Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 7,562 kes (2,303,583 kes kumulatif, 95.4%);
- Kes baharu : 6,210 kes (2,413,592 kes kumulatif);
- Kes import : 42 kes (19 warganegara; 23 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,168 kes [5,860 warganegara (95.0%); 308 bukan warganegara (5.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 677 kes (501 kes disahkan COVID-19 ; 176 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 319 kes (205 kes disahkan COVID-19 ; 114 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,705 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,114 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 591 kluster.
Daripada 6,210 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 116 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 6,094 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Weardan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 21 Oktober 2021 @ 5:30 petang. LAMPIRAN 1 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 OKTOBER 2021
LAMPIRAN 2 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 20 OKTOBER 2021
|