegi N.York.. sambil2 kata org tu heheheh...

tu pun dah naik harga.. the same set I beli in 2005 baru RM165.. this time I bought for my sister..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by rorygilmore at 4-9-2006 02:01 PM
insya-allah,
ari khamis nie saya pegi Langkawi...
tak sabar rasanya...


rory, pegi sana jgn lupa borong apa2 yg patut! jgn menyesal kemudian hari hehehe.. kalau menyesal buat plan baru utk pegi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 05:59 PM | Show all posts
airis,
me aritu tersilap beli yg mix, tapi tak best le sebab cam liat2 gitu ...
best lagik yg crunchy nyer ... tapi dlm tak suka pun abes jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2006 01:17 AM | Show all posts
saper sini pernah gi spa kat langkawi? or sunset yatch? i plan nak gi spa tak tak sure mane tempat kat datai bay cam mahal sgt
Reply

Use magic Report

gerhana This user has been deleted
Post time 5-9-2006 09:21 AM | Show all posts
G sekeluarga baru balik dari langkawi 2/9 lepas. G pegi Island Hopping. Best sesangat. Nasib baik anak G ok naik bot. Risau jugak kalau dia buat hal tak nak naik bot. G tak sewa satu bot sebab pegi berdua dgn hubby dan anak umur 2 thn setengah.

G amik sharing package, sorang RM30. Anak G kena charge RM10. Mula2 depa kata free, last minute kena charge RM10. Kalau nak amik sharing package ni sehari cuma ada 2 kali je, pukul 9.30 pagi dan 2.30 ptg. Kitorang bertolak pukul 9.30 balik dekat2 pukul 1. Kalau saper nak pegi lepas ni make sure bawak bekal sikit mcm nasi lemak ke.. G tak bawa apa2 masa balik kelaparan.

Pegi Pulau Dayang Bunting, boleh massage kaki dgn ikan keli. Lepas tu pegi tengok eagle feeding kat Pulau Singa Besar. Last sekali pegi mandi laut kat Pulau Beras Basah. Best sebab ombak tak kuat sebab tempat mandi ni berdepan dengan Pulau Singa Besar. Anak G ni takut sikit tempat yang ombak kuat. Mmg puas hati. Petang tu terus balik rumah. Esoknya G dan hubby takleh nak buat apa sebab kaki cramp. Tapi pengalaman mmg tu yang paling berharga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by Airis at 4-9-2006 05:25 PM


rory, pegi sana jgn lupa borong apa2 yg patut! jgn menyesal kemudian hari hehehe.. kalau menyesal buat plan baru utk pegi lagi



Airis...
tu la macam tak sabar jek nak jejak kaki kat sana...
nak soping cokelat bebyk...hehehehe..
pinggan mangkuk lak maybe beli utk my mum and MIL..kalo jumpa yg cantik...

kat sana ada jual gelang ngan rantai kristal tak...
my mom dah dok hint2 suh belikan dia...
anybody tau kat Langkawi tu katne jual..?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by gerhana at 5-9-2006 09:21 AM
G sekeluarga baru balik dari langkawi 2/9 lepas. G pegi Island Hopping. Best sesangat. Nasib baik anak G ok naik bot. Risau jugak kalau dia buat hal tak nak naik bot. G tak sewa satu bot sebab pegi ...


yen tak pegi pon island hoping... in fact dok sane 4 hari 3 malam pon tak habih pulau tu aku pusing... bawak baby 2 orang 1 thn dan 2 thn mmg susah sket nak jalan...
my hb plak jenis kene tunggu anak die bgn baru die nak kuar jalan... kalo tgh jalan anak die nak tido, kene ballik hotel... shushah sketlaa....
tgu anak beso sket kene pegi lagikla ni...

tp by the time kuor plak lgk sorang si kenit... hehehehe...:hmm:
Reply

Use magic Report

gerhana This user has been deleted
Post time 5-9-2006 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by yen_mamayen at 5-9-2006 11:09 AM


yen tak pegi pon island hoping... in fact dok sane 4 hari 3 malam pon tak habih pulau tu aku pusing... bawak baby 2 orang 1 thn dan 2 thn mmg susah sket nak jalan...
my hb plak jenis kene tung ...


Yen, mmg kalau bawa baby susah sikit nak jalan. Sama mcm kitorang. Kalau anak tido kena tunggu dulu, hubby tak suka jalan time anak tido. Sekarang ni anak selalu tido petang, jadi apa2 plan waktu pagi la. Tahun depan, InsyaAllah keluar lagi sorang, kena plan elok2 kalau nak bercuti. Sian baby...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:36 AM | Show all posts
betul airis..
kalo ke langkawi mesti nak soping pinggan mangkuk.. rugi rasa nyer kalo tak beli kat sana sebab memang murah kalo compare dgn kl.. especially yg corell/corning/pyrex.. juga queen anne.. saya kalo ke sana brg2 tu yg saya tuju dulu :ting:
last sekali baru carik cekelat..

insyaallah.. i nak kesana lagi.. before puasa ni kot.. sebab hubby dok sebok ajak gi lagi.. kali ni pergi berdua jer dgn hubby..hihhihihiii.. sonok nyerrrrr:nerd:

nak gi carik periuk maxim (non stick).. murah kat sana.. kat sini mak aiii mahal gilossss..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by O2 at 1-9-2006 12:03 PM



Wah!Boleh dapat RM100 aje for both hotel? Napa aku tak dapat ek? walhal kira aku check in untuk Sunday(weekdays rate):stp: Takan nak tunggu walk in baru kasi?


RM100 tu through agent. Agent tu cuma mintak komisen RM10.00 ajer. So kira bayar kat budak agent tu RM10 & hotel RM100. I pegi masa hari biasa. So agent tu mungkin pikir dari tak ada baik ada. Kalau walk in RM150.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by rorygilmore at 4-9-2006 03:08 PM


kat sana ada jual gelang ngan rantai kristal tak...
my mom dah dok hint2 suh belikan dia...
anybody tau kat Langkawi tu katne jual..?



Rory. kalau tak silap my hubby masa bawa anak ke Bird Paradise, dia kata ada satu ruang legar org jual barang kristal. Dia kata mcam funny lak.. kita masuk untuk tgk burung2 like artikel kat atas tu tetiba ada pulak brg2 hiasan kristal kat dlm tu. Saya tak masuk sbb malas nak jalan2 dah. Maybe u leh check tempat2 lain jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by gerhana at 4-9-2006 01:21 PM
G sekeluarga baru balik dari langkawi 2/9 lepas. G pegi Island Hopping. Best sesangat. Nasib baik anak G ok naik bot. Risau jugak kalau dia buat hal tak nak naik bot. G tak sewa satu bot sebab pegi ...


Oh dalam 4 jam je ke Island Hopping ni. Masa saya pergi aritu memang ada Island Hoping jugak untuk group kami. Me n hubby memang nak ikut sbb belum pergi lagi, tapi sbb pk bawak anak lebih kurang baya u, so tak jadi la..ingatkan seharian gi tgk pulau2 tu semua so rasa macam tak sesuai pulak nak bawak budak . Buatnya meragam nak tidur ke apa ke. payah jugak. Nak kena ikut timing dia..kalau dia monyok letih tak ceria je.. kita pun kesian n rasa tak best.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by gerhana at 5-9-2006 11:22 AM


Yen, mmg kalau bawa baby susah sikit nak jalan. Sama mcm kitorang. Kalau anak tido kena tunggu dulu, hubby tak suka jalan time anak tido. Sekarang ni anak selalu tido petang, jadi apa2 plan wak ...



tulaa... my hb mmg jenis takmo kacau anak die tido...
kenkadang sanggup masuk keje leat pasal tak sampai ati nak kejut anak bgn tido...
sabau jela akoo!!!

ape pon.... langkawi... akan aku datang lagi padamuuu...:love:
utk memborong periokkkkmuu... tungguuu....
tp jgn naik haraga yekkk...:geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gerhana This user has been deleted
Post time 5-9-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by O2 at 5-9-2006 04:09 PM


Oh dalam 4 jam je ke Island Hopping ni. Masa saya pergi aritu memang ada Island Hoping jugak untuk group kami. Me n hubby memang nak ikut sbb belum pergi lagi, tapi sbb pk bawak anak lebih kura ...


Takdelah sampai seharrian O2... Pada G, ok je nak bawa anak tapi make sure susu anak kena bawa sekali. G siap bawa satu beg berisi susu, air masak, thermos, diapers (just in case). Tapi masa ronda2 kat pulau tu G tinggalkan beg tu kat dalam bot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:36 PM | Show all posts
Ok... aku gi sana on 29/8 malam.  Naik bas Mara Liner.  Bas pukul 11.45 mlm.  Sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 6.00 pg. Jetty yg paling awal 7.00 pagi, tp aku ambil pukul 7.30.  So.. aku ngan hubby breakfast dulu.  Sampai kat jetty kuah dalam pukul 8.30, hujan agak lebat.  Aku pusing2 nak cari keta sewa... ramai gak dok offer. tp kita orang dok tanya satu2. Lastly k/org ambil ngan mahamas travel. sebab dia ada booth kat Airport. senang nak return. And then dia org ada offer untuk pg mangrove tour. 2 tahun dulu dah buat island hoping, so malas nak buat menda yg sama. K/org ambil keta n' terus pg check in kat Langkasuka.... nasib dia org bagi check in awal..  ok nanti sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:37 PM | Show all posts

Reply #618 w_an85's post

Tengokkan aje ke??hehehhe..cantik la design ni..soft color
Reply

Use magic Report

w_an85 This user has been deleted
Post time 5-9-2006 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by O2 at 5-9-2006 05:37 PM
Tengokkan aje ke??hehehhe..cantik la design ni..soft color

tgk kan harga dia sekali satu kotak berapa. aku bulan 12 ni nak gi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list