View: 8645|Reply: 10
|
[Tempatan]
Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Rakyat Sempena Musim Perayaan – Menteri Kerja Raya
[Copy link]
|
|
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan di Malaysia sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.
Katanya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada tahun lalu dan memaklumkan kerajaan akan menggantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar.
Bagaimanapun, Alexander tidak menyatakan apakah pendekatan bersasar yang akan digantikan dengan pemberhentian tol percuma itu.
"Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan."
Tambahnya, keputusan terbabit dibuat kerana kerajaan mahu menyelaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar dan perincian tentang itu akan dimaklumkan kemudian.
"Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan."
Menurut Berita Harian, sebelum ini kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.
Secara purata, kerajaan dilaporkan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma.
Sumber : Beautifulnara
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apakah akan ada u turn disaat² akhir nnt, kunun jd penyelamat menggumbirakan rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
ni antara contoh dia create bala lepas tu dia cancel bala. kau tgk tak caya. mcm pernah berlaku sebelum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai ka amek cuti seminggu? |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kau buat cny tak de lepas tu bila raya kau bg lak. Memang saitonnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah hal ini hanya diterapkan untuk perayaan Tahun Baru China yang akan dipusatkan untuk dirayakan secara "Megah dan Besar-Besaran" oleh orang berbangsa china dari seluruh dunia di MalayDesh tahun 2025 ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka pengguna kenderaan persendirian. Waktu lain boleh bayar, kenapa waktu perayaan tak mampu pulak. Siapa yg mulakan dahulu tradisi tol percuma waktu perayaan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tol percuma tu yang jem teruk kat highway. Kalau berbayar rasanya kena fikir 2 kali nak lalu highway |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya musim perayaan ni lah nak naik harga. Hukum supply and demand kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayar je la tol macam biasa. Gigih betul nak bersasar bagai. Macam mana nak tentukan pun taktau.
Elok2 ada GST pergi mansuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|