|
hantukiller posted on 1-10-2014 11:53 AM
Dah macam tu banyak dalil yg beriman tak semestinya islam tuan tolak, nak dalil apanya lagi??? tuan ingat apa makna iman tu??? iman tu percaya, tau tak percaya???? takwa tu takut!!
Aiitt... saya yang bawa dalil pasal syahadah, dituduh saya tolak dalil pula? Hmmm... tuan nak menang? Atau nak cari kebenaran? Kalau nak menang, sila cakap awal-awal ye...
Orang musyrik tak bertaqwa pada Allah pun tuan nak pertahan kata beriman dan tak berdukacita? Sila baca Surah Al-Bayyinah sampai habis, orang Musyrik KEKAL dalam neraka.
Takkan orang dah percaya(iman) pada Allah, tuan nak nafikan pulak???
Sekarang tuan buat tuduhan pula... Allah sendiri yang sebut orang Musyrik kekal dalam neraka, tuan nak nafikan?
Takkan orang muysrik yang kekal dalam neraka tuan nak kata mereka percaya pada Allah dan TAK AKAN BERDUKACITA, berdasarkan kefahaman tuan yang tuan ulang berkali-kali iman = percaya?
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 12:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 11:30 AM
Jika tuan setuju Iman terbatal, maka tak boleh lah berkata mereka (musyrik) tu beriman.
Mana-ma ... Jika tuan setuju Iman terbatal, maka tak boleh lah berkata mereka (musyrik) tu beriman.
Mana-mana rukun iman yang terbatal, menyebabkan dikira TAK BERIMAN, sekalipun masih percaya pada rukun iman yang lain. Sebab itu orang musyrik itu dikira KAFIR, tak beriman, sekalipun dia percaya pada Allah. Ini kerana dalam dia percaya pada Allah, dia tak percaya pada KEESAAN ALLAH sambil minta pertolongan dari tuhan-tuhan ciptaannya.
Dosa yang tak terampun di sisi Allah ialah Syirik. Syirik merosakkan iman yang menjadikan iman terbatal. Bila tuan kata orang musyrik tu kafir(tidak percaya sama sekali akan allah dan hari akhirat), tunjukkan rukun iman mana yg mereka tolak?
Syirik bukan kafir, kalaupun syirik tu tak terampun, tapi tetap iman tu ada pada mereka, mereka tetap percaya Allah tu adalah tuhan sekelian alam!!
"Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?" yunus 31
Percaya akan Allah, iman la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:02 PM
Bila tuan kata orang musyrik tu kafir(tidak percaya sama sekali akan allah dan hari akhirat), tunjukkan rukun iman mana yg mereka tolak?
Rupanya istilah 'kafir' pun ada masalah....
'Kafir' bukan hanya bererti tidak percaya sama sekali akan allah dan hari akhirat, bukan itu definisi 'kafir', itu sebahagian dari contoh kafir. Dari segi istilah 'kafir' itu ENGKAR. Contoh mudah, Iblis percaya Allah, percaya hari akhirat, tapi ENGKAR, tak mahu terima perintah Allah yang dia sepatutnya menyerah diri terima.
Musyrik tu kafir sebab dia TOLAK KEESAAN ALLAH. Rukun Iman yang pertama lagi dah terbatal. Percaya pada Allah sebagai satu-satunya Tuhan, bukannya boleh percaya kepada Allah sambil percaya pada tuhan-tuhan yang lain.
Percaya akan Allah, iman la tu
Jadi tuan percaya Iblis tu dikira beriman pada Allah dan tak akan berduka cita?
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 12:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 11:33 AM
Setakat percaya tak cukup syarat untuk menjadi beriman. Dah jelas dari ayat-ayat Al-Quran yang dis ... Setakat percaya tak cukup syarat untuk menjadi beriman. Dah jelas dari ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan sebelum ni.
Tetapi jika tuan berbahas dari segi bahasa semata-mata, yang tuan kata iman maksudnya percaya, tak lain, tak bukan HANYA PERCAYA sudah cukup dikatakan beriman, maka saya berlepas diri dan cukuplah setakat ini penjelasan saya.
"Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?"
Memanglah orang Musyrik percaya pada Allah, tapi kepercayaan mereka ROSAK, iman terbatal sebab mensyirikkan Allah. Ayat tu tak kata pun orang musyrik beriman pada Allah.
Jika beriman kepada Allah, sudah tentu bertaqwa pada Allah. Kenapa masih mohon pertolongan pada tuhan yang lain, tak bertaqwa pada Allah dengan mohon pertolongan dari-Nya, kalau betul beriman pada Allah? Adakah tuan bermaksud orang musyrik tak percayakan Allah(terbatal imannya)????
Jika beriman pada Allah sudah tentu bertakwa?????? jadi tuan rasa tuan dah bertaqwa lah ye??? salah tu tuan, beriman tak mesti bertaqwa, tapi yg bertakwa tentulah orang yg beriman. Sebab tu ramai yg beriman, tapi terus buat perkara yg Allah larang, tak takut(taqwa) pada Allah la tu. Ada juga orang islam beriman yang ayat Allah ada keistimewaan tertentu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:12 PM
Adakah tuan bermaksud orang musyrik tak percayakan Allah(terbatal imannya)????
Jika beriman pad ...
Dah banyak kali ulang-ulang-ulang-ulang daaaaaaaaa...............
Memang orang musyrik tu percaya Allah, sekadar percaya, tetapi iman terbatal sebab mensyirikkan Allah. Bila iman terbatal, TAK boleh dikatakan beriman pada Allah. Nak kata percaya pada Allah, boleh la sekadar percaya. Iblis pun percaya pada Allah, tak menjadikan Iblis beriman pada Allah, bahkah jadi kafir sebab engkar.
Musyrik melakukan keengkaran dengan mempersekutukan Allah, di mana dalam Al-Quran dijelaskan dosa syirik itu dosa yang tak terampun.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:12 PM
Jika beriman pada Allah sudah tentu bertakwa?????? jadi tuan rasa tuan dah bertaqwa lah ye??? salah tu tuan, beriman tak mesti bertaqwa, tapi yg bertakwa tentulah orang yg beriman. Sebab tu ramai yg beriman, tapi terus buat perkara yg Allah larang, tak takut(taqwa) pada Allah la tu. Ada juga orang islam beriman yang ayat Allah ada keistimewaan tertentu.
1. Antara ciri-ciri orang yang beriman salah satunya bertaqwa. Orang Musyrik tak bertaqwa pada Allah, sebab tu dia minta pertolongan dengan tuan selain Allah.
2. Tak wajar mana-mana orang Islam isytihar diri sendiri beriman dan bertaqwa, sekalipun dia benar-benar beriman dan bertaqwa. Iman dan Taqwa itu kalaupun nak dinilai, atas orang lain yang menilai dari segi ciri-ciri dan tanda-tanda secara zahirnya, dan sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
3. Orang yang beriman ada kalanya boleh buat salah, akan tetapi dia akan cepat rasa bersalah disebabkan taqwa yang ada padanya.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 11:54 AM
Saya tidak meletakkan syarat, saya menyampaikan dari dalil-dalil seperti yang disebut sebelum ni.
... Saya tidak meletakkan syarat, saya menyampaikan dari dalil-dalil seperti yang disebut sebelum ni.
Ayat tersebut jelas, SESIAPA SAJA yg percaya(beriman) pada Allah dan hari akhirat SERTA beramal soleh, pasti tidak berdukacita.
Masalahnya tuan memahami yang syarat BERIMAN itu sekadar percaya, cukup, tak termasuk dalam kesaksian keesaan Allah dan lain-lain syarat Iman. Tuan ambil satu ayat di atas dengan salah faham yang besar, sambil TOLAK ayat yang lain yang menjelaskan perihal IMAN.
Sedangkan saya membawa ayat-ayat yang lain untuk menyokong maksud BERIMAN dari ayat di atas.
Maka saya faham, kenapa sebelum ni tuan kata Iblis beriman kepada Allah, sebab pada tuan cukup sekadar percaya, dikira beriman. Jadi, ikut kefahaman tuan SESIAPA sahaja, termasuk Iblis, pasti tak berduka cita lah.... itu kefahaman tuan kan?
Saya BANGKANG kefahaman itu dengan berkata, Iblis dijanjikan neraka, walaupun dia percaya Allah itu tuhannya. Dia PASTI akan berduka cita dalam neraka kelak. Bertentangan dengan penjelasan tuan di atas! Ayat Allah tu dah jelas sejelas jelasnya, jangan dipesongkan maknanya.
Mana ayat lain yg saya tolak? kalau ayat dah Allah khususkan pada kumpulan tertentu, tuan nak ambil rangkum semua sekali untuk menolak maksud beriman(percaya pada Allah dan hari akhirat tu) seperti yg Allah dah nyatakan dlm ayat tu, terserahlah.
Secara jelasnya tuan bawakan ayat ayat lain yg Allah tujukan khusus untuk kumpulan tertentu, sedangkan Ayat Allah yg saya berikan secara jelasnya Allah nyatakan SESIAPA SAJA YG BERIMAN(PERCAYA) AKAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT SERTA BERAMAL SOLEH, tiada kebimbangan pada mereka. tiada peruntukan untuk iman mesti ikut rukun iman sepertimana yg islam gariskan pada selain islam.
Tentang iblis, kafirnya iblis(dan syaitan) tak sama dengan kafirnya manusia. Kafirnya manusia tak percaya langsung ujudnya Allah, kafirnya iblis dan syaitan jin tak mau tunduk pada adam.
Nampaknya tuan tak faham Ayat yg saya berikan, setiap kali saya besarkan perkataan SERTA beramal soleh tu tuan buat tak nampak atau memang tak nampak. Sesiapapun yg beriman pada Allah dan hari Akhirat tapi tak beramal soleh, mana ada jaminan!!! syaratnya disertai alam soleh!!! iblis tu beramal soleh ke??????
sekali lagi saya tunjukkan ayat tu
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Iblis tu orang ke????
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:31 PM
Ayat Allah tu dah jelas sejelas jelasnya, jangan dipesongkan maknanya.
Harap tuan JANGAN PESONGKAN MAKNA ayat yang saya dah sampaikan sebelum ni....
sekali lagi saya tunjukkan ayat tu
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Iblis tu orang ke????
Sebelum ni tuan berhujjah SESIAPA SAJA.... sekarang tuan berhujjah guna orang pula...ok.
Orang Musyrik bukan orang kah?
Jadi tuan percaya orang musyrik tu beriman pada Allah dan TAK AKAN BERDUKACITA? Bagaimana tuan boleh jelaskan ayat ini:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekal mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
(Al-Bayyinah, 6)
Kekal dalam neraka tu bagi musyrik yang tuan kata beriman? Tak berduka cita bila kekal dalam neraka? Seronok riang gembira kekal dalam neraka?
Bukankah sebelum ini tuan sendiri berhujjah iman itu percaya? Sedangkan orang musyrik juga percaya pada Allah, kan?
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 12:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 12:10 PM
Rupanya istilah 'kafir' pun ada masalah....
'Kafir' bukan hanya bererti tidak percaya sama seka ... Rupanya istilah 'kafir' pun ada masalah....
'Kafir' bukan hanya bererti tidak percaya sama sekali akan allah dan hari akhirat, bukan itu definisi 'kafir', itu sebahagian dari contoh kafir. Dari segi istilah 'kafir' itu ENGKAR. Contoh mudah, Iblis percaya Allah, percaya hari akhirat, tapi ENGKAR, tak mahu terima perintah Allah yang dia sepatutnya menyerah diri terima.
Musyrik tu kafir sebab dia TOLAK KEESAAN ALLAH. Rukun Iman yang pertama lagi dah terbatal. Percaya pada Allah sebagai satu-satunya Tuhan, bukannya boleh percaya kepada Allah sambil percaya pada tuhan-tuhan yang lain.
Percaya akan Allah, iman la tu
Jadi tuan percaya Iblis tu dikira beriman pada Allah dan tak akan berduka cita? Sekali lagi, 'kafir' nya iblis dengan kafirnya manusia amat berbeza. Iblis tak mau bersujud pada adam manakala manusia tidak mau percaya Allah tuhan sekelian alam.
Musyrik yg kafir, berbanding kaum musyrik tak sama tuan. musyrik yg kafir tu yg tak percaya, tak kira pada Quran ke, pada muhammad ke, tapi mereka percaya akan Allah dan hari akhirat, tapi tak menganggap Allah tu tuhan yg satu. Orang musyrik pula percaya Allah, percaya hari akhirat, tapi tak mengesakan Allah(anggap Allah ada saingan, bukan satu).
Iblis beriman(percaya) pada Allah, malah pernah berbicara dengan Allah, tapi akan berdukacita sebab tidak mau ikut perintah Allah sujud pada adam. Iblis dimasukkan ke neraka bukan kerana tak mau beramal ibadah pada Allah, tapi tak mau bersujud pada manusia. Samakah?????
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 12:16 PM
Dah banyak kali ulang-ulang-ulang-ulang daaaaaaaaa...............
Memang orang musyrik tu per ... Memang orang musyrik tu percaya Allah, sekadar percaya, tetapi iman terbatal sebab mensyirikkan Allah. Bila iman terbatal, TAK boleh dikatakan beriman pada Allah. Nak kata percaya pada Allah, boleh la sekadar percaya. Iblis pun percaya pada Allah, tak menjadikan Iblis beriman pada Allah, bahkah jadi kafir sebab engkar.
Musyrik melakukan keengkaran dengan mempersekutukan Allah, di mana dalam Al-Quran dijelaskan dosa syirik itu dosa yang tak terampun. Kalau percaya, iman la tu
Kalau tak percaya, berpaling dari mempercayai, barulah terbatal kepercayaaan tu
macam undi tak percaya tu
Musyrik tak terampun bukan kerana dia tak percaya ujudnya Allah, tapi sebab dia percaya Allah tu bukan satu, iaitu ada tuhan lain selain Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:45 PM
Sekali lagi, 'kafir' nya iblis dengan kafirnya manusia amat berbeza. Iblis tak mau bersujud pada adam manakala manusia tidak mau percaya Allah tuhan sekelian alam.
Musyrik yg kafir, berbanding kaum musyrik tak sama tuan. musyrik yg kafir tu yg tak percaya, tak kira pada Quran ke, pada muhammad ke, tapi mereka percaya akan Allah dan hari akhirat, tapi tak menganggap Allah tu tuhan yg satu. Orang musyrik pula percaya Allah, percaya hari akhirat, tapi tak mengesakan Allah(anggap Allah ada saingan, bukan satu).
Istilah-istilah tu atas kefahaman tuan. Tuan ada set kefahaman tuan yang tersendiri, saya dah malas nak ulang banyak kali.
Cumanya kalau ikut isitlah tuan, musyrik yang mempersekutukan Allah pun tuan nak kata beriman juga kah? Tak akan berduka cita? Di sini ada kepincangan kefahaman istilah-istilah tu...
Iblis beriman(percaya) pada Allah, malah pernah berbicara dengan Allah, tapi akan berdukacita sebab tidak mau ikut perintah Allah sujud pada adam. Iblis dimasukkan ke neraka bukan kerana tak mau beramal ibadah pada Allah, tapi tak mau bersujud pada manusia. Samakah?????
Iblis sebelum dia jadi kafir memang dia beriman. Sejak dia jadi kafir, dia dilaknat. Tuan masih mempertahankan Iblis tu beriman?
Perintah sujud itu perintah Allah, setiap perintah Allah menjadi ibadah. Perintah sujud itu bukannya perintah untuk sembah sebagai tuhan, tetapi perintah tunduk hormat. Dalam Al-Quran dijelaskan kenapa Iblis engkar, dia mengaku lebih mulia dan jadi takabbur.
Dalam Al-Quran dah dijelaskan Iblis tu jadi kafir. Kekal dalam neraka.
Orang yang beriman balasan kekal dalam syurga. Orang kafir, orang musyrik, kekal dalam neraka.
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 12:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:51 PM
Musyrik tak terampun bukan kerana dia tak percaya ujudnya Allah, tapi sebab dia percaya Allah tu bukan satu, iaitu ada tuhan lain selain Allah.
Itulah yang saya ulang berkali-kali... TERBATAL IMAN.... jadi kafir
Dan dengan sebab itu kekal dalam neraka...
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 01:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 12:31 PM
1. Antara ciri-ciri orang yang beriman salah satunya bertaqwa. Orang Musyrik tak bertaqwa pada All ... 1. Antara ciri-ciri orang yang beriman salah satunya bertaqwa. Orang Musyrik tak bertaqwa pada Allah, sebab tu dia minta pertolongan dengan tuan selain Allah.
2. Tak wajar mana-mana orang Islam isytihar diri sendiri beriman dan bertaqwa, sekalipun dia benar-benar beriman dan bertaqwa. Iman dan Taqwa itu kalaupun nak dinilai, atas orang lain yang menilai dari segi ciri-ciri dan tanda-tanda secara zahirnya, dan sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
3. Orang yang beriman ada kalanya boleh buat salah, akan tetapi dia akan cepat rasa bersalah disebabkan taqwa yang ada padanya.
WAllahu a'lam Orang yg beriman belum tentu bertakwa
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Al Maidah 08
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 12:57 PM
Orang yg beriman belum tentu bertakwa
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Al Maidah 08
Ayat di atas sebagai nasihat kepada orang yang beriman untuk TERUS tambah taqwa... dengan sentiasa berlaku adil
Sama juga dengan ayat di bawah ini, ditujukan kepada orang yang beriman supaya TERUS mempertingkatkan iman, bukannya bermakna orang yang beriman itu belum tentu beriman....
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya, kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Barangsiapa kafir (tidak beriman) kepada Allah, malaikat-Nya. kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu sangat jauh tersesat.” (An Nisaa, 136)
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 01:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 12:35 PM
Harap tuan JANGAN PESONGKAN MAKNA ayat yang saya dah sampaikan sebelum ni.... " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Iblis tu orang ke????
Sebelum ni tuan berhujjah SESIAPA SAJA.... sekarang tuan berhujjah guna orang pula...ok.
Orang Musyrik bukan orang kah?
Jadi tuan percaya orang musyrik tu beriman pada Allah dan TAK AKAN BERDUKACITA? Bagaimana tuan boleh jelaskan ayat ini:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekal mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
(Al-Bayyinah, 6)
Kekal dalam neraka tu bagi musyrik yang tuan kata beriman? Tak berduka cita bila kekal dalam neraka? Seronok riang gembira kekal dalam neraka?
Bukankah sebelum ini tuan sendiri berhujjah iman itu percaya? Sedangkan orang musyrik juga percaya pada Allah, kan? Tuan tak nampak ke dalam ayat tu, 'sesiapa saja' diantara mereka (orang orang) bukan termasuk iblis kan!!!
Lagi tuan tak faham ayat tu, ada syarat, SERTA beramal soleh, nampak tak???? Kalau musyrik, walaupun dia percaya Allah, tapi dia dah tak beramal soleh kerana percaya Allah tu bukan satu, walaupun dia percaya Allah(beriman), tapi tak cukup syarat untuk tidak berdukacita, kerana dah jelas dosa syirik tu tidak terampun. Orang islam pun banyak yg lakukan dosa yg tak terampun selain syirik, kan!!! yg balasannya pun kekal didalam neraka.
Percaya(beriman) saja tak cukup untuk tidak berdukacita diakhirat nanti, Allah dah tetapkan syarat iaitu mesti serta beramal soleh!!
Peliklah tuan ni, Ayat Allah yg begitu jelas pun susah sangat nak faham, seolah tak mau beriman pada ayat tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 1-10-2014 01:08 PM
Tuan tak nampak ke dalam ayat tu, 'sesiapa saja' diantara mereka (orang orang) bukan termasuk iblis kan!!!
Lagi tuan tak faham ayat tu, ada syarat, SERTA beramal soleh, nampak tak???? Kalau musyrik, walaupun dia percaya Allah, tapi dia dah tak beramal soleh kerana percaya Allah tu bukan satu, walaupun dia percaya Allah(beriman), tapi tak cukup syarat untuk tidak berdukacita, kerana dah jelas dosa syirik tu tidak terampun. Orang islam pun banyak yg lakukan dosa yg tak terampun selain syirik, kan!!! yg balasannya pun kekal didalam neraka.
Percaya(beriman) saja tak cukup untuk tidak berdukacita diakhirat nanti, Allah dah tetapkan syarat iaitu mesti serta beramal soleh!!
Peliklah tuan ni, Ayat Allah yg begitu jelas pun susah sangat nak faham, seolah tak mau beriman pada ayat tu.
Jangan cepat tuduh....harap jangan pelik.
Yang beriman serta beramal soleh tak akan berduka cita. Saya setuju. Tuan setuju kan? tak pelik kan?
Tapi tuan tak menjelaskan istilah orang yang sekadar percaya pada Allah, contohnya orang musyrik, yang tuan kira sebagai orang yang beriman?
Last edited by mnm77 on 1-10-2014 01:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 12:54 PM
Istilah-istilah tu atas kefahaman tuan. Tuan ada set kefahaman tuan yang tersendiri, saya dah mala ... Istilah-istilah tu atas kefahaman tuan. Tuan ada set kefahaman tuan yang tersendiri, saya dah malas nak ulang banyak kali.
Cumanya kalau ikut isitlah tuan, musyrik yang mempersekutukan Allah pun tuan nak kata beriman juga kah? Tak akan berduka cita? Di sini ada kepincangan kefahaman istilah-istilah tu... Berdukacitanya diakhirat nanti bukan ditentukan pada imannya, tapi pada amal soleh yg dilakukannya. Kalau mengaku beriman, islam, tapi buat segala perkara yg Allah larang, ye neraka juga la jawabnya, kan
Iblis sebelum dia jadi kafir memang dia beriman. Sejak dia jadi kafir, dia dilaknat. Tuan masih mempertahankan Iblis tu beriman?
Perintah sujud itu perintah Allah, setiap perintah Allah menjadi ibadah. Perintah sujud itu bukannya perintah untuk sembah sebagai tuhan, tetapi perintah tunduk hormat. Dalam Al-Quran dijelaskan kenapa Iblis engkar, dia mengaku lebih mulia dan jadi takabbur.
Dalam Al-Quran dah dijelaskan Iblis tu jadi kafir. Kekal dalam neraka.
Orang yang beriman balasan kekal dalam syurga. Orang kafir, orang musyrik, kekal dalam neraka. Apa yg tuan faham tentang kafirnya iblis berbanding kafirnya manusia??? samakah????saya dah ulas tapi tuan tolak
Kenapa iblis engkar? apa keengkarannya??? adakah sama dengan keengkaran manusia??? ada Manusia sanggup sujud pada sesama manusia, kan?? jadi kafirnya sang iblis kerana apa????
Tak semua orang beriman tu balasannya kekal dalam syurga, ada syarat syaratnya tu tuan!!
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya."Al A'raf 42
Kalau beriman tapi buat perkara yg allah terang terang dah larang, ada yg balasannya kekal dalam neraka, kannnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 12:56 PM
Itulah yang saya ulang berkali-kali... TERBATAL IMAN.... jadi kafir
Dan dengan sebab itu kekal ... Itulah yang saya ulang berkali-kali... TERBATAL IMAN.... jadi kafir
Dan dengan sebab itu kekal dalam neraka... Ye tak sama, kafir tak percaya ujudnya Allah, hari akhirat
walaupun balasannya sama
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 01:03 PM
Ayat di atas sebagai nasihat kepada orang yang beriman untuk TERUS tambah taqwa... dengan sentiasa ... Ayat di atas sebagai nasihat kepada orang yang beriman untuk TERUS tambah taqwa... dengan sentiasa berlaku adil
Sama juga dengan ayat di bawah ini, ditujukan kepada orang yang beriman supaya TERUS mempertingkatkan iman, bukannya bermakna orang yang beriman itu belum tentu beriman....
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya, kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Barangsiapa kafir (tidak beriman) kepada Allah, malaikat-Nya. kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu sangat jauh tersesat.” (An Nisaa, 136) Betullah tu, beriman tak semestinya bertaqwa, dan tak semestinya dah beriman pada seluruh rukun iman.
Tetapi Allah dah jelaskan, kalau KAFIR(TIDAK BERIMAN) PADA ALLAH, MALAIKAT, KITAB, RASUL DAN HARI AKHIRAT, sesat
Sebab tu aku beritau, orang bukan islam yg beriman pun percaya Allah, malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat, cuma tak islam je. mereka percaya Muhammad tu rasul, dia percaya Alquran tu kitab Allah, serta dia percaya yg wajib dipercaya tu, kan, beriman lah tu namanya!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 1-10-2014 01:14 PM
Jangan cepat tuduh....harap jangan pelik.
Yang beriman serta beramal soleh tak akan berduka cit ... Tapi tuan tak menjelaskan istilah orang yang sekadar percaya pada Allah, contohnya orang musyrik, yang tuan kira sebagai orang yang beriman? Beriman tu percaya, orang musyrik tu percaya atau beriman pada Allah, tapi menganggap Allah tu bukan tuhan yg satu, ada tuhan yg lain samada yg setara atau yg lebih kecil
Al Ankabut 63
"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)."
|
|
|
|
|
|
|
| |
|