Sumber: Malaysian Digest
.
Beberapa hari ini, nama pelakon dan pengarah Zul Huzaimy agak panas ekoran dakwaan dia kononnya sedang hangat bercinta dengan isteri orang. Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Zul Huzaimy enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut. Malah Zul berkata, dia tidak ambil peduli mengenai dakwaan tersebut.
Bagaimanapun semalam telah berlangsung satu majlis drama berjudul 'Perempuan Dalam Pasungan'. Drama 28 episod itu diarahkan sendiri oleh Zul serta difahamkan dia juga merupakan penulis skrip karya yang disiarkan di saluran Astro itu.
Sayangnya pada majlis yang diadakan penuh meriah di Hard Rock Cafe itu, kelibat Zul langsung tidak kelihatan. Apa cerita? Sedangkan aktor berstatus duda anak satu itu antara orang kuat dalam menghasilkan drama yang dicanang-canang sebagai drama episod yang hebat dan menarik itu.
Mungkin juga Zul Huzaimy punya urusan lain yang lebih penting hingga menyebabkan dia tidak dapat hadir pada majlis dramanya sendiri. Atau mungkin dia sengaja mengelak dari bertemu media. Almaklumlah takut ditebak dengan soalan-soalan panas ekoran kontroversinya itu.
Ketika pihak media bertanyakan kepada produser drama tersebut iaitu Datuk Rafiena Ezanee Ramli (juga merupakan salah seorang pelakon drama itu) sebab Zul tidak hadir, wanita itu tidak mampu memberikan jawapan dan sekadar tersenyum. Hmm...
Tetapi mujur juga dikalangan pihak media sedia maklum yang Zul dengarnya memang liat nak muncul pada mana-mana majlis hiburan. Lebih-lebih kalau acara itu tidak melibatkan dirinya langsung. Tapi, majlis semalam kan adalah acara mempromosikan karyanya sendiri. Hmm.
Apapun, jangan lupa saksikan 'Perempuan Dalam Pasungan' pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 5 petang di Astro Prima (105) dan Maya HD (135). Drama ini turut dijayakan barisan pelakon seperti Datuk Eizlan Yusof, Lia Natalia, Mubarak Majid dan Rosnah Mat Aris.
http://www.malaysiandigest.com/h ... -drama-sendiri.html
|