|
Himpunan Kisah Misteri dan Seram dalam Hidup kelbey_bl
[Copy link]
|
|
Rumah Jalan Klang Lama
Rumah bujang ni aku duduk pada awal 2005. Sebelum ni duduk shah alam kerja kat KL. Duduk shah alam bukan S17 k. Sana ada ghost... tapi duduk S7 belakang UiTM. Oleh kerana jauh opismate ajak menyewa kat Jalan Klang Lama di Taman Sri Sentosa. Sorry ye kepada penduduk2 di Taman Sri Sentosa jangan seram k. Ini sekadar perkongsian je.. rasanya kepada orang lama tahu peristiwa ini berlaku tetapi yang mengalami peristiwa ini jarang kedengaran.
Setelah persetujuan dengan owner dan dah bayar deposit barulah aku tahu rumah itu dah lama kosong. Mmmm macam cerita kat S17 plak. Sekali lagi aku terpaksa duduk rumah itu sorang2 selama sebulan kerana opis mate yang ajak aku duduk sekali tidak dapat pindah memandangkan masalah peribadi.
Aku duduk sorang taklah seram pun. Tapi masa tu rumah dah lengkap. Ada TV, peti sejuk, komputer, mesin basuh, dapur so kebanyakkan masa lepas balik kerja aku duduk rumah. Aku sudah lupakan cerita kat S17 tu.
Dua minggu lepas itu sekali lagi rakan sekelas ku masa form 5 menumpang rumahku sebelum balik kampung untuk bertunang. Aku mengalu-alukan sebab ada kawan. Aku sebelah malam je ada kat rumah. Dia atau nama panggilan Din banyak menghabiskan masa di rumah setelah urusan peribadinya selesai.
Setelah duduk seminggu akhirnya Din mintak izin untuk keluar rumah dan balik kampung. Dia pun bertanya.
‘kau duduk sini tiada apa-apa ke?’ Din bertanya
Aik... macam dialog abg zul plak..
‘tiada rasa apa-apa pun, kenapa?’ Balas ku
Mmm sah macam ada sesuatu je yang tak kena. Din mula bercerita.
Sebenarnya dia di ganggu oleh penunggu rumah itu. Aku sekali lagi terpukul ngan cerita seram ini. Mula-mula masa dia tidur tengah hari dia terdengar ada orang sedang mandi. Sebelum itu dia dengar ada orang buka pili paip kat bilik air. Apabila dia tengok tiada apa-apa berlaku. Kemudian dia sambung tengok TV. Sekali lagi terdengar bunyi shower kat bilik mandi. Kali ini dalam keadaan dia sedar.
Rumah sewa aku di tingkat 5 paling atas. Rumah flat paling atas ada 4 rumah berkongsi satu lantai. 2 buah rumah kosong. Jiran sebelah ada pada waktu malam sahaja sebab laki bini kerja. Aku tak bertanya apa tindakan lanjut. Sendiri mau ingat la..
Jadi siapa yang main air tu? Aku tak dapat menjawab misteri itu. Din tinggalkan aku ngan kenangan seram di rumah itu. Bukan saja siang tapi malam pun dia di ganggu jugak. Tapi aku ada 1 minggu lagi sebelum house-mate aku masuk rumah tu. Dah lah ada 3 bilik dalam rumah tu. Aku duduk kat bilik besar sorang-sorang.
Walau bagaimanapun cerita Din ni tak seram lagi. Lepas ni aku cerita yang lebih seram di mana makhuk itu menampakkan dirinya dan di saksikan oleh ramai orang. Aku akan ceritakan kisah-kisah yang berlaku disekeliling rumah itu yang di alami jiran sebelah aku.
Moral.. kenali lah jiran anda. Kerana jiran anda banyak tahu yang anda tak tahu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perh..leh tahan tahap keseraman citer TT ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
best2 cerita kat sini, tp wpun best aku berdoa aku tidak terjumpa mana2 keadaan dlm cerita ni huhu... mintak di jauhkan..
:p |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# kelbey_bl
Aka rasa kau mmg rindu ngan sepupu kau.....tue AMIN |
|
|
|
|
|
|
|
best! best!
sila sambung yer TT, sementara kucen tgh free ni boleh baca. klu dh start dtg keje, kena sambung baca kemudian la..... |
|
|
|
|
|
|
|
dh nasib TT, slalu dpt umah sewa yg angker
<---x sedar diri sbb slalu gak cam TT  |
|
|
|
|
|
|
|
uishh seramnyaaaa
-tp polis tu berani surh hantu tu turun, ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la lg TT |
|
|
|
|
|
|
|
tt..mntk izin nk betulkn info sket..umah puaka sek 17 tuh jln kerapu kn..klu ikut main road sek 17 ..die berhadap ngn stor / bngkel jps..bukan stor jkr..jgn mareee yerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 51# kelbey_bl
berani ya pak polis tu suh turun2...seramnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita yg dasat2 ni la yg kamik org2 yg kehausan ni perlukan TT ...biar kasik smpai termimpi2 .. ...
mrjinggozzz Post at 15-7-2011 01:38 
betul3x...nak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kelbey_bl at 20-7-2011 17:08
Kisah Pencuri dan Hantu Bangkit
Kesahihan cerita ini tidak dapat di pastikan tetapi banyak saksi mengatakan bahawa cerita ini benar dan pernah terjadi. Kisah sang pencuri yang mempunyai hobi mencuri buah mangga wanni atau spesis mangga harum manis. Pencuri ini bergerak berkumpulan dan aktif pada waktu malam terutamanya apabila musim mangga bermula. Biasa aku dengar curi buah durian je..  
Di sebuah kampung yang tidak berapa terkenal al kisah ini bermula. Kampung itu terletak di tepian pantai dan tanaman utama penduduk kampung tersebut ialah pokok mangga.
Pada hari kejadian sekumpulan pencuri memulakan aktiviti mencuri mereka pada tengah malam. Tiada apa yang dapat menakutkan pencuri ini kecuali polis. Pencuri akan membawa guni untuk membawa hasil curian mereka. Pencuri itu bernama ali (bukan nama sebenar). Dalam kumpulan itu dia adalah ketua.
Pada malam itu, ali memanjat pokok mangga wanni itu dengan laju kerana operasi mereka pada malam itu agak lewat. ini kerana pada hari itu penduduk kampung baru sahaja selesai mengadakan tahlil sebab pada siang hari ada seorang penduduk kampung berkenaan telah meninggal dunia.
Setelah sampai di atas pokok, menjadi rutin ali akan makan mangga itu dulu sebelum memetik satu per satu dan gugurkan ke tanah.
Sedang dia bersandar menikmati buah mangga itu tiba-iba terdapat satu gegaran pada pokok mangga itu. Ingatkan gempa bumi. Ali mula peka pada keadaan sekelilingnya. Di perhatikannya dari atas pokok itu, ali cuba meninjau kalau-kalau ada yang sedang menyedari perbuatannya itu. Tidak lama kemudian, ali baru sedar bahawa pokok mangga yang dia panjat betul-betul berada di tengah-tengah kawasan perkuburan. Peliknya, takkan dia tidak perasan sebelum memanjat bahawa pokok itu terletak di kawasan perkuburan.
Biasanya pencuri akan mencari pokok mangga yang lebat dengan buah sebagai sasaran utamanya. Tak kira pokok itu atas kubur ke, sebelah balai polis ke.. yang penting hajat tercapai.
Ali tidak panik kerana dia tidak pernah takut dengan hantu, lebih-lebih lagi kawasan perkuburan yang semestinya orang mati semua..
Sedang ali meninjau-ninjau batu-batu nisan kawasan perkuburan itu tiba-tiba matanya terpacak pada satu kubur yang masih merah lagi tanahnya. kubur itu betul-betul terletak di bawah pokok mangga tempat ali panjat. Matanya serius melihat kuburan itu kerana dia dapati terdapat pergerakan pada kubur itu. Batu nisan mula bergoyang. ali makin tak tentu arah. hanya mampu berdiam dan menjadi pemerhati yang setia.
Tiba-tiba muncul sebuah lembaga hitam menjelma atas kubur itu.
"Hantu bangkit" ali mula meneka dalam keadaan seram dan panik
Sebelum ini ali pernah terdengar kisah hantu bangkit di kampung itu tetapi ramai yang tak percayainya kerana tidak pernah berjumpa dengannya.
Ali memeluk pokok mangga itu dengan erat. Kali ini hanya anak matanya yang berani melihat lembaga itu yang terbaring atas kubur kemudian bangun duduk dan seterusnya berdiri. Ali yang macam orang mati akal hanya menutup mulutnya kerana tak mahu menjerit. Bau busuk mengiringi hantu bangkit itu yang setia berdiri atas kuburnya. Adakah hantu bangkit ini si polan yang baru meninggal siang tadi? Kenapa dia bangkit?
Apa dah terjadi pada ali aku sambung esok. dah pukul 5 aku nak balik rumah dulu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|