|
ISU : Pluralisme & Liberalisme - terbaru #29
[Copy link]
|
|
mbhcsf posted on 17-11-2014 08:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
awak diharap memghormati thread ini yg saya khususkan untum membincangkan soal soal berkaitan li ...
awak juga perlu menghormati kesarjanaan Dr Asri sebagai ulama, jangan mudah membabi buta memberi label wahabbi, populist dan lain2 label yang berkonotasikan maksud negatif... kalau benar beliau populist, keluarkan fakta statement mana daripada beliau yang menunjukkan beliau seorang populist, kalau beliau wahabbi tunjukkan dari statement beliau sendiri yang menunjukkan beliau wahabbi. Bagi statement daripada beliau yang menunjukkan beliau ada masalah fahaman dari segi akidah dan syariah, jika anda seorang yang benar.
setahu saya jika anda menuduh seseorang tanpa usul periksa dengan tidak disandarkan bukti statement daripada orang yang dituduh, itu namanya fitnah... adakah anda mbhcsf seorang pemfitnah?
|
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 17-11-2014 09:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
awak juga perlu menghormati kesarjanaan Dr Asri sebagai ulama, jangan mudah membabi buta memberi l ...
saya melihat seseorang itu berdasarkan kandungan apa yg ditulis dan fikrah inclination pemikirannya secara holistik
ilmuya sure . Ada banyak lagi yg berkaliber dan berkelulusan boleh berhujah lebih berisi cumanya depa tidak menulis 'ISU' di dadad akhbar .
dan juga apabila mereka menulis 'isu' berhubung sesuatu ia tidak bersifat populist tetapi lebih kepada kandungan dan ketepatan ilmu
org yg tahu subject matternya tidak akan menulis tentang DIALOGUE - dengan menggunakan bahasa kedua, tengok sahaja tulisan Dr Mohamad Farid Mohd Shahran 2013.
saya meletakkan tanggungjawab anda sebagai yg menempek article ini sebagai dewasa yg boleh menilai article itu.
mempunyai keupayaan menilai article itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 17-11-2014 09:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
awak juga perlu menghormati kesarjanaan Dr Asri sebagai ulama, jangan mudah membabi buta memberi l ...
saya meletakkan awak sebagai yg bertanggungjawab terhadap article yg awak tempekkan dan menilai.
|
|
|
|
|
|
|
|
again sekali lagi kepada pembaca sesiapa yg nak mendalami isu liberalisme dan beberapa isu menarik tentang perkembangan islam dan isu masa kini , pemikiran sila membuat bacaan lanjut
Mohd Farid Mohd Shahran :Akidah & Pemikiran Islam : Isu dan Cabaran 2013, ITBM , Kuala lumpur .
|
|
|
|
|
|
|
|
~ Nota : Ini adalah nukilan tentang Gerakan Kesederhanaan dan respons pihak yg berkaitan.
Kesederhanaan memang tidak sama dengan liberalisme
DARI JENDELA TOK KI | 18 November 2014 1:31 AM
0 0 Google +0
PENAFIAN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya terhadap dakwaan segelintir pihak kononnya gerakan kesederhanaan atau wasatiyyah yang dibawa oleh kerajaan mempunyai kaitan dengan fahaman liberalisme adalah tidak benar.
Ianya mungkin berbangkit kerana Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Moderation dikaitkan dengan tokoh-tokoh liberal di Indonesia dan di Malaysia. Pemikiran Saifudin se­ring berbeza dengan pemikiran arus perdana malah bercanggah dengan pendirian Tuan Haji Yusof Din, Ketua Institut Wasatiyyah Malaysia.
Penjelasan Perdana Menteri terhadap isu ini amat baik sekali. Beliau memetik konsep kesederhanaan dengan merujuk hadis nabi menganjurkan berbuat baik dengan sederhana dan lurus.
Konsep wasatiyyah, sederhana atau berimbang terungkap dalam al-Quran dalam Surah al Baqarah: 143 yang menyebutkan umat Islam adalah ummatan wasata atau umat pertengahan, umat berimbang, memiliki kebijaksanaan lagi adil.
Ianya bercanggah dengan konsep gopoh, pelampau, tidak mengambil pertimbangan maslahah dan konsep wasat itu sendiri adalah manhaj atau pendekatan yang sederhana dan berimbang.
Faham liberal yang dikemukakan oleh Barat dan tokoh-tokoh liberal Islam tidak boleh disamakan dengan maksud wasatiyyah. Faham liberal Barat cuba mencabut akar agama dari pemikiran dan sistem. Liberalisasi bagi mereka meletakkan asas rasional sesuatu yang mutlak. Pendekatan pasca modenisme yang sedang berlangsung mendukung faham ini. Tokoh liberalis seperti Nietze menyebutkan ‘Tuhan Sudah Mati’. Michael Fouco dan Derrida meletakkan rasional sebagai asas kebenaran mutlak.
Tokoh Islam yang memperjuangkan faham liberal dalam beragama menganggap kembali kepada al-Quran dan hadis secara benar sebagai fundamentalis dan tradisionalis yang perlu disanggah. Lalu pendekatan tafsir dan takwil yang dilakukan bercanggah dengan nas yang qatie (putus) dan mengambil pendekatan rasional dan logik sebagai landasan berhujah.
Apa yang diperjuangkan oleh kerajaan, konsep wasatiyyah berlandaskan Islam. Kesederhanaan terhubung dengan cara dan metodologi bukannya daya usaha yang secukup hidup tidak yang terbaik dan mampu menghasilkan kualiti dan produktiviti.
Rasulullah SAW menjadi contoh manusia yang cukup sederhana dalam watak dan tingkah laku tetapi amat tegas de­ngan isu akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Kesederhanaan terkandung maslahah dan hikmah. Bila Rasulullah SAW diba­ling batu sehingga luka kakinya di Taif, baginda tidak mendoakan kebinasaan kepada pemuda jahiliah.
Bila menyantuni pelbagai anutan di Madinah, baginda membangunkan Sahifah Madinah meleraikan kepelbagai­an. Bila terhalang di Hudaibiyyah dalam misi Futul Makkah (kembali semula Mekah) baginda menerima dengan sabar walaupun dibantah oleh Saidina Omar. Ternyata strategi undur setapak ke belakang untuk lonjakan lima tapak ke hadapan berlaku dan akhirnya Islam berkembang di Jazirah Arabia. Ianya adalah strategi wasatiyyah.
Banyak negara umat Islam hari ini memilih jalan revolusi dan radikal sehingga mengakibatkan perpecahan sesama warga umat terjadi. Apa yang sedang berlaku di Syria, Iraq, Libya dan Mesir membuktikan hakikat ini.
Tidak mudah untuk meleraikan konflik yang terjadi akibat kegopohan dan tindakan melampau dan akhirnya umat Islam terjebak dalam adu domba pihak ketiga.
Malaysia mencapai kemerdekaan dengan pendekatan perundingan, muafakat dan cara persefahaman terutama dalam realiti masyarakat yang majmuk. Bayangkan sekiranya Malaysia mengambil pendekatan yang melampau dan meraikan ekstremis, Malaysia akan terjebak dengan perpecahan yang parah dan ia akan merintis jalan mundur, perpecahan dan tidak maju.
Dalam melaksanakan dasar Penerapan Nilai-nilai Islam pendekatan wasatiyyah dijadikan pedoman. Sikap inklusif terhadap perbezaan yang ada, muafakat dalam menyelesaikan masalah, terbuka dalam meleraikan konflik menyebabkan persefahaman terjadi.
Pelaksanaan sistem muamalah, perbankan, takaful, industri halal, sukuk (bon) berasaskan patuh syariah diterima dengan baik malah melibatkan ramai kelompok bukan Islam. Malah kejayaan Malaysia menjadi model contoh negara-negara Islam yang lain. Inilah pendekatan wasatiyyah yang diambil bukannya liberalisme.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.rho6cwQE.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 14-10-2014 01:12 AM ![](static/image/common/back.gif)
exactly ,bila saringan dah tiada
Sbb tu kena takrifkan topik ni dlm kotak yg mcm mana...![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 3-12-2014 09:41 PM ![](static/image/common/back.gif)
Sbb tu kena takrifkan topik ni dlm kotak yg mcm mana...
it is about creating 'isme' dalam pemahaman Islam itu.About penyalahlewengan kefahaman yg pokok dari aspek pentafsiran dan meletakkan sesuatu berlandaskan al HAQ.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 3-12-2014 10:09 PM ![](static/image/common/back.gif)
it is about creating 'isme' dalam pemahaman Islam itu.About penyalahlewengan kefahaman yg pokok da ...
Tu le...'idea' je kot.
Was it practical? Cthnya? ![](static/image/smiley/default/mad0261.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 3-12-2014 10:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tu le...'idea' je kot.
Was it practical? Cthnya?
idea and when they spread the misconception pasal islam - dari segi pemahaman , manhaj
mula dengan idea - then into action. pada siapa yg peka dan yg kuasai ilmu tafsir ulium quran depaboleh nampak pola ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebagai seorang wahabi....
sy mendapati artikel dr maza itu betul aja tiada salahnya...
kesilapan beliau adalah apabila beliau bermain2 dgn perkataan pluralism....
sekali lagi yang berlaku adalah masalah istilah.
biarlah istilah pluralism itu ditakrifkan sebagai aliran sesat.
usah dibuat istilah baru yakni pluralism yg mengiktiraf hak agama lain tetapi menafikan kita mengikutinya---ini istilah yg ada dlm tulisan itu.
apa yg dr maza cakap tu betui, cuma tak payah pakai istilah pluralism utk itu.
itu dikira mcm kita lah org islam, tak payah panggil pluralism pun takpa....
adapun, yg ada di forum ini perlu hati2 dgn masalah istilah....
dan jika sudah ada istilah yg dah jadi official maka kita jgn timbulkan kekeliruan dgn membuat istilah baru.
contoh. kereta difahami kereta.
istilah baru yg direka sbg contoh="kereta tayar dua" dimetaforakan kepada motor.
lalu dikatakan ahmad menunggang kereta tayar dua.
lalu org bergaduh, mana ada org menunggang kereta.
kedua2 pihak betul.
seorang betul kerana dia faham kereta sebagai kereta.
seorg lg betul kerena dia merujuk istilah yg dia reka.
kesimpulannya, 1. jgn bergaduh kerana masalah istilah.
2. lebih baik jika tidak mereka istilah baru yg boleh mengundang kekeliruan. Last edited by ussopp on 4-12-2014 04:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 4-12-2014 04:21 PM ![](static/image/common/back.gif)
sebagai seorang wahabi....
sy mendapati artikel dr maza itu betul aja tiada salahnya...
Pluralsime itu wujud. Dah wujud gagasan idea itu sebab itu istilah itu wujud - menghuraikan apa yg diceritakan. Istilah ni dah wujud so nak kata tak payah bagi itu ini - doesn't work lah Ussop.
Ini yg dibincangkan - oleh agamawn - sebab kesannya - dan impaknya - nak ata tak payah payah memang susahlah.
sebab dari ifea / gagasan - maka muncullkan perlakuan dan dalam perlakuan tu lah yg ada penyelewengan dari konsep asas.
so, seba tulah pihak pihak macam IKIM kena ambil tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 4-12-2014 07:51 PM ![](static/image/common/back.gif)
Pluralsime itu wujud. Dah wujud gagasan idea itu sebab itu istilah itu wujud - menghuraikan apa yg ...
bukannya sy kata tak payah bincang pasal pluralism.....huhu
saya kata tak payah bincang pasal ulasan maza tu yg menggunakan banyak istilah utk pluralism.
kita pakai ja satu istilah yakni yg sesat.....
abaikan saja istilah dr maza yg guna pelbagai istilah utk pluralism tu....
dan perdebatan mengenai istilah bukan sahaja tidak fokus pada jawpan malahan melecehkan padahal masing2 tahu maksud kita sama...
yakni ada fahaman yg sesat ada yg tidak....
carry on.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 4-12-2014 11:30 PM ![](static/image/common/back.gif)
Fikrah melahirkan firkah, pecah le
Idea byk idea, sekadar idea
pokoknya, apa yg diperbuat?
i sebenarnya tak faham posting anda dan saya tak boleh bagi respons
u nak i respons pada siapa atau tentang apa? sebab sorry ya posting anda saya kurang jelas.
|
|
|
|
|
|
|
|
APA sebenarnya yg ditegaskan ye. Pening mama... |
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 4-12-2014 09:12 PM ![](static/image/common/back.gif)
bukannya sy kata tak payah bincang pasal pluralism.....huhu
saya kata tak payah bincang pasal u ...
saya pun sebenarnya tak akan mengambil pendapat Maza dalam hal hal ini melainkan penulis tu berfikrah Islam dan terlibat dalam hal hal pengajian islam dan falsafah serta melihat permasalahan ini dari sudut gagasan.
yup.
ntah i pun tak kisah Maza tu nak cakap apa apa hehehehe he can talk
|
|
|
|
|
|
|
|
mamajj posted on 5-12-2014 12:21 AM ![](static/image/common/back.gif)
APA sebenarnya yg ditegaskan ye. Pening mama...
I sebenarnya membuat thread ini as a read on - dan ingin memperkenalkan at introductory level apa itu a) liberalisme b) sejarah gagasan ini
c) apa mereka dan siapa mereka d) apa depa buat e) kat mana yg salah
sorry isi kandungan ni lebih berat
but you can ask ya apa yg tak faham
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 5-12-2014 12:25 AM
I sebenarnya membuat thread ini as a read on - dan ingin memperkenalkan at introductory level apa ...
Ohh tkasih.. terlalu berat utk mama hadamkn.
Assalamualaikum |
|
|
|
|
|
|
|
mamajj posted on 5-12-2014 12:21 AM ![](static/image/common/back.gif)
APA sebenarnya yg ditegaskan ye. Pening mama...
kalau kita aware tentang hal berkisar Islam dan isu serta cabaran , ini one of the isu yg dihadapi oleh masyarakat Islam kita hari ni di mana idea liberalisme atau gagasan mula diterjemahkan dalam hal hal yg menyentuh integriti pemahaman atau konsep Islam itu sendiri.
Sekarang ni ramai memperkatakam isu liberalisme and pluralisme.
|
|
|
|
|
|
|
|
mamajj posted on 5-12-2014 12:27 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ohh tkasih.. terlalu berat utk mama hadamkn.
Assalamualaikum
Wa'alaikumussalam.
tak pe it is okay
|
|
|
|
|
|
|
| |
|