|
Lelaki serah diri di balai polis selepas bunuh isteri
[Copy link]
|
|
Dengan si pelaku arwah tak ada anak..
anak tu dari suami pertama..
problem dari mula si pelaku dibuang kerja katanye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak bunuh pun buat la kat rumah sendiri
Tak pasal2 menyusahkan tuan punya hotel
Dah rancang le tu siap bawak pisau sekali |
|
|
|
|
|
|
|
ini ego jugak ni..kalau cerai,mgkin wife die bole kawen atau ade psgan lain..so die bunuh je la..biar die x dpt,org lain pon same xdpt..mangkuk ayun pnye laki
|
|
|
|
|
|
|
|
adeqbun replied at 21-6-2024 02:15 PM
ini ego jugak ni..kalau cerai,mgkin wife die bole kawen atau ade psgan lain..so die bunuh je la..b ...
tak dinafikan mmg ada type jantan yg mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
I see. Thanks chuols atas pencerahan. Hopefully nasib anak mangsa terbela.
|
|
|
|
|
|
|
|
dh berapa kes suami bunuh isteri ni
isteri bunuh suami ada tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ada chuolls.. terlepas walaupun gali semula kubur
|
|
|
|
|
|
|
|
kes yg mana kah
menarik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
'Arwah adik terima ugutan berulang-kali lebih setahun' - Abang mangsa
Ipoh: Wanita yang maut dibunuh oleh suaminya sendiri di sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, semalam dipercayai menerima ugutan jenayah termasuk bunuh berulang-kali sejak lebih setahun lalu.
Mangsa, Nisya Syahkila Shaharun, ditemui dengan kesan tikaman di lokasi kejadian selepas suspek berusia 36 tahun menyerah diri di balai polis jam 2 petang.
Abang mangsa, Syahiran Shaharun, 34, berkata anak kedua daripada enam beradik itu mendirikan rumah tangga dengan suspek dan menetap di Kedah pada 2022 lalu.
Bagaimanapun menurutnya, adiknya itu mengadu kepada keluarga bahawa dia kerap dipukul dan diugut oleh suaminya yang culas dalam pemberian nafkah sehinggalah arwah bapa, Shaharun bertegas membawa Nisya Syahkila dan anak lelaki berusia sembilan tahun pulang ke pangkuan keluarga di Perak pada tahun sama.
"Ini adalah perkahwinan kali kedua arwah. Anak lelaki itu hasil perkahwinan arwah bersama suami pertama.
"Sepanjang tempoh di Perak, arwah sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana menerima ugutan menerusi panggilan telefon dan mesej suara secara berterusan.
"Mei lalu, suspek pernah ditahan reman oleh polis selama dua hari sebelum dilepaskan," katanya semasa ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.
Syahiran berkata, pada hari kejadian (semalam), Nisya Syahkila dan suspek sepatutnya hadir ke mahkamah syariah untuk prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh.
Katanya, adiknya itu bertindak berani berjumpa dengan suaminya di hotel kerana menyangka lelaki itu mahu menyelesaikan permasalahan rumah tangga mereka secara baik.
"Pada mulanya mak melarang adik bertemu lelaki itu, tetapi arwah yakinkan semuanya akan baik-baik sahaja, malah pada sebelah pagi, dia sempat menghantar anaknya ke sekolah menaiki motosikal sebelum kembali menemui lelaki itu.
"Mungkin arwah adik fikir ini kali terakhir kerana suaminya sebelum ini enggan hadir ke mahkamah walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian.
"Suspek tidak rapat dengan keluarga kami, semasa awal perkahwinan dahulu sahaja dia beraya bersama," katanya.
Syahiran berkata, ahli keluarga masih terkejut dengan pemergian Nisya Syahkila yang mesra dipanggil Angah dalam kalangan keluarga, namun berlapang dada dan reda dengan ketentuan Allah.
"Arwah sebelum ini pernah kata dia mahu pergi jauh sekiranya suaminya tak mahu menceraikannya, saya sangka dia mahu tinggal dan bekerja di tempat lain.
"Apabila difikirkan semula, saya tak sangka kata-katanya itu adalah petanda dia akan pergi buat selamanya," katanya memaklumkan jenazah Allahyarhamah Nisya Syahkila akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah selepas solat Asar, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Jun depan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak kat tiktok video laki tu selamba masuk kereta mivy putih lepas bunuh. Dah serah diri tu dah menyesal lah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah pernah lapor polis, terima ugutan bunuh sejak setahun lalu
Oleh
NORMAWATI ADNAN
21 Jun 2024 01:51pm
Syahiran menunjukkan gambar kenangan adiknya, Nisya Syahkila yang maut ditikam suami dalam kejadian di sebuah bilik hotel dekat Batu Gajah pada Khamis.
IPOH - Wanita yang maut dipercayai ditikam suami dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Batu Gajah pada Khamis pernah mengadu telah beberapa kali menerima ugutan jenayah termasuk bunuh.
Abang mangsa, Syahiran Shaharun, 34, berkata, perkara itu dihadapi Allahyarham sejak lebih setahun lalu selepas mengambil keputusan untuk bercerai, namun tidak dipersetujui oleh suaminya.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, adiknya, Nisya Syahkila Shaharun, 32, bukan sahaja digantung tidak bertali, malah sering menerima panggilan telefon, WhatsApp dan pesanan suara daripada suaminya yang melemparkan kata berunsur ugutan.
"Perbuatan suaminya itu menyebabkan adik saya hidup dalam ketakutan sampai satu tahap dia bimbang dengan apa yang akan berlaku dan takut sekiranya mati dibunuh suami.
Nisya Syahkila
"Tak sangka, apa yang ditakuti adik itu benar-benar terjadi," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada enam beradik ada membuat laporan polis beberapa kali sebelum ini kerana bimbang keselamatan diri.
Katanya, kali terakhir Allahyarham membuat laporan polis sekitar Mei lepas yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit di Klang, Selangor, namun kes tidak dapat diteruskan kerana dikatakan tidak cukup bukti.
"Mereka berkahwin sekitar 2022 lalu dan itu merupakan perkahwinan kedua adik saya. Hasil perkahwinan pertama dahulu, adik saya dikurniakan anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
"Sewaktu mereka tinggal bersama di Kedah, arwah adik juga mengadu dia dan anaknya pernah dipukul suami.
Syahiran ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB Ipoh pada Jumaat.
"Keluarga cuba mencari jalan penyelesaian terbaik, tetapi tidak berjaya menyebabkan arwah ambil keputusan pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu bapa kami di Batu Gajah sementara suaminya berpindah ke Klang dan bekerja di sana," katanya.
Syahiran berkata, pada hari kejadian Khamis, Allahyarham dan suami sepatutnya hadir ke Mahkamah Syariah bagi prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh.
Ujar beliau, Allahyarham bersikap berani berjumpa suaminya kerana menyangka lelaki itu mahu berbaik dan setuju menyelesaikan penceraian mereka dengan cara baik.
"Mak pada mulanya melarang adik bertemu lelaki itu, tetapi arwah yakinkan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja, malah pada sebelah pagi, dia sempat menghantar anaknya ke sekolah menaiki motosikal sebelum kembali menemui lelaki itu.
"Mungkin adik fikir ini kali terakhir kerana suaminya sebelum ini enggan hadir ke mahkamah walaupun telah berkali-kali diminta berbuat demikian," katanya sambil memaklumkan suami arwah kurang bergaul dengan keluarganya.
Syahiran berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham, namun sedikit terkilan kerana kejadian seumpama itu boleh dielakkan berlaku.
"Kami baru kehilangan ayah Januari lepas dan kini berdepan dengan satu lagi kehilangan ahli keluarga.
"Arwah seorang anak dan kakak yang baik kepada adik-adiknya. Dia juga banyak melakukan perubahan diri ke arah kebaikan.
"Status terakhir arwah di telefon sekitar jam 7 pagi semalam pun berkongsi mengenai hal-hal kematian seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi," katanya.
Allahyarham Nisya Syahkila dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah selepas solat Asar sebaik proses bedah siasat selesai.
Suami mangsa berusia 37 tahun telah pun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian itu, jasad mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata pisau.
Polis memaklumkan, suspek dan mangsa hadir ke hotel itu secara berasingan, namun menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.
Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 21-6-2024 12:03 PM
Biasa biasa je sis kat mata iols.
Ni share link fb pakcik arwah
sedihnya, betul juga pakcik dia ckp, tak bercerita org taktau, pergi jumpa sorang2 tahlah dah tertulis nak pergi cara mcm tu
nampak ada video kat tt, mak arwah kot lembik sampai polis kena ambikkan kerusi, dpn hotel tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah bangsa apa ni, zmn sekarang melayu pun dah mcm xde iman. |
|
|
|
|
|
|
|
Naluri emak memang kuat.. tak beri izin untuk anak jumpa husband.. tapi dah ajal.. |
|
|
|
|
|
|
|
sure ada punya...tapi paham2 la kalau lelaki bunuh bini lagi byk.
|
|
|
|
|
|
|
|
shahirakay replied at 21-6-2024 03:51 PM
ada chuolls.. terlepas walaupun gali semula kubur
Yang kes terbakar bilik kononnya hp melethop tu yaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mesti suspek jenis baran ni suka pukul2
elakkan la amik laki jenis baran jd pasangan
walaupun mulut manis pandai pujuk |
|
|
|
|
|
|
|
Camne dlm bilik hotel bole ada pisau? Kalo si suami yg bwk, mmg dah berniat ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la mcm kes adik aku dah repot polis tapi cenggini ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Bila dah marah tu menguasai mmg tak fikir baran dia je ye. Alfatihah buat mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|