Reply 45# emiryn_darling
http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/TZ_Pilih_Datuk_Joseph_K_Sebagai_Ganti_Datuk_K.html
TZ Pilih Datuk Joseph K Sebagai Ganti Datuk K 0 Comments by Gua.com.my | 02 Mar 2011 | in Hiburan, BERITA HANGAT,
Bekasisteri ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa, Tengku ZawiyahTengku Izham bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahliperniagaan bergelar Datuk Mei ini.
Bakal suami Tengku Zawiyah, Datuk Joseph King atau nama Islamnya,Rayyan JK Abdullah merupakan bapa tunggal kepada dua orang anak danberusia 40an. Memeluk agama Islam awal Februari lalu, beliau merupakanusahawan yang berasal dari Sabah.
Memetik akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini, majlispernikahan itu dijangka berlangsung pada 12 Mei depan dalam satu majlisyang akan dianjurkan secara sederhana.
Tengku Zawiyah yang juga kerabat diraja Kedah pernah mendirikanrumah tangga dengan Datuk K yang kini merupakan suami penyanyi nomborsatu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
Kedua-duanya bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama itumereka dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki, Anas, Adib, Asyrafdan Azief.
Sumber : Utusan Malaysia
Kredit Foto : Facebook Datuk Joseph King |