Anak Dara Menteri.
"Perempuan yang suka barang2 lama ni selalunya selera dia lain macam sikit. Payah dia nak berkenan orang muda macam kau. Dia lebih terliur pada jantan tua. Jantan yang nombor akaunnya dah tua juga."
-------------------------------------------------------
Ditenungnya aku. Aku balas tenungan itu sekali lalu. Buat pertama kali aku dapat melihat wajahnya dari dekat dan secara cukup jelas. Dalam tirai hujan itu, dia kelihatan terlalu cantik. Ohhh, terus terang cakaplah, demi untuk dia aku sanggup tolak kereta itu sehingga ke Kampuchea...
AnakDara Menteri 2
"Aku sendiri pun tak fahamlah macamana aku boleh berkenan pada dia. Perasaan tu datang secara mendadak." "Bukan kerana simpati sebab aku tinggalkan dia?" "Tidak, tidak ada kena mengena langsung dengan simpati. Kalau nak ikutkan simpati, dah jenuh awek engkau aku kutip buat bini." ------------------------------------------------------------- Seronoknya melihat rama2 terbang tinggi... sesekali turun menggigit jari. Sesekali hinggap di bunga berduri. Ditangkap lari. Dikejar terbang tinggi. Seronok lagi bila anak dara menteri itu akhirnya meronta2 manja di dalam pelukan lelaki gagah macam aku ini. Bahagianya usah ditanya. Gembiranya susah hendak dicerita... Yang pasti aku tidak ingin terkejar2 macam dulu lagi. Dia sudah diam macam kucing siam. Dan aku sudah tidak sabar hendak berbini...
AnakDara Menteri 3
Kasih tidak boleh dijual beli, tetapi sentiasa boleh ditukar ganti... ---------------------------------------------------- "Yanggg... apa yg dimenungkan tu?" Lamunanku di tingkap itu terhenti. Aku menoleh... "Sorrylah, terlambat bangun.." katanya sambil bergerak turun dari katil dan menuju ke arahku. Waktu itu sekali lagi aku terperasan betapa besarnya isteri aku. Bila dia melangkah nampak saling tak tumpah macam almari berjalan.Tidak mengapalah, biar sebesar lori pun dia tetap isteriku. "Ayang dah siapkan breakfast?" Dia meletakkan tangannya yang macam pelapik rumah itu ke pinggangku. Tidak mengapalah, biar sebesar mana pun lengan dan tangannya,dia tetap perempuan yang banyak jasanya padaku. Dialah satu2nya manusia yang benar2 memahamiku dan juga sentiasa bersedia melindungiku. Tanpa dia, aku mungkin bukan setakat kehilangan Tini dan Maya, tetapi juga segala2nya termasuk harga diri sebagai seorang usahawan. "Dah, nasi lemak, mihun, roti bakar, karipap..semuanya dah ready.." jawapku. "Thanks sayang..." Dia memeluk pinggangku.
Last edited by Farini on 12-11-2013 03:16 AM
|