|
Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)
[Copy link]
|
|
Edited by dammerung at 5-1-2021 06:45 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian I)
Ibubapa Amir bercerai pada usianya 11 tahun dan dia mengikuti ibu memulakan hidup baru di Selangor. Mereka menyewa rumah separa kayu semi-detached dua bilik berhampiran Batu Tiga. Rumah sewa Amir merupakan salah satu dari lapan unit rumah sewa di halaman banglo tiga tingkat didiami tuan rumah bernama Kak Mon.
Jiran tetangga terdiri dari gadis-gadis pekerja kilang yang juga merupakan pekerjaan ibu. Rumah-rumah sewa Kak Mon hanya untuk anak dara sahaja namun ibu diberi kelonggaran, mungkin kerana status sebagai ibu tunggal baru bercerai. Cuma ibu terpaksa membayar sewa lebih kerana penyewa lain berkongsi tiga hingga empat orang serumah sedangkan rumah Amir hanya mereka dua beranak.
Kedudukan perumahan sewa tersebut agak terpencil. Terdapat sebatang jalan kecil sepanjang 200 meter menghubungkan kawasan perumahan dan jalan besar. Disekeliling kawasan terdapat dusun buah-buahan terbiar. Semak-samun dengan lalang hampir sama tinggi dengan Amir dan hanya dipisahkan oleh pagar kawat yang sudah berkarat.
Rutin harian Amir bermula pada pukul 5 pagi. Setelah bersiap-siap, dia akan menumpang bas kilang ibu di tepi jalan besar sehingga ke pekan, kemudian dia akan berjalan kaki sekitar 20 minit untuk tiba ke sekolah. Amir pulang menaiki bas bernombor 39, satu-satunya bas awam yang melalui jalan besar menuju ke rumah sewa dua kali sehari. Sekiranya dia ketinggalan bas pada pukul 3 petang, dia terpaksa menunggu hingga pukul 5:30. Bukanlah satu masalah kalau dia hanya sampai rumah lewat petang kerana ibu hanya akan pulang sekitar pukul 11 malam kerana menyambung kerja sebagai pelayan restoran setelah selesai kerja di kilang.
Amir tak berapa suka melewati jalan kecil itu, lebih-lebih lagi menjelang senja . Setiap kali dia melalui jalan selebar sebuah kereta itu, Amir merasakan seperti ada orang di sebalik semak-samun tersebut. Ada kala terdengar bunyi ranting-ranting dipijak, ada masa ada bunyi orang berdehem, atau terbatuk. Apa membuatkan Amir seriau adalah dia sering 'ditegur' oleh suara-suara garau dari sebalik semak-samun.
"Hai, Haiii" sapa suara dari kiri dan kanan. Amir tahu itu adalah sapaan burung-burung tiong yang banyak didapati di dusun berkenaan. Ibu juga ada memberitahu kawasan semak tanah Kak Mon itu memang sering dicuri masuk penjerat burung tiong. Walaubagaimana pun ibu melarang keras Amir dari bermain-main di semak-samun kerana antara amaran Kak Mon yang boleh menyebabkan mereka ditendang keluar adalah sekiranya Amir bermain-main di semak-samun tersebut.
Bercakap tentang Kak Mon, makcik tuan tanah itu boleh dikatakan tidak pernah keluar rumah. Setiap awal pagi, ketika para penyewa beramai-ramai menuju ke jalan besar untuk menaiki bas, kelibat Kak Mon akan muncul di sebalik tingkap di tingkat tiga rumah banglonya, memerhatikan mereka.
Musim cuti sekolah tahun 1988 merupakan cuti sekolah panjang Amir pertama di rumah sewa. Memandangkan mereka tidak memiliki TV, Amir sering mengunjungi perpustakaan awam di pekan untuk meminjam buku. Pada minggu pertama, Amir agak rajin ke perpustakaan dengan menumpang bas kilang, tapi masuk minggu kedua dia sudah malas. Pada hari Isnin minggu kedua cuti sekolah, Amir bangun lewat sekitar pukul 10 pagi. Sedang dia bergolek-golek di atas tilam sambil memutar-mutar frekuensi radio transistor, terdengar bunyi seperti pintu dibuka. Dengan pantas, Amir mengintai dari rekahan tingkap.
Kak Mon keluar dari pintu rumah sewa paling hujung dan menguncinya kembali, kemudiannya beralih ke rumah sebelah. Melihat Kak Mon keluar masuk setiap rumah jiran, Amir tahu rumahnya juga akan dikunjung Kak Mon.
Seperti dijangka, Kak Mon berjalan menuju ke rumahnya. Rambut kerinting mengerbang dengan solekan tebal Kak Mon mengingatkan Amir kepada selebriti Sahara Yaacob dan rantai-rantai serta gelang-gelang emas dikenakan Kak Mon bergerincing dengan setiap langkah.
Amir dan ibunya berpindah ke rumah itu dengan hanya dua beg pakaian, jadi tiada sebarang perabot dalam rumahnya untuk Amir menyembunyikan diri di dalam rumah kecil itu, selain dari...
Pintu rumah dibuka. bunyian dari barang kemas Kak Mon kedengaran jelas dari sebalik timbunan baju-baju kotor di sudut bilik. Kesibukan ibu mencari rezeki demi menyara kehidupan baru mereka membuatkan keadaan rumah agak tidak terurus. Kadang-kala Amir suka menguburkan diri di dalam longgokan pakaian hingga dimarahi ibu dan kini tabiat menjengkelkan ibu itulah menjadi penyelamat kepada tetamu tidak diundang yang kini sedang berada di bilik tidur.
"Apa punya pemalas lah janda ni, patut lah kena cerai" getus Kak Mon sambil merungkai bag pakaian ibu. Di tangannya terdapat plastik merah padat berisi tuala wanita terpakai. Kak Mon mengeluh lalu keluar dari bilik. Amir cuma berani keluar dari persembunyian apabila mendengar pintu rumah dikunci.
Walaupun ibu tiada masa untuk mengemas rumah, tapi kalau perihal kebersihan, ibu amat teliti. Pembuangan sampah dikurangkan seminima yang boleh dan setiap hari mereka akan bawa sampah menaiki bas untuk dibuang samada di pekan atau di tempat kerja. Lagi-lagi hasil buangan sensitif seperti tuala wanita, ibu tak akan biarkan lama-lama di rumah.
Amir kembali mengintai. Kak Mon berada di tepi pagar dengan plastik berisi tuala wanita tadi diletak ke tanah. Kak Mon mengibar-ngibar tangan ke lalang, seperti cuba menarik perhatian sesuatu di dalam semak.
Kak Mon menjarakkan diri dari pagar dan sepasang tangan muncul dari lalang dan mengambil plastik berisi tuala wanita terpakai itu.
(Bersambung)
|
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 5-1-2021 06:44 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian I)
Yezza...
Terima kasih dammerung
Tak sbr tggu sambungannya.
Kesian amir...
|
|
|
|
|
|
|
|
hareee bang ramin ni pedo rupanyaaa. . patut laa senak budak tu ko kerjakan |
|
|
|
|
|
|
|
Best!! |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 5-1-2021 06:44 PM
Kes 7/2020 - Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian I)
yaaaayyy tq bro sebab ade cerita baru
saya mengharapkan plot twist yang ummphhh!! |
|
|
|
|
|
|
|
ya ada citer baru... sambung cepat dam
|
|
|
|
|
|
|
|
Yahuu... Cerita baru.. tq dam |
|
|
|
|
|
|
|
Ye damerung comeback dengan cerita yang lain dari yang lain... I like it |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lps baca citee bobot ngn nurul ngn baim nih ...lama dah tggu update,finally..
Boleh laa binge-reading citer damm..pkp plak ni,hrp ditambah lagi citer2 menarik |
|
|
|
|
|
|
|
thoyol replied at 18-5-2020 12:06 AM
Welcome back bro @dammerung. Good to see that you are back. Ingat lagi aku waktu awal-awal ko menuli ...
Bukak benang sissss..nanti tag aiolzs..nak baca kisah2 mistik ni.. alang2 pkp start balik.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dammm..tulis lagi pleaseee..i need some comfort during the PKP..Cerita2 seram uols part of my comfort |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak excited baca cerita baru dah bersambung pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
waaa...bestnya...last masuk forum thn 2017 tu pn lepas dam ckp dh tamat dh semua cerita...xsangka lepas masuk semula tahun ni...ada vol 2 dr dammerung...macam biasa cerita tak pernah mengecewakan...terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 11-11-2020 06:55 PM
Bahagian Akhir: Kampong Kucing
Baru-baru ini aku menerima mesej oleh seorang forumer yang memperk ...
Y kampung kucing ni ala2 citer kg tinggal kt jepun sbb kan empangan pecah..abes tenggelam kg..tp org y sesat igtkn kg tu masih ada n ada penduduk y duk situ..
Rupanya penghuni alam lain..huhuhu..menarik menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
best-best....setiap kali singgah BOD Paranormal, mesti bukak thread Dammerung |
|
|
|
|
|
|
|
Yucks...pengotor betul kak mon tu..membela agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aaa menakutkan.. nak buat ape dgn pad2 tu huwaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|