CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku & Kesusasteraan] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 11-12-2024 11:03 AM | Show all posts
Afifah, seorang gadis yang tercampak ke zaman silam. Purnama Nilam, seorang panglima yang setia. Mereka bertemu dalam satu suratan, gelang dan belati. Membina persahabatan dalam sebuah kembara, menemani Raja Muda mencari seorang bakal permaisurinya, Seri Cahya.

“Izinkan hamba untuk melindungi Afifah,” pinta Purnama Nilam.

Hukum alam, seorang manusia tidak bisa hidup dalam dua zaman yang berbeza dalam satu masa. Lantas, adakah takdir bakal merenggut di saat hati mengecap bahagia rasa? Afifah perlu kembali ke dunianya.

“Maka, siapakah yang akan melaksanakannya, kanda?” tanya Seri Cahya kepada suaminya.

“Biar patik melakukannya, Tuanku,” sampuk Purnama Nilam.


tak tahu nak cakap apa
tapi jalan cerita memang menarik
rasa ok lah sweet between Afifah dan Purnama Nilam
then mmm terfikir Afifah kat zaman dahulu kala tak "kacau" perjalanan hidup di sana ke?
yer la Afifah kan doktor ... hmmm


so cerita ni macam ala-ala Musang Berjanggut pada awalnya
tapi diolah dengan situasi berlainan dan ada plot lain juga


not bad lah .. tak rugi beli dan baca ...
korang akan hmm simpati dengan Afifah dan Purnama nanti
dan yes ada unsur time travel ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2024 11:06 AM | Show all posts
Afifah dan Purnama Nilam, dua insan berlainan zaman, dahulunya telah dipertemukan oleh takdir dan kemudiannya terpisah jua oleh takdir. Meski berjurang beribu zaman, namun kasih tetap mekar merangkul perasaan.

"Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba padanya akan sentiasa subur di hati..." - Purnama Nilam

"Saya berasa bersalah pada Purnama... meninggalkan dia sendirian, di kala dia memerlukan." -Afifah

Sayang, pertemuan yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi tragedi. Masa lalu yang hampir terlupakan telah datang menghantui. Bara dendam yang jauh terpendam menyeruak, menenggelamkan seluruh Panca Sakti dengan kegelapan. Dan di saat huru-hara memuncak, saat itu jugalah kasih dan persahabatan bakal diuji.

"Ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu..."




sambungan ...
adakah korang akan simpati dengan Maheswari?
siapa pula minah ni?
then ... dendam kesumat Megat terhadap Afifah, Suria Kencana dan Purnama Nilam belum hilang
then ... apa lagi ek
cinta Afifah dan Purnama Nilam dapat bersambung ke tidak?
siapa pula Gerhana?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2024 11:30 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 11-12-2024 11:38 AM

Hutan Sankala dan Batu Samsara membawa setiap jiwa menyelusuri sebuah legenda masa lalu….

Pada suatu zaman dahulu, wujudnya seorang ratu yang sangat cantik dan anggun. Ratu penjaga Gunung Sankala. Jika ada orang bangsawan yang mahu melamarnya, dia akan meletakkan syarat-syarat yang aneh sehingga mereka berputus asa. Ratu Sankala, sungguh jelita dan berpancasona!

Dan bagaimana jika si Tuan Putera Musang berjanggut bertemu dengan Ratu bersyarat tujuh? Cinta yang hilang kini datang kembali di dalam perbezaan zaman dan waktu. Misteri terungkai dan sejarah terlerai. Kini tiba masanya dongeng menjadi realiti.

Dan semuanya… bagaikan sakti.


have no idea cerita pasal apa
terpengaruh dengan cover yang lawa
then ada orang jual preloved
mahadewi : ratu dan raja dalam harga yang reasonable
1 hari dapat habis part ratu
tolak ketepi babak sweet between shah dan ratu
nama ya ampun .. ratu ratna mas nyawa .... tengku mahadani shah
haishhh


so ada selit hikayat ..
musang berjanggut, bawang merah bawang putih, batu belah batu bertangkup
then tetiba ada seniman bujang lapuk - ramli, ajis & sudin
pula dah


then kan ...
ratu ni macam watak puteri gunung ledang
sebab 7 syarat nya
nak jambatan emas lah, hati kuman lah, hati nyamuk lah, nak air mata anak dara lah, darah dan jantung anak putera lah

80% pada zaman dahulu kala .. baki 20% pada zaman tahun 2025
ada kaitan ... bila nak masuk ending

part lawan antara ratu dan musang berjanggut not bad

then kan .. ada pula hantu balan-balan kot perhatikan geng shah
sudah ler masa tu tengah baca waktu malam
tetiba rasa seram .. ahhh siot
sebab dah terlalu into sangat ...
haishhh

first time baca buku - Elvroseth
walaupun ada dengar negatif words
plagarism kot ... then ada scene yang tak patut
i don't read lah bila negatif review







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2024 11:40 AM | Show all posts
Legenda Mahadewi, seorang wanita sakti yang diam di atas Gunung Sankala, berpancasona indah. Bijak dalam segala perihal di dunia ini. Senyumannya seindah betari syurga.

Tengku Mahadi Syahidan atau digelar ‘Ghost’. Perjalanannya untuk masuk ke Sankala bersama isteri dan rakan-rakannya yang lain untuk mencari sebuah ‘batu’, merupakan perjalanan yang sangat mistik.

Segala-galanya di Sankala sangat indah dan misteri. Penuh dengan putaran sejarah yang aneh. Legenda-legenda Melayu yang pernah dibaca mereka di ‘dunia sebenar’, semuanya ada di sini!

Antara misteri dan masa.

Antara cinta dan nyawa.

Di Sankala, semuanya bagaikan mimpi indah yang melenakan.

Manis yang berbahaya. Cinta yang berkelana.

Apakah yang akan terjadi kepada Ratu di Gunung, Penjaga Sang Batu dan Raja antara Masa?

Legenda yang tidak pernah terpadam aksaranya.

Dan semuanya… bagaikan sakti.


belum baca lagi
petang nanti dapat baca

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2024 11:20 AM | Show all posts
‘Kasih ayah lebih tinggi daripada gunung dan sayang ibu lebih dalam daripada dasar lautan.’

YA, itulah yang terjadi kepada WAK ROSLI. Menjadi seorang ayah begitu sukar buatnya apabila memiliki seorang anak gadis yang lincah seperti SITI HAJAR. Luaran nampak lembut tetapi jiwa Siti Hajar tiada sesiapa yang mampu mengawal termasuk Wak Rosli.

Bagi Siti Hajar jiwanya sudah sebati dengan motosikal, kelajuan dan perlumbaan sehingga dia memasang angan-angan untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti meskipun perkara itu pasti mendapat tentangan daripada Wak Rosli.

“Aku rasa seronok bila bawak motor. Bila aku bawak laju, aku rasa aku makin ke depan. Aku rasa bebas. Bebas daripada semua masalah yang ada. Kau tahu tak, bagi aku dunia ni macam pentas perlumbaan, semua orang nak menang tapi akhirnya, hanya akan ada seorang aje yang pemenang. Orang yang berani menghadapi risiko, orang itulah yang akan berjaya.”- SITI HAJAR.

Segalanya berubah bagi Wak Rosli sebaik saja Siti Hajar dapat melanjutkan pelajaran ke Australia. Dia seperti kehilangan separuh jiwanya saat Siti Hajar melangkah pergi. Walaupun hatinya berat untuk merelakan Siti Hajar jauh daripada pandangan mata, namun dia terpaksa akur akan kehendak anak kesayangannya itu. Sikap sayangnya yang berlebihan pada Siti Hajar membuahkan cemburu dalam diri IQRAM selaku anak bongsu.

“Ayah selalu menangkan Kak Hajar. Kak Hajar seoranglah anak yang baik. Anak yang taat. Anak yang pandai. Habis tu Am dengan abang ni apa ayah? Ayah nampak kesalahan yang Am buat, baguslah. Sekurang-kurangnya Am sedar yang ayah masih anggap Am ni anak ayah!” – IQRAM.

Kemarahan dan dendam yang dipamerkan oleh Iqram langsung tidak menjejaskan ZAIDI. Demi kasih pada keluarga, dia sanggup mengorbankan masa depannya asalkan ayah tercinta bahagia meskipun kewujudannya jarang dipedulikan oleh Wak Rosli.

Namun, malang tidak berbau, di saat Wak Rosli sedang gembira menanti kepulangan Siti Hajar, ada khabar duka menjengah telinga mereka sekeluarga. Hajar koma! Saat itu dunia Wak Rosli menjadi gelap-gelita. Hatinya hancur berkecai apabila segala rahsia sudah tersingkap. Rahsia yang akan membuatkan Wak Rosli kembali sedar akan kewujudan Iqram dan Zaidi.

‘Andai aku tahu, hari yang paling gembira itu sebenarnya permulaan untuk sesuatu yang menyedihkan, takkan aku biarkan dia jauh daripada aku…’- WAK ROSLI.

Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Hajar sehingga mendatangkan kecelakaan kepada dirinya? Siapakah IRWAN yang hadir di saat kemelut keluarga mereka semakin memuncak? Akan bertahankah kepercayaan Wak Rosli terhadap anak kesayangannya itu atau kesabaran diri akan terus diuji?




novel ni dah lama
tak tahu kewujudan novel ni
until terperasan title nya
so kita beli dengan harga murah RM12 jer
free shipping


kita tak tahu dah adaptasi ke movie
so kita pun layan buku
kita ingat cerita pasal ayahnya meninggal ke apa ke
but sebaliknya ...


memang main emosi
sedih gila ...
sebak ...


terasa sangat ayahnya lebih kan hajar ...
abaikan dua anak lelaki - zaidi dan iqram
kesian ..
malas nak cerita panjang sebab nanti rasa sedih huhuhuhu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2024 11:21 AM | Show all posts
Miss Nina Cucu Tok Pa!

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?


beli kat tiktok
harga RM18.90 dapat diskaun banyak
rembat jer lah
rate kat goodreads.com pun ok
kita tak pernah baca buku dari author ni




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2024 10:18 AM | Show all posts
Lima tahun sudah berlalu sejak Julia, Simon, Mimi dan Idzham menemui Setuah Biru. Wabak Rhyto99 semakin berkurangan di seluruh Asia. Namun apabila kem mereka diserang habis-habisan pada satu malam, mereka berempat terpaksa dipindahkan ke sebuah kem lain demi keselamatan.

Dalam serangan itu, Idzham cedera parah. Setuah Biru pula hampir mati. Julia tidak mampu berdiam diri. Dia dan Simon kembali semula ke hutan untuk menyelamatkan Setuah Biru. Namun apa yang dirancangkan tidak mudah menjadi kenyataan. Kebakaran hutan menghalang laluan. Mereka tersesat ke sebuah kota purba dan diserang dengan tembakan bertubi-tubi.

"Risiko sangat tinggi. Haiwan buas dan seribu kemungkinan." - RASHDAN

"Adakah bapak engkau dan penduduk kampung ini tahu pasal kota purba tu?" - JULIA

"Siapa pun engkau, hutan di sini takkan peduli, Julia. Sedikit saja kesilapan, hutan ini akan memakan engkau." - MOK

"Kau dah sampai sejauh ini. Redah hutan, api, asap, air... tak ada siapa yang akan salahkan kau." - SIMON

Dapatkah janji, kesungguhan dan persahabatan menunjukkan jalan pulang? Ikutilah sebuah perjalanan dan pengalaman yang lebih mendebarkan.




memang best
for sure mesti ada selit paranormal
tetiba rasa seram bila dah terlalu into dengan plot cerita


sambungan Janji Julia 1
pasal penawar Rhyto99 ... rasanya macam zombie kot
negara masih huru-hara lepas wabak Rhyto99 ni
so diorang nak selamatkan Setuah Biru .. nak tanam balik
misi nak tanam balik punya lah susah
ada jer halangan
dengan ada tali barut dalam Kumpulan Safeline
then muncul Kumpulan Krewl7 ..
nak tahu sangat lah siapa Rita ni sebab ada kuasa minah ni
dan siapa upah Krewl7 ni ...
ingatkan habis .. tapi tergantung walaupun penulis kata TAMAT
sabar jer lah


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2024 09:55 AM | Show all posts
Bukan kuasa Sang Hiyang Batara Jagat Nata, juga bukan Hiyang Ulung. Dewata Mulia Raya juga tidak mampu melegakan resah hati Raden Inu.

Kembara baginda mencari kebenaran tauhid. Bertemankan penakawan Jerude, Punta, Kertala dan Persanta, lautan ganas diharungi. Direlakan diri menjadi Si Capik demi menemukan jejak memintas kapal nakhoda daripada Kerajaan Pasir. Hatta bersabung nyawa dengan makhluk sumpahan belaan si tukang sihir, Mervin.

Ancaman Ezekiel daripada Benua Utara malah hampir mencabut nyawa si pencari kebenaran.

Demi mencari Yang Maha Berkuasa, Raden Inu mempertaruhkan nyawa. Justeru, berlabuhlah cahaya di tanah Kencana membunuh mantera-mantera pujaan lalu menggantikannya dengan puji-pujian pada Yang Esa.





plot cerita macam tergantung
apa jadi dengan serangan Ezekiel
dan misi Raden Inu dapat menganut agama Tuhan Yang Maha Esa ..


Mervin ni ahli sihir tapi kaki ganja .. ah pelik
hahaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2024 12:41 PM | Show all posts
Sula, Daxia, Jaivad dan Basilius berkelana ke Benua Hujan atas pesanan Asclepius yang telah menghilangkan diri bersama Kesturi yang cedera parah dalam pertempuran di Gunung Batu Kuning. Misi mereka kini adalah memusnahkan gergasatwa yang bersarang di Pancakara dan untuk menyampaikan khabar duka tentang kecelakaan yang menimpa Kesturi kepada ibunya, Garuda perempuat pembuat peta.

Persahabatan wira-wira Buana Sepi diuji dengan pilihan antara cinta dengan setiaa kawan, kebebasan dengan tanggungjawab. Bolehkah mereka pulang ke kampung halaman jika gagal menghalang malapetaka yang akan membinasakan tempat mereka kembali?


tengah baca dan in between boleh baca buku lain
finale untuk Kronikel Empat Bahtera
bergabung tenaga .. fuuhhh


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2025 02:09 PM | Show all posts
Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh-musuhnya juga.

Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar yang pernah dunia ghaib saksikan.

Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya.

Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu ialah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan musuh yang sedang mara.


baca buku ni kali kedua
memang best
out of box ..
ada sambungan walaupun penulis dah TAMAT katanya
tunggu jer la sambungan nya entah bila
sabar jer lah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2025 02:10 PM | Show all posts
Empat lelaki yang mampu menukar fizikalnya menjadi merong dan seorang ahli sihir kolot.

​Bagi bentala Benua Delara, pertemuan mereka berlima adalah detik permulaan bagi kehancuran manusia. Tetapi, tiada seorang pun tahu bahawa nakhoda Delara sendiri yang menjadi punca kebangkitan mereka berlima.

​“Vangelia takkan berdiam diri selagi saya masih hidup, Evan. Awak sedar atau tidak yang awak sedang menyusahkan diri sendiri, selamatkan penjenayah ini?” – Rathena

​“Then what about me? What about Drake, Nash and Merlin? Aren’t we the same?” – Evander

​Dendam, jauh sekali untuk mereka lunaskan. Tetapi Evander cuma punya satu misi yakni menyelamatkan ibundanya yang berada di bawah tahanan manusia yang tamak dan gila kuasa.

​Namun tatkala misi hampir dinoktahkan, kemunculan Ezekiel daripada Puak Naga Aswad punahkan semuanya. Tidak sampai sehari, nyawa yang tidak bersalah terkorban satu demi satu. Kerakusan Ezekiel juga, akhirnya telah meninggalkan titik hitam dalam diri Evander. Bermula dari satu titik hitam, kegelapan mula menyelubungi hidup Evander. Akal warasnya mula ditakluki sedikit demi sedikit.

​“Dalam beberapa hari lagi, akan tercetusnya perang besar di sini. Aku tak tahu di bahagian mana. Tapi perang besar tu akan hancurkan satu lagi empayar di benua ni. Aku… Aku tak yakin kau akan selamat nanti, Thena.” – Evander.

​Kerana satu sumpahan Ezekiel, adalah kehancuran yang tiada seorang pun mampu halang. Termasuklah Rathena sendiri.

​“He’s not your Evander anymore, Rathena.”

Dan itulah kenyataan yang perit untuk Rathena telan.


tengah baca
tahu kewujudan buku ni pun dari TikTok #BookTok
racun ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2025 09:59 AM | Show all posts


Bermula daripada pertemuan yang tak dijangka, Evander dan Rathena memulakan pengembaraan bersama demi menyelamatkan ibunda Evander yang hangat diperkatakan sedang berada di bawah tahanan manusia. Namun takdir bagai berseteru  dengan mereka, Evander disumpah oleh Ezekiel yang semakin lama semakin memamah kewarasannya.
“We're gonna do this together. Okay?”
Misi mencari penawar untuk menyembuhkan Evander tak semudah yang disangka. Nasib mereka berdua bagai jatuh ditimpa tangga. Semakin mereka hampir dengan noktah kesengsaraan Evander, hubungan mereka semakin retak menanti belah.
“Kau yakin... selama ini kau benar-benar mengenali Lucita?” – Kethan
“Apa kau menyesal dengan semua ni? Menyesal... hidup dengan suami yang sakit dan tak berguna ini? Menyesal selamatkan aku waktu pertama kali kita berjumpa?” – Evander
Dan Evander, tetap memilih untuk percayakan Kethan lebih daripada segalanya.
“Kita dah sampai ke tahap ini, kenapa kau tiba-tiba berubah fikiran?” – Evander
“Perkara ini takkan berlanjutan sampai ke tahap ini kalau awak pilih untuk dengar penjelasan saya.” – Rathena
“Jadi betullah. Kau menyesal.”
Kesangsian menjadi punca retak hubungan mereka. Kebenaran yang pahit untuk ditelan kian hampir dengan mereka. Akankah mereka masih punya peluang untuk kembali seperti dulu sebelum terlambat?

buku ni tak key in dalam goodreads lagi
buku baru keluar tahun lepas
not bad ... walaupun rasa sakit gigi baca dialog dalam english
macam tak kena sikit
then nama pemaisuri lana ni macam takde orang perasan
patut Pemaisuri Lana .. tapi typo error Pemaisuri lana ..
macam mmmmm ..

buku ni sambungan sumpahan merong aswad satu
buku pertama tu .. ok tapi buku kedua lagi ok
sebab ada action pack .. diorang perang sesama naga
so can imagine lah
then terasa heronya muka ala ala k-pop
rambut strawberi .. hehehe

jalan cerita tak berat pun ..
boleh baca ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2025 10:52 AM | Show all posts
Dua tahun lalu, tiga orang sukarelawan iaitu Rani, Ikram dan Hana- hilang ketika keluar bersama bot mereka untuk menyelamatkan mangsa banjir. Kehilangan mereka telah mencetuskan kegemparan. Operasi mencari telah digerakkan. Namun sehingga kini, kehilangan mereka terus menjadi misteri.

Musim banjir tiba lagi. Tok Djani, datuk Ikram telah mendapat alamat dan petunjuk daripada mimpi-untuk pergi menyelamatkan mereka semua dari satu kawasan tanah rawa yang dipanggil Kampung Rembang. Namun tiada siapa yang mempercayai kata-katanya sehinggalah dia bertemu dengan dua orang pemuda iaitu Danish dan Lutfi yang merupakan abang kepada Rani.

“Kerana iblis itu hanya mengambil satu nyawa manusia setiap satu tahun. Maknanya mungkin dua daripada tiga masih hidup…atau mungkin kesemuanya masih hidup.”

Bersama mereka berdua, Tok Djani meneruskan perjalanan ke Kampung Rembang -sebuah kampung yang tak nampak pada mata kasar dan dihuni kaum buaya yang ganas.

“Pintu ke kampung itu hanya akan terbuka apabila banjir menenggelamkan tiga buah kampung berhampiran. Sungai jadi laut.”

“Tolong! Tolong! Kami di sini!”

“Suara siapa tu, tok?”

Tok Djani yakin mereka sudah sampai ke Kampung Rembang. Mudah untuk dimasuki tetapi tiada jalan keluar.


baca semalam dan habis semalam
tak tebal pun .. dalam 202 muka surat je
jalan cerita simple dan tak seram pun
persoalan memang ada ler tapi jawapan ditemui pada akhir jalan cerita
cuma kalau siapa yang jenis cepat tangkap
akan tahu siapa dalangnya ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2025 10:57 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 20-1-2025 11:49 AM

Salahuddin al-Ayubi merupakan pahlawan dunia realiti juga fantasi. Seperti Raja Arthur, dia juga menjadi cerminan angan-angan dan impian. Tanyalah sesiapa sahaja dari mana-mana belahan dunia—siapa pahlawan terhebat? Hampir pasti jawapannya Salahuddin al-Ayubi. Sehingga takat tertentu, sejarah menyokong pendapat ini. Namun, sejarah memiliki pelbagai sisi. Buku karangan John Man ini membezakan antara untaian fakta dan fantasi tentang Salahuddin, selain cuba memahami mengapa Raja Penakluk ini terus ditanggap sebagai wira sehingga kini.


buku ni dah berapa kali baca tapi selalu sangkut


i think i adore salahuddin ... tapi bukan crush lah ...
sebab pemimpin yang totally humble dan betul-betul turun padang
memang takkan ada pemimpin lain selain dari salahuddin


maybe kali ini kita boleh baca sampai habis ...
we take it slow ya





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2025 10:00 AM | Show all posts
Equilibria
“ Kapal generasi ialah pesawat pengembara angkasa lepas yang berupaya untuk mengembara merentasi jarak yang amat jauh ... ”

“Rasional pembinaan kapal generasi ialah untuk menyelamatkan keturunan manusia agar dapat membina tamadun di tempat lain dalam alam semesta ini apabila bumi mengalami malapetaka ataupun membina koloni manusia di planet lain atas nama eksplorasi dan sains. ”
- Dr. Morgan Archer.


Ulasan karya :
Equilibria mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh sekumpulan remaja apabila mereka diminta meninggalkan tempat kelahiran mereka Equilibria untuk menziarahi dunia penuh teknologi moden iaitu Kapital 1. Equilibria adalah tempat di mana manusia hidup bermasyarakat tanpa menggunakan bahan api fosil. Konflik timbul apabila seluruh wilayah kecuali Kapital 1 dan 50 daerah Kapital lain adalah kawasan yang separa punah dan mengamalkan kehidupan hukum rimba. Berjayakah kumpulan ini kembali ke Equilibria? Adakah jemputan ke Kapital 1 suatu niat murni yang tidak mempunyai helah?

Semua rahsia itu diketahui oleh Kaylen Fujiwara yang diumpan oleh ibunya, Morgan untuk keluar dari Equilibria. Sedang dia tahu yang Equilibria diancam bahaya,adakah Kaylen sanggup membiarkan , gadis pemilik hatinya dan sahabat-sahabat yang lain terkorban dek haloba Kapital 1 untuk menjarah tanah tempat tumpah darah mereka?


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KEDUA
Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi (Musim Kedua) 2012
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kumpulan Utusan.
Pertama Tiada Pemenang
Kedua Equilibria Sri Rahayu Mohd Yusop
Ketiga Detik Amir Husaini
Hadiah Penghargaan
ID Amer Hmzah L. Kadir
Di Sebalik Dinara Dayang Noor
Bekamorfosis Jali Kenoi
Hadiah Galakan
Timpani Faridah Abdul Hamid


baca buku ni .. tukar buku kejap
terasa Salahudin agak panjang nak dihabiskan walaupun baru 254 mukasurat


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2025 10:26 AM | Show all posts
Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur kerana masih dapat bernafas di atas bumi merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas pejuangannya dulu.

Hafiz pula bekas wartawan. Dia berhenti kerana menghidap penyakit kronik. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya.

Zakiah pula seorang wanita yang berdendam dengan lelaki kerana kejadian waktu silamnya.

Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.


dah habis baca
jalan cerita agak slow dan mmmm kena banyak sabar
cuma yang jadi panas bila watak Zakiah
memang panas .. sebab ada adegan 18sx
agak terbuka ... hushhhh


kesian dengan Hafiz .. sebab tak sangka lah dia meninggal (tak baca sinopsis sebenarnya)
dia tak beritahu sesiapa pun
tak pasti Zakiah dengan Hafiz hubungan diorang macam mana
sebab Hafiz bantu Zakiah masa Zakiah keguguran ...
sanggup bawa ke hospital ... melawat ..
yang pasti Zakiah memang treasure hubungan dia dengan Hafiz
dan Hafiz nasihat Zakiah untuk berubah .. kembali ke pangkal jalan
dan Pak Ariff sedia bantu Zakiah ...






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2025 10:28 AM | Show all posts
Dunia jin digambarkan sebagai dunia yang seakan dunia nyata di sekeliling kita. Berhutan, berpenghuni dan sangat luas. Mendorong dua kembar kacukan jin manusia, Ahmad dan Muhammad beserta adiknya Zaleha, menelusuri liku takdir hidup mereka.

Setelah kedua ibu bapa mereka, Merdu dan Megat, dibunuh oleh pemimpin jin yang tidak beragama, Tok Bakawali dengan kejam. Mereka terpisah dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Muncul dua jin harimau datuk, Geruh dan Guntur, memimpin ketiga mereka dalam keterpisahan. Di kala itulah mereka bertiga sedar bahawa takdir yang menanti mereka, akan membawa mereka sangat jauh dengan liku yang amat kejam dan gelap.

Pengembaraan ini amat menyayat hati.
Pengembaraan ini amat meruntun jiwa.
Pengembaraan ini menuntut semangat sehabis daya.
Pengembaraan ini turut bersulam suka dan tawa.

Siri pertama dari keseluruhan trilogi mistik purba ini akan membawa jiwa kalian ke alam yang di luar jangkaan, luar dari kebiasaan.


Best gila
Tak membosankan
Cuma ada typo sikit .. kena baiki bab ni
Ahmad dan Muhammad kembar, kacukan Jin dan Manusia ... Punyai kehebatan yang paling hebat .. gabungan padu .. dijaga oleh Geruh dan Guntur.
Zaleha adik perempuan bongsu .. kaki bebel, garang tapi comel sampaikan Geruh tak berani nak bangkang ... Hehehe
Action non stop .. ada seram juga .. tapi tak terlalu sangat .. tak payah imagine sangat .. ye lah sebab lawan dengan Jin .. muka semua jenis pecah pintu ..
Tapikan benci betul dengan Ram .. bukan Tok Ram Gegar Vaganza tu .. banyak betul muslihat ... Ada udang sebalik mee ...
Then akan tertanya apa tujuan Tok Bakawali ajar Zaleha .. baik atau jahat ... Terbayang macam cerita kartun The Incredible, anak bongsu nama Jack Jack .. comel tapi dalam comel boleh tukar jadi setan .. hahaha tak percaya boleh baca ...
Watak Muhammad nampak jer lemah tapi diam-diam berisi .. cuma Ahmad jenis ikutkan perasaan .. rasa nak sepak jer ..
Rugi kalau tak baca .. beli dan baca .. boleh buat koleksi dan ulang baca lepas tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2025 10:33 AM | Show all posts
Rahsia Ram yang selama ini menyelinap di dalam kelam telah terbongkar. Dengan kehadiran Nyang Putih, ia lebih menyulitkan Ram untuk mengecapi apa yang ingin dihajati. Namun, disangka panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari.

Apakah itu Ramalan Jagat Raya?

Apa kaitan dengan Ahmad dan Muhammad hinggakan timbul siluman-siluman kegelapan yang mengaku sebagai dewa dan dewi, tampil untuk menggagalkan mereka?

Kesinambungan kali ini akan dipenuhi dengan liku-liku yang jauh lebih membinasa. Dapatkan Ahmad, Muhammad dan Zaleha meneruskan perjalanan mereka?


tengah baca buku ni
baru start baca malam tadi 4/2/25

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2025 10:06 AM | Show all posts
Sungguhpun berjaya menghalang kemaraan musuh di Wilayah Buana Utara. Ketewasan di wilayah selatan, telah mengangkat Ramasura menjadi penghulu besar bunian setelah wilayah selatan telah lama tidak berpemimpin. Ini bermaksud cabaran getir masih lagi menghantui Ahmad dan Muhammad.

Bidak-bidak Tri Mahadewa pasti tidak akan berputus asa di utara manakala Ramasura pasti akan bermaharajalela di selatan. Mampukah mereka berdua memenuhi Ramalan Jagat Raya? Dan mampukah mereka memenuhi takdir ke atas diri mereka dengan menumpaskan musuh yang amat berkuasa?

Bagaimana pula cabaran yang bakal dilalui oleh Firdaus setelah mewarisi Keghaiban Lam Makrifat? Apakah perkaitan dirinya di dalam Hikayat Si Kembar - Kebangkitan Cahaya Sukma. Sudah pasti ada kejutan yang tidak disangka sedang menanti anda yang setia mengikuti hikayat ini.


malam tadi dah start baca Hikayat 3
Hikayat 2 sangat lah best
tak tahu nak explain macam mana tapi memang best
dialog tak boring .. action pack ada ... penulis siap buat satu persoalan lagi
haishhh memang tak boleh stop
cuma tak sanggup nak bayangkan muka Seri Kali, awek Siwa ...
and tak sanggup nak google muka dewa dewi dalam Hikayat 2 dan 3 ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2025 12:42 PM | Show all posts
Selepas lebih dua ratus tahun pemerintahan penghulu besar bunian, Raja Ahmad Siguntang bersama adik kembarnya, Panglima Hitam Muhammad Siguntang di Wilayah Buana Selatan. Dunia Jin digemparkan sekali lagi dengan kebangkitan kaum jin yang amat buas, tidak diketahui dari mana datangnya.

Lebih memeranjatkan lagi, apabila kaum jin yang diketuai oleh raja jin yang amat perkasa, menyasarkan kedua kembar bagi tujuan ingin menjadi raja yang paling berkuasa di alam jin. Maka sekali lagi kedua kembar dipaksa untuk berjuang bagi menggagalkan usaha yang amat berbahaya ini. Namun, cabarannya bukan berhenti setakat ini sahaja. Tanpa sedar, ada musuh lain yang serta bersama dendam kesumat yang panas membara. Adakah si kembar berjaya untuk menghadapi mereka?




akhirnya tamat adventure Hikayat Kembar 1 - 3
memang best cara Tri Mahadewa tu tewas
padan muka
dan persoalan terhadap Firdaus pun selesai
Firdaus ni cucu susur galur Jejaka dan anak perempuan Maulana Ishak


semua selesai tapi masih belum aman damai
sebab kalau aman damai ... takde muncul Panglima Hitam
so Panglima Hitam lebih kepada Muhammad ...
ada ler selit Ahmad .. dan Guntur dan Nyang Putih


tak sure Panglima Hitam 1 boleh habis dalam seminggu ni
tengok pada keadaan
bulan puasa nak mucul dah .. sessi baca dihentikan sementara waktu


watak jahat kali ini Embah Sughal ...
Jin api yang muncul hasil darah geng Tri Mahadewa - Siwa dan Mukha
Pancha dah mati awal masa lawan dengan Ahmad dan Muhammad
Siwa dan Mukha tinggal jasad dan nyawa-nyawa ikan
memang senang dibunuh oleh anak buah Embah Sughal ..

novel Panglima Hitam 1 ni macam flash back
but adventure dan action pack non stop for sure
watak Firdaus pun ada juga






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 1.949571 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list