|
Jika tidak boleh
Jika tidak boleh berbincang
maka kamu berdepan penentang,
jika tidak boleh bertolak ansur
maka kamu akan digempur,
jika tidak boleh berperi kemanusiaan,
maka kamu meracun ehsan,
jika tidak boleh bermusyawarah
maka kamu mencipta barah,
jika tidak boleh berlebih kurang
maka kamu membunuh semangat juang,
jika tidak boleh tunai janji
maka kamu menyemai benci,
jika tidak boleh turun padang
maka kamu akan hilang kepercayaan,
jika tidak boleh
maka jangan berkata lebih.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berita Auta
Heboh seMalaya
bab berita auta
kian menular
entah mana benar
banyak diputar-putar
dek tangan-tangan beronar
Na
Nana
Nanar.
Sabar
berita auta
usah melatah gelenyar
lenyapkan dengan fakta
tak perlu nak ada akta
undang-undang tetap dilanggar
Amalkan cakap benar
Na
Nana
Nanar
Berita auta.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bijak yang Haprak
Ramai yang rasa bijak
bijak dalam bertindak
bertindak rakus menidak
menidak yang hak
hak terangan dipijak-pijak
dipijak-pijak dengan bongkak
bongkak berdiri menegak
menegak pendirian berkelodak
kelodak racun yang menyesak
menyesak dada khalayak
khalayak sering diasak
diasak melunas kehendak
kehendak kekal di puncak
puncak kuasa buat membidak
membidak tanpa kebijaksanaan gerak
gerak yang makin terlajak
terlajak tindak mengundang tempelak
tempelak hadir dek sudah naik jelak
jelak menyaksikan benih-benih haprak
haprak pun membiak...
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku Janji
Musim aku janji
itu ini sana sini
wakil parti
tak cukup 24 jam sehari
melobi jadi calon lagi
andai nama tak naik alamatnya gigit jari
tak merasa hangat kerusi
selamat tinggal dewan dwi
Nah! Rakyat jelata satu negara
tiba masa guna kuasa undi anda
pilih yang boleh bekerja
melaksana apa yang dipeta
bukan sekadar pemanis kata
muncul pabila parlimen dibubar menteri perdana
lembut gigi dari lidah menagih undi dek nak berkuasa
isu rakyat tak dipeduli asalkan dapat tempat di dewan mulia.
Bijak memilih
untung diraih
hati tak mendidih
terhindar dari merintih.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 7-4-2018 06:20 PM
Sesuatu
apa sahaja benda
atau perkara
ia sesuatu yang tidak akan kekal
boleh jadi ditransformasi
boleh jadi mereput mati
boleh jadi ditukar ganti
NAMUN
rekod kekal rekod
tercatat dilihat
jadi petunjuk
jadi panduan
jadi rujukan
jadi penentu
sebab itu
coretkan yang jitu
lakarkan yang padu
lambang kepada tindak dan perilaku.
Engkau setuju?
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
KETIRISAN
Bocor sana sini
meleleh perit menyelimut nurani
merembes duka membasahi hati
menitis bisa mengotori sanubari
menitik alpa mengaburi diri
rejap sisa-sisa moraliti.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
TAKUT
Acap kali yang takut
atas apa sebab yang menjerut
cenderung liar menakut-nakut
sedang diri sendiri lemas bergelut
menepis badaian ombak rasa kalut
pun mungkin bimbang terlucut
lagi malang kalau tidak sangkut
jatuh terjelepok melutut
hilang segala pak turut
sudahnya diangkut
meringkuk di sudut
menunggu dijemput
yang maha mengikut.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Politik dalam Pendidikan
Murid disuruh masuk BARISAN. Setelah tersusun murid diberi HARAPAN. Mudahan terserlah kemenjadian, duduki peperiksaan 'PAS' dengan jayanya. Murid, ibu bapa dan guru rasa emm...DAPnya. Inilah hasil KEADILAN dunia pendidikan semua berpeluang meneruskan pengajian. Warga BERSATU membina negara maju. Perpaduan WARISAN yang harus dipertahan dalam negara demokrasi yang BEBAS menentukan acuan hala tuju ke mercu.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Tak?
Timbang kati
sudah lama diletak tepi
jadi barang yang pernah berbakti
salah pemberat tak menepati
baik tukar yang sistem terkini.
Bunga akan mekar walau sekali
menyimbah haruman mendamai hati
satu masa layu di jambangan sepi
diganti tangkaian baru yang menyeri
begitulah tiada yang kekal abadi.
Mata serikali memperdaya
pun boleh jadi terpedaya
harus ada timbang tara
memilih yang direda
jalan tuju ke syurga.
Roket terlalu tinggi cita
kosnya berganda
ke bulan bintang tiada guna
ada tumpu di bumi saja
hijaukan rumput lebih bermakna.
Bulan tetap di aturannya
menyuluh gelita
terang alam semesta
tanpa gagal dengan izinNya
ditunggu mahkluk serata dunia.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
5|5|5
5 tahun ini
rasa lapang|tertekan
rasa sejahtera|terdera
rasa dibela|diperhamba
rasa tenang|sumbang.
5 hari ini
didengar benar|palsu
dilihat realiti|fantasi
dibaca janji|hasutan
dipertonton keikhlasan|lakonan.
5 tahun akan datang
apa yang diimpi
apa yang diharapkan
apa yang menceriakan
apa yang membimbangkan
Anda luahkan esok atas Kertas Undi!
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 4-12-2018 08:57 PM
Wah
telah diluahkan dalam PRU
berubah tampuk pemerintah
kita lihat prestasi PH
usah cepat melatah
yang baik sokong
yang menyeleweng pancung.
Ya Rabb
Kurniakan kami pentadbir berintegriti
dirahmat yang maha memberi.
CNM
|
|
|
|
|
|
|
|
Buruk
Rakyat terjelepuk
pemimpin duit berkepuk
tepuk tepuk tepuk
angguk angguk angguk
sudahnya ditunjuk
tunduk merujuk
sesal menepuk
sesal mengangguk
jadi pak turut
melalut ke laut...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai Pucuk
Pucuk Merah|biru|hijau|kuning
melilitlah tonjol diri pada sang suria
hirup udara di angkasa raya
kembangkan silara meneduh dunia
pada masa sama
usaha leka dan alpa;
jangan disedia sarang untuk anai-anai
kelak akarmu hancur mereput|
jangan biar parasit hinggap menumpang
kelak kamu yang kering kecundang|
jangan diinjak-injak rerumput sekitaran
kelak perdumu terhakis dek hujan kemeluatan|
suburkan peri kemanusiaan
pasang telinga merakam dengar
buka mata melihat yang nyata
belaian bayu sepoi bahasa
tidak akan jadi barah membinasa.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mu-mu|Aku-aku
Dalam organisasi
aku belajar amal [mu:aku]
tapi sayang
masih ada amalan Mu-mu|Aku-aku
Pengalaman mengajarku
buat baik berpada-pada
usah mengharap
ada yang menghulur tangan
Ternyata akhirnya sendirian.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 32
Titis-titis air matamu yang jatuh berderai
meremuk hati ayah bonda
Andai kamu, kamu tak mampu hadirkan senyuman
jangan pula engkau berikan kedukaan
Dunia kian hilang
sebuah kasih sayang
pada insan yang tak punya pilihan.
CNM
|
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 33
Pergilah
Pergilah kedukaan
Meruap bersama buih lautan
Jadi kristal bening di awan
Biaskan pelangi keceriaan
Di hatinya.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 34
Sering kali
tiba di persimpangan memilih
aku pasti memilih dia
dia lebih utama dari apa pun jua.
Tabahlah ...nak
dunia tempat mengujimu
tentu ada sinar menanti
pimpin kami sekali
tuju reda Ilahi.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 35
Laguku
tak seindah irama ombak membelai pantai
Senyumku
tak seindah lukisan awan di angkasa
Namun
kupunya hati
ingin seperti pelangi yang menyeri
walau hanya seketika di sini.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Takdir Kita Berbeza 36
Di usiaku kini
Ya Raab
Yang maha pengasih dan penyayang
Mohon pergilah mendung duka
Cukup sudah perit meniti dewasa
Anugerahkan pelangi bahagia
Pada berbakinya hayat di dunia...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 7-12-2018 03:36 PM
Laut Kasih 410
Sering kali
kubawa lukisan hatimu
yang melimpahkan selaut kasih sayang...
Lalu
kuletakkan di sudut paling indah
di kamar hatiku...
Terukir
laut kasihmu
laut kasihku
berpadu.
CNM |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|