CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 31-1-2015 05:22 PM | Show all posts
elia201 replied at 31-1-2015 08:31 AM
You kan kaki speku.. tolonglah menspeku kan hehe

rasanya, jie nak buat Ku iz cter pasal perkahwinan tu atau nak bunuh dia? Aku dah takleh agak. Best cter ni. Twist yg tak blh diagak. I suka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2015 05:25 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-2-2015 09:39 AM

Ku Iz terjaga dari lena. Pantas bangun mencari Jie. Tiada ! Hati mula berdebar memikirkan kemungkinan gadis itu lari lagi meninggalkannya. Jeritan Ku Iz kedengaran seluruh banglo menyeru nama Jie. Mak Jah yang sedang leka didapur terkocoh kocoh ke ruang tamu setelah mendengar teriakan kuat Ku Iz.

"Mak Jah ! Nampak isteri saya tak?!" Bayang Jie yang dicari tiada. Gusar makin terasa.

Hampir melatah wanita tua itu mendengar sergahan kasar Ku Iz. Isteri? Mak Jah bingung. Teringatkan gadis yang bersama Ku Iz semalam. "Dia..."

"Morning abang !" Jie muncul setelah mendengar keributan yang terjadi. "Kenapa bising bising pagi ini?" Jie mula hairan melihat Ku Iz yang sedang memarahi Mak Jah.

Sebaik saja terpandangkan Jie, Ku Iz meluru memeluk gadis itu. Risau Jie 'lari'jauh lagi. " Jiha pergi mana? Abang ingat Jiha dah tinggalkan abang." Baru lega hatinya. Debaran mula surut.

"Abang.." Jie mendongak merenung wajah Ku Iz. "Jiha dekat dapur tolong Mak Jah masak. Tak ke mana pun." Jie lihat Ku Iz lena tidur tadi. Tak mahu menganggu.

" Jiha.. " Mata cantik berwarna coklat itu ditentang. "Jiha isteri abang ! Bukan orang gaji dalam rumah abang ! Abang nak Jiha duduk saja. Jiha cuma perlu teman abang. Please !" Memang Ku Iz inginkan Jie menikmati segala kesenangan hidup. Tak sanggup melihat gadis itu bersusah payah untuk dirinya.

"Bukan orang cakap nak pikat suami melalui masakan ke?" Jie menyoal naif. "Jiha masak untuk abang sebab nak pikat hati abanglah." Niat untuk memancing hati Ku Iz.

Bunga api terbit dihati saat mendengar kata kata Jie. Menceriakan hari Ku Iz. Spontan wajah itu disentuh. " Tak payah Jiha nak susah susah pikat hati abang. Abang memang dah lama terpikat dengan Jiha. Love you my dear." Satu ciuman mahu dihadiahkan ke pipi Jie.

Jie mengelak. Mata menghala ke arah Mak Jah. Segan.

Ku Iz angguk tanda faham. Rasa malas untuk ke pejabat hari ini. Ingin berdua duaan bersama isteri yang berjaya dijejaki setelah hampir setahun terpisah. Harap kali ini Jie takkan pergi lagi dari sisinya.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 06:50 PM | Show all posts
elia201 replied at 31-1-2015 09:25 AM
Ku Iz terjaga dari lena. Pantas bangun mencari Jie. Tiada ! Hati mula berdebar memikirkan kemungkina ...

Hahaha. jadi gitu orang laki.hahaha. Aku rasa ada trap. tapi trap apa? Penulis tak elobrate perasaan Jie sgt, sure ada makna.

Geramnya takleh agak. Haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:14 PM

Panggilan telefon dari Rayyan tidak diendahkan. Jie hanya membiarkan saja. Deruan angin pantai menerpa ke muka. Ketenangan makin dirasakan. Pandai Ku Iz memilih tempat untuk beristirehat. Deringan telefon berbunyi lagi. Ku Iz berpaling ke arah Jie. Pelik melihat gadis itu membiarkan saja tanpa mahu menjawab.

"Siapa yang telefon Jiha?" Naluri ingin tahu terbit. Ku Iz pantas mengambil  telefon bimbit yang berada diatas meja. Tertera nama Rayyan Hardy.

"Jiha tak terus terang lagi dengan Ray pasal perkahwinan kita ke?" Ku Iz tak mahu wujud salah faham dikemudian  hari.Tambahan pula Rayyan adalah sepupunya. Lelaki itu berhak mengetahui hal sebenar.

Jie cuma menggeleng. Mengingatkan Rayyan hati bagai ditusuk sembilu. Cintanya pada Rayyan masih seperti dulu. Namun Jie tak berdaya. Sedar status dirinya yang tidak memungkinkan mereka bersama.

"Jiha nak abang bagitahu Ray?" Ku Iz tak kisah untuk bersemuka dengan Rayyan. Jie sememangnya isteri yang dinikahi sejak dulu. Malangnya takdir menentukan mereka terpisah gara gara kemalangan yang menimpa Jie dan Rayyan pula jatuh cinta pada isterinya. Tiada siapa yang bersalah. Baik Jie mahupun Rayyan.

Jie menghela nafas panjang. Sejak ingatannya samar samar datang, Jie mula nampak kewujudan Ku Iz dalam masa silamnya.

Waktu itu Jie sangat tertekan. Mommy dan Daddy bertelagah kerana Mommy meminta Daddy menceraikannya gara gara sukar menerima kenyataan Daddy berkahwin lagi walau sudah hampir 5 tahun ianya berlaku. Daddy pula berkeras tidak mahu kerana masih cintakan Mommy. Hati Jie sayu.

Walau Mommy selalu memulaukan Jie dan mengagungkan Viana namun Jie tetap sayangkan Mommy. Melihat air mata Mommy buat Jie rasa hidup kosong. Jie baru berusia 14 tahun ketika itu. Masih mentah.

Jalan singkat diambil. Jie masih ingat lagi waktu itu. Bersaksikan tasik berdekatan sekolah, pisau hampir saja dihunus tepat ke perut untuk mengakhiri riwayat hidup Jie. Namun satu tangan sempat menahan pisau dari menembusi tubuh Jie. Pergelutan berlaku antara mereka dan secara tak sengaja Jie telah melukakan tangan lelaki itu. Cubaan pertama Jie untuk membunuh diri gagal.

Dan pelajar lelaki yang telah menyelamatkan Jie dari mati dalam kejahilan tak lain tak bukan adalah Tengku Hafiz atau lebih dikenali sebagai Hafiz dikalangan rakan sekolah. Rupanya Hafiz atau Ku Iz memerhatikan segala tindak tanduk sehinggalah ke saat Jie nekad menikam diri.

Sejak detik itu mereka menjadi rapat. Memandangkan perbezaan usia antara mereka, Jie memberi gelaran abang dan Ku Iz pula gemar memanggilnya Jiha. Hubungan antara mereka seperti adik beradik. Cuma Jie tidak menduga Ku Iz rupanya menganggap Jie lebih dari seorang adik.

Ku Iz selalu mengawal ketat dirinya. Jie tidak dibenarkan bercakap atau berkawan dengan pelajar lelaki lain. Sedangkan Ku Iz pula sebaliknya. Bertukar ganti perempuan seperti menukar baju. Jie menjarakkan diri tetapi Ku Iz kerap mengejarnya.

Setiap kali Ku Iz meluahkan isi hati pada Jie, Jie selalu menolak dengan alasan tidak bersedia. Lagi pula Jie masih dibangku sekolah.

Bila Jie berjaya untuk mendapat tempat melanjutkan pelajaran di Ohio, Jie rasa itu peluang baik untuk bebas dari cengkaman Ku Iz. Pantas saja lelaki itu ditinggalkan. Jie rimas dengan pujuk rayu Ku Iz yang tak putus asa menagih cintanya.

Di Ohiolah, Jie mula mengenal erti cinta. Zack lelaki pertama yang berjaya membuka hati Jie untuk bercinta. Jie tertarik dengan kepintaran dan karisma yang Zack miliki. Matang dan berdikari. Bonus pula adalah wajah kacak yang dimiliki Zack bisa mencairkan hati gadis sepertinya.

Jie benci  perangai lelaki tipikal anak orang kaya yang berlagak nenggunakan duit mak ayah ! Jie lebih sukakan kehidupan yang 'low profile'. Disebabkan itu Zack jadi pilihan Jie. Zack membuat Jie rasa hidup seperti diawangan.

Tak sangka Ku Iz tetap menjejaki Jie sehingga ke Ohio. Jie berusaha mengelak dari berjumpa namun Ku Iz berjaya menemuinya.

Dari situlah segalanya berubah. Ku Iz memujuk rayu Jie untuk mengahwininya. Jie menolak namun sesuatu terjadi. Ingatan Jie mati setakat disitu.

Tak pasti sama ada Jie mengahwini Ku Iz atas dasar cinta atau terpaksa. Memori masih kabur. Hanya Ku  Iz miliki jawapan sebenar.

"Jiha.." Ku Iz mengenggam erat tangan Jie yang masih leka mengelamun. " Jiha fikirkan apa?" Jie dilihat diam dari tadi.

Lamunan Jie terhenti. " Macam mana kita kahwin?" Terpacul soalan dari bibir merah delima itu.

Giliran Ku Iz pula terdiam. Berat untuk Ku Iz bercerita namun Ku Iz sedar Jie perlu tahu kisah sebenar disebalik penikahan mereka.

"Jiha sebenarnya..." Ku Iz rasa kebenaran harus didedahkan. Tak mahu terus terusan hidup dalam penipuan.

Jie tidak sabar menanti butir bicara lanjut dari Ku Iz.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Alkisahnya... Kesian jie... Kenapa mama dia sisihkan dia? Musykil betul... Sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 11:34 PM | Show all posts
elia201 replied at 31-1-2015 02:52 PM
Panggilan telefon dari Rayyan tidak diendahkan. Jie hanya membiarkan saja. Deruan angin pantai mener ...

takkanlah ini endingnya?


God. I EXPECt some KILLing..hehe.ckp je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 31-1-2015 11:34 PM
takkanlah ini endingnya?



Belum endingla.. read edited version
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 31-1-2015 11:31 PM
Alkisahnya... Kesian jie... Kenapa mama dia sisihkan dia? Musykil betul... Sambung lg TT...

Bab awal da cerita kenapa mummy dia sisihkan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2015 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-2-2015 05:25 AM

Usai Ku Iz bercerita wajah Jie berubah. Merah padam menahan marah. "Sampai hati abang buat Jiha macam itu. Abang tau tak tindakan abang tu keterlaluan?!" Kesal dengan sikap Ku Iz.

"Sorry Jiha ! Abang tak nak kehilangan Jiha !  Bagi abang peluang sekali ini saja. Abang janji takkan sia siakan hidup Jiha. Please !"  Segala yang Ku Iz lakukan hanya untuk mendapatkan Jie. Ku Iz cintakan gadis itu.

"Abang dah minta Papa abang berbincang dengan Daddy Jiha."  Ku Iz menyambung bila dilihat Jie masih diam. Marah barangkali. "Jiha , kita start fresh ok?" Masih lagi tak putus asa memujuk.

" Abang dah buat Jiha 'terikat' dengan abang seumur hidup. Bagi Jiha masa untuk belajar cintakan abang." Jie tak dapat menolak hakikat lagi. Nampaknya takdir sudah menuliskan jodoh Jie dan Rayyan tiada.

"Abang tak kisah Jiha tak cintakan abang. Benarkan abang untuk terus cintakan Jiha. Itu dah cukup buat abang bahagia." Pantas tubuh gadis dihadapannya didakap erat. Tak sanggup kehilangan Jie lagi.Jie tidak mampu menolak. Hanya menangis dalam pelukan lelaki yang sememangnya suaminya yang sah.  Biarlah jadi rahsia kisah disebalik pernikahan mereka dulu.

Walau hati rasa terkilan dengan sikap Ku Iz namun Jie tetap terhutang budi pada lelaki itu. Kalau tak kerana Ku Iz yang menyelamatkan Jie dari bunuh diri dulu, mungkin Jie sudah tiada lagi didunia hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-2-2015 08:43 AM

Bab 39

Tengku Azhan dan Dato Hanafi duduk bertentangan. Tan Sri Isa juga menyertai perbincangan mereka. Pertemuan ini lebih kepada membincangkan perihal hubungan cinta yang bersegi antara anak anak mereka. Sesuatu harus dilakukan untuk menjernihkan keadaan. Tengku Azhan rasa  sahabat dan abang iparnya patut tahu cerita yang sebenar.

"Fie..." Tengku Azhan menarik nafas panjang. Masih mencari ayat yang sesuai. "Aku minta maaf ! Aku baru tahu anak aku tu dah kahwin senyap senyap dengan anak kau. Hafiz pernah cerita nak kahwin masa belajar dulu, tapi aku anggap Hafiz bergurau. Terperanjat aku ! Tak sangka rupanya dia kahwin juga."

Dato'Hanafi hanya diam. Sejak Hafiz datang menemuinya dan menunjukkan bukti pernikahan dengan Jie, Dato Hanafi gigih melakukan penyiasatan sendiri. Memang benar pemuda itu tidak berbohong. Disebabkan itu, Dato Hanafi bertindak untuk menikahkan mereka semula di Malaysia. Malu jika ketahuan anaknya menikah secara rahsia di luar negara.

"Kejap Chaan. Aku tak faham." Tan Sri Isa menyampuk. " Hafiz dah kahwin dengan Najiha ke maksud kau?" Wajah Tengku Azhan adik iparnya ditenung untuk kepastian.

Tengku Azhan cuma angguk. " Haah. Mereka kahwin masa dekat US." Diam sejenak. "Sebab itu aku ajak kau sekali hari ini. Isteri Hafiz itu sebenarnya tunang Ray. Entahlah Isa ! Berbelit otak aku dengan kisah anak anak kita ini." Memang pening kepala Tengku Azhan melayan kerenah anak sulungnya.

Dato' Hanafi serba salah. "Mulanya masa anak kau datang jumpa aku bagitau dia dengan Jie dah kahwin, aku susah nak percaya. Dulu anak aku pernah accident dan ingatan dia terganggu. Ada certain benda anak aku tak boleh recall. Bila aku siasat sendiri memang betullah. Mereka dah nikah dekat sana." Walau sedih untuk melihat Jie berpisah dengan Rayyan, Dato Hanafi tiada pilihan lain. Hafiz sudah bergelar suami anaknya.Dan anak muda itu berhak ke atas Jie.

"Aku risaukan Ray..." Bicaranya terhenti. Benar Tengku Azhan takut Rayyan patah hati. Anak saudaranya nampak terlalu kasihkan Najiha.

"Pasal Ray kau tak payah risau. Pandailah aku nasihat anak aku. Hafiz dah jadi suami Najiha. Anak kau lebih berhak." Tan Sri Isa tak mahu adik iparnya rasa bersalah. Lagi pula ini menyangkut paut soal jodoh .Perkara sudah terjadi. Tak mungkin Tan Sri Isa meminta Hafiz menceraikan Najiha untuk dikahwini oleh Rayyan.

"Aku minta maaf Isa !" Dato Hanafi turut rasa bersalah. Sebagai bapa, Dato Hanafi faham gelojak dihati kawan rapatnya

"Kau pun tak minta keadaan jadi macam ini Fie. Jangan risaulah ! Aku yakin Ray boleh terima kenyataan." Tan Sri Isa senyum untuk meredakan galau dihati.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 08:10 AM | Show all posts
elia201 replied at 31-1-2015 09:12 PM
Usai Ku Iz bercerita wajah Jie berubah. Merah padam menahan marah. "Sampai hati abang buat Jiha maca ...

Apalah rahsianya..hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-2-2015 08:44 AM

Sebaik saja sampai di hadapan rumah Ku Iz, Rayyan terus memarkir keretanya. Pintu kereta dibuka.Langkah diatur pantas menuju ke perkarangan rumah. Ada perhitungan yang perlu dibuat dengan sepupunya !

Ketukan kedengaran bertalu talu. Bunyi loceng ditekan berulangkali. Ku Iz bingkas bangun membuka. Terperanjat menerima kedatangan sepupunya yang tak diduga.

"Ray.." Belum sempat Ku Iz menghabiskan kata kata, satu tumbukan kuat mengenai wajahnya. Ku Iz jatuh terdorong ke belakang. Rayyan mencekak leher sepupunya dan bersedia untuk memberi tumbukan kali kedua. Namun, tindakannya terhenti apabila mata melihat kemunculan Jie.

"Ray please.." Jie merayu. Mengharap lelaki itu tidak meneruskan tindakan gilanya.

Rayyan melepaskan genggaman ke atas Ku Iz. Jie dihampiri. "Kenapa you mainkan hati I?! You dah kahwin dengan sepupu I ! Kenapa you tak berterus terang dari awal?! You memang tak cintakan I, kan?!"  

Meja kopi menjadi mangsa sepakannya. Hati Rayyan hancur lebur mendengar kebenaran yang diceritakan oleh Papa. Papa meminta Rayyan melupakan Jie kerana Jie sudah menjadi isteri Ku Iz sejak di US lagi. Padanlah Ku Iz beriya iya mempertahankan Jie sewaktu hari jadinya rupa rupanya Jie itu isterinya !

Rayyan tak peduli Jie hilang ingatan atau tidak. Apa yang pasti sepupunya bersalah kerana tidak menjelaskan keadaan sebenar dari dulu.

"Sorry Ray.. I pun baru tahu.. I minta maaf.. I tak ada niat nak mainkan hati you." Jie mula sedih. Air mata bergenang namun cuba ditahan dari jatuh. I memang cintakan you Rayyan ! Namun kata kata itu hanya tersimpan dihati.  Jie tahu berdosa bergelar isteri orang tetapi menyimpan cinta untuk lelaki lain.

"Sayang..." Nada suara Rayyan mula menurun.  Panas barannya cuba dikawal.Hati tersentuh melihat air mata yang mula bergenang dimata Jie.

Bahu gadis itu disentuh. "You boleh minta cerai dari Iz ! I tak kisah siapa diri you. Kita masih boleh hidup bersama. I tau you masih cintakan I." Rayyan sudah tidak berfikir waras lagi. Walau tahu Jie adalah isteri orang, dia tetap tidak mahu berputus asa. "Please sayang !" Berharap agar Jie setuju.

Ku Iz tercabar dengan permintaan sepupunya. Rayyan langsung tidak memikirkan perasaannya sebagai suami Jie sehingga sanggup berkata begitu. Spontan sepupunya ditolak menjauhi Jie. "Ray.. terimalah hakikat. Jiha isteri aku ! Aku takkan ceraikan dia untuk bersama kau atau lelaki lain. Never ever !" Ku Iz bersuara tegas.

Kekerasan takkan menjernihkan keadaan. Rayyan tetap sepupu Ku Iz. Ku Iz faham Rayyan kecewa. Itulah yang mendorong sepupunya bertindak kasar tadi. Dan Ku Iz tidak menyalahkan Rayyan.

" Ray I tak boleh ! You lupakanlah I !" Walau tak cintakan Ku Iz, Jie takkan tergamak untuk menuntut cerai melainkan lelaki itu bersedia untuk melepaskannya. Namun Jie tahu mustahil untuk ianya berlaku.

"You tak boleh ke you tak nak hidup dengan I?" Rayyan menyoal sinis. Memang Jie sudah tidak mencintainya. Rasa tak guna Rayyan merayu lagi.

Jie menghela nafas. Payah untuk diluahkan. "You akan faham satu hari nanti kenapa I buat macam ini , Ray ! Apapun, I doakan you bahagia." Masanya akan tiba untuk Jie meluahkan segala kepada Rayyan. Tapi bukan sekarang.

" Terima kasih Jie !" Sedih sekali nada suara Rayyan. " You dah hancurkan hati I ! " Rayyan berpaling untuk pergi namun seketika kemudian dia menoleh. Merenung wajah yang dicintai mungkin untuk terakhir kali.

" Kalau you tak bahagia dengan hidup you,  you tahu mana nak cari I. I  akan tunggu you sampai I mati ! I tetap cintakan you Jie !" Usai berkata begitu Rayyan terus pergi tak menoleh lagi. Tak sanggup melihat Jie disamping lelaki lain walaupun lelaki itu adalah sepupunya sendiri.

Jie cuma merenung sayu langkah yang diatur Rayyan. Serasa seluruh hidupnya bagai berakhir dengan pemergian lelaki itu.Air mata mengalir deras. Maafkan I, Rayyan ! Jie akan bawa cinta ini sehingga ke helaan nafas yang terakhir. Hanya Rayyan cinta sejatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 08:52 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-2-2015 12:25 AM
Sebaik saja sampai di hadapan rumah Ku Iz, Rayyan terus memarkir keretanya. Pintu kereta dibuka.Lang ...

perghh..dramatiknyaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:28 PM

Zack terkesima menerima kad undangan perkahwinan yang dihulur oleh Ku Iz. Jelas tertera nama Tengku Hafiz dan Nur Najiha. Walau sudah mendengar cerita dari Rayyan sebentar tadi namun akal masih lagi tidak percaya. Jadi selama ini Ku Iz memang tidak menipu bila mengakui Najiha adalah isterinya. Rasa berdosa menyimpan cinta pada isteri orang selama ini.

"Aku ajak kau jumpa sebab aku nak minta maaf atas semua yang aku buat dekat kau masa kita dekat Ohio dulu." Ku Iz tahu dia banyak berbuat salah pada Zack. Malah Zack pernah dianggap 'musuh tradisi' kerana berjaya merebut hati isterinya. Ku Iz memulakan sengketa  hanya kerana ingin memiliki Najiha. Padahal lelaki itu tak pernah menyakiti hatinya.

"Kau sepatutnya berterus terang dari awal yang Najiha itu isteri kau ! Aku sanggup 'lepaskan' dia dulu kalau kau cakap dengan aku." Zack kesal. Ku Iz sanggup mengambil jalan sukar memerangkapnya dan lebih rela berbuat fitnah sedangkan lelaki itu boleh saja berdepan dengannya memberitahu perkara sebenar.

" Kau mesti tahu Najiha pernah accident dekat Springfield , kan?" Zack cuma angguk mengiyakan.

Kejadian itu berlaku sewaktu masih baru berkenalan dengan Najiha. Zack masih belum melamar Jie sebagai kekasih pada waktu itu kerana memikirkan dirinya yang yatim piatu. Tak sepadan dengan Najiha.

Namun setelah melihat Najiha terlantar dihospital, Zack rasa takut kehilangan gadis itu dan nekad untuk meluahkan isi hati. Mujur Zack tidak bertepuk sebelah tangan. Najiha juga rupanya dalam diam mencintai Zack. Sejak itu mereka berpacaran dan selalu bersama seperti belangkas. Ramai teman sekuliah  menganggap mereka pasangan romantis.

Ku Iz terus menyambung kemudiannya. "Lepas accident Najiha langsung tak cam aku. Apa lagi nak ingat pernah kahwin dengan aku. Aku lawat dia dekat hospital then dia anggap aku orang asing. Doc pula nasihatkan aku jangan paksa Najiha untuk ingat benda yang rumit. Takut otak Najiha bercelaru dan timbul komplikasi lain. Sebab itu aku terpaksa diamkan saja. Aku cuba create identiti baru sebab nakkan perhatian Najiha. Aku daftar masuk OSU dan sengaja rapat dengan kau. Sebab aku tahu melalui kau, aku boleh rapat dengan Najiha. Sayangnya dia cuma layan aku sebagai kawan kau. Macam macam fitnah dan cerita aku buat tapi hubungan cinta korang sangat kuat. Sebab itu aku terpaksa ugut kau untuk tinggalkan Najiha. Aku tahu kau sayangkan Najiha dan takkan sanggup biarkan dia dalam bahaya. Aku minta maaf Zack !" Lega dirasakan Ku Iz setelah selesai meluah semua.

"Kenapa kau tak berterus terang dengan Najiha masa aku tinggalkan dia?" Zack tak faham kenapa Ku Iz ambil masa lama untuk mengakui Najiha adalah isterinya.

" Aku tak sempat ! Lepas putus dengan kau Najiha jadi anti sosial. Fokus dia hanya kuliah dan buku buku. Kebetulan itu semester terakhir Najiha, then aku dapat tahu dia dah balik Malaysia. Bila dia dekat Malaysia dia tak duduk dengan family. Puas jugalah aku jadi ' stalker' depan rumah Mommy dia." Ku Iz senyum sendiri bila teringat kebodohan dulu.

Zack memang tahu Jie berpatah arang berkerat rotan dengan Mommynya sejak di Ohio lagi kerana Zack. Sebab itu Jie tinggal sendirian di Hartamas setelah pulang ke Malaysia. Hanya teman rapat saja tahu hal ini.

"Bila kau dapat jumpa Najiha balik?"  Zack tertarik untuk tahu.

" Dekat birthday party Rayyan." Ku Iz masih ingat waktu itu. Mata terpaku tak percaya melihat isterinya berada di depan mata. " Baru aku tahu dia dah bertunang dengan sepupu aku. Mulanya aku ingat Rayyan dengan dia tak serius. Yelah Rayyan kan pernah tunang dengan Zeeta. Aku nampak Rayyan macam main main saja  dengan Zeeta. So aku ingat dengan Najiha pun Rayyan tak serius. Aku pun biarkan jela."

Terbayang wajah cantik gadis bernama Zeeta di ruangan mata Zack sebaik saja mendengar nama itu keluar dari mulut Ku Iz. Rupanya gadis itu dan Rayyan pernah tunangan.  Tak sangka ! Layanan Rayyan terhadap Zeeta tak seperti seorang yang pernah berpacaran. Rayyan dilihat kasar melayani  Zeeta. Seperti Zeeta tiada makna langsung dalam hidup Rayyan walhal mereka pernah bertunang.

" Then bila kau tahu Rayyan serius nak kahwin dengan Najiha baru kau rasa perlu berterus terang, kan?" Zack menebak.

"Terpaksa bro ! Aku tak pernah ceraikan dia ! " Sampai sekarang Ku Iz masih lagi terbayang pandangan mata  dan bertapa erat pelukan Rayyan terhadap Jie. Kali ini Ku Iz nekad. Dikuatkan hati menemui Dato Hanafi demi menuntut haknya ke atas Najiha.

Syukur segala rancangan berjalan lancar. Malah, Najiha juga akur dan mula menerima Ku Iz sebagai suami. Ku Iz tak nafikan Najiha tak mencintainya cuma lebih 'terikat' dengan pernikahan mereka. Asalkan Najiha sudi menemaninya seumur hidup Ku Iz sudah rasa bahagia.

" Aku tak tahu nak ucap selamat pengantin baru ke apa dekat kau. Sebab kau dengan Najiha dah kahwin lama." Zack berlucu sekadar menutup lara dihatinya. Zack tak sangka Jie sudah dimiliki sejak bergelar kekasihnya lagi.

Ku Iz cuma senyum. "Tak apa. Kau doakan aku dengan Najiha bahagia dah cukup. " Ku Iz rasa tak sabar menanti saat disatukan semula dengan isterinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 10:50 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-2-2015 02:21 AM
Zack terkesima menerima kad undangan perkahwinan yang dihulur oleh Ku Iz. Jelas tertera nama Tengku  ...

Alaa..kawen gak ke? hmm...
Aku tunggu twist dan shera ..haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 1-2-2015 10:50 AM
Alaa..kawen gak ke? hmm...
Aku tunggu twist dan shera ..haha.

Mana kahwin jugak.. depa memang dah lama kahwim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 10:59 AM | Show all posts
kesian kat RAYYAN...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:25 AM | Show all posts
rasanya Jie aka Jiha aka Najiha aka Nur Najiha ni...cantik sebab tu jadi rebutan antara Ku Iz, Rayyan, Zack

Zack cinta pertama Jie..
Rayyan dan Jie saling mencintai
Ku Iz cintakan Jie tapi tidak Jie..
Jie dah nikah dengan Ku Iz
Jie pula dah bertunang dengan Rayyan

heheh..berbelit aku nak tepek kat sini..
tapi..suka twist macam ni dan ada rahsia di sebalik semua tu..

cewah..komen aku yang entah apa2..

but one thing..it seems like there's no other women in these 3 guys' life....only Jie???


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 11:38 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-2-2015 02:54 AM
Mana kahwin jugak.. depa memang dah lama kahwim

Ending kawen gak kan? Huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Khalid simpati melihat keadaan Rayyan. Hampir seminggu Rayyan duduk terperap dalam bilik. Makan minum tidak dipedulikan. Kerja pejabat banyak yang tertangguh dengan ketiadaan Rayyan sehingga memaksa Khalid untuk menguruskan semua. Kadang Khalid terpaksa berkejar ke ICB dan berpatah semula ke Kencana Holding. Waktu bersama Viana juga semakin kurang. Mujur isterinya memahami kesibukan Khalid. Namun Khalid tidak selesa berterusan begini. Rayyan tak boleh dibiarkan hanyut ! Khalid mahu abangnya sedar bahawa Jie bukan jodohnya. Rayyan hanya perlu meneruskan hidup dan mencari pengganti Jie.

"Karl." Satu suara menyapa. Khalid menoleh. Wajah Jie ditenung. Entah kenapa hati rasa benci dengan wajah itu. Padahal Jie adalah adik iparnya. Juga bekas tunangan abangnya !

"You buat apa dekat sini?" Khalid menyoal kasar. Baginya tak perlu untuk Jie muncul lagi. Hanya menambahkan sakit hati Rayyan.  " Yang you datang sini suami you tau tak? I tak nak keluarga I berantakan sebab you !" Sedar suami Jie adalah sepupunya maka Khalid tak mahu Ku Iz memandang serong Rayyan andai Jie ke sini diluar pengetahuan Ku Iz.

Jie sudah menduga reaksi kasar Khalid. " Ku Iz tahu I ke sini." Memang Ku Iz mengizinkan Jie untuk menemui Rayyan. "Boleh I jumpa abang you sekejap?" Jie terpaksa menebalkan muka meminta izin dari Khalid. Khabar yang diterima tentang Rayyan cukup membuat Jie rasa bersalah.

"I rasa you balik lagi baguslah Jie. Kedatangan you tak dialukan disini." Khalid bertindak tegas menghalau.

"Please Karl !" Jie tak segan merayu. Hati rasa tak senang selagi tak bertemu Rayyan.

" I cakap you balik , baliklah !!" Khalid mula menengking.

" Karl.. kenapa bising..." Rayyan yang terdengar bunyi bising dari biliknya bergegas turun. Tidurnya terganggu.Tersentak melihat Jie disitu.

" Sayang..." Spontan Rayyan mendapatkan Jie. Tubuh gadis itu dirangkul erat. Rindu.

Khalid segera menarik bahu Rayyan. Mahu abangnya sedar dari mimpi. Jie umpama mawar yang hanya cantik dipandang tapi duri mencucuk jika tersentuh. Khalid tak mahu Rayyan terluka lagi. "Ray.. wake up please ! Dia isteri orang." Tak dinafikan Khalid tersentuh melihat Rayyan. Nampak seperti terlalu cintakan Jie sehingga menidakkan hakikat sebenar.

" I cuma nak cakap dengan abang you sekejap saja. Please Karl !" Jie cuba merayu lagi.

Khalid terpaksa membenarkan. Dia berlalu ke atas memberi ruang untuk Rayyan dan Jie berbicara.

"Ray.. Jie bersuara lembut. I sayangkan you ! I tak nak masa depan you musnah sebab I. You masih muda ! I yakin you akan jumpa gadis lain yang lebih cantik dan baik dari I."

Rayyan cuma menggeleng. " Tapi I nakkan you ! I tak rasa I boleh hidup kalau you tak ada."

"Ray.. I akan sentiasa ada untuk you. Mungkin bukan sebagai kekasih atau isteri you. Tapi kita boleh berkawan, kan? Banyak hubungan lain yang boleh terjalin antara kita. Lagipun adik you abang ipar I. Hubungan kita takkan putus Ray."Jie cuba memujuk.

"Entahlah Jie. I tak dapat terima hakikat you bukan milik I. I tak kuat nak tengok you dengan lelaki lain." Rayyan merenung jauh ke wajah dihadapannya. Gadis yang pertama dan terakhir dicintai.

"Masa akan sembuhkan luka dihati you. Kalau you cintakan I, I nak you hidup bahagia. Janji dengan I you takkan jadi macam ini lagi, please. I tak sanggup tengok you terseksa sebab I." Airmata Jie mula menitik. Berderaian jatuh. Pedih dirasakan melihat keadaan Rayyan yang tidak terurus.

"Please sayang ! Jangan menangis lagi." Rayyan tak sanggup melihat Jie menangis lagi. Dia kalah dengan air mata gadis yang di cintai.

" Then promise me , you takkan sia siakan hidup you lagi?" Jie tak mahu Rayyan hanyut lagi.

"Promise ! " Rayyan mengangkat tangan tanda berikrar. "Anything for you my dear." Ayat yang sama diulang sewaktu awal perkenalan dengan Jie.

Jie senyum. Airmatanya diseka perlahan. Lega mendengar janji Rayyan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.080816 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list