CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syarih

Lailatul Qadar - Pernahkah anda berjumpa dengannya?

[Copy link]
Post time 15-8-2012 11:34 PM | Show all posts
nashrudean posted on 15-8-2012 04:19 PM
so mlm ni malam terakhir ganjil lah kan?

Malam 29......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2012 12:28 AM | Show all posts
hazel23 posted on 15-8-2012 11:11 PM
Kl hujan lebat ptg tadi, agaknya sbb tu cuaca lebih tenang mlm ni.

Tinggal 3 hari lagi peluang u ...

solat sunat lailatul qadar tak de....cuma kita dituntut supaya membanyakkan solat tahajjud, solat tasbih, solat hajat, dan solat taubat disampin berzikir, membaca alquran dan berdoa dari sepertiga malam sehinggalah menjelang subuh...buat lah seikhlas mungkin dan jangalah difikirkan sangat akan kedatangan malaikat kerana ia bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor-faktor nya ialah mereka yang derhaka kepada ibubapa, selalu melakukan perkara syirik kepada Allah, sering memutuskan silaturahim antara manusia adalah golongan yang tidak akan diterima doa mereka walaupun dimalam lailatul qadar. Oleh itu kita perlulah selalu bertaubat nasuha, dan memperbaiki mana yang telah kita telah lakukan demi mendapat keredaan Allah. Jika kita lakukan bersungguh-sungguh maka Allah akan memandang kita dengan pandangan rahmat dan dengan itu malaikat dimalam lailatul Qadar akan segera datang menjengah membawa rahmat dari Allah. Itulah sebenar-benar janji Allah kepada orang-orang yang bertaqwa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 03:55 AM | Show all posts
tadi saya drive (dr ofis nak balik ke rumah) lalu DUKE. tgh gigih lawan mengantuk, tetiba terkejut ada burung besar gila terbang rendah melintas depan kereta saya.

tertekan juga brake sebab terkejut sgt..tetiba aje. mata saya sempat tengok sayap nya yg kaku (not flapping), bahagian2 lain semuanya tak sempat nak tgk.

mmg ada kah burung2 besar macam ni terbang malam2 eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 07:29 AM | Show all posts
Saya pun terasa ganjil je malam tadi.. Terbangun tengah malam, suasana cerah semacam... pastu time sahur membawa ke subuhnya pulak hujannn renyai.. Adakah..??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 08:06 AM | Show all posts
sblm tidur saya mmg minta kat Allah utk kejutkan supaya dpt beribadah pdNya..byk sgt dosa2 saya.... Alhamdulillah Allah kejutkan....sempat tgk kat luar...langit kemerahan...pastu dlm 4++am masa nak lelapkan mata kat depan tv (saya baring pandang luar) ternampak suasana kat luar cerah...dah x larat nak bangun utk jenguk ke luar tingkap..so tgk jer suasana tu...SubhanAllah..baru pejam mata suasana dah mcm biasa....

masa nak pergi kerja 5.45am hujan renyai2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 09:55 AM | Show all posts
langit cerah dari pukul 3am. Hujan gerimis selepas pukul 5am. Lepas subuh tadi lak ada solat jenazah, so elok juga cuaca mendung sbb senang keluarga arwah menguruskan pengkebumian.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2012 01:50 PM | Show all posts
Al Qadar 4:
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Malam lailatulqadar pasti ada setiap tahun terutama malam ganjil di 10 hari terakhir ramadhan, so tak semestinya malam ganjil

Ia berlaku disepanjang malam dari lepas magrib hingga terbit fajar subuh, tetapi seperti apapun upacara pasti ada kemuncaknya, kemuncak malam lailatul qadar biasanya dalam tempoh 1 jam, tak tentu masanya biasanya pukul 2.30 keatas, tapi jarang yg sampai pukul 4.30 lebih

So sesiapa yg inginkan mendapat lailatulqadar, silalah jangan tidur selepas pukul 12, tapi buatlah qiamullail sehingga terbit fajar

Jarang jumpa tanda tanda nyata, sebab Jibril dan malaikat2 tu tak ujud(kelihatan) di alam nyata, dan tak semestinya malam tu hening.... yg penting kita teruskan beramal hanya kerana Allah, nak puji Allah, nak sujud pada Allah, jujur dan ikhlas semata mata nak mengagungkan Allah, bukan kerana nak kejar gandaan tu semua...

Pintu langit terbuka luas di Malam itu untuk para malaikat membawa doa doa bagi orang yg berdoa dan mengaminkan doa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 03:03 PM | Show all posts
hantukiller posted on 16-8-2012 01:50 PM
Al Qadar 4:
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa sega ...

setuju...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 07:03 AM | Show all posts
Nak tanya ada sesape mengalami keganjilan tak malam smlam.....?? Sbb saya rasa ganjil ssangat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:44 AM | Show all posts
jofizo posted on 14-8-2012 12:32 PM
nih aku cerita balik tazkirah subuh mengenai Lailatul-Qadr weekend lepas kat tempat aku oleh Ustaz ...

tq.. perkongsian yg sangat bagus..

pasal disapa malaikat tu, maknanya kalau terasa tanda2 disapa malaikat, kena jawab salam'waalaikum salam' ke apa? ke just doa je.. nampaknya saya betul2 tak alert pasal benda ni.. ramadhan pun nak abis dah, entah2 dah terlepas 'peluang' tu.. sedih plak.. harap panjang umur boleh jumpa lagi ramadhan tahun depan..

"Mungkin skg kita boleh pikir utk ambik cuti sebelum raya berbanding ambik cuti selepas raya spt lazimnya"

sangat setuju dgn yg ini.. biasanya hujung2 ramadhan mula la sibuk shopping, kemas rumah, buat kueh raya, pasang lampu liplap dan sebagainya.. kalau masa tu dimanfaatkan untuk zikir dan solat2 sunat, mungkin ganjarannya seluas langit..

baru hari tu saya usulkan benda ni kat hubby.. "kenapa kita tak buat preparation raya awal2.. so that masa ramadhan kita boleh fokus untuk ibadah.. ni tak, masa ramadhan baru terkejar2 nak buat itu ini"..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:53 AM | Show all posts
lailatul qadar ni ada possibility tak berlaku before 10 malam terakhir? pernah terbaca "al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar".. betul ke? maknanya 17 ramadhan pun mungkin adalah lailatul qadar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 08:16 AM | Show all posts
manganini posted on 17-8-2012 07:44 AM
tq.. perkongsian yg sangat bagus..

pasal disapa malaikat tu, maknanya kalau terasa tanda2 disap ...

kalau tgh beribadat, teruskan beribadat dan berdoa..... salam dari malaikat kita x mendengarinya kerana ia dlm alam ghaib kecuali Allah membuka hijab utk mendengar atau melihatnya. Tu sebab di  Mekah dan di negara2 Arab, utk 10 mlm terakhir manusia lebih ramai di masjid, mereka banyakkan beriktikaf kat masjid dari lepas isyak hingga subuh, lepas subuh baru balik rumah.....

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 10:17 PM | Show all posts
Malam ni best! Terawih terakhir dan dpt duduk sebelah mak guru. Imam pulak suami mak guru. Anugerah sunGguh  ternilai utk ramadhan kali ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 11:33 PM | Show all posts
hazel23 posted on 17-8-2012 10:17 PM
Malam ni best! Terawih terakhir dan dpt duduk sebelah mak guru. Imam pulak suami mak guru. Anugerah  ...

Syukur kerana kita dapat menjalani ibadah puasa Ramadhan dan solat sunat tarawih dengan sempurna...walaupun sedih apabila Ramadhan akan meninggalkan kita namun kesannya diharap dapat menjadikan kita seorang insan bertakwa dan berdisiplin...insyaallah...Selamat Hari RAya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 06:47 AM | Show all posts
Syukur alhamdullillah dapat melakukan 10mlm terakhir. Semoga Allah menerima segala amalan. Semoga dipertemukan semula dengan ramadhan tahun depan. Amin.

Sekarang barulah ada nikmat bergembira - kan hari raya tu utk meraikan kemenangan.

Yeay!!!! Besok hari raya!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2012 04:58 PM | Show all posts
raikan kemenangan pun biarlah ikhlas...
ikhlasnya seorang hamba yg beribadah sehingga dikurnia lailatulqadar
begitu jugalah kita meraikan kemenangan...

p/s
md taib b a.samad...kau tak settle lagi dgn aku...

Last edited by mr_evergreen on 18-8-2012 05:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2012 02:27 AM | Show all posts
Syukur...saya dah jangka esok raya...yes yes yes....selamat hari raya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 08:49 PM | Show all posts
Tahun ni tak mcm tahun sebelum2 nye..asyik2 fokus utk cari lailatulqadar...jadinye hanye fokus malam 21, 23,25,27,29.. Konon2 nak bangun malam, solat tahajud, baca quran..kesudahannye..selalu terlepas..mungkin pasal niat tak ikhlas..tapi..tahun ni..berazam 10 malam terakhir nak lipatgandakan amalan..jadinye..sebelum tidur mmg dah pasang niat..kalo bangun sahur..solat tahajud..solat hajat..mmg sedih tak dapat iktikaf kat masjid..
Alhamdullilah..rasanye tahun ni ramadhan paling baik dari yg sebelum2 nye...semoga dapat teruskan amalan ni walaupun di bulan2 yg lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2012 12:09 AM | Show all posts
jijah posted on 20-8-2012 08:49 PM
Tahun ni tak mcm tahun sebelum2 nye..asyik2 fokus utk cari lailatulqadar...jadinye hanye fokus malam ...

Dulu saya pernah terbaca kisah dua orang adik beradik. Adik dalam tingkatan lima dan abang nya tak pasti berapa lak umurnya. Kedua-duanya ke mesjid untuk qiamullail mencari malam lailatul Qadar. Satu malam tu ketika sedang membaca alquran abangnya terasa sangat mengantuk dan terus tertidur. Seketika kemudian adiknya ternampak lembaga putih diatas mimbar dan beliau terus kejutkan abang tapi malangnya abangnya tetap terus tidur. Adiknya tanpa membuang masa meneruskan membaca alquran. Pengajarannya - jika Allah tidak mentakdqirkan untuk berjumpa dengan malaikat dimalam lailatul qadar maka kita tidak akan berjumpa sekalipun kita mencarinya. Oleh itu kita perlulah membersihkan dosa-dosa kita terlebih dahulu dengan bertaubat nasuha, selalu mengerjakan solat tasbih dan memohon doa supaya di kunjungi oleh malaikat dimalam lailatul qadar. Ingat jika malaikat membawa rahmat kepada kita walaupun kita tidak menunggu maka Allah akan membangunkan kita jua..insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 09:31 PM | Show all posts
Azam tahun depan.. Mencari dgn lebih ikhlas.. Thread ni membuat saya terfikir sejenak....

Apa yg sbenarnya dicari? Lailatulqadar? Supaya doa dimakbulkan... Atau..

Kerahmatan dan keberkatan Allah supaya hidup kita selamat didunia yg penuh dgn bisikan2 hingga leka menjunjung dunia ... Nauzibillah  

Semoga segala amalan kita mendapat ganjaran di akhirat. Yg berjumpa dgn lailatulqadar harap dapat berkongsi cerita. Dan yg penting semoga kita terus gigih beramal dan tidak berhenti tahajud hanya kerana ramadhan telah berakhir.

Syabas tt! Hanya Allah dpt balas jasa krn buka thread ni. Semoga dapat berforum lagi dgn tajuk yg sama  di next ramadhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.106830 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list