CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: achik2009

Awie Menyesal Jalinkan Kerjasama Dengan KRU (Norman ajak Awie bersemuka @ pg.3)

[Copy link]
Post time 16-6-2014 01:43 PM | Show all posts
Haha sawie...bertabahlah noks... Harap layan bini dgn baik, dr sana rezeki blh bertambah keberkatannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 01:43 PM | Show all posts
cd kaset dvd so olddd skulllllll
bukak erra ari2 dh leh hapal lagu baru
dah dok ulang sehari berkali2
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 01:46 PM | Show all posts
hanie_z posted on 16-6-2014 12:36 PM
Bermasalah mungkin, mungkin jugak cari publisiti murahan..
bajet2 hot gitteww..

Bajet hot lettew padahal nan ado apo ponnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 01:54 PM | Show all posts
zaman skrg mana de la org nk beli album..
semua benda download secara haram or jenis manusia yg berjernih dia bantu beli online la..

baik wings buat konsert double trouble je la seluruh msia tiap2 tahun..
slalu dpt sambutan aje pun..

aku la tu yg pegi...hahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevenkah ummah pengotor nih? .rock rambut panjang2 is so yesterday and pprt..no offense
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 02:00 PM | Show all posts
..patut awie amek iktibar dari awal lagii... tgk la artis2 KRU.. mula2 laku, peh tu sekadar di pinggiran dan akhirnya layu di hujung mekar.

tapi kalau awie fefeeling capai tahap izzue islam.. bleh aarr.. wings jadi kump. fifteen, lepas fourteen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2014 02:08 PM | Show all posts
Ntah2 kru yg jual secara haram
Jaman 80an dulu sykt rakaman sndiri yg cetak rompak kaset
Sbb lebih untung jualan
Antara yg terlibat tony fernandes
Ke abg dia ntah
Freddie fernandes
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 02:21 PM | Show all posts
pe benda ntah kru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 03:03 PM | Show all posts
awie ini boleh tahan bimbo IT, stok2 yg masih di takuk zaman kaset.

spotify, deezer itu aplikasi streaming music yg sah, yg hak cipta lagu itu pun akan dapat komisen nya apabila pendengar stream
zaman sekarang orang tak harap kan jual kaset sahaja untuk berolah keuntungan sis.

banyak cara, orang jual lagu kat itunes pelbagai. jikalau lagu itu boleh di muat turun di website bukan bermakna nya ianya di cetak rompak sis.
kalau album ummah kokesen sejak berzaman ianya akan leak di internet sebelum album di lancarkan. dah jadi normal sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 03:57 PM | Show all posts
ni bukan jaman dulu lagi pacik sawie oi...sume berada di ujung jari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:54 AM | Show all posts
isu dah lama. nak setel rasanya sangat2 mustahil. zaman sekarang ni banyak bijak pandai dalam IT
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:56 AM | Show all posts
semua dia ja alh yg betul...mcm2 lah ko sawie....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang2 kutuk sgt si sawie ni kang dia balas "jaga tepi kain sendirilah...tuhan skarang bayar cash" kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 11:31 AM | Show all posts
bizi sangat normang ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 11:32 AM | Show all posts
bizi sangat normang ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 11:53 AM | Show all posts
twins posted on 16-6-2014 09:22 AM
Kumpulan Wings & Awie pun tak boleh jugak cakap besar mcam ni kata menyesal la segala bagai... kalau ...

Wings & Cakap Besar berpisah tiada....lalalalala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 12:32 PM | Show all posts
twins posted on 16-6-2014 09:22 AM
Kumpulan Wings & Awie pun tak boleh jugak cakap besar mcam ni kata menyesal la segala bagai... kalau ...

setujuuuu..tak baik tao salahkan orang lain..kena tengok gak diri sendiri dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:00 PM | Show all posts
duda duda bgaduh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:58 PM | Show all posts
isu yg x penh padam..mn yg minat sgt beli jelh yg oori...xyh nk gaduh2 sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:02 AM | Show all posts
@achik2009

Norman ajak Awie bersemuka


  • Awie
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


“SUDAH banyak kali saya berhubung dengan Joe (gitaris) untuk berjumpa dengan semua anggota Wings.

Sehingga kini saya masih menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mereka,” jelas Presiden Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim ketika ditanya sama ada telah bersemuka dengan Wings mengenai kes cetak rompak album, Menakluk Kosmos daripada kumpulan itu.

Baru-baru ini menerusi sebuah portal hiburan, penyanyi Wings, Awie akui kesal menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group dan menganggap syarikat itu seperti tidak diambil peduli terhadap apa yang berlaku.  

Mengulas kenyataan itu, Norman berkata, pihaknya bukan sahaja membuat laporan polis, malah kes tersebut turut dipanjangkan pada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.

“Kami telah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.

“Malah laporan ke KPDNKK melalui RIM telah dibuat pada April lagi, sebelum pihak Wings sendiri membuat laporan polis.

“Buat masa sekarang, kami sedang menanti tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa,” ulasnya.

Dalam pada itu, Norman bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai kekesalan Awie terhadap kerjasama yang telah dijalinkan dengan syarikatnya.

“Mengenai hal ini, saya memang tidak mahu memberi sebarang kenyataan lebih lanjut tentang masalah dalaman yang berlaku antara pihak kami dengan mana-mana artis lain atau kakitangan pihak kami sendiri.

“Lagi pun kontrak kami bersama Wings hanyalah untuk satu album sahaja,” ujarnya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Nama terjejas?

Sementara itu, Norman turut menafikan nama baik syarikat miliknya terjejas  ekoran konflik yang berlaku.

“Sudah 22 tahun KRU bertapak dalam industri. Sepanjang perjalanan itu juga banyak pencapaian yang kami catatkan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

“Bila perkara seperti ini berlaku, orang ramai boleh menilai sendiri,” tegasnya.

Norman juga memberitahu, biarpun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, pihaknya masih menjalankan tanggungjawab sebagai penerbit album tersebut.

“Apa yang penting, sehingga hari ini kami masih meneruskan tugas mempromosikan lagu-lagu dalam album tersebut.

“Alhamdulillah sambutan album ini amat baik di pasaran sekarang,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.864225 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list