CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 2-3-2015 09:49 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-2-2015 11:12 AM
@ISTRIMITHALI ... nanti kalau dh ada idea sambung lagi ya...

sorry, masih tiada sambungan..
bz nye sis zam sejak kebelakangan ni yerk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 2-3-2015 09:49 AM
sorry, masih tiada sambungan..
bz nye sis zam sejak kebelakangan ni yerk.

Busy sangat sis @ISTRIMITHALI... Menunggu sambungan tak kunjung tiba...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 10:41 AM | Show all posts
~~ BAB 44 ~~

Dari jauh, Linda memerhati gelagat pasangan kekasih itu. Rasa iri hati terhadap pasangan itu semakin menebal apabila pasti mereka adalah Afiq dan Hani. Rasa cemburu itu memaksa kakinya melangkah ke arah mereka. Hatinya membuak-buak rasa ingin tahu apakah hubungan mereka kerana
mereka nampak terlalu mesra padahal, dia sudah pun menyatakan hasratnya kepada papa nya untuk hidup bersama. Dia menebalkan muka untuk memberitahu hasrat itu kepada papa nya kerana sudah mula jatuh cinta dengan lelaki itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk melalui papa nya untuk mendapatkan Afiq.

"Hai." sapa Linda.

Kedua-dua nya menoleh ke arah suara lunak itu.

"Linda!" Afiq menyebut nama itu. Sedikit terkejut. Mana tak nya, sejak kebelakangan ini jodoh untuk bertemu dengan Linda semakin kerap. Hatinya tak senang selepas Dato' Zul menyatakan hasrat untuk menemukan anaknya itu dengan dirinya.

"Hai, macam terkejut sangat je? kantoi ye, dah ada buah hati." selamba Linda menuturkan kata sambil menjeling ke arah Hani. Tidak tahu mengapa hatinya seperti sudah dimiliki Afiq membuatkannya tidak menyukai mana-mana wanita mendekati Afiq.

"Eh, tak lah." Afiq membalas walau hatinya terkejut dengan kehadiran Linda.

"Selalu sangat nampak Afiq dengan dia ni. Ada apa-apa ke? Jangan kata mesyuarat lagi. Tadi bukan main mesra lagi." Linda bersuara. Puas hatinya dapat meluahkan isi hatinya yang sangat ingin tahu mengenai mereka.

"Eh, jangan salah faham. Hubungan kami sekadar kawan je." cepat-cepat Hani menjelaskan.

"Oooh, kalau macam tu, abang Afiq tak ada yang punya lagi lah ye." sekap jarang Linda sambil memandang Afiq. Sengaja dia membahasakan 'abang' kepada Afiq.

Afiq memandang Hani. Serba salah untuk memberitahu hal sebenar. Anggukan yang bertalu talu dari Hani di hadapannya membuatkan Afiq hanya mengangguk kecil.

"Kami dalam proses ingin mengenali." ringkas Afiq menjawab. Dia mahu Linda tahu, dia tidak punya hati untuk ber isterikannya. Afiq juga berbelah bagi untuk memberitahu hal sebenar disebabkan permintaan dari Hani.

"Oooh.." ringkas Linda menjawab.

"Papa ada bagitahu sesuatu tak?" Linda bertanya.

"Eeerr, ada.." ringkas Afiq menjawab. Sedaya upaya dia merahsiakan hal itu dari pengetahuan Hani. 'Kenapa lah, si Linda ni nak ungkit menda ni kat sini pulak.'

Hani memandang Afiq sambil mengangkat kening sedikit. 'apa yang dia rahsiakan? Ada perkara
yang aku tak perlu tahu ke?', fikir Hani.

"Ok lah. nanti kita bincang jumpa lagi ye." Linda terus berlalu dari situ dengan lenggangnya. Kurung moden merah kosong yang dikenakan Linda membuatkannya betul-betul menyerlah di antara pengunjung restoran. Sesiapa sahaja yang memandangnya pasti terpegun, namun kecantikan Linda tidak menggugat hatinya terus menyintai Hani.

Hani memandang penuh tanda tanya apabila Linda mengeluarkan ayat itu. Afiq masih buat selamba dan mengajak Hani pulang ke pejabat. Dia tidak mahu bercakap hal itu.

Hani tidak akan bertanya melainkan Afiq memberitahunya sendiri. Tentu ada sebab mengapa Afiq tidak mahu bercakap hal itu.

~~~

Sebaik tiba di hadapan rumah.Keadaan kasut dan sandal yang bukan dari biasa menghairankan Afiq kerana tidak diberitahu akan kahadiran tetamu petang itu. Kebiasaan, ibunya akan memberitahu jika ada tetamu yang akan datang.

"Hai Afiq!" tegur Linda dari ruang tamu rumahnya.

Kaku Afiq melihat keluarga Dato' Zul sudah pun berada di rumahnya.

"Hai." sepatah Afiq menjawab, namun dia tidak lupa menghulur salam kepada Dato' Zul.

"Sihat Dato'?" tanya Afiq.

"Alhamdulillah sihat." jawab Dato' Zul sambil melagakan tepi bahunya ke bahu Afiq.

"Ha, dah balik pun anak ibu ni. Fiq, jom tolong ibu angkat minum petang." sapa Puan Rahimah.

"Eh, takpe takpe. Biar saya tolong." Linda berlari anak menuju ke arah Puan Rahimah.

"Kalau macam tu, Fiq naik atas dulu ye,nak mandi." terasa rimas dengan apa yang terjadi tadi. Dia mahu menenangkan hati dengan membersihkan diri. Afiq berlalu ke atas sambil mengangguk ke arah Dato' Zul sebelum melangkah.

Linda berlalu pantas ingin menolong Puan Rahimah. Baginya, itu adalah cara dia mengambil hati insan yang paling disayangi Afiq. Orang kata, jika ingin memikat seseorang, pikatlah ibu bapanya dahulu.

Puan Rahimah mula berbelah bagi kerana dia tahu Afiq sekarang sedang dilamun cinta bersama Hani. Walaupun Afiq tidak memberitahunya terang-terangan, dia tahu anaknya itu menyukai Hani.

Makan malam bersama keluarga Dato' Zul berjalan dengan lancar.

"Kamu betul-dah dah buat keputusan ke ni, Afiq?", Dato' Zul mengajukan soalan.

Sambil berkerut, Afiq menjawab, "Eeer, pasal ape ye?"

"Buat-buat tanya pulak kamu ni ye. Ayah kamu kata dah setuju dengan Linda. Kami tak sabar nak langsungkan majlis kamu berdua ni." Datin Maimun bersuara dengan reaksi yang sangat gembira.

Terkejut dengan khabar itu. Sepantas kilat, Afiq beralih pandangan ke arah Dato' Halim. Dato' Halim masih bermuka selamba. Terkelu dan marah oleh hal itu. Afiq bertindak mendiamkan diri. Teringin sekali dia memberitahu hal sebenar, namun dengan reaksi Datin Maimun tadi, dia tidak mahu menjatuhkan air mukanya. Belum masanya untuk memberitahu hal itu.

"Kita kan dah bincang semua ni. Takpe takpe. Afiq ni pemalu orangnya, apa-apa hal saya boleh tolong uruskan." sampuk Dato' Halim. Hatinya berdegup kencang, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hubungannya bersama Puan Rahimah dan anaknya itu baru sahaja pulih, tetapi tindakannya seperti mengundang pergaduhan.

"Sorry.. i need to go to toilet." Tidak tahan dengan keadaan itu, Afiq berlalu dari situ. Genggaman tangannya kuat menahan perasaan.

Pelik dengan hal itu, Dato' Zul mengangkat bahu tanda bertanya apakah yang berlaku sebentar tadi. Reaksi Afiq bukan seperti yang Dato' Zul mahukan. Mengapa dia tidak gembira dengan hal itu kalau dia bersetuju untuk menikahi anaknya.

"Biasalah, dia nak saya yang uruskan. Dia tak nak campur tangan." jawab Dato' Halim. Dato' Halim terpaksa mempersetujui hal itu. Dia sudah terdesak dengan keadaan syarikatnya. Dia berhasrat mahu menerangkan hal itu selepas perasaan Afiq mula reda. Dia mahu Afiq faham keadaannya. Ada rancangan yang ingin disampaikan kepada Afiq.

"Oh." Dato' Zul mengangguk faham walau hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang perlu dia tahu.
"Minum lah coctail ni." Puan Rahimah membawa hidangan pencuci mulut dari dapur. Linda mengikuti dari belakang membawa hidangan yang sama.

"Eh, mana Afiq?" Puan Rahimah berkerut. Afiq jarang tidak melayan tetamu membuatkannya hairan.

"Dia ke tandas sekejap." Dato Halim bersuara.

"Oh, ha.. jom jamah sikit." Puan Rahimah menghulur hidangan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 10:41 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-3-2015 05:09 AM
Busy sangat sis @ISTRIMITHALI... Menunggu sambungan tak kunjung tiba...

dah kunjung tiba ni.. hehee
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 10:45 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 5-3-2015 10:41 AM
~~ BAB 44 ~~

Dari jauh, Linda memerhati gelagat pasangan kekasih itu. Rasa iri hati terhadap pasa ...

Weeee dah ada sambungan..
En.Afiq sila berpendirian teguh,kelak menyesal diri..
Jangan sampai melawan cakap orang tua mu yer..

chaiYok!Chaiyok!!!

tq TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2015 12:31 PM | Show all posts
Edited by ISTRIMITHALI at 10-3-2015 04:36 AM

~~ BAB 45 ~~

Afiq tekad mahu berbincang hal hubungan yang telah dirancang tanpa persetujuannya dengan Dato' Halim.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu mengejutkan Dato' Halim yang sedang serabut dengan hutang yang ditanggung oleh syarikatnya itu.

"Masuk!" Dato' Halim mempelawa masuk.

"Assalamualaikum." Afiq beri salam sebaik sahaja membuka pintu bilik ayahnya.

"Waalaikummussalam." Dato' Halim menjawab, sambil menunjuk ke arah kerusi di hadapannya tanda ingin menjemput Afiq berbincang di laman rehat biliknya.

"Hmm, ada apa datang sini?" Dato' Halim terus bertanya. Dia tahu, Afiq pasti akan bercakap mengenai hal pernikahan yang diaturkannya.

"Ok, Dato'.. saya nak tahu kenapa nak nikahkan saya bersama anak Dato' Zul. Dato' tak tanya saya dulu pasal ni. Dato' tak tahu saya setuju ataupun tak." terus terang Afiq sebaik sahaja melabuhkan punggung di laman rehat ruang bilik itu.

"Ayah tahu kalau ayah tanya kau dulu, macam-macam alasan. Ni, untuk kebaikan Afiq. Ayah buat semua ni untuk Afiq. Lagipun, Linda tu baik orangnya. Untung Afiq dapat dia. Ayah suka dia." jelas Dato' Halim.

"Dato'.. Dato' ingat saya tak tahu ke pasal hutang syarikat ni. Dato' dah jelaskan pada saya sebelum ni sebab pernikahan ni. Dato' tahu tak, ni cara yang salah??" Afiq mengajukan soalan.

"Eer.. ayah ada bagitahu ke sebelum ni?" Dato' Halim mula menggelabah kerana dia sudah terlepas cakap, tujuan sebenarnya.

"Ada. Dato'.. saya tahu pasal hutang tu. Ada cara lain untuk selesaikan semua tu." Afiq meyakinkan Dato' Halim. Dia tidak mahu mengorbankan masa depannya dengan mengahwini orang yang tidak dicintainya.

"Ayah dah buat macam-macam untuk selesaikan perkara ni. Ni sahaja cara yang ayah boleh nampak. Afiq, jangan malukan ayah. Kau kahwin dulu dengan Linda, bila perkara ni dah selesai, kau boleh cerai dengan dia. Banyak yang Dato' Zul boleh bantu kalau ayah ni besan dia." terang Dato' Halim.

'Senang-senang je suruh cerai. Ingat kahwin ni main-main ke?' fikir Afiq.

Afiq masih tidak bersetuju dengan cara Dato' Halim. Keadaan itu lagi menngeruhkan hubungan mereka. Sehingga hari ini, Afiq masih lagi tidak dapat membahasakan Dato' Halim dengan panggilan ayah walaupun Dato' Halim sudah pun membahasakan dirinya sebagai ayah.

"Dato'.. saya tak bersetuju dengan perkahwinan ni. Saya takkan bagi apa-apa komitmen untuk perkahwinan ni." Afiq bertegas lalu beredar dari situ.

"Huuuuhhhh!!!" Dato' Halim melepaskan keluhan selepas mendapat reaksi begitu dari Afiq. Hatinya berbelah bagi dengan tindakannya, namun dia terpaksa.

~~~

"Afiq, saya tunggu bawah ye. Ada barang sikit nak beli untuk Qina kat News Plus." jelas Hani. Hari ini, Afiq datang mengambil Qina di rumah. Pertama kali mereka pergi kerja bersama setelah bergelar kekasih. Hani sudah bersedia mewar-warkan hubungannya kepada rakan sekerja.

"Ok." Afiq angguk. Tergesa-gesa dia mengemas segala fail yang bersepah atas mejanya.

Di saat Hani baru sahaja masuk lif, Linda keluar dari lif sebelah. Niatnya ingin pergi bersama Afiq memilih baju perkahwinan mereka. Dia sudah pun menghantar pesanan Whats App kepada Afiq, namun dia tahu Afiq tidak membaca pesanan itu. Diredah juga datang ke pejabat Afiq, tentu Afiq takkan menolak jika dia sudah berada di depan mata. Fikir Linda.

Tok! Tok!

Tanpa menunggu Afiq menyahut, Linda terus masuk.

"Hai." Linda menyapa dengan manja.

Terkejut Afiq melihat Linda sudah berada di hadapannya. Terlopong sebentar mulutnya.

"Eh, saya tahu la saya cantik. Jangan nak nganga mulut tu sangat. Nanti masuk lalat, tak handsome." tegur Linda.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Afiq dengan wajah berkerut.

"Eh. Mesti tak baca Whats App ni. Kan saya dah cakap nak pergi butik yang mama saya dah pilihkan untuk tengok baju. Nak fitting semua." selamba Linda bersuara.

Linda terus menarik lengan Afiq menuju ke lif.

Afiq menarik kasar lengannya dari dipegang oleh Linda.

"Maaf, saya tak suka macam ni." jelas Afiq.

"Boleh tak, kita pergi lain kali. Saya ada kerja ni." Afiq berusaha menolak ajakan Linda ke butik itu.

"Affiiiiqq." rengek Linda sambil muncung mulut.

Malas mahu memandang wajah Linda. Dia hanya memandang ke hadapan sahaja. Linda mengekorinya sehingga ke lobi bangunan itu.

"Linda.. saya tak berminat nak pilih baju untuk kahwin." terang Afiq.

Hani sudah pun mendekati Afiq dan Linda. Dia hairan Afiq berkerut seribu. Dia tahu Afiq sedang serabut.

"Kenapa ni?" Hani menyapa.

"Ooohh, ada date dengan perempuan ni ye." kasar Linda membalas.

Afiq semakin berkerut. Hairan dengan perkara itu, kencang hati Hani dengan keadaan itu.

"Eeer, sorry saya tak faham. Saya ganggu hubungan awak dengan Afiq ke?" berdebar hatinya meluahkan rasa hati kerana dari ayat gadis yang berdiri di hadapannya itu, dia tahu mereka punya hubungan.

"Takkan awak tak tahu lagi kitorang nak kahwin??" tegas Linda.

Hani mula berkerut. Hatinya kencang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia beralih pandangan ke arah Afiq. Serba salah Afiq dibuatnya. Dia terkelu, tak mampu mengeluarkan kata.

"Saya dah faham." Hani terus berlalu dari situ dan menahan teksi di perhentian bas berhampiran bangunan itu. Tak sangka pula dia sedang menganggu hubungan orang yang dah nak kahwin.

Linda memandang Hani dengan wajah yang puas. 'Berani kau kacau bakal suami aku!' fikir Linda dengan wajah yang bengis. Afiq boleh lihat ada sesuatu yang difikirkan Linda semasa melihat Hani beredar. Afiq buntu. Mahu mengiyakan pertanyaan itu, namun dia tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. Afiq masih mengharap Dato' Halim menarik balik hasratnya ingin bermenantukan Linda. Lagipun, mereka tidak mewar-warkan lagi perkahwinan itu. Sudah tentu ramai yang ingin tahu berita itu. Lagi-lagi berita mengenai Dato' Halim akan berbesan dengan Dato' Zul. Pasti hal itu akan menjadi bualan ramai.

"Saya nak balik." Afiq terus meninggalkan Linda. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Hal Hani akan diselesaikan kemudian.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2015 12:37 PM | Show all posts
Edited by ISTRIMITHALI at 10-3-2015 04:38 AM
AisyDani13 replied at 9-3-2015 02:45 AM
Weeee dah ada sambungan..
En.Afiq sila berpendirian teguh,kelak menyesal diri..
Jangan  ...

hehe.. btul tu... x sabar nak bg ending... hahahaa tp nk kne karang2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 12:56 PM | Show all posts
linda nie teruk betul lah...kesian kat hani...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 10:04 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 10-3-2015 12:31 PM
~~ BAB 45 ~~

Afiq tekad mahu berbincang hal hubungan yang telah dirancang tanpa persetujuannya de ...

Alahai En.Afiq !! yyyyyy?
huhuh.. takpa sabar menanti entri seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:23 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 10-3-2015 04:37 AM
hehe.. btul tu... x sabar nak bg ending... hahahaa tp nk kne karang2 lg

t sy bca.tkde mood. akak..jenguklah thread cerpen sya..waaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:09 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-3-2015 02:23 AM
t sy bca.tkde mood. akak..jenguklah thread cerpen sya..waaa

akk dh jenguk.. ade byk sgt cerpen..huhu...SR je wt mase ni..
klau akk dh bc habis.. biase bru akk komen.. ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 08:08 AM | Show all posts
Salam semua....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 09:10 AM | Show all posts

Eveh. just komen ni? mana cegitu selama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 07:58 AM | Show all posts
Esmiria replied at 12-3-2015 09:10 AM
Eveh. just komen ni? mana cegitu selama ni?

Terima kasih ingat lagi kat Cegitu... tak sempat nak meroyan kat sini....hehheeh...sejak2 dapat bos baru ni kerja byk sangat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 09:56 AM | Show all posts
~~ BAB 45 ~~

Hani mengelamun sambil membelai rambut anaknya yang sedang tidur. Bermacam perkara yang difikirkannya. Masa hadapan Qina adalah keutamaannya. Rasa bersalah terhadap Qina. Hatinya runsing memikirkan hubungan dia bersama Afiq. Dia tidak mahu begitu. Kadang kala, perasaannya terganggu hinggakan
Qina yang sedang bercerita dengannya perlu mengulangi ceritanya.

Sudah tiga pesanan Whats App berbunyi tidak dibukanya. Dia tahu pesanan itu dari Afiq.

"Assalamualaikum.. my buah hati."
"Jangan marah. Ada perkara yang Afiq perlu jelaskan, tapi lebih baik jumpa."
"Esok kita bincang ya."

Pesanan pada 9:00 malam.
Masih tiada balasan walaupun jam sudah pun  menunjukkan pukul 11malam.

"Tak perlu nak explain apa-apa. Saya dah penat. Nak tenangkan diri." balas Hani.

"Jangan macam tu." Pesanan itu tiada balasan sehingga keesokan harinya.

~~~

"Hai. Selamat pagi Encik Afiq. Macam biasa ke?" Hani menyambut Afiq dengan gembira. Dia mahu melupakan hal semalam. Penat untuk bercinta.

"Pagi, ye. Macam biasa." balas Afiq. Setiap pagi, Hani akan bancuh kopi o buat Afiq. Itulah rutin Hani setiap pagi.

"Ni kopinya. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?" Hani bertanya.

"Saya nak bincang pasal semalam. Duduklah dulu." pelawa Afiq.

"Pasal apa ye, Encik Afiq?" duga Hani.

"Perkahwinan saya dan Linda." jawab Afiq.

"Saya nak tahu satu je. Betul kan, plan nak kahwin dengan Linda tu?" Hani bertanya.

"Itu yang saya nak explain." jelas Afiq.

"Saya perlu tahu pasal ni je. Betul ke?" Hani mendesak.

"Hmmm.." Afiq masih terkelu untuk menjawab. Memang ya Dato' Halim mengaturkan perkahwinannya tapi dia tidak bersetuju.

"Saya anggap itu ye. Tak perlu bincang apa-apa. Awak dah nak kahwin. Saya rasa tak penting pun kalau saya tahu sebabnya. Saya dah tak nak fikir apa-apa lagi. Kita buat macam biasa je ok? Saya ok. Jangan risau pasal saya." Hani pasrah. Dia penat dengan perasaannya sendiri. Dia hanya mahu menumpu perhatiannya dengan Qina sahaja.

Hani beredar dari situ.

Afiq memandang langkah Hani. Sayu. 'Hani...' fikir Afiq. Dia benar-benar menyintai Hani.

~~~

Dari jauh, Maya melihat Hani sangat sibuk membelek fail di atas mejanya.

"Busy nye dia.." Maya menegur.

"Buat-buat busy." jawab Hani.

"Eh, aku ada benda nak cakap. Jom lunch sama." Maya mengajak.

"Ok." sepatah Hani mengeluarkan kata lalu dia memandang jam di tangan. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1:05 petang.

"Hishh! kenapa tak cakap kat aku dah pukul 1?!" Hani sedikit meninggi suara.

"Kau tu lah. Aku saje je nak tengok. Kau tu busy sangat." Maya membalas.

"Yelah yelah." segera Hani mencapai beg duitnya lalu mengekori Maya.

"Hal apa yang penting sangat kau nak cakap ni? Sanggup kau tak makan dengan Awie sebab nak lunch dengan aku ye." tutur Hani sambil berjalan beriringan bersama Linda.

"Sangat penting. Aku nak tau sangat pasal ni." luah Maya.

Hani melepaskan keluhan sebaik perasan bahawa Maya perlukan tempat lain untuk mendengar penjelasan Hani.

Mereka melangkah menuju ke cafetaria bangunan sebelah tempat mereka bekerja. Sudah lama Hani dan Maya tidak lepak bersama di sana.

~~~

"Ha, apa yang penting sangat yang kau nak cakap kat aku ni?" Hani bertanya sebaik sahaja hidangan yang dipesan oleh mereka sampai.

"Ok." Maya menarik nafas panjang.

Hani menunggu dengan sabar sambil menyuap makanan.

"Apa hubungan kau dengan boss kita?" Maya bertanya dan memerhati Hani dengan tajam.

Hani terbatuk. Terus Maya menghulur jus oren yang dipesan Hani tadi.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal ni?" mata Hani merah menahan batuk.

"Aku tanya je. Kat office tu dah macam-macam aku dengar." Maya berterus terang.

Hani tidak hairan dengan perkara itu kerana dia pernah datang ke pejabat bersama Afiq tempoh hari. Memang niatnya ingin menceritakan hal itu kepada Maya, tetapi Maya sudah tiada masa dengannya. Masa Maya banyak dihabiskan bersama Awie. Dia tidak mahu menganggu program yang selalu diaturkan mereka berdua untuk keluar bersama.

"Aku dah tak nak ingat pasal ni. Aku tak nak bercakap pasal ni." tegas Hani.

"Sure kau tak nak cakap? Kau tahu tak apa yang aku dengar dari tempat kerja kita?" Maya sengaja ingin menceritakan apa yang didengar kerana ingin tahu perkara sebenar dan mahu tahu apa yang sedang terjadi dengan kehidupan rakan baiknya itu.

"Apa dia?" tanya Hani.

"Kat office tu, kecoh kata kau ni perampas. Ada yang nampak depan mata sendiri yang ada sorang  perempuan datang mengaku akan kahwin dengan boss. Tapi kau dah ganggu hubungan dorang." jelas Maya. Lega rasanya dapat meluahkan hal itu. Sememangnya gosip di tempat kerja mereka takkan terpisah. Ada sahaja yang ingin diperkatakan. Disebabkan itulah, Maya biasanya ambil tak endah apa-apa pun gosip yang didengari. Namun, gosip kali ini tidak boleh dihiraukan kerana seperti sudah menjatuhkan maruah rakan baiknya.

Tergamam Hani mendengar berita itu. Siapa perampas sekarang ni?. Tak semena-mena, air matanya bergenang sedikit.

"Aku tak sangka ini yang dorang fikirkan." Hani teringat peristiwa Maya datang ke pejabat untuk memilih baju perkahwinan mereka.

"Kenapa ni? Aku tau kau tak salah. Aku kenal kau. Apa yang dah jadi ni Hani?" Maya ingin mengetahui keadaan Hani. Dia tahu, banyak dugaan yang ditempuh oleh Hani. Tuhan menyayangi dia kerana tidak putus-putus ujian yang diterima. Dia seharusnya beri kekuatan kepada Hani.

Hani melepaskan keluhan. Bersedia untuk menceritakan semuanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 09:58 AM | Show all posts
cegitu replied at 12-3-2015 11:58 PM
Terima kasih ingat lagi kat Cegitu... tak sempat nak meroyan kat sini....hehheeh...sejak2 dapat bo ...

Hai cegitu. Biase lah bile nak sesuaikan dengan boss baru kan..
Nanti lame2 ok lah.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 11:56 AM | Show all posts
pity of u 'Hani'..
Biasalah mulut orang,macam-macam ragamnya.
Bertabahlah Hani,inshallah semuanya akan OK..

kan TT @ISTRIMITHALI  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 11:58 AM | Show all posts
AisyDani13 replied at 16-3-2015 03:56 AM
pity of u 'Hani'..
Biasalah mulut orang,macam-macam ragamnya.
Bertabahlah Hani,inshallah sem ...

hikhik.. tu la pasal.. kadang org ni suke judge tanpa selidik dulu..
kadang2 saya pun same.. huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 12:13 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 16-3-2015 11:58 AM
hikhik.. tu la pasal.. kadang org ni suke judge tanpa selidik dulu..
kadang2 saya pun same.. huhu ...

Biasalah TT, guna istilah yg biasa kita dengar..
"nobody perfect".. takda siapa yang boleh lari dari melakukan kesilapan..



Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 01:03 PM | Show all posts
kesian kt hani...dugaan hidup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048489 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list