Slasher^^Buzz posted on 5-4-2014 02:31 AM
boleh nicki bagi basic gaya santai? saya klau tau basic boleh la buat skit2. and saya cuba kurang ...
Santai – Fikir secara ringkas. Gaya santai selalunya straight to the point. Kurang bunga-bunganya. Dan selalunya ayat-ayat santai adalah ayat dengan gaya percakapan seharian.
(Ini ikut pemahaman saya. Kalau ada sesiapa yang boleh betulkan, silakan)
Contoh ayat:
Aku bangun dari tempat duduk aku dan terus menumbuk muka budaktersebut. Budak lelaki yang lain agak terkejut dengan perbuatan aku.Kurangajar, itulah apa yang dia cakap. Kemudian, pergaduhan tercetus. Sekali lagi, pelajar kelas lain masuk campur. Aku diserang dengan sepakan dan tumbukan.Aku jatuh terbungkam. Tch! Ramai-ramai boleh la.
Contoh ayat lebih ringkas:
Aku bangun. Tanpa amaran, muka budak itu aku tumbuk. Pelajar-pelajar yang berada disitu terkejut dengan tindakan aku.
“Kurang ajar.” Dia berkata.
Pergaduhan tercetus. Pelajar-pelajar lelaki yang lain, turutsama masuk campur. Aku diserang. Beberapa tendangan dan tumbukan hinggap dibadan dan tubuh hingga aku jatuh.
Tch! Serang ramai-ramai, bolehlah!
Last edited by Nicki_Meow on 7-4-2014 01:43 PM
|