|
Tak boleh ke dua orang insan yang pernah bercinta dan bertunang,
hanya berkawan pada usia 40han............??????
Dua-dua sudah mengharongi liku-liku perkahwinan yang gagal.
Sekarang dua-dua cuma bekerja nak cari duit untuk menyara hidup.
Pada aku, takda apa-apa antara mereka berdua.
Memang hanya kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
haiyo baik stay as friend jer la.
aku memang tak suka memikir benda dan orang dari zaman lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh .. ada jodoh agaknya
teringat ceria dalam email yang dibaca dulu
macam2 hal diorang create cerita niha |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta lama berputik kembali ? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah speku sangat kesah ni..xda mana nya erra tu nak kat awie... hahaha errakan perfectionist..kalo jadi kawen, mau kurus awie kena diet bagai..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
erra kena fikir byk kali kalau nak kawen dgn awie pun....kawan tu berstatus muflis dah |
|
|
|
|
|
|
|
KEMBALI dengan lakonan di pentas teater, Erra menyifatkan Bahayanya Wanita sebagai satu komitmen yang sungguh memenatkan, namun sangat banyak mendatangkan keseronokan dan kepuasan buatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
PENDIRIANNYA, tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Dua dekad disanjung sebagai bintang, disimbah cahaya di mana-mana, dia tetap Erra Fazira yang indah dan teguh laksana karang-karangan di dasar samudera.
"Pujian tidak mengenyangkan. Jika diambil terlebih, buruknya mungkin merosakkan diri," ungkap Erra sedikit berfalsafah.
Sengaja soal hati sekali lagi menjadi mukadimah pertemuan kali ini, sambung Erra, sehebat mana pun pujian, tetap ada orang lain yang lebih hebat daripada dirinya. Segala pujian hanya bersifat sementara.
"Tetapi, tidaklah sehingga saya tidak bersyukur. Cuma pujian itu tidak perlu dimaktubkan dalam kepala. Kejian pula sesuatu yang menyakitkan tetapi ujian itu juga membantu saya menjadi lebih peka, kuat dan tabah.
"Kejian itu datang daripada makhluk yang sama dengan kita, hidup si pengkeji itu pun belum tentu jatuh bangunnya. Jadi, tak perlulah setiap kejian itu disemat dalam hati. Tuhan ada bersama orang yang teraniaya dan Dia Maha Adil. Balasan Tuhan menanti, tidak di dunia di akhirat pasti," panjang dan bermakna butiran dari bibir penjulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali itu.
Tanpa perlukan mukadimah panjang, gelaran primadona Melayu sudah cukup untuk menceritakan seluruh profil wanita tersohor bernama Fazira Wan Chik ini. Bahagia deritanya, perkahwinan dan perceraiannya, semua itu sudah tertulis di minda semua. Lantas, apa lagi yang tertinggal untuk sebuah pengkisahan baharu tentang bekas Ratu Cantik Malaysia itu.
Terikat di istana
"Fokus saya saya sekarang ialah bekerja untuk menyalurkan rezeki kepada keluarga. Ada orang kata, sudah-sudahlah, apa lagi saya perlu kejar dan berlakon sebegini lagi. Orang ingat saya kaya-raya," lentur aktres beranak satu itu lembut.
Biarpun tugas menyara kehidupan anak bukan tanggungjawab Erra sepenuhnya, pekerjaan dan kepercayaan diraih itu dianggapnya tali penyalur rezeki buat keluarga.
"Saya ada ibu dan nenek yang harus dijaga. Tuhan beri rezeki kepada mereka menerusi saya, saluran itu yang harus saya jaga," katanya menjelaskan kepadatan jadual yang tidak pernah lelah dikerjakan selama ini.
Untuk musim Syawal ini sahaja, selesai cuti Aidilfitri yang diraikan bersama anak perempuannya, Engku Aleesya dan keluarga di Sungai Choh, Selangor, Erra sebenarnya terikat dengan dua projek, sebuah filem dan teater berskala besar.
Malam tadi, komitmen menjayakan pementasan teater Bahayanya Wanita di Singapura telah berlangsung penuh sukses. Sekembalinya nanti, teater yang sama bakal beraksi semula di pentas Istana Budaya pada 20 hingga 24 Ogos ini.
"Asalnya perancangan untuk persembahan di Singapura sahaja tetapi atas permintaan, teater itu masuk ke Istana Budaya pula Rabu ini.
"Ikutkan jadual asal, saya akan masuk ke lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian. Namun, ada beberapa perubahan menyebabkan penggambaran yang melibatkan saya ditunda ke minggu hadapan (25 Ogos)," beritahu Erra yang berganding dengan Awie dalam filem berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila glamor
Seperti satu kebetulan, di lantai teater, Erra mengulangi karakter isteri kedua yang pernah dipentaskan pada skala yang sama tahun lalu. Dalam filem pula, Erra kembali mengulit nostalgia apabila dipertemukan semula dengan Awie, hero pertama yang meninggalkan catatan kepada sejarah Erra sebelum ini.
"Perancangan pementasan semula Bahayanya Wanita memang ada tetapi tak sangka secepat ini. Kelainan pasti ada, setiap masa kita akan memperbaiki dan memperkemaskan apa yang pernah kita lakukan. Cabaran tetap ada tetapi keseronokan dan keselesaan bekerja dengan kawan-kawan itu pun satu sebab kenapa saya tak fikir sangat soal penat.
"Untuk filem, saya dan Awie bukanlah watak utama. Saya menjadi kakak kepada heroin manakala Awie menjadi abang kepada hero. Dalam filem itu, kami mempunyai sejarah lama dan bertemu semula disebabkan perhubungan adik masing-masing.
"Saya tak rasa perkara itu satu isu, saya terima tawaran filem itu memikirkan harapan besar pihak penerbit. Mereka juga sanggup membuat perubahan di sana sini bagi keselesaan saya dan Awie," Erra melanjutkan cerita.
Bekerja sejak remaja sehinggalah memasuki angka 40, siapa kata kehadirannya itu tidak dipandang sebelah mata. Ada bisik-bisik yang menyelarnya sinis. Mereka memuji tetapi pada masa yang sama memerli kelangsungan populariti yang belum surut itu dari sudut negatif.
"Cabang kerja saya dalam bidang hiburan. Ada yang konon-kononnya prihatin tetapi sebenarnya memandang kerja saya ini sebagai tak habis-habis mengejar glamor.
"Saya cuma harap Allah maafkan sesiapa jua yang menjadi penyebar fitnah sebegitu. Saya mencari rezeki cara begini, saya punya deretan tanggungjawab yang orang tidak tahu. Kerja ini bukan suka-suka. Ketika ada rakan-rakan yang sudah boleh meluangkan masa dengan keluarga di rumah, adakah mereka fikir saya juga tidak punya keinginan untuk rileks," lerai Erra sedikit beremosi.
Dia sedar, hidup ini bukan untuk pekerjaan semata-mata tetapi pekerjaan yang dilalui itulah yang memberikan kehidupan buat dirinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokongan untuk Gaza
Larut dalam semangat Bahayanya Wanita yang harus dipegang hingga 24 Ogos nanti, Erra terpanggil berkongsi perihal kemanusiaan yang semakin hilang.
Sibuk dengan komitmen lakonan tidak menjadikan Erra sebagai manusia yang mementingkan diri sendiri. Situasi semasa, keruntuhan nilai kemanusiaan seperti yang berlaku kepada saudara seagama di Gaza turut mendesak emosinya.
"Boikot satu tindakan dan istilah yang dipertuturkan di mana-mana. Bagi saya boikot harus ikut kemampuan masing-masing. Saya fikir, saya juga harus sama-sama menyokong usaha membantu saudara seagama.
"Atas apa yang berlaku, saya beristikharah antara rezeki dan sokongan kepada saudara seagama. Atas rasa tanggungjawab, saya bulatkan hati untuk menolak satu tawaran menjadi duta produk jenama antarabangsa. Sepatutnya perkara itu dimeterai dalam tempoh terdekat ini.
"Pendirian saya itu disambut baik pihak berkenaan dan saya percaya rezeki ada di mana-mana," ujar Erra yang sebelum ini pernah bergelar duta produk kosmetik jenama Estee Lauder.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah berkawan. Mereka professional. |
|
|
|
|
|
|
|
sukanye pulak tgk they ols.. aku doakan yg baik2 utk they ols..berkawan pun ok, berkahwen lagi ok. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai...kalau dah jodoh siapa kita nak sangkal betul tak?? Good luck erra and awie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat makan penumbuk dan sepak terajang duhai ratu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gile mung EF sanggup jadi punchbag heolss??? |
|
|
|
|
|
|
|
Awie ni kelakar Ganas.... haaa bak kata Mamak Khalid... ader genre terbaru MK |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Erra pilih orang lain..yang boleh membimbing nya dunia dan akhirat... Aamiin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapnye dieorg kekal setakat kawan je lah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|