*******************
“You kat mana ni?” Suara Ameer kedengaran keras dihujung sana. Mimpi apa mamat ni telefon aku dari Pakistan? Jangan kata mimpi aku lagi. Harus aku terjun KLCC! “Kat rumah la. Takkan dekat kedai basikal kot!” “Rumah mana? Tadi I ‘called’ rumah. Bibik kata you takde!” “I kat rumah I la. You ni kenapa?” Delia mula panas hati. Telefon orang malam-malam lepas tu suka hati nak marah-marah. Ingat aku ni bibik dia ke? “Kenapa you balik? Anak-anak mana?” Lelaki itu kedengaran seperti amat marah. Si Ameer ni mana pernah tak marah. Mau aku tulis dalam ‘Malaysia Book of Record’ kalau adas ehari mamat ni tak berangin. Biar 1 Malaysia tau! “Eh! Suka hati I la nak balik mana. Bukan susahkan you pun!” “Kalau I ada kat Malaysia, dah lama I heret you balik tau…” Suara Ameer mengendur tiba-tiba. Lelaki itu mengeluh dan berdehem perlahan. Delia mencebik. Benci betul rasanya bila bercakap dengan mamat singa ni! “Anak-anak mana?” Anak-anak? Sibuk je nak tau mana anak-anak aku! Nanti akujuga yang jadi mangsa bila awek kau mengamuk lagi. Setakat ni pun dah 2 kali awek kau serang aku! “Ikut uncle dengan auntie pergi Langkawi dan sebab tu la I balik sini!” “Kenapa tak ‘stay’ je kat rumah ayah?” “Tak nak la I duduk sorang-sorang kat rumah tu…” “La…kan bibik ada!” Bibik? Baik tak payah. Kang bukan dia yang teman aku! Bibik tu pun boleh tahan penakutnya. Nanti dari aku berani terus jadi kecut. “Takpe la. I lebih selesa kat rumah sendiri!” “Ok lah…” Ameer terdiam sebelum mengeluh perlahan. Nak tanya ke tak? Kalau tak tanya, memang ‘confirm’ 120 peratus dia tidak akan mampu untuk tidur malam ini. “You ni kenapa? Terkulat-kulat je dari tadi?” Delia tersenyum. Terkulat-kulat? Aku ni bercakap macam Ameer ada dekat depan mata pula! Main hentam je! “I nak tanya ‘something’ ni…” Ameer kedengaran mengeluh lagi. Persis ada masalah yang kritikal. “Betul ke you dah kahwin dengan Dzariff?” Ketawa besar meletus tanpa dapat ditahan-tahan. Cepat betul berita ni sampai pada Ameer. Pasti Irina yang jadi penyampai tidak bergaji. “Mesti awek you yang cerita, kan? Lawak la dia tu.” Delia ketawa sampai sakit-sakit perut. Terasa lucu bila mengenangkan Irina yang mempercayai cerita bohong yang direka Dzariff petang tadi. Sengal betul perempuan tu! Kena tipu hidup-hidup! “I’m serious, Dell!” Suara Ameer kedengaran bergetar. Mungkin geram dengan Delia yang asyik tertawa dari tadi. Ketawa macam dah takde hari esok! “Think logic, please.” Delia lap airmata yang bergenang di tubir mata. Ketawa sampai menangis-nangis. Melampau betul! “Kalau I dah kahwin dengan Dzariff, takkan la I nak duduk rumah ayah you lepas kejadian tu. Lagi baik I duduk dengan Dzariff!” Lama Ameer terdiam. Mungkin sedang memikirkan kebenaran kata-kata Delia sebentar tadi. Ameer hela nafas panjang. “Tapi kenapa Irina kata Dzariff dengan you dah kahwin?” “Menggelabah…” Oops! Terlebih sudah! Cepat-cepat Delia tutup mulut. “Sorry. Termengata awek you pula!” “Ex awek…” Automatik Delia terbangun. Jadi betullah diorang ni dah putus! Patut Irina datang meroyan dekat opis. “Sorry…” “Takde hal la. Benda dah lama jadi!” Dah lama jadi? Delia garu kepala tak faham. Kes tak boleh terima hakikat ke ni? Kesian Irina. Tapi kat luar tu kan ada ramai lagi lelaki lain. Malah ada yang lebih kacak dari Ameer. Just go and find one lor! Dah bunyi macam nak beli ikan kat pasar pula! “Ada nak tanya lagi tak? Kalau takde I nak naik tidur ni!” Mata yang terasa kelat digesel berkali-kali. Sebenarnya tadi dia sudah pun terlena di depan tv. Beria-ia konon mahu menonton drama ‘Adam danHawa’. Tapi hampeh! Cerita belum mula, dia dah terlena. “Pergi la tidur. Adui…melambunglah bil handphone I bulan ni!” “Siapa suruh ‘call’ I? Buuwek!” Pantas Delia tekan butang merah dan jelir lidah seolah Ameer ada di hadapannya. Menyampah betul! Langkah diatur ke bilik. Rumah teres setingkat ini terasa amat sunyi bila Dani dan Dania tiada. Selalu dua mulut kecil itu cukup riuh bergurau. Kadang-kadang sampai boleh buat Delia sakit kepala. Tubuh kurusnya dihempas ke atas katil. Fuhh! Lega rasanya bila dapat baring di katil sendiri! Dan pasti lagi nikmat jika dia dapat baring di katil kesayangannya di rumah ayah! Lamanya dia tak bergolek dekat katil itu. Terkenangkan arwah ayah, secara automatic dia akan turut terkenangkan Mama Aina. Sewaktu pertama kali dikenalkan, Mama Aina tampak manis dan mesra. Selalu tersenyum hinggakan dia terus yakin wanita itu mampu menjaga ayah dengan baik. Tapi lama-kelamaan personality sebenar Mama Aina mula terserlah. Mama Aina seorang yang angkuh. Depan ayah dialah perempuan melayu terakhir. Tapi kalau di belakang, Mama Aina la Ratu segala ibu tiri. Ibu tiri Cinderella pun pasti menangis kalau jumpa dengan Mama Aina! Mujur waktu itu Delia sudah mahu berangkat ke Sydney,Australia. Dia Cuma mampu berdoa ayah akan bahagia di samping Mama Aina. Dan dia pasti ayah memang bahagia. Ayah pernah bercerita yang Mama Aina itu adalah cinta pertamanya. Tapi mereka terputus hubungan kerana keluarga Mama Aina tidak sukakan ayah yang pada waktu itu tidak punyai apa-apa. Bertahun-tahun ayah berusaha untuk buktikan bahawa kemiskinan itu bukan sesuatu yang diwarisi. Ayah berusaha sehingga berada tinggi di mata masyarakat. Dan di saat itu ayah mengenali ibu. Ibu seorang gadis muallaf yang hidup sendirian kerana dibuang keluarga bila ibu memeluk islam.Mereka jatuh cinta dan berkahwin. Dua tahun kemudian dia lahir. Mereka hidup bahagia sehingga ibu disahkan menghidap kanser payudara. Di waktu itu dia baru berusia 8 tahun. Masih terlalu kecil untuk berdikari. Ayah berusaha mengubati ibu ke sana sini. Berhabis duit yang bukan sedikit. Ayah berjaya tapi Cuma untuk sementara.Bila sel kanser itu merebak ke organ dalaman ibu, doctor hanya geleng dan suruh mereka untuk bersedia. Ibu kembali ke rahmatullah pada hari terakhir dia menghadapi ujian UPSR. Lemah lututnya bila cikgu khabarkan berita kematian ibu. Dan sejak dari itu dia Cuma hidup berdua dengan ayah. Mereka saling menyokong satu sama lain untuk terus tabah menghadapi hidup. Di usia 18 tahun, baru dia diperkenalkan dengan Mama Aina. Ayah kata terjumpa kembali Mama Aina di‘coffee house’ dan mereka kembali rapat bila ketika itu Mama Aina sudah menjadi janda. Berkahwin dengan ayah memberikan status Datin pada Mama Aina. Menjadikan Mama Aina mula dikenali oleh ramai teman-teman ayah. Malah Mama Aina selalu menjadi tumpuan kerana Mama Aina punyai paras wajah yang cantik dan amat pandai bergaya. 5 tahun lalu kali terakhir dia jumpa ayah, dia tahu ayah amat marah. Masakan tidak, anak yang selama ini diharapkan untuk kembali dengan segulung ijazah kembali dengan kegagalan. Ditendang dari university dan pulang dengan dua bayi tanpa ditemani sang suami. Ayah halau dia tanpa mahu mendengar cerita yang sebenarnya. Sampai hari ini dia masih tidak boleh lupa akan senyuman Mama Aina di waktu itu. Dia langsung tidak diberitahu semasa ayah sakit. Bila ayah meninggal dunia pun Mama Aina senyap. Mujur adik ayah menghubunginya. Tapi dia tetap ralat kerana tidak dapat cium tangan ayah sewaktu ayah masih hidup dan pohon keampunan. Mama Aina mengamuk besar bila dia datang untuk melawat ayah. Terjerit-jerit Mama Aina menghalaunya. Kata Mama Aina, ayah meninggal sebab dia. Ayah terlalu sedih dengan perbuatannya. Ayah menyesal punyai anak seperti dia. Peliknya dia langsung tidak kisah dengan semua yang dikatakan oleh Mama Aina. Apa yang dia mahu saat itu adalah untuk mengucup dahi ayah buat kali terakhir. Mahu mencium tangan ayah dan memohon ampun kerana melukakan hati ayah. Dengan keberanian yang bukan sedikit, dia berjaya berada di sisi ayah. Dia cium pipi ayah kiri dan kanan sebelum berakhir di dahi. Lama. Dia tahu ini adalah kali terakhir untuk dia menatap wajah ayah yang amat disayanginya. Selepas ini, dia tidak punya sesiapa lagi selain dari dua anak kecilnya. Adik beradik? Mahukah anak-anak Mama Aina menganggapnya sebagai adik beradik? Dia sendiri tidak pasti kerana mereka tidak serapat mana. Dia menghantar jenazah ayah dari kejauhan. Dia tidak mahu Mama Aina mengamuk lagi dengan kehadirannya di tanah perkuburan. Dia tak mahu roh ayah terseksa dengan semua itu. Dia ingin ayah tenang dan damai di sana. Biarlah dia mendoakan ayah dari isini. Airmata yang mengalir dibiarkan jatuh ke bantal. Lambat-lambat Delia pejam mata dan tarik bantal ke dada. Maafkan Lia, Ayah. Lia rindu…
Last edited by TJ2 on 10-1-2013 12:49 PM
|